Thursday, October 10, 2013

WZWH Mengenang Almarhum Sultan Abu Bakar...



Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah. Ini gambar sekitar tahun 1932 ketika Baginda berumur 28 tahun.

Anak-anak Pahang yang bawah berumur 50 tahun mungkin tidak mengenali legasi Almarhum Sultan Abu Bakar seorang Sultan berjiwa rakyat dikasihi rakyat Pahang.

WZWH berumur 6 tahun ketika Almarhum mangkat pada tahun 1974 memerintah negeri Pahang selama 42 tahun. Tapi WZWH masih mempunyai memori untuk mengenang Almarhum Sultan Abu Bakar.

Arwah datuk Wan Mohd Hashim yang rapat dengan Almarhum selalu menceritakan kepada WZWH tentang Almarhum Sultan Abu Bakar.


Gambar di atas ialah pemandangan Kampung Bantal di Ulu Tembeling. Kampung ini merupakan "city centre" pusat kepada lima kampung yang besar di Ulu Tembeling iaitu Kampung Gusai, Kampung Mat Daling, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi.

Kampung Bantal merupakan pusat pentadbiran Ulu Tembeling. Perhatikan ada sebuah bangunan macam kotak di atas bukit. Ini ialah sebenarnya Istana Sri Tembeling. Tentu anda tentu tertanya-tanya kenapa di tempat pedalaman ini ada bangunan yang dipanggil istana? Rakyat Pahang hanya tahu istana hanya ada di Pekan bandar Diraja dan Kuantan ibu negeri Pahang.

WZWH hanya mahu menyatakan bahawa Istana Sri Tembeling itu hanya testimoni dan simbolik bahawa ada sejarah Pahang dan Keluarga Diraja Pahang di Ulu Tembeling. Walaupun struktur bangunan Istana Sri Tembeling tidak seberapa kosnya dan tidak mewah namun itu cukup bermakna mengingatkan nilai politik tradisional dan warisan.

Sememangnya Istana Sri Tembeling yang dibina pada awal tahun 1970an atas titah Almarhum Sultan Abu Bakar adalah simple dan ringkas namun pengertiannya besar dan sungguh bermakna kepada penduduk Ulu Tembeling dan Jerantut. Istana Sri Tembeling masih digunakan oleh Sultan Pahang dan Kerabat Diraja hingga kini.

WZWH masih ingat ketika WZWH masih kecil pada awal tahun 1970an di Istana Sri Tembeling inilah tempat berbagai-bagai majlis diadakan. Dekat dengan Istana Sri Tembeling ini ada pentas istana di tepi empangan kecil. Masih terbayang-bayang wajah Almarhum Sultan Abu Bakar seorang Sultan yang sangat dikasihi oleh rakyat Pahang dekat dengan rakyat pedalaman baginda.

Tuanku Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sejak 40 tahun dulu sering beradu di Istana Sri Tembeling ketika Tuanku melawat Ulu Tembeling. Tapi bila Tuanku menggunakan helikopter tidak menggunakan bot lagi sebagai pengangkutan ke Ulu Tembeling maka Istana Sri Tembeling menjadi sepi.


Ini foto 'loving couple' Tuanku Sultan Pahang dan Sultanah melawat rakyat Ulu Tembeling dulu-dulu...dengan mengunakan perahu panjang berkajang berenjin motor sangkut mudik Sungai Tembeling.

Kini Tuanku Sultan suka naik helikopter bila berangkat ke Ulu Tembeling. Masa sudah berubah, teknologi memberi lebih kemudahan...

83 tahun dulu Almarhum Sultan Abu Bakar mengunakan perahu yang lebih besar siap ada tempat memasak bila mahu melawat rakyat sepanjang Sungai Pahang dan Sungai Tembeling.

Ketika itu tiada teknologi enjin motor sangkut, air Sungai Pahang dan Sungai Tembeling masih dalam lagi.

