Tuesday, January 31, 2012

Tiba Masa WZWH Borak Politik Jerantut...Harap Orang Jerantut Dengar!


Sudah lama WZWH tidak borak politik Jerantut. Sepatutnya WZWH sebagai blog politik Jerantut perlu fokus kepada bicara politik Jerantut.

Tidak kira apa parti kita orang Jerantut UMNO ke, MCA ke, MIC ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke atau KITA ke...kita semua mahu parti-parti ini menyumbang untuk kemajuan orang Jerantut bila mereka berkuasa atau sebagai pembangkang.

Sekarang kita fikir apa keperluan kita sebagai orang Jerantut? Masih lagi perkara asas jalan. Dalam blog, Facebook, Twitter orang Jerantut komen:

  • Jalan Jerantut Benta teruk rosak berlubang.
  • Jalan Jerantut-Simpang Jengka 8 berlubang-lubang.
  • Jalan Jerantut-Kuala Tahan pun sama.
  • Jalan Ulu Tembeling pun bila hendak siap cepat.

ADUN-ADUN kata peruntukan sudah ada lulus tunggu kontraktor buat. Kita pun tunggu...

ADUN-ADUN kata peruntukan fasa 1 Jalan Ulu Tembeling lulus, sedang buat. Tengah tungggu peruntukan fasa 2.

Ahli parlimen tidak cakap apa-apa!

Jika sekiranya PRU 13 diadakan bulan Jun 2012, hanya jalan tanah merah mampu disiapkan dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi. Belum boleh turap lagi.

Camna jalan fasa 2 dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat dan seterusnya ke kampung Mat Daling?

Camna kita mahu lihat jalan Kampung Mat Daling merentas ke Terengganu?

Camna kita mahu jalan Jerantut-Sungai Lembing boleh cepat kita sampai ke Kuantan?

Kita orang Jerantut perlukan peruntukan. 

Mari kita dengar apa cerita dari Kuala Lumpur:

  • IJM Corp dapat projek buat jalan rel keretapi RM974.78 juta.
  • Ahmad Zaki Resources dapat projek buat jalan rel keretapi RM765 juta.
  • Kumpulan Europlus Bhd dapat projek buat lebuhraya Banting-Taiping RM7.1 bilion.

Kalau kita orang Jerantut mahu lihat projek-projek jalan-jalan di Jerantut ini semua siap WZWH kira tak sampai RM1 bilion.

WZWH harap DS Najib boleh mula memfokuskan pembangunan luar bandar di Jerantut ini. Cukup cerita pasal pembangunan.

WZWH mahu cerita blog-blog Jerantut. Blog Jerantut semakin ceria. Banyak blog-blog lama bersawang telah kembali menulis tidak kira blog pro kerajaan atau pembangkang. Antaranya:

Agak menyedihkan WZWH blog SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT dan blog 'uRag dRrulug' sudah lama tidak menulis sedangkan inilah blog-blog yang menceriakan politik Jerantut. Blog-blog ini tidak ada ketahanan mental dan stamina seperti WZWH.

Menarik bila blog-blog pro pembangkang Jerantut kembali bersuara walaupun tidak lantang. WZWH mahu blog-blog pembangkang lantang menyuarakan isu-isu Jerantut. Kritiklah apa-apa tentang politik Jerantut. Blog pro PAS, dan pro PKR terutamanya lesu tidak bermaya. WZWH tidak nampak blog pro DAP di Jerantut. Melainkan di Facebook.

WZWH beri jaminan blog-blog pro pembangkang diberi ruang dalam blog lists WZWH kerana sikap terbukaan WZWH. Blog-blog pro pembangkang boleh trust WZWH!

Menarik bila blog-blog pro UMNO mula memperkatakan calon-calon parlimen dan DUN di Jerantut. 55,000 pengundi parlimen Jerantut dan 3 DUN mahu mengenali personaliti dan gaya politik calon-calon ini.


Sila baca blog JERANTUT post KINI PEPERANGAN PRU13 BERMULA!! .  WZWH lihat blog-blog pembangkang mula menyerang. "Puak2 UMNO sudah berani bermain dengan api sendiri..tungu kita lihat siapa yang kena!"

WZWH mahu lihat tembakan peluru dan meriam blog-blog pembangkang kepada calon-calon UMNO dan BN Jerantut. WZWH cabar buktikan jangan cakap aje...

Apa Beza Aziz Bari dengan Khoo Kay Kim Dan Ungku Aziz?

Aziz Bari, profesor akademik yang tidak tahu sempadan akademik dan politik. Beliau tidak sabar-sabar lagi mahu menjadi ahli politik profesional post PRU 13. Jawatan profesor beliau ditarik balik kerana beliau tidak berkhidmat dengan UIA lagi.

Anwar Ibrahim perlu menggunakan pengaruh hubungan rapat dengan Israel untuk membolehkan universiti-universiti Isreal memberi semula gelaran profesor kepada Aziz Bari!

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Apa beza Aziz Bari dengan Khoo Kay Kim dan Ungku Aziz?

Mereka ini profesor tapi pada tahap dan makam yang berlainan.

Aziz Bari tidak lagi boleh digelar profesor.

Ada penyokong Pakatan Rakyat tidak puas hati bertanya kenapa Khoo Kay Kim dan Ungku Aziz dikekalkan gelaran profesor sepatutnya bila bersara mereka pun tidak boleh digelar profesor!

Seorang ahli akademik yang akan terus boleh menggunakan gelaran profesor selepas keluar dari lapangan akademik (institusi) apabila beliau dianugerahkan Profesor Emiritus (cth : Prof Emiritus Khoo Kay Khim ) dan Profesor Diraja (cth ; Pro. Diraja Ungku Aziz).

Sekiranya mereka dianugerahkan gelaran seperti di atas tadi boleh guna gelaran selepas bersara sekiranya tiada, cuma profesor sahaja, kalau Aziz Bari diambil kerja di IPT lain sahaja barulah beliau boleh menggunakan gelaran itu semula.

Kalau hendak juga guna gelaran profesor, IPT yang baru kena lantik Aziz Bari dulu dan sumbangan journal kepada IPT tersebut baru gelaran boleh diberikan. Ianya tidak boleh diberi gelaran secara automatik apabila menyertai IPT baru.

Dalam negara, Profesor biasanya adalah nama gelaran jawatan pensyarah senior sebagai Ketua Jabatan/Fakulti. Biasanya pakar dalam bidangnya. 

Prof. Emeritus gelaran apabila dia pencen dalam jawatan. Prof. Diraja anugerah dari YDP Agung. 

Orang yang berhenti atau kena berhenti tidak layak lagi guna gelaran professor. 

