Tuesday, April 23, 2013

Sejarah PRU Dalam Hidup WZWH


Iklan mengundi PRU pra merdeka 1955


WZWH dilahirkan pada 21 Januari 1968 bererti telah berlaku PRU 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008 dan bakal menyusul PRU 13 pada 5 Mei nanti. WZWH akan mengulas implikasi setiap PRU yang penting.

Sebelum itu biar WZWH mengulas dulu PRU sebelum WZWH dilahirkan iaitu PRU 1955, 1959, 1964. 

PRU 1955 juga telah membuktikan keikhlasan dan kejujuran orang Melayu sanggup berkongsi kuasa apabila UMNO membenarkan MCA bertanding 15 kerusi (sepatutnya 7 kerusi sahaja) dan India diberikan 2 kerusi. Ini membuktikan konsep perkongsian kuasa telahpun bermula sebelum kemerdekaan. Ketika itu, penduduk Melayu sebanyak 80%, Cina 18% dan India 2%. Kerajaan Parti Perikatan yang menang dalam pilihan raya, telah membuktikan orang Melayu telah menerima orang bukan Melayu dengan memilih mereka sebagai pemimpin. 

Keputusan pilihan raya umum pertama pada 19 Ogos 1959, menzahirkan sokongan rakyat terhadap parti Perikatan. Pastinya rakyat ingin kerajaan meneruskan program pembangunan dan pembangkang hanya meraih kira-kira 30% sokongan rakyat atau 30 kerusi. 

Begitu juga pada tahun 1964, rakyat khususnya orang Melayu berpadu memberi sokongan kepada parti Perikatan, Pembangkang hanya mendapat 15 kerusi, iaitu merosot sebanyak 18%. Perikatan memenangi 89 kerusi. Ini sekali lagi membuktikan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan kerajaan. Keputusan ini mungkin juga didorong oleh ancaman Indonesia terhadap Malaysia melalui slogan "Ganyang Malaysia" sewaktu Tanah Melayu membuat gagasan untuk membentuk Malaysia. 

Namun, iklim politik ada pasang surutnya. Pilihan raya umum ketiga, 1969 memaparkan keputusan yang amat sengit antara Perikatan dan pembangkang

Daripada 144 kerusi yang dipertandingkan, Perikatan memenangi 74, manakala pembangkang 70 kerusi. Situasi ini wujud apabila tokoh-tokoh pembangkang menggunakan isu-isu perkauman. Kaum Cina menubuhkan Gerakan, DAP, SNAP dan mendapat sokongan meluas. Isu-isu perkauman dijadikan modal berkempen dan berjaya menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin. Akhirnya, terpalitlah satu sejarah hitam dalam negara iaitu peristiwa berdarah rusuhan kaum; Peristiwa 13 Mei 1969. Tragedi ini amat membimbangkan dan telah menggugat keutuhan kedaulatan negara. 

Keputusan pilihan raya 1969 menunjukkan keseimbangan antara Perikatan dan pembangkang. Perikatan memenangi pilihan raya dengan majoriti mudah dan bukannya dua pertiga. Pulau Pinang menyaksikan Perikatan menang 2 daripada 8 kerusi Parlimen dan kekalahan teruk kerusi DUN iaitu memenangi 4 daripada 24 kerusi. Sokongan pengundi Cina terhadap parti pembangkang Cina seperti Gerakan adalah antara faktor utama kekalahan. 

Negeri-negeri lain yang mencatat keputusan persaingan sengit ialah Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan. Iktibar dari 1969 ialah, isu perkauman dan agama amat sensitif kepada perasaan rakyat lantas boleh memporak puranda dan menggugat kedudukan politik negara.

Situasi ini juga membuktikan kerajaan yang menang dengan majoriti mudah (lebih 50%) dalam pilihan raya adalah kerajaan yang goyah. 1969, adalah fakta sahih ketidak stabilan negara hasil keputusan pilihan raya. Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah membantu menyelesaikan krisis ini. 

Namun, pada PRU selepasnya, rakyat membuat keputusan untuk memilih semula Perikatan mentadbir negara. Maka PRU 1974 merupakan pilihan raya yang amat bermakna. Selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969, rakyat telah sedar dan bersatu untuk mengatasi masalah perkauman yang nyata tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mana-mana kaum di negara ini. 

Tahun ini jugalah nama Perikatan ditukar kepada Barisan Nasional. PRU 1974 menunjukkan penyatuan orang-orang Melayu bila berhadapan cabaran. Kita dapat lihat kekuatan politik orang Melayu dan negara amat bergantung kapada penyatuan parti politik orang Melayu. 