Dari memoir Dato' Sir Mahmud bin Mat, "Tinggal Kenangan" ada menceritakan sewaktu bertugas di Kuala Lipis sebagai ADO menggunakan perahu galah mengambil masa 5-6 hari dari Kuala Lipis ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling pada tahun 1924!

Sehingga 1940an penduduk Ulu Tembeling masih bergalah perahu atau rakit hilir mudik Sungai Tembeling bagi keperluan ekonomi mereka.

Bayangkan kesukaran dan kesusahan menempuh air deras dan terpaksa menempuh berpuluh-puluh jeram. Itulah kehidupan dan perjuangan orang Ulu Tembeling.


Tengku Mahkota Pahang berangkat bersiram di Sungai Tembeling diiringi YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan di Istana Sri Tembeling.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah sering juga melawat Ulu Tembeling dan beradu di Istana Sri Tembeling sejak dari zaman muda hinggalah sekarang. Pada tahun 2009, Tengku Mahkota beradu 3 hari 2 malam di Istana Sri Tembeling. WZWH berasa kagum dengan semangat cinta kepada kampung pedalaman dan kesungguhan Tengku Mahkota mendekati rakyat Ulu Tembeling.

Tengku Mahkota mempunyai banyak idea bagimana mahu mengindahkan kampung-kampung Ulu Tembeling. Tengku Mahkota mahu kekalkan dan "preserve" struktur Istana Sri Tembeling kerana istana ini adalah dari ilham dan titah nenda Almarhum Sultan Abu Bakar.

Istana Sri Tembeling mengingatkan WZWH kepada tradisi politik tradisional Pahang. Walaupun dari mana anda belajar tidak kira dari UK, Amerika, Australia, Timur Tengah dll bila terpandang Istana Sri Tembeling maka semangat tradisional asal usul adat resam budaya Pahang termasuk sistem politiknya meresap dalam jiwa kerana itulah jati diri anak warisan Pahang.


Lawatan Almarhum Sultan Abu Bakar ke sekolah Kg Bantal Ulu Tembeling pada tahun 1960an. Perhatikan keadaan sekolah yang sangat dhaif. Almarhum mahu sekolah Ulu Tembeling dibina dengan lebih baik.

Almarhum mahu semua anak-anak Ulu Tembeling mendapat pelajaran yang setaraf dengan di bandar. Cita-cita Almarhum mahu anak-anak Ulu Tembeling belajar hingga ke universiti menjadi orang yang berguna kepada Pahang dan negara.

Almarhum Sultan Abu Bakar telah mengusulkan dalam Mesyuarat Durbar pada tahun 1937 kepada kerajaan British supaya menghantar anak-anak muda Melayu belajar ke luar negara supaya bila tamat belajar boleh berkhidmat kepada negara.


Gambar lama Kg Bantal Ulu Tembeling  pada awal tahun 1960an. Perhatikan banyak perahu bot dan ramai orang di padang. Ini ialah ketika lawatan Almarhum Sultan Abu Bakar.


Pesta menuba ikan di Sungai Tembeling bersama Almarhum Sultan Abu Bakar. Dulu orang tua-tua menuba ikan guna akar-akar kayu hutan secara natural bukan bom! Ini gambar di Sungai Tembeling pada tahun 1960an.


YM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar sewaktu lawatan beliau sebagai ahli parlimen Jerantut ke Kg Bantal Ulu Tembeling. Kelihatan arwah Dato' Zali Sulaiman, Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar dan Dato' Hj Nazri Ngah.

Tengku Azlan sungguh berjasa kepada penduduk Ulu Tembeling. Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 RM120 juta dan fasa 2 RM340 juta adalah inisiatif usaha beliau yang dijalankan oleh ADUN Tahan.

Tengku Azlan seperti juga ayahanda Almarhum Sultan Abu Bakar sungguh perihatin dengan masalah dan kehendak penduduk di pedalaman Jerantut.