Ungku Aziz dianugerahkan Profesor Diraja, iaitu satu gelaran yang diberi seumur hidup atas sumbangan besarnya kepada negara.

Gelaran Profesor, memang untuk penjawat awam.. Sama seperti Prof  Khoo Kay Kim..

Ungku Aziz dan Khoo Kay Kim tidak suka buat kenyataan politik pandir seperti Aziz Bari mempertikaikan keputusan Sultan Selangor, Sultan Perak dan Azizan MB Kedah.

Aziz Bari kuat sangat memburukkan UMNO dan kerajaan yang diberi mandat dan sah memerintah.

Pakatan Rakyat perlu membela pengorbanan Aziz Bari.

Anwar Ibrahim boleh menguna pengaruhnya yang rapat dengan Israel agar universiti-universiti Isreal boleh melantik Aziz Bari sebagai profesor semula!

Monday, January 30, 2012

Nik Aziz Membawa Fahaman Politik Jadi Wakil Rakyat Sampai Mati!



Nik Aziz satu-satunya ulamak politik Islam yang percaya ahli parlimen atau ADUN boleh pegang jawatan sampai mati. Begitu juga kalau jadi presiden PAS boleh pertahan sampai mati.

Nik Aziz (81 tahun) hendak berlawan dengan fitrah manusia yang Allah SWT sudah aturkan.

Yang muda menjadi tua, yang tua menjadi lebih tua hingga tidak boleh berfikir dengan kreatif dan inovatif malah paling teruk menjadi nyanyok.

Paling tidak diingini oleh Islam bila menjadi pemimpin tertinggi parti atau ketua negara Islam tapi lebih suka tunduk kepada kehendak musuh-musuh Islam.

Ikuti pandangan politik Nik Aziz:


Nik Abdul Aziz berkata, alasan Abdul Hadi tidak mahu bertanding kerana terlalu lama itu tidak relevan kerana kerjaya politik itu akan kekal sampai ke akhir hayat.


“Dia tak nak bertanding kerana dia kata terlalu lama. Bagi saya kerjaya kita ini ada dua. Kerjaya sebagai penjawat awam mengambil masa 35 atau 42 tahun tetapi kerjaya di dalam bidang politik tidak akan berakhir sehingga ke akhir hayat. Sampai mati".

Sunday, January 29, 2012

Hadi Awang Bagi Signal Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh Supaya Berundur!

Ramalan majalah Asiaweek bahawa mungkinkah Hadi Awang akan memimpin Malaysia pasti tidak menjadi kenyataan jika Hadi Awang bertegas mahu mengundur diri dari politik dengan tidak bertanding sebarang kerusi pada PRU 13 nanti.

Hadi Awang membayangkan hasratnya mahu berundur dari politik dan ini penggal terakhir beliau sebagai wakil rakyat dan Presiden PAS.

Hadi Awang telah 30 tahun jadi ADUN dan berbelas tahun sebagai ahli parlimen. Beliau juga telah menjadi Naib Presiden PAS sejak berumur 30an.

Mengungkap kata Mahathir "dah lama dah.."

Hadi Awang mahu beri peluang kepada generasi baru.

Adalah janggal dikala Pakatan Rakyat bersemangat mahu menawan Putrajaya pada PRU 13 alih-alih Hadi Awang mahu berundur!

Pasti ada yang tidak kena. WZWH boleh menghidu terdapat krisis dalaman PAS. Ada yang Hadi Awang tidak puas hati.

Atau Hadi Awang (65) bagi signal kepada Anwar (64), Nik Aziz (81), Lim Kit Siang (71) dan Karpal Singh (72) supaya berundur. Mereka ini semua ahli politik yang berumur sangat tua antara 70 hingga 80 tahun.

Generasi Baby Boomer, X, dan Y dan Z memerlukan pemimpin muda yang relevan dengan isu-isu politik semasa Malaysia.

Generasi muda Malaysia melihat bahawa gaya politik Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh cara politik lama. Isu dan polemik yang mereka perjuangkan tidak produktif kepada pembangunan negara.

Mungkin Hadi Awang sudah membayangkan bahawa Pakatan Rakyat akan mengalami kekalahan yang besar pada PRU 13 nanti sebab itu mahu berundur.

Anwar sedang memujuk Hadi Awang ketika ini kerana Anwar tahu jika Hadi Awang mengundur diri ianya pasti memberi kesan besar bukan sahaja kepada PAS tapi kepada usaha Pakatan Rakyat mahu menguasai Putrajaya.

Maka pecah berkecai berderai cita-cita dan harapan serta impian Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri.

Sedikit demi sedikit tanda-tanda itu sudah kelihatan ditunjuk oleh Allah SWT kepada kita...

The Last Supper Warisan Ulama Tradisional PAS Terakhir...

Santapan Terakhir atau Jamuan Makan Malam atau Perjamuan Malam Tuan atau Santapan Moreh Terakhir adalah sebuah kisah yang diberi tajuk mengenai Jesus (Nabi Isa) makan paskah dengan murid-muridnya sebelum kematiannya (dari pandangan umat Kristian), manakala sebelum baginda diangkat ke langit secara hidup dan berjasad (dari perspektif pandangan umat Islam). Jamuan terakhir telah menjadi subjek dalam banyak lukisan, di antaranya yang paling terkenal ialah lukisan Leonardo da Vinci.


Ini juga "The Last Supper" versi PAS bila perjumpaan terakhir warisan ulama tradisional PAS terakhir sebelum PRU 13. Golongan Anwaristas dan Parasit telah menguasai kepimpinan tertinggi PAS. Hadi Awang diberitakan menyatakan hasrat tidak mahu bertanding apa-apa kerusi baik parlimen atau DUN pada PRU 13 nanti. Foto ihsan Gelombang Rakyat.

Hasrat Presiden PAS merasa takhta Pemimpin No. 1 Negara berkecai setelah Anwar didapati tidak bersalah seperti yang diputuskan Mahkamah berkenaan soal liwatnya.

Sukar Hadi Awang menerima keputusan tersebut kerana beliau sendiri tahu akan tabiat rendah moral Diktator Pakatan tersebut.

Akhirnya, melalui laporan Malaysian Insider, Hadi Awang mengumumkan hasrat untuk berundur daripada bertanding pada PRU13 seterusnya mengakui ini adalah penggal terakhirnya memegang jawatan Presiden PAS.

Hadi Awang rebah setelah dipukau janji-janji kosong Mat Sabu agar bersama barisan Parasit meninggalkan usaha Kerajaan Perpaduannya. Membiarkan Ustaz Nasha rebah seorang diri. Semua ini kerana janji jawatan Perdana Menteri.