Inilah satu-satunya pilihan raya di mana UMNO dan PAS telah bergabung dan memenangi semua kerusi yang mereka tandingi di Parlimen dan DUN. Hebat sekali. Barisan Nasional telah memenangi 135 daripada 154 kerusi yang dipertandingkan (88%). Ini merupakan satu rekod cemerlang BN. Pembangkang memenangi 19 kerusi (12%). 

Para pakar sejarah telah menyenaraikan beberapa faktor yang membawa kepada kegemilangan Barisan Nasional pada PRU 1974. Sejarah mencatatkan, apabila parti-parti Melayu bergabung maka, kita sama-sama berjaya mendapat mandat rakyat sebagai pentadbir negara. Justeru, dapat disimpulkan Melayu bersatu dalam TIGA perkara pada ketika itu. Pertama, menghadapi proses kemerdekaan negara. Kedua, konfrantasi dengan Indonesia. Ketiga, apabila berdepan Dasar Ekonomi 
Baru (DEB).

Keputusan PRU ke-9 (1995) dan ke-10 (1999) pula Barisan Nasional telah memenangi 162 kerusi dengan UMNO memiliki 88 kerusi. Beberapa perubahan angka telah berlaku sebelum pembubaran parlimen pada Novembar 1999 bagi menghadapi PRU ke-10. Pertambahan kerusi UMNO berlaku bila Semangat 46 dibubarkan dan para ahlinya kembali ke pangkuan UMNO. 

PAS pula memperolehi satu kerusi tambahan bila memenangi Parlimen Arau. Keputusan PRU ke-10, menyaksikan parti pembangkang di kawasan majoriti orang Melayu berjaya menguasai beberapa kerusi Parlimen yang sebelumnya dimenangi UMNO. Justeru, UMNO telah merosot 16 kerusi. BN memenangi 148 kerusi. Rekod terbilang PAS bila memenangi 27 kerusi, iaitu peningkatan 4 kali ganda. KEADILAN yang bertanding buat pertama kali memenangi 5 kerusi. PAS menjadi ketua pembangkang di Parlimen. 

Analisis dari keputusan ini, dapat dikaitkan dengan krisis semasa iaitu isu pemecatan Anwar Ibrahim serta rasuah dan salah laku segelintir pemimpin UMNO. 

PRU Ke-11 merupakan rekod terbilang UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. Perdana Menteri yang kelima telah memimpin Barisan Nasional menggalas amanah memikul pentadbiran negara. BN telah memenangi 199 dari 219 kerusi yang dipertandingkan, manakala parti pembangkang hanya memiliki 20 kerusi. Penganalisis politik memberi tafsiran kemenangan berdasarkan landskap kemakmuran negara yang dilandaskan mantan Perdana Menteri ke 4. Setelah mencurah jasa selama 22 tahun sebagai perdana menteri, beliau telah meninggalkan "tongkat keramat" buat penggantinya meredah segala halangan dalam usaha memacu kegemilangan negara. 

Perdana Menteri kelima dilihat sebagai penerus kegemilangan negara menuju negara maju menjelang 2020 dan merupakan pemimpin yang begitu berhemah dan mengajak para pemimpin dan rakyat untuk "bekerja bersama-sama saya dan bukan bekerja untuk saya". Namun, segalanya belum cukup untuk mengekalkan apa yang ada. Segalanya seakan hilang sekelip mata dalam pilihan raya umum ke-12.

Sesungguhnya, tsunami politik telah terlakar pada malam 9 MAC 2008 bila keputusan pilihan raya ke-12 mula diumumkan. Kedua-dua pihak yang bertanding; Barisan Nasional dan pembangkang sebenarnya terkedu. Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 di parlimen iaitu hanya memenangi 140 kerusi (majoriti 2/3 ialah 148 kerusi) dari 222 kerusi yang dipertandingkan, manakala pakatan pembangkang memenangi 82 kerusi. Barisan Nasional juga kehilangan kuasa di lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan. 

Apa yang telah berlaku, telah berlaku dalam pilihan raya umum ke-12. Rakyat telah membuat keputusan berdasarkan kuasa yang mereka ada dalam memilih pemimpin negara berdasarkan pengamalan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. 

Parti-parti pembangkang yang bergabung kini menjadi Pakatan Pembangkang seakan mendapat semangat baru meneruskan perjuangan memerintah negara. Kini, DAP berkuasa di Pulau Pinang, PKR di Selangor serta PAS di Kelantan dan Kedah. Di Perak, wakil PAS menjadi Menteri Besar biarpun majoritinya di miliki oleh DAP sebelum UMNO mengambilalih bila beberapa wakil PKR dan DAP menyokong UMNO. 

