Lebih banyak pelaburan dan pertumbuhan pesat ekonomi Pahang jika DS Najib diberi mandat menjadi PM pada PRU 13.
Hari ini DS Najib PM mengumumkan dua berita baik untuk Pahang.
Pertama Pahang didapati ada telaga minyak dan layak mendapat royalti minyak 5% atau RM100 juta setahun buat permulaan. Ini baik untuk ekonomi Pahang.
Kedua Jerantut bakal pengeluar kaviar sedunia. Ada pelabur US Gevo Inc mahu melabur RM475 juta dalam masa 5 tahun. Bayangkan orang Jerantut, kesan pelaburan RM475 juta kepada ekonomi Jerantut seperti peluang pekerjaan, perpindahan teknologi, dll.
Kaviar ialah telur ikan berkhasiat yang diproses khas. Harga kaviar bermutu dunia ialah dari RM15,000 hingga RM35,000 sekilo sila baca sini. WZWH tidak tahu apa jenis kaviar dari spesis ikan yang mahu dikeluar di Jerantut.
Seperti yang diumum oleh DS Najib:
"Projek ini akan menjadikan Jerantut sebuah pusat pengeluaran kaviar sedunia, satu inisiatif yang mungkin sukar untuk kita bayangkan selama ini, namun dapat dijayakan melalui I-Caviar menerusi pelaburan bernilai RM475 juta dalam tempoh lima tahun.
"Ini merupakan contoh bagaimana aplikasi teknologi boleh melakukan perubahan besar kepada satu kawasan yang tidak dapat kita bangunkan. Kita dapat juga mewujudkan satu industri baharu yang bukan berasal dari negara kita.
"Inilah contoh yang sangat bermakna, bagaimana pembangunan bioteknologi membawa banyak kesan positif kepada negara kita,"
Blog Parlimen 81 memberi ulasan yang menarik tentang Jerantut pusat kaviar dunia sila klik sini.
Blog Parlimen 81 memberi ulasan yang menarik tentang Jerantut pusat kaviar dunia sila klik sini.
24 November 2012, DS Najib akan lagi sekali turun padang ke DUN Tahan, Jerantut. Mungkin ada lagi pengumuman berita baik buat orang Jerantut. Kita tunggu saja kedatangan PM kesayangan kita.
56,000 pengundi Jerantut perlu sokong UMNO dan BN pada PRU 13 kerana DS Najib serious dan komited mahu membangunkan Jerantut. WZWH minta undilah sesiapa yang dipilih oleh DS Najib bertanding parlimen dan 3 DUN di Jerantut.
DS Najib wajar diberi mandat pada PRU 13 dan peluang bagi beliau membuktikan kepimpinan dan wawasan ekonomi. Biarlah Sakmongkol AK47 seorang siang malam meracau suruh orang Pahang membenci DS Najib dan UMNO serta BN.
1.5 juta orang Pahang berdiri teguh menyokong DS Najib.
Blok PM307 terletak 160km dari pantai Pahang berpotensi mengeluarkan 64 juta tong minyak dijangka pengeluaran bermula pada 2014.
WZWH mahu semua masjid di Pahang minta buat solat kesyukuran bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki kepada Pahang. Mungkin ada banyak lagi telaga minyak akan dijumpai di perairan laut Pahang.
Nampaknya ramailah calon-calon melobi nak jadi MB Pahang!
Kalau nak tahu harga Kaviar @ Caviar, orang Jerantut tengoklah harganya yang sangat mahal dan luxury! Fikirkan industri kaviar yang boleh menghasilkan ekonomi berpendapatan tinggi kepada orang Jerantut.
Kalau nak tahu harga Kaviar @ Caviar, orang Jerantut tengoklah harganya yang sangat mahal dan luxury! Fikirkan industri kaviar yang boleh menghasilkan ekonomi berpendapatan tinggi kepada orang Jerantut.
Summer 2012 Caviar Prices in Malaysia
1 kg farmed Korean Almas Caviar US 2900-3800
Chinese Wild Ocietra 500 gm RM 3500
Russian Ocietra 40 gm Russian Rubel 3000 / RM 340
and here are a listing of others
100 gm in Malaysian Ringgit
Iranian Sevruga RM 5860
Iranian Oscietra RM 6520
Iranian Beluga RM 6810
Iranian Golden Beluga RM 14700
Caspian Sea Caviar Sevruga RM 2560
Caspian Sea Caviar Golden Oscietra RM 3000
Caspian Sea Caviar Beluga RM 3850
Farmed Caviar France Oscietra RM 1000
Farmed Caviar France White Sturgeon ( Alverta ) RM 1720
Farmed Caviar France Imperial Baeri RM 1570
Farmed Caviar Italy Imperial Baeri RM 1650
Farmed Caviar Baccari RM 1640