26 comments:

Anonymous said...

Apabila perang Sabil di isytihar oleh Tun Ahmad terhadap adiknya Tun Mutahir sehingga British mengangkatnya menjadi Sultan, maka bermulalah mala petaka bagi umatIslam di Pahang sehingga hari ini.. Semoga Ku LAn lenyap di Jeantut.. Kami kenal kamu...

Anonymous said...

Perang Sabil di isytiharkan kerana penghujungnya adalah elaun daripada British ... Betullh Tun Ali lebih mengenali Tun Mutahir si abang dan menghalau Tun Ahmad, ke singapura kerana tahu onarnya...

kepada orangjerantut, hentikan legasi ini... zaman orang sudah mahukan agama... hidup hj Lan

Che Ngah said...

Salam. Kalau tak tahu sejarah janganlah nak komen sesuka hati. Jatuhnya pemerintahan Tun Mutahir sebagai Bendahara adalah kerana kekejamannya terhadap anakanda Maharaja Perba Jelai Wan Idris dan juga para penduduk Jelai. Anak Tun Mutahir, Wan Koris telah membunuh dan memancung kepala Wan Embong, anak Tok Raja lalu diconteng dengan kunyit dan dicacakkan di kepala perahu dan dibawa menghilir ke Pekan untuk dipersembahkan pada Tun Mutahir. Penduduk Ulu Jelai pula didenda dan sesiapa yg tak dapat membayarnya dijadikan hamba.
Kekejaman inilah yg menyebabkan Tok Raja dan anaknya Wan Muhammad mengikrarkan taat setia pada Tun Ahmad dan selebihnya telah menjadi sejarah.

Pada WZWH saya cuma nak betulkan sikit saja. Gambar di atas tu tak mungkin diambil pada tahun 1932 kerana dalam gambar itu jelas Almarhum memakai darjah kebesaran DMN yg hanya wujud setelah negara kita merdeka. Jadi gambar itu mestilah diambil selepas tahun 1957. Wassalam

Anonymous said...

maaf kalau silap fakta, tetapi hakikat permainan Inggeris ialah : MEREKA AKAN LANTIK DAN SOKONG ORANG YANG LEMAH UNTUK DIPERMAINKAN... terimalah hakikat itu yg kekal menjadi sejarah dan menjadi iktibar sepanjang zaman.. oleh itu, tak payah berbangga dengan keturunan awak kerana ia akan membuka pekungdi dada...

Anonymous said...

dah lah orang jerantut ... hj lan telah...

Anonymous said...

Che Ngah,
Gambar Almarhum itu mengikut Arkib Negara Pahang sekitar tahun 1932-1934 bererti umur Almarhum antara 28 hingga ke 30 tahun. Baginda ditabalkan Sultan Pahang pada tahun 1932 ketika berumur 28 tahun. Gambar itu menampakkan umur Almarhum yang muda.

Anonymous said...

DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU

Anonymous said...

hapuskan puak penderhaka di Jerantut...jangan bagi tempat kepada penderhaka..

Anonymous said...

Satu posting menarik dari wzwh betul2 menaikkan semangat dan meremang bulu roma...teruskan menulis WZWH mengenai warisan pahang.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Gambar asal hitam putih tapi telah diwarna secara digital pada tahun 2011. Gambar itu sekitar 1932-34.

Anonymous said...

19 OKT KITA PANCUNG KEPALA-KEPALA PUAK PENDERHAKA...

Anonymous said...

tengok la.. Raja x kuat.. Allah lagi kuat. Tengokla 19 hb ni... hj lan telah

toyol said...

projek jalan konon aku tengok balak aje yang jalan..kalau x percaya tinjau dengan helikopter sebiji dogol mcm kepala tengku lan..dr kuala tahan ke ulu tembeling balak dah nak pupus dikerjakan dompok..kawasan taman negara pun dia dah bedal..projek jalan sepatutnya dah siap dari zaman khalil yakoob lg..