Satu demi satu dosa yang dikorbankan dan ditanggung Ulama PAS ini. Subahat Video Seks Anwar, Isu arak dan judi, Pusat Hiburan, Kisah Murtad dan akhir sekali pemecatan individu yang sangat beliau dan rakan-rakan  Ulama PAS kasihi bernama Hasan Ali.

Mungkin kemuncak pengumuman dari mulutnya tentang pemecatan Hassan paling perit pernah beliau lalui. Rasa khianat sahabat-sahabat Pro Ulama dengan pengumuman yang keluar dari bibit mulutnya itu.

Walhal belum sampai seminggu musyawarah diadakan dan Hadi Awang sendiri memuji tindakan murni Hasan Ali mempertahankan Islam yang pada pandangan beliau dan sahabat-sahabat Pro Ulama seorang Pewaris Akar Umbi Jihad PAS.

Isu Anwar secara terbuka menyokong keselamatan penuh negara Israel dan mahu seksyen Jenayah liwat dimansuhkan menambah derita politik PAS.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tentawi telah menghentam Anwar melalui Facebook ekoran isu-isu di atas.

Maka Hadi Awang tidak sanggup lagi bersubahat dengan dosa-dosa parasit yang semakin kental bersama Anwar di dalam PAS.

Saturday, January 28, 2012

Bila Blogger Pahang Bersikap 'Inferiority Complex" Maka Mereka Menyerang PM, MB dan Raja!


Pakatan Rakyat melalui blogger Pahang tanpa sedar atau tidak telah mula memecahkan solidariti dan benteng Pahang.

Blogger Pahang boleh jadi ahli mana-mana parti politik. Dalam menunjukkan kesetiaan dan komitmen kepada parti masing-masing masih ada sempadan sebagai blogger Pahang yang sejati.

Blogger Pahang perlu tahu sejarah,tradisi dan budaya. Jangan biarkan anasir asing cuba meruntuhkan nilai-nilai nenek moyang kita.

Bila blogger Pahang bersikap "inferiority complex" maka mereka menyerang PM, MB dan Raja. WZWH demonstrasikan sikap blogger Pahang ini seperti berikut:

Sila baca blogger Pahang DAP ini, blogger ini bila ditanya coresponden asing tentang PM maka tiada yang positif tentang PM. Semua negatif. Blogger ini tidak yakin dengan kebolehan orang Pahang. Blogger ini hanya merasakan dia saja yang bijak dan cerdik.

Blogger DAP Pahang ini tidak appreciate bahawa orang Pahang mungkin terpaksa menunggu beratus tahun lagi untuk dapat jadi PM. Blogger ini tidak respek PM orang Pahang dan status Orang Besar Berempat OKISB.

Jangan cerita baik atau puji DS Najib depan blogger DAP Pahang ini akan marah blogger ini. Jika blog anda dalam blog list blogger DAP Pahang ini, kalau anda posting positif tentang usaha politik  DS Najib maka blog anda akan dibuang dari blog listnya!

Adakah UMNO tidak pernah tolong blogger DAP Pahang ini? Jangan bohong!

Sila baca blogger Pahang PAS ini, blogger ini suka menyerang MB Pahang. Apa yang DSD Adnan Yaakob buat untuk politik, sosial dan ekonomi Pahang tidak dihargai oleh blogger Pahang PAS ini. Blogger Pahang PAS ini suka mengagongkan Tuan Ibrahim Tuan Man. Mungkin ini MB pilihan blogger Pahang PAS ini. 

Semua yang kerajaan negeri Pahang buat untuk peneroka-peneroka dari luar 40 tahun dulu berhijrah ke Pahang samada ke Rancangan Felda atau mengusaha tanah-tanah haram di kampung-kampung masih tidak cukup lagi. Sebab itu Tuan Ibrahim Tuan Man tidak puas hati mahu beri tanah percuma lagi.

Tidak mengapa. Pahang Darul Welfare sesuai dengan PAS memperjuangkan negara kebajikan!

Sila baca blogger Pahang PKR@PAS ini, blogger ini secara sedar atau tidak telah menyerang Raja sendiri tanpa maklumat yang tepat dari sumber yang sahih. Siapa dibelakang agenda berniat jahat ini? UMNO dan kerajaan negeri tidak pernah campur tangan hal MUIP. 

Blogger ini cuba menggambarkan kerajaan negeri Pahang tidak menasihati MUIP. Walau isu-isu ini berkisar kepada pengurusan MUIP namun senapang dan meriamnya dihala kepada Raja!

Blogger ini secara halus menghasut rakyat Pahang yang tidak berfikir membenci Raja sendiri.

WZWH sudah nampak bahaya halatuju blogger-blogger Pahang yang bersikap "inferiority complex" bila mendengar agenda dari anasir luar yang cuba memporakperandakan negeri Pahang ini bila mereka menyerang PM, MB dan Raja.

Blogger-Blogger Pahang ini sudah hilang jati diri sebagai orang Pahang. Mereka mendengar bisikan Master-Master mereka dari luar Pahang yang mahu institusi-institusi Pahang ini diperkotak-katikkan, diperlekehkan dan akhir rakyat Pahang akan hilang kepercayaan.

Adalah menjadi tanggungjawab WZWH untuk menghalang agenda-agenda berniat jahat dari Master-Master mereka. Mungkin WZWH akan jadi blogger The Last Defender Of Pahang People!

Friday, January 27, 2012

Pakatan Rakyat Sudah Melancarkan Semburan Api Naga 2012!



Tahun 2012 adalah dipercayai tahun PRU 13. Orang Cina sambut tahun naga. Pada hujung Januari WZWH sudah nampak Pakaran Rakyat sudah melancarkan semburan api naga membakar Barisan nasional.

Pakatan Rakyat sudah bergerak dari strategi defensif kepada offensif.

Pakatan Rakyat sudah war-warkan Johor boleh ditawan, Pahang boleh dimakan dengan janji tanah percuma, Negeri Sembilan dalam gengaman, Perak dihujung tanduk, disamping Kedah, Selangor, Kelantan dapat dipertahankan.

DAP lantang melaungkan ramai Melayu exodus masuk DAP. Bumiputera Kristian di Sabah dan Sarawak plus orang Cina mahu menyokong Pakatan Rakyat.

PAS sudah mejanjikan negara kebajikan dan 'renewal syurga' kepada penyokongnya. Terengganu akan tumbang.

Ketuanan Melayu @ Malay Dominance satu konsep yang UMNO tidak kata tapi Pakatan Rakyat suka eksploit bagi menakutkan bukan Melayu.

