Friday, April 26, 2013

Kempen Eksklusif Kg Gusai Ulu Tembeling Harapan WZWH...

Kg Gusai adalah kampung yang dalam perjalanan mudik dari Kg Bantal selepas melalui Sg Tembeling membelok ke kiri masuk Kuala Sungai Sepia dan terus mudik Sungai Sepia. Pemandangan sungai, air yang jernih, tebing, kampung-kampung kecil, kawanan kerbau, dan hutan sungguh indah panorama.

Kampung Gusai adalah kampung paling unik dalam Malaysia. Satu-satunya sebuah sekolah rendah yang dikelilingi oleh 50 buah rumah. Dulu kampung ini ada ramai penduduk. Sebenarnya dalam kampung Gusai ada beberapa kampung kecil lagi seperti Kampung Lancar, Kasah, Sasak dan lain-lain.

Ini adalah kampung yang melahirkan ramai ahli muzik. Dulu tahun 1960an hingga 1980an ada satu band muzik pancaragam bernama Sepia Nada telah menghiburkan orang Kampung Ulu Tembeling di majlis nikah kahwin. Pengasas band Sepia Senada itu belajar muzik pandai main note muzik di Kuala lumpur. Di kampung ini juga ada pengesek violin yang hebat tapi sudah meninggal orang tua itu.

Ini Kg Gusai ada ramai sedara mara WZWH belah nenek sebelah arwah Engku (ayah). Tok Empat Cikgu Nadir Kuala Tembeling, Tok Empat Suran Felda Sg Retang, Aki Sahar berasal dari Kg Gusai.

Hari ini calon BN DUN Tahan Dato' Wan Amizan Wan Razak berkempen di Kg Gusai. Ikuti laporan ringkas..


Calon BN DUN Tahan memimpin Datin meranduk air Sungai Sepia naik jeti Kg Gusai.


Rombongan calon BN DUN Tahan.


Orang Kg Gusai yang setia menunggu kehadiran Dato' Wan Amizan.


Orang Kg Gusai berkumpul mahu mendengar manifesto politik pembangunan calon BN DUN Tahan.


Dato'  Wan Amizan membentangkan manifesto politik pembangunan beliau. Pengundi DUN Tahan perlu beri beliau mandat untuk merealisasikan manifesto pembangunan.


Calon BN Dun Tahan bersama pemuda-pemuda Kg Gusai.


Dato' Wan Amizan menarik mesra seorang penduduk mungkin tuan rumah yang ada bendera PAS.


Dato' Wan Amizan beramah mesra dengan golongan muda Kg Gusai sebelum berangkat pulang.


Jeti terminal Kg Bantal.


Long Bakar Ekspres pemandu bot paling berpengalaman di Sungai Tembeling.

Harapan WZWH kepada calon BN DUN Tahan 

WZWH ada hak untuk bersuara tentang harapan WZWH. WZWH tahu kebolehan Dato' Wan Amizan boleh menjayakan pembangunan lebih dari peranan seorang ADUN.

WZWH boleh buktikan tanpa menjadi ahli parlimen pun kita boleh membawa pembangunan kepada Ulu Tembeling. 

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 22km RM120 juta dari Kg Tuit ke Kg Pagi adalah usaha bersungguh Dato' Wan Amizan bagi membina infrastruktur yang dijangka siap pada 2014.


Ini foto jambatan menyeberangi Sungai Tembeling ke Kampung Kuching sebuah perkampungan lama Orang Asli. Dari Kampung Kuching boleh melalui jalan balak menuju Kampung Bantal.

Jambatan ini disediakan oleh syarikat balak untuk kegunaan mengangkut balak dan kegunaan untuk orang kampung berdekatan terutama Kampung Kuala Sat.

Itu tanggungjawab sosial untuk orang kampung kata PRO syarikat balak itu. Pada WZWH jambatan primitif ini menyakitkan mata WZWH memandang. Bila air Sungai Tembeling besar pasti menimbulkan masalah.

Jambatan ini boleh ditanggal dan dipasang semula macam permainan transformer. Pada WZWH, penduduk Ulu Tembeling perlukan jambatan konkrit, tinggi dan sama standard dengan jambatan Kuala Krau.

Walaupun 6 jambatan diluluskan dalam pakej Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2  63km  dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling bernilai RM340 juta namun untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan sosial Ulu Tembeling beberapa jambatan "inter kampung' perlu dibina.