Anonymous said...

selamat berjuang perwira kami hj lan..

Che Ngah said...


Salam saudara WZWH dan anon 2.42.

Memang benar gambar itu telah diwarnakan semula. Tapi cuba tengok darjah kebesaran yg dipakai oleh almarhum dlm gambar tu. Selepang itu selepang Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) yg dizahirkan pada tahun 1958 selepas negara kita merdeka. Darjah ini hanya dikurnia pada raja-raja, ketua negara asing dan orang2 yg amat ternama sahaja. Oleh itu tak mungkinlah gambar ini diambil pada tahun 1930an. Tapi memang betullah nampak almarhum agak muda dalam gambar ini. Boleh jadi gambar ni diambil pada awal 60an atau akhir 50an. Wassalam.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Che Ngah,
Memang betul cerita sejarah Che Ngah itu bila anak Tok Raja dipenggal kepala diarak menghilir Sg Pahang ke Pekan dan denda kepada orang Jelai.

Tok Raja kemudian menyuruh Wan Ismail Pulau Besar Ulu Tembeling mengambil Wan Ahmad dari Dungun.

Masa itu Engku Khatib sudah tua lalu mahu serah anaknya Wan Husein kepada Wan Ahmad suruh jual buat beli ubat bedil.

Di Pasir Tambang, Kuala Tembeling pada 1862 Orang Tembeling dan Orang Jelai bersama Pembesar-pembesar Pahang yang lain berkumpul mengistiharkan Wan Ahmad sebagai Raja Pahang.

Perang revolusi semangat baru dilancarkan dari Pasir Tambang. The rest is history.

WZWH akan buat posting sejarah Tok Raja @ Orang Kaya Maharaja Perba Jelai.

usin gampang said...

daulat tuanku!

penderhaka perlu di hapuskan seperti terhapusnya megat seri rama,hang jebat.mat lan penderhaha!!!

tak amanah!1.1 juta rm mana pergi?pentingkan diri.jadi khatib kononnya nak tunjuk alim tapi hipokrit!

darah yang di cemari wang yang tak berkat tak sah jadi khatib.

mari kita bukak keburukan masing2 tak reti nasihat orang jangan memburuk-burukkan orang,buat juga.

aku akan bukak semua keburukan mat lan ! lagi satu,kalau kebulur sangat jawatan KB jangan lah sampai perdagangkan agama,angkat sumpah apa cerita!

Anonymous said...

aku tak peduli la usin..awak nak kata menda.. lawan tetaaaaaap lawan,haji lan ahli parlimen yang terbaik setakat ini,tepat lah pilihan datok najib perdana menteri tidak boleh di sangkal lagi sebagai AP jerantut dan kita perwakilan angkat pulak hj lan sebagai KB pulak,baru lah perdana menteri suka kat org jrtut,dia angkat Hj Lan sebagai AP kita kita pulak Angkat menjadi KB,husin Bangang di bukan tau ape,husin ni penyokong kuet dompok malam malam husin suka pakai baju nampak bulu ketiak,hahahah...orang tau dah teruk awak tu husin hahahah...

usin gampang said...


usin malaun memulakan kempen biadap menyokong mat lan.nampak sangat dah terdesak berkempen secara sihat beralih berkempen menghina orang lain.

maka terpaksalah orang yang di hina mempertahankan diri.

aku lihat dan teliti secara mendalam kebanyakan yang komen menghina orang ni adalah orang jantut hilir,yang akan hilir semuanya pada 19 hb. nanti.

bayangkan ketamakan orang jerantut hilir.kerana tamak haloba inilah mereka sanggup kempen menghina dan memburukkan orang lain.

orang lai pun pandai juga bukak buruk kau orang yang sangat ramai orang tahu di jerantut ini.

tamak tapi bodoh.peti undi kalah boleh jadi yb.

sukri peti undi kalah.mat lan peti undi kalah teruk.

peti undi jerantut hilir kalah hampif semua tapi tak sedar diri kebulur semua jawatan.