Apa puncanya? Hingga hari ini, tiada jawapan muktamad yang mampu diberikan. Apa yang pasti hingga saat ini adalah Melayu khususnya, terus bersaing menuntut kuasa dan tahap perpecahan serta sengketa sesama sendiri kelihatan amat sukar dibendung dan berterusan. Akhirnya, mungkin membawa, "bumi dipijak milik orang. Peribumi merintih sendiri". Sedangkan, kaum-kaum lain semakin berpadu dan meminta apa saja demi faedah kaum sendiri. Renungkan bersama. 

Pilihan raya umum ke-12, telah memberi ruang kepada pembangkang yang lebih kuat di parlimen. Justeru, jadilahlah, pembangkang yang boleh menyumbang untuk pembangunan negara dan bukan membangkang semua perkara walaupun ianya memang yang terbaik untuk negara. 

Kerajaan yang ada juga, terimalah apa-apa cadangan yang baik dari pembangkang demi negara. Marilah kita semua berpadu dan menyumbang yang terbaik untuk membangunkan negara. 12 hari lagi. PRU 13 pasti menyusul. Berkempenlah lagi. 

Pembangkang harus menerima hakikat, belum masa berkuasa. Jangan atas nama demokrasi, terus ditaja pelbagai perkara yang boleh mengeruh dan menganggu gugat kestabilan negara yang akhirnya, memungkinkan campurtangan kuasa asing. Jangan atas nama kebebasan bersuara, berleluasanya "membuka pekung di dada" khususnya di kalangan orang Melayu. Melatanya adu domba, fitnah, saman menyaman, demonstrasi jalanan yang sebenarnya tidak membawa apaapa kebaikan. 

Bergurulah dari Peristiwa 13 Mei 1969. Apa yang berlaku hari ini, tidak jauh bezanya dari sejarah yang telah tercatat itu. Renungkan bersama. Kelak, rakyat dan negara akan rugi. Nyata, apa yang dicanangkan oleh penasihat parti keadilan bahawa, kerajaan yang ada akan berubah pada 16 September 2008, iaitu Pakatan Pembangkang akan membentuk kerajaan, hanya gimik politik yang berterusan. 

Apa yang pasti, baton masih ditangan pemimpin Barisan Nasional untuk mencari formula ajaib bagi memastikan apa yang telah di bina selama 55 tahun, bakal terus diwarisi. Perdana Menteri keenam membawa transformasi dan Janji Ditepati. Masa masih ada untuk melakukan sesuatu. Sesungguhnya, perjuangan belum selesai. 

Salam perjuangan.

19 comments:

Anonymous said...

Saya akui apa yang dicatatkan oleh saudara memang benar apa yang termaktub dalam sejarah umno waema negara.Bagi saya pengundi sekarang berbeza dengan pengundi dahulu.Contoh di Jerantut, Pengundi2 memerhati gerak laku siapa yang menjadi calun, malah siapa dibelakangnya.Beginilah. sekirany En Nazlan menang P81, sudah tentu Ajk umno akan dilantik seperti Ahli Majlis Daerah.Saya malas bercerita lebih lanjut.Saya akui wz menulis berdasarkan fakta, hanya berbeza"DAHULU DAN SEKARANG"

Anonymous said...

Akhirnya selepas 50 thn, politik msia berubah dlm darjah yg maksima. BN mwngambil tempat sbg pembangkang di paelimen dan kerajaan baru mengambil alih sbg pemerintah. Peranan anak2 muda yg telah mengubah persepsi bahawa kjaan bn adalah kebal. Peranan media baru juga amat berkesan mengubah sejarah.

Anonymous said...

Saya mwnyertai ceramah yang dianjurkan di putrajaya oleh pakatan rakyat malam tadi. Sbgai pengundi di Putrajaya> saya lihat situasi yang berbeza dgn suasana dlm PRU 12. Conclusion yg saya buat Bn bakal kalah di sini. Dulu kkitangan kjaan takut hadir ceramah pmbangkang tapi kini mereka bangga bekerja urk pakatan!

Anonymous said...

ketirisan terlalu kuat dlm kerajaan umno bn ni,terutama prjek kroni nya,contoh projek jalan ke ulu tembeling 22km dari kuala tahan ke kg pagi nilai projek rm 134juta,projek ni memadai dgn kos 85juta sahaja,tu pun dah kira untung banyak dah konyraktornya,49juta baki nye boleh di gunakan untuk membuat jalan baru di kg2 lain, ini tidak,semua nye di belasah oleh kroni2 yang tidak bertangongjawab n rakus serta tamak,

Anonymous said...