WZWH nampak 3 jambatan perlu dibina menghubungi beberapa kampung tradisional Ulu Tembeling seperti Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Bukit Mat Daling dan Kampung Kuala Sat.

Transformasi penyusunan semula kampung-kampung tradisional Ulu Tembeling bukan saja melibatkan pembinaan infrastruktur, kemudahan public amenities, perumahan tapi juga punca ekonomi.

Perladangan getah dan kelapa sawit dari kumpulan Felda dan Yayasan Pahang Plantation adalah melibatkan hampir 30,000 ekar mampu menyediakan keperluan ekonomi kepada penduduk Ulu Tembeling.

Selain pertumbuhan ekonomi adalah penting juga perkembangan sosial yang diharap generasi orang muda Ulu Tembeling mempunyai pekerjaan di kampung. 

Penduduk perlu ditambah di Ulu Tembeling. Kemunduran dan peluang ekonomi yang kecil membuatkan ramai penduduk berhijrah ke tempat lain.


Ini ialah sekolah rendah Kampung Gusai. Sekolah rendah ini dibina direkabentuk oleh kerajaan BN untuk kegunaan masa depan 100 ke 200 tahun. Itu sebab sekolah-sekolah rendah di Ulu Tembeling dibina besar-besar kapasitinya.

Baik Kampung Bantal, Kampung Bukit Mat Daling, Kampung Kuala Sat, dan Kampung Pagi semuanya punya sekolah rendah yang besar.

Pembinaan infrastruktur, berbagai kemudahan, sumber-sumber ekonomi perlu bagi menarik ramai orang Ulu Tembeling kembali balik ke kampung.

Pada masa ini kesemua sekolah rendah di kampung-kampung Ulu Tembeling ini berstatus 'sekolah kurang murid' -SKM

Jika ekonomi dan sosial Ulu Tembeling lebih mundur dibimbangi semua sekolah rendah ini akan ditutup kerana murid makin berkurangan.

56 comments:

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme

Anonymous said...

Dacing dah senget sebelah tak guna dok pangkah

Anonymous said...

btul 2,bg kat pas pulak..

Anonymous said...

percaye sgt dgn janji politik,ape dah jadi ketika dompok pegang dun tahan sebelum ni? xkn kite nk ulang lg..aku percaye die bnyak duit...duit curi duit rakyat boleh la ckp...pastu nk beli org kite pakai duit kite sendiri.. bukan kite x syg umno, tapi sebab nk jage name baik umno terpakselah tukar sekejap..insyaallah zakuan x potong tanah org, x gali tapak org tanam jagung yg kononye ade bijih, yg dompok pulok dah jelas2 buat...kalu deme semue nk jd lg mcm ni pilih r dompok lg..kite tengok pulok kuasa die,silap2 tanah bergeran pon die nak sapu..

Anonymous said...

ye betul..kawan pon malas nk ckp la...ha3 yb mals ckp r,org bawah die pon mcm 2...ketue cwangan jong berlabuh..yg ni dgr2 cerite geng2 kawan kt kg 2 la kan... duit api padang futsal pon nk telan, felcra bg duit org buat lawatan pon nk kene tax, br ni janji nk bg duit pastu senyap...kalo anak murid teruk org salahkan ckgu..ini cerite dah nak dekat pru 13 ni...berkempen yg buat org sakit ati, pastu dah lalu jong berlabuh nak pergi pasir sia pulok..berapa jam pulok nk tggu datng jong berlabuh? awok nk mintak undi org ke nk beli org? org x hadap sgt duit awok 2..sekurang2nye bg org boleh respect care dengan org, bukan maen bagiyau dr dalam kereta aje...sayang umno tapi terpakse...macam mane boleh lekat lg x tau lah...org ade duitkan

Anonymous said...

Orang kpg Gusai setakat nak sekampit beras, tak payahlah sokong Bend.

Anonymous said...

Mohd Zuan Puteh sentiasa ada di sini

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing weh deme..

Anonymous said...

nape dak tido lagi zuan?

Anonymous said...

Moh undi PAS...
Pilihan pengundi bijak lagi berwawasan

Anonymous said...


