Monday, April 1, 2013

Kenapa Kempen PKR 'Mempopularkan' WZWH?



Kempen ceramah PKR di Jerantut baru-baru ini menjadikan WZWH 'selebriti'. Itulah foto WZWH bersama pemimpin MILF dijaja pada setiap malam kempen di seluruh negara.

Sejak Anwar Ibrahim tweets foto WZWH bersama kononnya ada link dengan Sultan Sulu @ Pemimpin Sulu tersebar ke seluruh cybermaya dalam berbagai bentuk media baru-blog, Twitter, FB, instagram.

Tidak cukup dengan itu Suara Keadilan dan Harakah pun keluar foto WZWH dan cerita.

Semua pelayar internet tidak kira orang Melayu, Cina dan India yang tidak tahu politik pun tahu.

Terima kasih Pakatan Rakyat kerana mempopularkan WZWH.

Setiap malam kempen inilah paparan ditembak ke skrin layar besar.

WZWH pity Pakatan Rakyat's penceramah kerana tidak tahu lansung 'general knowledge' senario politik Filipina @ Mindanao.

Bila cetek ilmu maka spin cerita membodohkan para penyokong dan pendengar.

Biar WZWH mengajar para penceramah Pakatan Rakyat semua tidak kira dari PKR, PAS dan DAP apa itu politik pejuang Islam di Mindanao.

Pejuang Bangsamoro struggle 600 tahun melawan penjajah baik Sepanyol dan Amerika kerana memperjuangkan Islam, bangsa dan tanah air.

Cuma tinggal sebahagian Pulau Mindanao yang masih secara autonomi dapat dipertahankan termasuk kepulauan Tawi-Tawi, Sulu, Basilan, Zamboanga.

40 tahun pejuang Bangsamoro ini melawan kerajaan Filipina moden mahu negara sendiri.

Pada 1969 MNLF diasas oleh Profesor Dr. Nur Misuari selepas peristiwa 'Jabidah Massacre' pada  18 Mac 1968 bila 70 komando Sulu yang dilatih tanpa tahu misi sebenar mahu menyerang Sabah dibunuh oleh Presiden Marcos kerana ingkar arahan.

MNLF merupakan satu kumpulan pejuang Islam yang terbesar dan merupakan organisasi politik. Selepas itu kumpulan ini berpecah bila MILF ditubuhkan pada 1976 kerana mahu menubuhkan negara Islam diketuai oleh Hashim Salamat.

Selepas itu pecah lagi kepada beberapa kumpulan seperti ASG dan 15EC.

Hari ini MILF pula menjadi kumpulan dominan dan terbesar serta sederhana. Pengerusi MILF ialah Murad Ebrahim yang tanda tangan Rangka Perjanjian Damai dengan kerajaan Filipina disaksi oleh DS Najib di Manila.

MILF tidak menyokong pencerobohan Lahat Datu oleh Sultan Kiram III yang mengaku Sultan Sulu walau lebih dari 12 orang mengaku Sultan Sulu.

MNLF yang kini dipimpin oleh Muslimin Sema juga tidak menyokong pencerobohan Lahat Datu kecuali Nur Misuari yang kini hanya pemimpin biasa MNLF berpendirian sebaliknya secara peribadi.

12 orang yang mengaku Sultan Sulu itu pun tidak menyokong tindakan ganas Sultan Kiram III itu.

Foto WZWH itu bersama Murad Ebrahim pengerusi MILF tidak ada kena mengena dan kaitan dengan Sultan Kiram III.

Bila penceramah Pakatan Rakyat suka spin isu foto WZWH itu kepada rakyat maka nampak cetek dan tidak berpengetahuan lansung really insult rakyat intelligence.

Di Jerantut penceramah PKR menghentam WZWH dan menembak foto itu kepada skrin layar besar. Bukan saja mengata WZWH tapi menyentuh dan menghina keluarga WZWH.

30,000 keluarga WZWH yang boleh mengundi TIDAK AKAN MENGUNDI PKR atau Pakatan Rakyat kali ini.