Kenyataan Profesor Dr KKK kanselor kolej swasta bahawa Hang Tuah tidak wujud memastikan kata keramat "Tak Melayu Hilang Di Dunia" sebenarnya Melayu boleh hilang didunia.

Pakatan Rakyat sedang berkempen sekarang mengajak orang Melayu berjumlah 60% penduduk Malaysia percaya kepada doktrin ini.

Anwar Ibrahim pun menjalakan janji-janji pre-PRUnya:
  • Pushed his series of economic reform policies to promote transparency and accountability, especially in the award of government contracts and end widespread corruption under the current Barisan Nasional government
  • He was not just “anti-Umno” but wanted to ensure that Malaysia would emerge on top as it competed with neighbouring countries like Indonesia and Vietnam that was pulling in foreign investments.
  • He must always compare Malaysia to Singapore, South Korea and Taiwan.
  • He would push for more privatisation programmes and free up the markets to run business more efficiently.
  • He would quicken the dismantling of racial quotas in higher education and aid for lower-income groups instead of solely aiding ethnic Malays.
  • He denied supporting gay marriages as he “believes in and supports the sanctity of marriage between men and women.”
  • He projecting himself a Muslim liberal leader to the West, had labelled Malaysia’s sodomy laws as “archaic”.
Apa pula 'fire-distinguisher' yang Barisan Nasional perlu sembur bagi memadamkan muntahan api panas naga Pakatan Rakyat?

WZWH nampak banyak 'fire-distinguisher' ditangan Ketua-Ketua UMNO, BN dan sayap-sayap parti. Bila mahu sembur atau masih tunggu arahan Presiden DS Najib?

Thursday, January 26, 2012

Kenapa Projek Greater Jerantut Ditangguhkan?


Jerantut adalah bandar transit yang paling pesat membangun dan hidup pada malam hari. Kedudukannya ditengah Pahang merupakan laluan akses dari mana-mana deerah.

Jika kita perhatikan bandar-bandar dalam Pahang ini:
  • Rompin dan Maran siang hari sudah mati.
  • Pekan, Lipis, Cameron Highland, Raub, Bera, malam sudah mati.
  • Temerloh, Mentakab dan Bentong malam malap.
  • Kuantan pun tidaklah hidup sangat malam jika dibanding dengan Jerantut.

Bandar Tun Razak Jengka walaupun punya kuasa pembeli yang lebih besar diantara bandar-bandar di Pahang tetapi kalau kita lihat ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke UITM Jengka lebih suka tidur di hotel-hotel Jerantut.

Itu yang boleh kita perhatikan bandar kesibukan bandar Jerantut. Jika projek jalanraya di Jerantut ini:
  • Jalan Jerantut-Benta siap dibaikpulih.
  • Jalan Jerantut-Simpang Jengka 8 siap dibaikpulih.
  • Jalan Jerantut-Kuala Tahan (Taman Negara) dibuat baru.
  • Jalan Ulu Tembeling siap.
  • Jalan Ulu Tembeling-Kampung Pasir Raja (Terengganu) siap.
  • Jalan Jerantut-Sungai Lembing (Kuantan) siap.

90,000 penduduk Jerantut boleh membayangkan betapa Jerantut bandar transit utama Pahang akan berkembang pesat menjadi tumpuan.

Apakah persediaan bandar Jerantut bagi menghadapi ledakan pertumbuhan ekonomi ini. Apa bandar Jerantut boleh buat tawaran yang menarik kepada pengunjung yang kian ramai datang ke Jerantut.

Posting WZWH kali ini mengenai kenapa Projek Greater Jerantut ditangguhkan?

WZWH yang bagi istilah ini. WZWH tiada kepentingan dalam projek ini hanya mahu lihat bandar Jerantut pesat membangun dengan bangunan setaraf Kuala Lumpur dan boleh menyaingi bandar Kuantan.

Ada pemaju dari Kuala Lumpur yang merupakan pemodal tempatan bertaraf antarabangsa mahu melabur RM400 juta membina kompleks bangunan termasuk kedai,gedung, hotel, dsb mahu nampak greater bandar Jerantut.

Tetapi sayang ada orang politik Jerantut tidak setuju dengan alasan:
  • Projek Greater Jerantut itu menjejas peniaga-peniaga yang sedang berniaga di kedai Majlis Daerah Jerantut (MDJ).
  • Kenapa MDJ mahu beri tanahnya kepada pemaju ( ada tanah lain yang sudah dibeli pemaju).
  • Kenapa MDJ tidak mahu bangunkan sendiri.
  • Ada orang politik Jerantut berjawatan jumpa DS Najib PM kononnya orang Jerantut marah kalau teruskan projek itu.
  • Ada orang politik Jerantut berjawatan jumpa DSD Adnan Yaakob MB Pahang minta tangguhkan projek itu dengan alasan bimbang pilihanraya nanti orang Jerantut bandar tidak sokong. Akhirnya kerajaan negeri menangguhkan projek itu.

Kenapa WZWH sokong Projek Greater Jerantut?
  • Projek ini membangunkan bandar Jerantut dengan lebih pantas.
  • Ekonomi Jerantut cepat berkembang.
  • Peluang pekerjaan kepada orang muda Jerantut.
  • Peluang usahawan muda Jerantut berniaga.

Ini hujah WZWH kepada orang politik Jerantut:
  • Memanglah peniaga-peniaga di kedai MDJ terpaksa dipindahkan buat sementara kerana jika Projek Greater Jerantut berjalan maka kerja-kerja pembinaan berjalan.
  • Peniaga-peniaga ini boleh ditawarkan harga seunit kedai RM160,000 ke atas dan harga ini peniaga-peniaga ini mampu beli.
  • MDJ kena smart beri tanah tapi minta 30% in kind iaitu 30% dari bangunan yang ada. Ini boleh jadi aset kepada MDJ kerana boleh dapat hasil dari sewa bangunan bila siap nanti.
  • Agensi-agensi kerajaan dan GLC boleh digalak membeli lagi dari 70% bangunan yang ada. 
  • Bagi skala Projek Greater Jerantut, MDJ tidak mampu untuk bangunkan sendiri maka gunalah smart parnership atau jointventure.
  • Ramai orang politik Jerantut yang berjumpa dengan PM dan MB itu tidak faham apa itu kebaikan Projek Greater Jerantut dari segi jangka panjang kepada bandar Jerantut. 
  • Sepatutnya orang politik Jerantut dan MDJ berkempen kepada orang Jerantut bahawa Projek Greater Jerantut ini membawa lebih banyak kebaikan tapi tiada pemimpin yang mahu ke depan.

WZWH nampak kebaikan Projek Greater Jerantut ini lebih dari sudut ekonomi. Apa pula komen 90,000 penduduk Jerantut? WZWH mahu dengar juga pendapat anda semua.