Anon April 26, 2013 at 11:25 PM, Anon 11:33 PM , Anon tak tidor-tidor 2:28 AM. Anon tak tidor-tidor 3:42 AM

Jikalau Mu kata Pas itu hendak Negara ini menjadi Negara Islam, Dap dan Pkr menentang..... itu suci... Undilah Pas dan pangkah Pas.

Jika Pas mahu laksanakan undang hudud,  Dap dan Pkr  menentang... itu suci... Undilah Pas dan pangkah Pas.

Pas mengkafirkan Umno (orang Umno beragama Islam dan Melayu) dan Dap dan Pkr ikut sama itu suci.... Undilah Pas dan pangkah Pas.

Pas mendoakan hancurkan Umno, tumbangkan BN, Dap dan Pkr menyokong doa itu ....itu suci.....undilah Pas dan pangkah Pas.

Pada mula Pas turut sama membenarkan kalimah Allah diguna pakai dalam Bible berbahasa Melayu yang utuskan oleh Dap dan Pkr...itu suci...... Undilah Pas dan pangkah Pas.

Pas Mengeluarkan fatwa, solat orang Umno itu tidak ada pahalanya, Pkr dan Dap berdiam diri....itu suci.......undilah Pas dan pangkah Pas.

Mustapha Ali setia agung Pas dan Anwar Ibrahim ketua pembangkang Pakatan Rakyat menjadi pelakun utama dalam drama pendek baru ini mengatakan pelakun utama bukan mereka dan....... Itu fitnah belaka....... Undilah Pas dan pangkah Pas.

Anonymous said...

pukul 3.42 pagi pun tak tido lagi zuan puteh

Anonymous said...

Dan kot. Jika die kaloh pon Phg masih lagi dibawah BN prujit 2,3 dan beberapa lagi jambatan berharga RM340/= jota dan jota2 cukoplah kot. Satu prujit bulih dapat free RM50/= - RM75/= jota x 2,3 kirelah berapae gon dapat. Sabitulah dia taw dia dah nak kaloh beria2 sangat nak sepenggal jer lagi sebagai calon. Jika sungguh sedemikian dapat RM190/= jota +++ yang sedia ada, +++ tanah yang dapat free, dan sebagainya cukuplah sampai bila2 dan boleh berehat terus dari arena politik duduk di Indonesia, Thailand, Maldies untung diangkat jadi perdana Menteri. Habis otak tak sakit hirup pikuk dengan masyarakat disini. Biasa jer. Amik kou @ Amik gon betui ye

Anonymous said...

Anon2 yang di atas semuanya kaki fitnah sbb tak di kemukakan bukti atau dokumen sokongan.
kalau tak ada bukti usah merepeklah.dapat dosa kering aje lah.

anon-anon ni orang kuat wan halim yang kecewa.orang suruhan wan bakar yang sedang mengerat wan amizan,dan juga basri kerbau balau yang bencikan wan amizan.aku tahulah berpandukan ayat-ayat tersebut yang aku pernah dengar sendiri beberapa hari yang lepas.

hati busuk melambangkan peribadi songsang.

Anonymous said...

orang gusai pun dah nampak bulan.tahniah.moh undi pas.ustaz zakuan pun bukan orang lain.sedara kita juga.

Anonymous said...

Anon 1120 coverline )-

Anonymous said...

Gon dapatlah bawak spendor nak ganti spendor stopa.

Anonymous said...

Moh undi PAS deme....
Pilihan pengundi bijak....

Anonymous said...

Kas memang sokong BN dan bercadang nak pangkah BN. Tapi sebelum pergi memanagkah kas nak penjeasan drp Wan atau KM atau QD atau Che'gu Ngah tentang isu ini....Mintak pencerahan:

1. PKFZ = RM12 billion
2. Submarine = RM500 million
3. Simedarby = RM964 million
4. Paya Indah Westland =RM88 million
... 5. Posmalaysia (transmile) = RM230 million lost
6. Eurocopter deal = RM1 billion waste?
7. Terengganu Stadium Collapsed = RM292 million
8. MRR2 repair cost = RM70 million
9. Maybank Overpay for BII = RM4 billion
10. Tourism -NYY kickback = RM10 million
11. 3 paintings bought by MAS = RM1.5 million
12. Overpayment by Sport Ministry = RM8.4 million
13. London ‘s white elephant sports complex = RM70 million
14. MRR2 Repairs = RM70 million (repeated)
15. MATRADE repairs = RM120 million
16. Cost of new plane used by PM = RM200 million
17. InventQ irrecoverable debt = RM228 million
18. Compensation for killing crooked bridge = RM257 million
20. Lost in selling Augusta = RM510 million
21. Worth of AP given out in a year = RM1.8 billion
22. Submarines (future Muzium Negara artifacts) = RM4.1 billion
23. PSC Naval dockyard = RM6.75 billion
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion = RM3.2 billion in 2008 ringgit
25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. = RM1.6 billion
26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia = RM30 billion in the 1990s.
27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million = RM2.56 billion.
28. Use of public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market = RM10 billion
29. Bank Islam scandal = RM 700 million losses.
30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million =RM348 million.

.....bersambung.

Anonymous said...

...sambungan.

31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu from 2004-2007 = RM7.4 billion.
32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 million per annum !!
33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat AbdulJalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious)RM549,675 per annum
34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of theamount, the government paid a whoppingRM2.21 billion for the purchaseof information and computer technology (ICT) equipments which it isunable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vsper market price of less than RM3k through some new consortiums thatsetup just to transact the notebook deal. There was no math &science content for the teachers and the notebooks are all with theteachers’ children now.
35. The commission paid for purchase of jets and submarines to twoprivate companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million
36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge”
37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge
38. RM100 million on renovation of Parliament building and leaks
39. National Astronaut Programme = RM 40 million
40. National Service Training Programme, yearly an estimate of RM 500 million
41. Eye on Malaysia = RM30 million and another RM5.7 million of free ticket
42. RM2.4 million on indelible ink
43. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone
44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At atime when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman’s office.
46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion
48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
50. Kuching Prison bailout costing RM135 million
51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 million
53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BNleaders and Ministers worth billions of ringgits
54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial landsand forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits
55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering RM30 billion in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronasoil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accountsof Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutelyno idea of the amount.
56. RM5700 for a car jack worth RM50
57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480
60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO worth of RM77million?
63. RM17 billion subsidy to IPP
64. Scandal NFC Cow and Condo RM250 juta, Sharizat ‘s husband is paid RM100K per month

TQ

Anonymous said...

Data kutip mana ni? Jgn copy paste je.

Anonymous said...

tak pa ustz zakuan boleh selesai semua perkara tiu.pangkah la pas!
orang umno sembahyang pun tak dapat pahala!

Anonymous said...

orang umno dah ramai yg meninggal dunia, kesian mereka tak undi pas ketika hidup, semoga mereka terlepas dari siksa kubur

moh undi pas weh

Anonymous said...

Wzwh blaja tinggi ...sekolah kg gusai dibina besar utk jangka panjang 100 ke 200 thn...kihkih wzwh kalau umur bgn macam tu jkr perlu selenggara sokmo pasal dah lebih jangka hayat dan merbahaya kpd pengguna ..kalau nak jilat pun agak la...blaja sikit teknikal

Anonymous said...

anon 2:31PM,
Kas copy paste kerana banyak sangat...tak larat nak tulis satu2. Ini tidak kira lagi apa yg belaku kat Jerantut. Ribu2 ooooi.

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme

Anonymous said...

Jasa jgn dilupa, setiap pemimpin wajib berjasa pd rakyat yg angkt dia, dh 55 thn kita bg peluang, now kita bg org lain berjasa plak. Mana tau kot2 kita dpt yg lbh baik, kt jepun, us, uk n kebykn negara yg jauh lbh maju dah kerap brubh kerajaan, adakah mereka mengadai masa dpn negara mereka? Adakah negara mereka mundur? Sbgi contoh vietnam, stelah mengamalkn demokrasi mereka kini makin maju, sblm ni d bwh kuasa tentera yg memrnth brploh tahun adakah mereka maju? Buka minda lihat lah dengan mata dan hati seluas2nya. Generasi muda pencetus kebangkitan. Maaf ayah n ibu, anakmu pilih pr. Bkn x kenang budi tp demi generasi kami yg akan dtg. Kami brterima kasih pd BN,

Anonymous said...

Anon 2:07 PM

Apa pencerahan yang Anon nak ni ? Tak payahlah keluarkan catatan berjela-jela yang tidak ada pengenaan. Jangan peningkan kepala. 