La la la jgn undi dacing

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Pembetulan Anon 12:35,

Projek Fasa 1 Kuala Tahan ke Kg Pagi 22km RM120 juta.

Projek Fasa 2 Kg Pagi ke Kg Mat Daling 63km RM340 juta.

Projek Fasa 3 Kg Mat Daling ke Kg Pasir Raja Terengganu 55km RM400 juta anggaran.

Itu kos yang diakui oleh pakar dan konsultan dengan keadaan mukabumi hutan Ulu Tembeling.

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme

Anonymous said...

Kehkehkeh

Anonymous said...

Patut WZ jadi calon...dah tua dah..dah layak dah..tapi masih tak jadi...

Tengku Mahkota Brunei said...

betul kata anon 8.53.. wan zurik patut dh boleh jd calon... tp dompok sudah warning, jgn potong line dia.. byk lg projek xsettle, byk lg tanoh xrembat...
Wzwh - ckp guna fakta.
atan dompok - ckp guna Auta dan pungkor. ini adalah FAKTA!

Anonymous said...

mana pergi komen saya tadi....dah lenyap atau dilenyapkan.

Anonymous said...

Kehkehkeh

Anonymous said...

Hutang negara saja sudah melebihi 500 billion. Kalau bunga 4% saja pun sudah melebihi 20 billion tidak kira bayaran pokok lagi. Kalau bayaran pokok 50 billion bermakna bayaran hutang boleh mencecah 70 billion setahun. Mampu bayar ke atau gali lubang lagi.

Anonymous said...

ye la tu.pakai sangat lah otak mahfuz pakar matematik pas yang tak lulus srp tu.

Anonymous said...

DEMI RAKYAT: UBAH PRU13 ... Ini KALI LAH...

Anonymous said...

UMNO saja yang melebih lebih memberi kuasa kepada MCA atau Gerakan. Tapi tidak bagi MCA dan Gerakan. Banyak kerusi kerusi kawasan majoriti Melayu diberikan kepada MCA dan Gerakan. Malah bila persempadanan kawasan pilihanraya dibuat, negeri negeri bermajoriti Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu jarang mendapat tambahan kerusi. Adakah ini ini buktinya UMNO memperjuangkan bangsa Melayu?. Boleh jelaskan ?

Dan seringkali di Pulau Pinang, UMNO memenangi majoriti terbanyak dalam pilihanraya berbanding MCA dan Gerakan. Tetapi sekali lagi UMNO menyerahkan jawatan Ketuan Menteri kepada seorang China ( walau pun UMNO menguasai majoriti ). Adakah ini juga bukti UMNO memperjuangkan Melayu ?.

Sebelum penjajah British tinggalkan tanah melayu dan memberi kemerdekaan kepada negara ini, tanah rizab melayu yang ditinggalkan dan di gazet adalah ratusan juta hektar. Sebusuk busuk penjajah British mereka masih menghargai pengurbanan orang orang Melayu kerana terpaksa menerima pendatang asing sebagai warga. Tetapi sebaik baik UMNO, pemimpin Melayu UMNO telah korbankan bangsa sendiri demi keuntungan peribadi dan kroni, menyebabkan separuh dari tanah rizab Melayu tergadai ketangan pihak lain sepanjang UMNO berkuasa.

Tak usahlah pemimpin UMNO nak melalak sana sini sebagai jagoan Melayu konon. Berkokok saja hebat tapi tubuh penuh diselaputi najis. Tak usahlah nak berceloteh tentang susur galur keturunan yang hebat kalau segala hak melayu tergadai sedikit demi sedikit. Melayu jenis ini hanya pandai " melayukan " kaum melayu. Kalau nawaitu dah tak betul..tak ada apa yang boleh diharapkan.

Anonymous said...

Ha ha ha..

Che Wan..PRU 10, orang sibok reformasi, Melayu tolak BN sebab Mahathir..Tapi BN tak bungkus pasal Cina dan India masih sokong BN..Ha ha ha..

PRU11, Melayu sokong balik BN sebab Mahathir pencen.

PRU12, Melayu tak sokong BN pasal tak suka Dasar Pak Lah FLIP FLOP..ha ha ha..Lagi teruk Cina India pun tak Suka Dasar Flip-FLOP...

PRU13.....??????? kita tunggu lepas 5 Mei..ha ha ha..

Anonymous said...

Undila pakatan rakyat,bia macai tunduk malu besok,keh3,dema bayangkan muka macai dan pngampu BN kalau kaloh pru ni

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Moh undi PAS + Bunga Raya

Negara aman tanpa Dacing

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024