Wednesday, January 25, 2012

Jika Pakatan Rakyat Mahu Menang Besar PRU 13 Ikut Kempen Kelab Taat Suami-Anwar Ibrahim Tokoh Sex Suci Islam!

Pakatan Rakyat boleh menggunakan idea dari Kelab Taat Suami bagi menaikkan lagi imej Anwar Ibrahim calon bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat post-PRU 13.

Kelab Taat Suami lancar kempen "Rasullulah Tokoh Sex Suci Islam". Menurut Presiden kelab, Fauziah Arrifin sekiranya umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandaskan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dielakkan.

Walau ada NGO dan parti politik tidak bersetuju dengan Kelab Taat Suami yang punya 2,000 ahli ini namun Malaysia yang bebas atau sepatutnya bebas seperti kehendak Ambiga seorang lagi tokoh kemanusiaan humanity Pakatan Rakyat maka Kelab Taat Suami ada hak asasinya!

WZWH berpendapat adalah elok untuk Pakatan Rakyat jika mahu menang besar PRU 13 nanti ikutilah idea kempen Kelab Taat Suami ini dengan tag line-"Anwar Ibrahim Tokoh Sex Suci Islam".

Kenapa tidak?

Anwar sudah bebas dari tuduhan kes liwat 1 dan liwat 2.

Anwar dituduh terlibat dengan video sex dengan Chinadoll tapi tiada pendakwaan sebenar.

Majoriti pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan penyokong tidak percaya Anwar Ibrahim berlaku demikian.

Bagi WZWH pula tidak berminat dengan kehidupan peribadi sex Anwar.

Bagus juga kalau kempen-"Anwar Ibrahim Tokoh Sex Suci Islam" dijalankan oleh Pakatan Rakyat terutama PKR!

Tuesday, January 24, 2012

Kenapa Blog Pembangkang Pahang Menyerang Isu Aktiviti Korporat MUIP?

Hotel MS Garden Kuantan yang mahu dibeli oleh MUIP telah dijadikan isu sensasi oleh beberapa blog pembangkang Pahang.

Akhir ini blog pembangkang Pahang suka menyerang isu aktiviti korporat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Aktiviti pembelian Hotel MS Garden, Hotel Berkonsepkan Islam di Jerantut, dan properti serta ladang.

Blog Pahang Daily Online dan Pahang Selamat Rakyat Nikmat menulis sila klik sini dan sini.

Blogger-blogger ini bila berbicara mengenai MUIP hanya nampak sumber MUIP hanya kepada pengutipan dan pengurusan wang zakat sahaja dan mempersoalkan patut hasil kewangan disalur kepada asnaf dan sekolah agama rakyat.

Sumber kewangan MUIP banyak dihasilkan dari properti, sewa bangunan, dan ladang.

Pembelian Hotel MS Garden itu yang dalam peringkat perbincangan dari pinjaman bank bukan dari duit zakat.

Soal pegawai ekonomi MUIP itu orang Kelantan tidak timbul kerana perkhidmatan yang cemerlangnya. Seperti juga Yayasan Pahang Plantation mengaji seorang CEO dari Terengganu yang cekap.

MUIP memang dibenarkan boleh berniaga dalam enakmen.

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditubuhkan pada tahun 1926 telah mengalami pelbagai perubahan dari tahun ke tahun. Sehingga ke hari ini Majlis Ugama Islam Pahang telah melangkah ke era pengkorporatan di mana Majlis Ugama Islam telah dibenarkan berniaga sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991, Seksyen 4(1) yang berbunyi:-

“ 4(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal turun-menurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Majlis mengikut apa-apa syarat yang Majlis fikirkan patut.”

Di bawah naungan dan teraju kepimpinan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang terus berkembang maju seiring dengan pembangunan dan kehendak semasa untuk memenuhi keperluan syarak dan umat Islam masa kini. 

Sungguhpun baginda Tuanku Sultan Pahang tidak lagi mempengerusikan Mesyuarat MUIP, Baginda terus mengikuti perkembangan MUIP dan kemajuan syiar Islam di negeri ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, selaku Raja Pemerintah dan Ketua Agama bagi Negeri Pahang Darul Makmur telah menjadi sumber inspirasi dan penggerak utama dalam menjana kemajuan syiar Islam dan pembangunan Ummah di Negeri Pahang.

Kenapa blog pembangkang Pahang menyerang isu aktiviti korporat MUIP? Itu memang agenda halus dan tersembunyi pembangkang dalam menawan Pahang pada PRU 13. Pembangkang menjanjikan tanah percuma kepada rakyat Pahang sekiranya menang!

Jambatan Rakyat Keberanian Dan Kegigihan Generasi Muda DUN Tahan



Ramai pembaca blog WZWH bertanya adakah ini jambatan rakyat di DUN Tahan? Betapa generasi muda di DUN Tahan nampak ada sifat keberanian dan kegigihan mencari ilmu pergi ke sekolah.


Ilmu (Kepandaian) yang lebih penting dari jambatan yang kamu robohkan (musnah)...


Tapi senario di atas lebih baik dari tahun 1970an hingga 1990an ketika murid-murid di Ulu Tembeling di DUN Tahan Jerantut terpaksa awal-awal lagi sebelum Subuh berjalan kaki ke sekolah dengan terpaksa menyeberangi beberapa sungai.

Ketika menyeberangi sungai semua murid-murid tidak kira lelaki atau perempuan tanpa sehelai pakaian bertelanjang bulat berenang sambil tangan melambai tinggi memegang baju dan buku.

Itulah keberanian dan kegigihan generasi muda DUN Tahan.

Jambatan di atas lebih baik kerana murid-murid bergayut kepada tali jambatan.

Pembaca blog WZWH bertanya, "apakah betul jambatan gantung sebegitu wujud di DUN Tahan?

Itu adalah jambatan gantung yang sudah uzur di Selatan Thailand. Gambar itu adalah ihsan dari FB Republic Of Patani-Secret Group.

Sengaja WZWH paparkan gambar itu semoga kita semua insaf betapa jika kita tidak memerintah @ kita diperintah oleh kerajaan yang tidak begitu prihatin kepada kita maka itulah yang akan dihadapi generasi muda kita.

Jika sekiranya gambar itu betul kenyataannya wujud sudah tentu DS Najib, DSD Adnan Yaakob MB Pahang melompat bertanya apakah betul gambar itu sebenarnya dan semua kementerian akan diarah membetulkan keadaan yang daif itu.

Monday, January 23, 2012

Antara Jambatan DUN Tahan Dengan Jambatan DUN Damak

Jambatan Bailey Sungai Oak, Kuala Tahan perlu diganti dengan jambatan baru konkrit yang lebih besar, lebar dan tinggi.