Kalau Hang fikir Najib akan bawa kita lebih maju, undilah Barisan National, jikalau Nik Aziz akan bawa kita lebih maju, undilah Pas, kalau Anwar boleh bawa kita lebih maju, undilah Pkr, Kalau Lim Kit Siang boleh bawa kita lebih maju, undilah Dap. 

Anonymous said...

banyaknya org umno makan duit.tak terbaca dah weh.tp kalau ada bidoe sedap juge boleh tgk takyah nak baca..cer cita hal bidoe lak?kes khalwat ke kaunseling ke gerabak keteapi ke..tp jawapan dah tau ITU SALAH UMNO

Anonymous said...

Anon 2.06

Saya cadangkan anda undi PR sahajalah bro.Yang saya baca bukan 64 tetapi lebih dari seratus.Tanya Rafizi Ramli dia ada 150 lagi data data untuk tuan cut and paste. Walaubagaimana pun mengikut ramai penganalisa politik negeri yang selamat bagi PR hanyalah Penang dan Kelantan. Kedah dan Selangor akan jatuh ketangan BN.Itulah sepatutnya PR ni bersatu tetapi sekarang mereka bergaduh sama sendiri dan bertanding melawan sesama sendiri.Sorrylah bro saya akan mengundi BN di Kuantan dan tentukan kali ini semua kerusi parlimen di Pahang dimenangi BN.

Anonymous said...

Org umno bkn org islam ke ?
Betul ke org umno sembahyang xdpt pahala ?
Org pas comfirm ke islam ?
Msk pas comfirm ke msk syurga ...?

Anonymous said...

DI JERANTUT MINTA MAAF UTK BN KALI NI.CALON YG MBUAT ORG BERALIH ARAH

Anonymous said...

Moh undi PAS deme
Pilihan bijak

Anonymous said...

Salam tuan 12.26,boleh saya tanya siapa yang mengeluarkan kenyataan2 seperti yang tuan nyatakan? cuba tuan bagi buktinya! Saya rasa sumber tuan mungkin hanya berdasarkan utusan malaysia, berita harian, tv 1,2,3, maaf cakap kaalau itulah sumber rujukan tuan memang tak salah lah tanggapan tuan, dan tak salah tanggapa sesetengah bloger yang menyatakan " jangan jadi pan.. mcm orang umno" Sila tuan tambah sumber pembacaan dan sumber maklumat tuan. Semoga tuan mendapat hidaya dari ALLAH.Salam

Anonymous said...

wzwh,
kome tak mahu wakil rakyat pemungkar,pedooh alias cakap buhong. mari kita pakat pangkah bulan weh di dun tahan. mana dia prujek nuklir nye,prujek universiti,saham felcra, pungkor belaka. prujek pelir ada lah. sudoh loh.

Anonymous said...

kita kalau sokong BN, maknanya kita sokong pemimpin dan semua YB utk lebih kaya raya lagi dan lagi banyak yang mereka rompak nanti..rakyat marhain mcm kita ni pegi mampus la..yang hidup kroni2 la boleh menumpang sikit..tu pun sikit je lepas puas mebodek n kipas buntut YB..bodoh deme ni blaka..

Anonymous said...

Saya bukan org Jerantut, pernah ke Jerantut pada tahun 1975 dulu. Membaca komen2 di blog ni saya rasa sangat sedih. Dia org ni serius ke dengan komen2 mereka atau mereka main2 saje.
Kalau serius, kenapa begitu rendah sekali tahap pemahaman mereka dengan isu2 semasa. Begitukah cara org Jerantut berfikir? Tidak adakah pemimpin2 di Jerantut yg boleh menjana minda mereka supaya berfikir kearah yg lebih bijak?

Anonymous Said

Anonymous said...

Maaf selagi ada kaki peliwat, penyontot, ice cream, spendor besar, aku sembahyang tak dapat pahala, kerjasama dengan setonirajim aku tak undi fuckatan.

Anonymous said...