Kempen PKR 'mempopularkan'  WZWH itu menunjukkan kebodohan dan kurang ilmu kepada rakyat terutama orang Jerantut.

25 comments:

Anonymous said...

umno akan menang juga jangan riso

Anonymous said...

Saya amat kagum dengan kebijaksanaan Melayu dan umno.

1) Nak PTPTN tetapi tak nak pendidikan percuma( Bijak kan?lebih rela bayar hutang berpuluh ribu)

2) Peneroka Felda ,tanah digadai kepada FGV dengan bayaran 15 ribu saja (Jualan murah kan,sebelum itu tanah adalah lease dari Felda,lebih kurang tanah sendiri tu)

3)Nak gula,beras,tepung mahal,kerana subsidi di tarik balik semua subsidi masuk poket Syed Mokhtar Bukary konon makan kurang sikit untuk jaga kesihatan(Bijak kan?)

4) Nak kereta mahal,konon untuk jaga kereta nasional atau jaga poket vendor kroni.

5) AP untuk Melayu?jangan lah mimpi sangat,semua di sapu kroni2 saja,boleh kira dengan jari aja.Skim cepat kaya lah tu.

Undi Umno/BN jangan tak undi,tak apa kalau negara bangkrap tak apa,kan kita semua Melayu,asal wang masuk kocek kito bukan kocek pendatang Cino.Yang pelik yang konon nya Melayu,tapi gelap macam orang India dan berasal dari India pon.
Tabik kepada kebijaksanaan Melayu.Tak kan Melayu hilang dari bumi Malaysia ini.(mamak)

Anonymous said...

sabar la wzwh....
org mentafsirkan foto itu mengikut pandangan peribadi masing2...
kalau tak benar wzwh saman je...
kalau benar mengaku atau buat penjelasan......

itu nasib baik wzwh di belah umno..
cuba wzwh dipihak pembangkang...
ada gambar wzwh keluar tanpa baju dan seluar...siap video versi hitam putih dan colour lagi..
heheeeee......
apapun baru sikit je dugaan utk wzwh..sabar ya.....

Anonymous said...

pas semakin memualkan - pengundi atas pagar

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing weh deme

Anonymous said...

ABU! Asal bkn umnongok

Anonymous said...

Dap dah umum sakmongkol calun dap utk parlimen jerantut. Bila bn nak umum wz sbg calun?



Bekas umno jerantut. Kini atas pagar.

Anonymous said...

Raub majoriti melayu. Nak tengok orang Umno yg katanya kuat kemelayuan sokong dato ariff sabri atau ng yen yen. Menarik ni.

Anonymous said...

Aku sokong Ng yen yen sebab poster dia pakai tudung. Mesti kuat semangat Islamnya.

Quiet Despair said...

Anon 11.17
.you dah dulu pada Iumum beloved Uncle Sak bakal jadi calon MP Raub.
Tengah lepak dgn friends bila dapat sms on this news.
Nanti nak balik tanya sedara mara kat Raub, Dong and Sega nak undi dia tak
Tapi rasanya dia kalah drngan Madam Tai-tai
Apa macam Abang Zurik ? Jadi calon juga ka? Tak kalajlah dua bloggers pujaan kita bakal jadi YB

P.S NAK pergi blog Sak komem
Tengok dia delete tak lpmen saya seperti biasa



Anonymous said...

kuat juga puak pembangkang ni buat fitnah sejak berkawan dengan syaitan.

Anonymous said...

Eek,komen di delete pulak,dah macam Sak ke? Kan WZ dah kata,bukan macam blog Sak ,rupanya dah takut pun komen negative.Hahaha

Kampong man said...

Salam,

Kita ucapkan tahniah pada bro Sakmongkol kerana dipilih bertanding di Raub.Beliau akan menentang Dato Dr Ng Yen Yen yang menang besar tiga kali berturut turut.

Pertandingan ini menarik kerana:

1.Menguji kematangan pengundi adakah mereka memilih personaliti,parti dan/atau kaum.

2.Penerimaan orang Melayu pada DAP yang dianggap racis dan anti islam.