DUN Tahan dan DUN Damak terletak dalam parlimen Jerantut. Satu lagi DUN ialah DUN Pulau Tawar. BN menang kesemua parlimen Jerantut dan 3 DUN pada PRU 12.

Posting WZWH kali ini mengenai kisah 2 jambatan yang telah diluluskan semasa lawatan kerja DS Shafie Apdal Menteri KKLW ke Jerantut baru-baru ini.

Jambatan DUN Tahan itu ialah sebuah jambatan Bailey yang dibina Felcra di Sungai Oak, Kuala Tahan pada akhir tahun 1980an. Inilah jambatan Bailey yang digunakan oleh penduduk Kuala Tahan dan pelancung dari seluruh dunia ke Taman Negara Kuala Tahan.

Jambatan Bailey ialah satu sistem pembinaan jambatan pasang siap yang menggunakan bahan-bahan siap terbina dan boleh dipasangkan oleh anggota-anggota yang tidak mempunyai kemahiran khusus dalam pembinaan jambatan.

Masalah jambatan Bailey Sungai Oak ini ialah laluannya sempit dan bila musim hujan sewaktu banjir terputus hubungan kerana tidak boleh dilalui penduduk dan pelancung.

Maka satu jambatan yang lebih besar dan tinggi diperlukan bagi keselesaan penduduk Kuala Tahan. Satu permohonan jambatan baru Sungai Oak telah dikemukakan oleh JKKK Kuala Tahan kepada DS Shafie Apdal Menteri KKLW.

Menteri KKLW bersetuju meluluskan pembinaan jambatan baru Sungai Oak. Kos jambatan itu dijangka RM 18 juta. Ini memberi kegembiraan kepada penduduk Kuala Tahan. 

JKKK Kuala Tahan dan ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak perlu diberi pujian kerana dapat membawa permohonan ini ke peringkat atasan untuk diselesaikan.



















Tok Empat Ali Asra Kuala Tahan mengemukakan permohonan jambatan baru Sungai Oak, Kuala Tahan kepada DS Shafie Apdal Menteri KKLW yang telah meluluskan permohonan itu.

Jambatan di DUN Damak ialah sebuah jambatan kecil di Kampung Som. YB Dato' Lau Lee telah berusaha selama 3 tahun untuk mendapat peruntukan jambatan Kampung Som namun tidak berhasil. Kos jambatan kecil itu cuma RM 200,000.

DS Shafie Apdal telah meluluskan jambatan Kampung Som dengan kos RM250,000. Tahniah kepada Dato' Lau Lee kerana berjaya mendapat kelulusan peruntukan jambatan itu.

Ada banyak lagi jambatan-jambatan yang perlu dibina di Jerantut ini baik besar, sederhana dan kecil. Itu akan diusahakan dimasa akan datang.



















DS Shafie Apdal Menteri KKLW, Pegawai Tertinggi KKLW dan CEO Felcra bersama YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan berbincang bagaimana mahu membangunkan DUN Tahan kawasan luar bandar. Setakat hari ini peruntukan RM 500 juta telah diluluskan KKLW untuk membangun DUN Tahan.

DS Shafie Apdal Pemimpin Akar Umbi Rakyat Luar Bandar



















DS Shafie Apdal Menteri KKLW sedang mendengar permohonan dari Tok Empat Ali Asra Kuala Tahan bagi memajukan kampungnya. Antara yang diluluskan ialah jambatan baru Sungai Oak.

DS Shafie Apdal , Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah adalah pemimpin yang prihatin kepada permasalahan dan kehendak masyarakat luar bandar. Beliau pemimpin yang kerap turun padang merasai denyut nadi rakyat kerana beliau amat faham masalah rakyat luar bandar.

DS Shafie Apdal sanggup meluangkan masa mendengar rintihan pemimpin akar umbi seperti JKKK. Sewaktu lawatan kerja beliau ke Kuala Tahan bertemu penduduk Tembeling Tengah di Kuala Tahan, Jerantut, beliau memberi ruang kepada JKKK Kuala Tahan berjumpa dengan beliau.
















DS Shafie Apdal meneliti permohonan dari pemimpin UMNO tempatan Kuala Tahan bagi menguatkan lagi UMNO Tembeling Tengah. Beliau juga adalah Naib Presiden UMNO yang bekerja kuat bagi memastikan UMNO dan BN menang PRU 13 nanti.

















DS Shafie Apdal turut memberi peluang dan ruang kepada pemimpin NGO tempatan Kuala Tahan bagi memberi perkhidmatan kemasyarakatan yang baik kepada orang ramai.

















Tok Empat Ali Asra dari JKKK Kuala Tahan menerima sumbangan dari pihak swasta memajukan JKKK.
















Tok Empat Nordin dari JKKK Kampung Gol menerima sumbangan dari pihak swasta bagi pembangunan JKKK.

Sunday, January 22, 2012

Transformasi Luar Bandar Strategi Baru BN Memenangi Hati Rakyat PRU 13



















DS Shafie Apdal berkata, sejumlah RM528.6 juta diperuntukkan kementeriannya bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan prasarana di Pahang, sepanjang tahun ini. Sebanyak RM251 juta diperuntukkan bagi projek jalan luar bandar, projek bekalan air (RM164 juta), bantuan rumah (RM95 juta) dan bekalan elektrik (RM21 juta). KKLW memperuntukan bajet RM 7 bilion pada tahun  2012.



















Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia bertanggungjawab kepada Sekretariat Luar Bandar adalah gandingan yang mantap bersama DS Shafie Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Di DUN Tahan sahaja Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi projek jalan luar bandar, projek bekalan air (RM36 juta), bantuan rumah (RM 1 juta) dan bekalan elektrik (RM 5 juta). 

WZWH dalam posting yang lepas selalu guna istilah 'Rural Transformation Programme' sebagai idea bagi membangun luar bandar. 

DS Najib dan strategis UMNO dan BN bakal merealisasikan idea ini untuk dilancarkan tidak lama lagi dipanggil 'Rural Transformation Centre' maksudnya Transformasi Luar Bandar.

WZWH percaya dan yakin Transformasi Luar Bandar adalah strategi baru BN memenangi hati rakyat PRU 13.

Asas premisnya mudah. Penduduk Malaysia berjumlah 28 juta. Penduduk luar bandar mewakili 35% namun kuasa politik penduduk luar bandar hampir 68%. 

Kalau mahu menang PRU 13 dan mengekalkan Putrajaya BN perlu memangi hati penduduk luar bandar.

Ada 15,000 kampung diseluruh Malaysia. Lebih 85% penduduk kampung-kampung ini menyokong BN.