Undila pas dema dun tahan ni,kita undi bn memg tabur janji je,takkanla org derulu nun nk pcye lg dgn jnji 5 thun dompok,x nmpok kebenda pun,rkyat di bndar byak dah nok brubah, ramai nk uba pemimipin dari pemimipinbn yg kayakan diri,dema dpt duit ckit,gula tepung beras dlm jabir doh nak undi bn,duit rakyat byk dema slh guna,fkla sendiri,ni bkn sb calon tp sb kepimpinan bn memg jelas byk pedooh

Anonymous said...

tidak semua pemimpin BN itu buruk perangainya, ada juga yg baik dan telus, yg baik dan telus itu kita sokonglah mereka

Anonymous said...

pemimpin BN jerantut semua kaki rompak belaka..tu yang pasti..orang jantut ni bodoh tahap tinggi la kalau undi BN..

Anonymous said...

Hj Nazlan tak pernah merompak, dia agak senang sebab dia mengerjakan ladang sejak dia muda selain menjadi guru. Beri peluang pada dia.

Anonymous said...

Kehkehkeh...
Moh undi PAS deme...
Islam sebenar
Pilihan pengundi berilmu lagi bermaklumat....

Anonymous said...

rakib dan atib......teringat cirita kwn kwn hal cikgu lan kempen ke orang dun tahan,jangan belot katanya rakib dan atib ada dikiri kanan.nak tanya cikgu lan,RAQIB DAN ATIB ADA TIME PRRU JE KEE?

Anonymous said...

ramai yang komen di atas ni orang ahmad nazlan.sebab tu tak ada yang suruh jangan beri undi kat mat lan.semua suruh jangan bagi undi ke dompok.nampak sangat orang umno kerat umno.

lagi satu tak ada pulak yang suruh undi doktor hamzah.saudara mara ahmad nazlan lah ni punya kerja.

jadi jangan beri undi kepada semua calon bn.

undi bn masuk neraka.

Anonymous said...

pujilah ahmad nazlan tu.calon bersih calon malaikat.tak ada skandal langsung.orang tak buka aje.kalau buka ada 3 perkara yang besar.

jadi sedara mara mat lan janganlah melampau sangat menghina dompok.dia pun ramai juga sedara mara.

kalau pas buat nampak sangat mengaku islam tapi perangai mengalahkan yahudi.

Anonymous said...

Kenapa PAS berkawan dengan DAP tolak Umno?
Time For Change, 28 Apr 2013
Ini betul punya cerita DAP, sebab tu PAS lebih selesa dengan DAP dan fobia dengan Umno...

Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/ BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/¬ BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia. Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya.

Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.

sang sapurba said...

Bodoh betullah dia ni.pengertian asobiyyah pun tak tahu.

aku bagi contoh mudah aje.bagi contoh canggih kau tak faham sbb kau memng bodoh!

contoh mudah:

1.mat sabu berkhalwat.nik aziz biarkan tanpa siasatan sbb mat sabu adalah puaknya.

2.adun selingsing pun dengan bini orang.orang pas sendiri tangkap dia.
nik aziz maafkan dia.sbb puak dia.

3.cikgu stopa bersenam di hotel namun nik aziz mendiamkan diri.hj hadi memertahankannya.sebab puak dia.iniah contoh mudah.

membela puak sendiri yang melakukan perkara yang dilarang allah adalah assobiyah.nabi pun tak ngaku umat.

macam mana nik aziz boleh tentukan syurga sedangkan dia nabi pun tak ngaku umat???

Anonymous said...

Kehkehkeh....
Moh undi PAS deme.
Jangan pangkah dacing

Anonymous said...

wzwh,
komen anon di atas ni delete aje lah.menyemak aje.buat aku bertambah benci kat pas sebab bela orang gila.

otak dia memang bengong sebab mak dia pernah masuk wad gila.ayah dia pun gila mati kena langgar lori balak

Anonymous said...

Yasok turkey taman negara........gon cakaplah apa saja kome kat kotahan tetap bersama dato kalau setakat gon 3.....4 orang nak meyalak x kan runtuh gunung tahan.....

Anonymous said...

Napok sanget tunggu nak pacok tiang gol itu jer prujit dia. tinguk bebudak atas pangkin tuh langsung tok hurmat ke die, tinguk pulok bot ija dalam sungei tu setat terus injin lari tok nok tunggu ke die...

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme
Muktamad...

Anonymous said...

salah satu sebab Allah bala kan UMNO kerana UMNO hina ulama. sedang kan ulama adalah pewaris nabi.sendiri lu ingat la.

Anonymous said...

zuan puteh ulama terulung

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Moh undi PAS + Bunga Raya

Negara aman tanpa Dacing

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024