3.Penerimaan orang Pahang pada calon yang selalu memperkecilkan Najib dan UMNO yang pernah beliau sanjongi dulu.Baik UMNO baru atau lama.

4.Penerimaan pengundi Raub pada calun paracut dari Kuantan.

Rasanya kita harus lebih objective dalam pemilihan calun bagi mewakili kawasan kita.Tengku Aziz Ex-Vice Chairman DAP menganggap LKS yang akan bertanding di Gelang Patah adalah calun paracut saperti CIRCUS (Sarkas).

Kita masih ingat dulu dulu sarkas akan datang ke kawasan kita membuat khemah bagi pertunjukan.Satelah habis pertunjukan sarkas akan tutup khemah dan pergi ke tempat lain pula.Bagitulah eatak calun paracut saperti LKS dari Melaka, Penang, Ipoh Timor dan kini di Johor pula.

Huh..tidak hairanlah beliau terus menjadi PEMBANGKANG seumur karier politik beliau.Kita serahkan pada pengundi Raub membuat pilihan secara demokratik.Best of luck to Sakmongkol. Kalau terlebih kutuk KM mohon maaf ler.

Apa yang hampir pasti ialah Pahang tetap BN.Putrajaya tetap BN mengikut ramalan bomoh di kampong kami. Wallahwuaalam.

Anonymous said...

Harap WZ dapat naik jadi calon, boleh menang ada 30,000 undi dalam poket.

Anonymous said...

Lim Kit siang ada telur jantan yang besar,berani masuk kawasan kuat BN,berani kah Najib buat begitu?.Kampung Man,adakah kamu golongan yang di maksudkan oleh anon 9.46pm? Sak ikan bilis, saja,apa nak di takutkan oleh BN.Tengok lah adakah Cina akan undi BN beramai ramai mimpian Kampung Man.

Anonymous said...

BUAT KHAS UNTUK JERANTUT TERUTAMA ORANG ORANG MELAYU KAMPUNG DIKAWASAN JALAN BENTA.
KITA NI SEMUA PARTI MELAYU JADI UNDI ORANG MELAYU SAHAJA TIDAL KIRA DIA PARTI APA PUN.

FAHAM.

Anonymous said...

Yang penting UMNO relevan selamanya.Yang tak relevan Saktongkol DAP dan parti PKR.Semua tahu pun saktongkol ikan bilis dan akan kalah di Raub.Apa ada hal.Mana ada DAP menang parlimen di Pahang di pru 12.Jawab jangan tak jawab.kekekekeke...

Anonymous said...

Tepat sekali Wzwh!!, pada aku penyokong PKR, mereka ini bukan saja bodoh berkempen tapi bodoh berparti dan bodoh dengan ilmu dipimpin.  Nak tahu kenapa? kerana mereka telah dipukau oleh ketua tersayang yang ada ramai sayang2 tu.

Ada orang kata ketua mereka ini seperti, harapkan pagar, pagar makan padi. Banyak anak2 muda yang berkerja dengan dia, "telah diselamatkan dan selamat sudah"

Anonymous said...

Menang kalah belum tau ghodong....
Lawan dulu.....
Takut ye?????
Kala tak takut matnya tak bubor2 lagi ye???
Jangan maroh ye...
Kuikuikui....

ABCD....

Anonymous said...

Tu je lah hok Ada dalam kepala deme....
Kehkehkeh....

Pakae kerayan gitu je lah....

Yang penting ABCD

Anonymous said...

Memang Tabiat, Sesetengah Orang Suka Bergambar Dengan Figure2 Tertentu. Mungkin Untuk Sesautu Tujuan Atau Target. Biasalah Untuk Orang Yang Pandai Cari Makan Dengan Cara Begitu.

Anonymous said...

tak sangka ye pas dan pkr ni bodoh piang.

Anonymous said...

Kehkehkeh....

Kuali mengata belanga hitam...

Anonymous said...

nangoi datang dah!!!

Anonymous said...

Sakai nye la pkr ni...dah la bodoh politik.ckp meraban..x cerdik betol..mendewakan gay

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024