Ada sejumlah deposit pengundi Melayu yang sekian lama setia kepada BN. Ia merangkumi 317 tanah rancangan FELDA yang dihuni 112,635 peneroka serta dianggarkan lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga.

Satu perempat atau 56 daripada 222 kawasan Parlimen di negara ada di kawasan FELDA, sekali gus menyumbang sehingga 75 hingga 80 peratus undi kepada BN di setiap kawasan itu. 

Sebab itu Pakatan Rakyat hendak pecahkan kubu dan kekuatan BN ini dengan menabur pelbagai fitnah untuk mengurangkan kerusi BN. Ada 96 kerusi DUN yang ada di kawasan FELDA di seluruh negara. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata FELCRA Berhad mensasarkan perolehan pendapatan kira-kira RM1 bilion bagi tahun ini.

Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan peningkatan hasil ladang sawit dan getah yang diusahakan kira-kira 90,000 peserta FELCRA seluruh negara.

Katanya, sasaran itu juga lebih tinggi berbanding pendapatan RM900 juta yang diperoleh tahun lalu, dan mampu dicapai dengan pertambahan 10,000 jumlah peserta tahun ini. 

"Selain membantu menambah perolehan FELCRA, kerajaan akan melaksanakan transformasi luar bandar yang membawa pelbagai kemajuan kepada penduduk. 

"Peserta akan mendapat pelbagai manfaat termasuk pendapatan lebih baik bagi membantu menguruskan keperluan keluarga," katanya pada sidang media pada majlis ramah mesra Masyarakat Bersama Pemimpin di Rancangan FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan, Jerantut semalam. 

Beberapa pusat atau region Rural Transformation Centre ditubuhkan dimana segala kemudahan bank yang merupakan 'financial hub', latihan, infrastruktur, kontena memudahkan pemasaran produk hasil penduduk kampung.

Mohd Shafie berkata, FELCRA juga akan menubuhkan Tabung Permodalan Peserta FELCRA bagi menguruskan kewangan peserta dengan lebih baik. 

"Tabung ini sebagai persediaan jangka panjang termasuk sekiranya berlaku kegawatan ekonomi ia boleh membantu meringankan beban peserta pada masa akan datang. 

"FELCRA akan menyumbang RM10 juta untuk tabung ini selain dibantu melalui dividen peserta. Ia juga akan diuruskan badan profesional supaya pelaburan dibuat memberi pulangan setimpal," katanya.
















Thursday, January 19, 2012

Harapan Rakyat Jerantut Baikpulihlah Jalanraya Yang Ada Sebaiknya

Jerantut adalah bandar transit di Pahang yang pesat membangun. Oleh kerana Daerah Jerantut yang paling luas dalam Pahang maka jalinan jalanraya yang ada perlu dibaikpulih.

Masih banyak jalanraya yang perlu dibina baru kerana bentuk geografi Jerantut demi pembangunan.

WZWH faham kerajaan ada kekangan peruntukan kerana tuntutan prioriti ekonomi yang perlu juga kerajaan lihat keperluan mengikut merit ekonomi.

Antara jalanraya yang selalu dirungut rakyat Jerantut ialah:
  • Jalan Jerantut-Benta.
  • Jalan Jerantut-Simpang Jengka 8.
  • Jalan Jerantut-Kuala Tahan.
Semua jalanraya itu cover parlimen Jerantut dan DUN Damak, DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan.

Tidak ada gunanya WZWH cerita proposal jalanraya kerana kerajaan ada kekangan peruntukan.

Malam esok ada Jamuan Makan Malam YB DS Shafie Afdal Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah bersama rakyat Jerantut di Dewan MDJ jam 8.30 malam. 

Hari Sabtu Menteri Luar Bandar ini dalam aturcara ada perjumpaan dengan penduduk Tembeling Tengah di Kuala Tahan.

Ada dua kementerian yang penting untuk buat jalanraya di Jerantut iaitu Kementerian Kerjaraya dan Kementerian Luar Bandar.

Kehadiran YB DS Shafie Afdal Menteri Luar Bandar @ Naib Presiden UMNO sangat WZWH alu-alukan kerana Kementerian Luar Bandar bertanggungjawab memantau pembinaan Projek Jalan Ulu Tembeling bagi fasa 1 dan fasa 2.

DS Shafie Afdal mahu turun merasai sendiri denyut nadi rakyat Jerantut terutama di Lembah Tembeling mahu Projek Jalan Ulu Tembeling itu berjalan dengan sukses.

Kementerian Luar Bandar diperlukan untuk projek pembesaran kampung-kampung tradisional di parlimen Jerantut dan 3 DUN itu.

Posting harapan rakyat Jerantut baikpulihlah jalanraya yang ada sebaiknya ini WZWH mahu diskus terutamanya jalan Jerantut-Benta di DUN Damak.

WZWH tidak mahu diskus jalan Jerantut-Simpang Jengka 8 di DUN Pulau Tawar yang perlu dibaikpulih kerana WZWH tidak pasti adakah peruntukan untuk membaikpulih jalan itu ada atau tidak.

Jalan Jerantut-Benta telah diluluskan ada peruntukan dan kontraktornya maka jalan ini yang WZWH lebih berminat mahu bincang harapan rakyat Jerantut.

Inilah masalah jalan Jerantut-Benta yang sering menyukarkan perjalanan rakyat Jerantut dan terjadinya beberapa kemalangan maut-lihat foto:

















Maka inilah harapan rakyat Jerantut kepada Sign Board ini.

Kenapa PAS Rela DiSekularkan oleh DAP dan PKR?


PAS parti Islam ibarat jasad yang sudah hilang roh keislamannya diarak ke hulu dan ke hilir oleh DAP dan PKR. Perjuangan negara Islam PAS sudah dicairkan oleh negara kebajikan.

PAS bukan saja mudah ditundukkan oleh DAP dan PKR malah mempertahankan habis-habisan dasar sekular DAP dan PKR ini.

PAS bukan saja kurang keyakinan menjaga agama Islam malah orang Melayu sudah hilang keyakinan kepada PAS kerana menjadi ayam jantan yang bisu kokokannya.

Selepas 50 tahun baru sekarang pemimpin-pemimpin tertinggi PAS merasa kelazatan dan kenikmatan sekular.

PAS bagai leka dibuai mimpi dan janji-janji manis DAP dan PKR.

WZWH  percaya selepas ini PAS yang dahulunya sibuk untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud akan menjurus kepada hal-hal berkaitan duniawi terutama perjuangan untuk menduduki Putrajaya di samping mendukung sekularisme yang dibawa oleh PKR dan DAP, dua sekutunya dalam pakatan pembangkang. Sejarah dan asas perjuangan parti bakal ditinggalkan jauh-jauh.

PAS selepas ini akan lebih sibuk mempertahankan Anwar Ibrahim yang sudah dikenali sebagai pemimpin yang rosak moralnya daripada memperjuangkan soal-soal agama Islam. Malah PAS juga selepas ini akan mendukung gagasan DAP termasuk mewujudkan "Malaysian Malaysia" atau hak sama rata di antara semua kaum.

Sebabnya bagi PAS, agama dan bangsa tidak lagi menjadi tunjang perjuangan sebaliknya matlamat sekarang ialah menduduki Putrajaya dengan pakatan bersama PKR dan DAP.

Sekurang-kurangnya PAS selepas ini tidak lagi mempergunakan agama Islam untuk kepentingan politik dan sudah pasti tidak juga menggunakan kuasa politiknya untuk kepentingan agama.

PAS sudah berubah... PAS kini semakin sekular...! Tahniah! Kenapa PAS semakin sekular?

PAS kini Duniawi..............hilang punca dan dikuasai Erdogan Anwar dan didasari wahyu-wahyu DAP kerana PAS itu sendiri terlalu kuat mempolitikkan Islam bukan mendakwahkannya...jika benar PAS mengamalkan Islam sebagai dasar dan perjuangan mengapa Kelantan masih mundur??? Sedangkan Islam menuntut kemajuan dan pembangunan..,perlu diingat, Rasullullah SAW hanya mengikat perjanjian Hudaibiyah dengan kaum bukan Musyirkin di Madinah dan baginda tidak bekerjasama seperti mana PAS dgn DAP......

PAS jangan Riak dan Takabur dengan kefanatikan mereka kononnya mereka lah Islam sebenar tetapi PAS lupa bahawa UMNO lebih memperjuangkan Islam (walaupun Hudud tidak dilaksanakan) atas prinsip wasatiyyah agar bukan Islam lebih merapati Islam dan bukannya seperti PAS yang hanya mempolitikkan Islam.

Peristiwa semalam sudah jelas apabila perjuangan Islam PAS di Selangor diketepikan oleh rakan pakatannya sendiri iaitu PKR atas tekanan DAP,dan menurut MB/PKR cara PAS menegakkan Islam itu tidak BERADAT/BERADAB...PAS hanya pinggiran seperti "melukut di tepi gantang" dalam pakatan pembangkang hari ini....

Wednesday, January 18, 2012

WZWH Simpati Dengan EXCO PAS Selangor Yang Layak Jaga Adat Istiadat Melayu Sahaja!

TS Khalid MB Selangor ucap tahniah kepada YB Dr Yunus Ahmad Hairi ADUN Sijangkang sebagai EXCO. Tapi jawatan portfolio yang biasa disandang oleh EXCO PAS itu telah dipisahkan. Khalid MB jaga Agama Islam hanya tinggal Adat Istiadat Melayu kepada PAS!

Sah...PAS memang dah tak layak lagi untuk bercakap tentang Islam. Perlantikan EXCO baru Selangor yang mengisi kekosongan jawatan EXCO yang kosong akibat pemecatan Hasan Ali hanyalah sebagai EXCO yang menjaga Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan.

TS Khalid Ibrahim MB Selangor yang jaga portfolio Islam pulak. Tak apa... mana-mana yang dia tak faham, dia boleh tanya Teresa Kok. Nak tanya orang PAS dah tak ada yang layak! 

Kesimpulannya ialah memang benarlah DAP di belakang kegiatan murtad yang dilakukan oleh DUMC. Kesimpulan seterusnya ialah:-
  1. PKR dan DAP tidak pernah menganggap PAS sebagai sekutu yang setaraf; 
  2. PAS sememangnya diperkudakan oleh PKR dan DAP untuk sokongan sahaja; dan 
  3. Perjuangan Islam di tolak oleh PKR dan DAP; dan 
  4. ISLAM bakal dibakulsampahkan oleh PKR dan DAP; dan 
  5. PAS tidak diiktiraf oleh PKR dan DAP sebagai pakar agama Islam; dan 
  6. Habislah kesepakatan antara PAS-DAP-PKR.
  7. Membuktikan bahawa UMNO sahajalah yang benar-benar memperjuangkan ISLAM aliran Ahlissunnah wal Jamaah.
  8. Beginilah berakhirnya kesepakatan antara DAP-PKR-PAS.

Trend Pola PRU Malaysia Yang Konsisten Sejak 1969


Sebenarnya jika kita kaji sehalusnya trend pola PRU Malaysia sejak 1969 adalah konsisten sifatnya. Rakyat Malaysia tidaklah menolak atau menghukum sesuatu parti hingga ke dasar laut.

Analoginya seperti air laut ada masa air pasang ada ketika air surut.

PRU 1969, sokongan kepada Perikatan (BN)  merosot tapi PRU 1974 BN bangkit kembali.

PRU 1978, 1982, 1986, 1990, 1995 BN menguasai secara total politik Malaysia

PRU 1990, faktor Ku Li (Semangat 46 pada masa itu) buat BN kehilangan Kelantan selamanya.

PRU 1999, faktor Anwar Ibrahim juga buat BN kemerosotan pengaruh.

PRU 2004, BN pula mendapat kemenangan terbesar dalam sejarah-landslide victory. Rakyat Malaysia mahu beri mandat baru kepada Tun Abdullah. Kelantan hampir dikuasai BN.

PRU 2008, sebaliknya rakyat tidak puas hati dan menghukum BN hingga 4 negeri selain Kelantan jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Berdasarkan trend pola PRU Malaysia di atas maka diramalkan PRU 2012/2013 nanti, rakyat Malaysia akan beri peluang dan mandat baru kepada DS Najib Tun Razak.

Rakyat Malaysia adalah rasional majoritinya. DS Najib adalah PM yang popular. Tindakan-tindakan politiknya bersungguh menjaga kebajikan rakyat.

DS Najib masih lagi mewarisi sistem mandat dari Tun Abdullah. Wajar DS Najib diberi masa dan waktu untuk beliau mencorak mandat dan sistem pentadbiran yang 100% atas idea beliau.

Anwar Ibrahim bukan lagi faktor penentu dalam PRU 13 nanti kerana majoriti rakyat Malaysia sudah bosan dengan isu liwatnya baik dari penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang.

Pembangkang pun mahu menonjolkan generasi pemimpin muda mereka. Namun PRU 13 adalah masa DS Najib.

Kemungkinan PRU 14 majoriti rakyat Malaysia akan berubah sokongan pula itu tidak dapat WZWH pastikan lagi.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024