KB-mat lan
tkb-sukri munafik
nkb- mat jaafar

ketua wanita- wok kelabu vs wok kelabu taik anjing siti hajar.

ketua puteri-syafinas vs jamilah jaafar.

ajk 3 sayap 65% calon jerantut hilir.

begitu juga ajk bahagian,calon jerantut hilir yang sangat lemah bersepah2 bertanding.

ugut nak tutup umno kalau puak ku lan menang sangat menggelikan hati..siapa yang bantu yb jerantut menang kalau bukan orang tembeling,felda dan damak cheka.

jadi nak heran apa?kalau mat lan menang pun puak ni tak boleh membantu umno pun!mat lan terpaksa menyembah orang tembeling dan orang felda serta orang damak cheka bagi membantu dia menang pru akan datang!ugutan taik babi namanya.memang sah dia undi pembangkang tapim umno tetap bertahan keran majoriti ahlinya adalah pejuang umno tulen bukan macam puak jerantut hilir yang hanya nak jawatan kerana kepentingan diri saja.

barisan ku lan merangkumi dun2 yang ada di jerantut.mengagih2kan secara adil.macam mana anon2 bodoh ni mengira rating undi mat lan menang kalau hanya bergantung harap kepada pengundi jerantut hilir yang hanya 49 orang!bayangkan undi hanya ada 49 orang nak menguasai bahagian.tak reti matematik rupanya mat pian,lan set,dan halim masan ni. 19 hb nanti baru lah dia orang ni berkejar ke kelas matematik.

Anonymous said...

kau orang ni serupa aje dengan boss kau orang nat lan.manusia yang tak tahu mengenang budi.anjing!anjing tersepit!

kau orang ingat memang tak tahu sejarah!kau orang ingat keluarga kau orang mulia sangat ke sampai menghina keluarga wan yang banyak jasanya di pahang ni.

untuk pengetahuan kau orang yang buta sejarah,orang di sekitar daerah jerantut ni dahulunya adalah manusia animisme(penyembah pokok,batu dn lain2).

makanan dia orang dahulunya habat sangat.biawak lah makanan kegemaran.

maka ketika itulah almarhum imam perang engku khatib @ engku wan endut dengan bantuan imam daud pulau tawar berjaya mengislamkan melayu2 yang ada di kawasan jerantut yang luas ini.

tapi kalau dah dasar manusia yang tak tahu mengenang budi memang tak mengenang budi tu lah.

inilah akibatnya keturunan pemakan biawak seperti anon2 penderhaka yang di ketuai mat lan hipokrit.

cakap besar berdegar2.lan set,basri kerbau balau,mat pian,dan sewaktu dengannya sudah berangan2 nampaknya!

malaun said...

siapa yg hipokrit sebenarnya pemimpin keagungan anjing usin gampang dgn wan zuri yg hipokrit..memimpin untuk kekayaan diri bkn nak membela nasib rakyat..fantasi aje tengku lan dgn dompok untuk menang sebab kepungkoran dan kaki penipu sudah terbukti dapat dinilai oleh pemilih2 yg semakin cerdik..sape yang akan memilih tengku lan dan dompok hanya sibahlol usin gampang dengan wan zuri aje..

Anonymous said...

wakil british is wakil british... money, money, money.. tak payah pusing fakta sejarah... keluarga di raja tiada apa yg nak di banggakan...

Anonymous said...

aku sokong mat lan....ku lan kalau menang duk kolompo,siapa nak jumpa ku gi la kolompo.kalau mat lan senang nak jumpa gi kumah terus jumpa,tak payah protokol,kalau ku lan awak nak jumpa kena tembus dolah kicap dulu kena soal jawab n banyak songel pulak...

Anonymous said...

memang tepat pandangan anon di atas aku sokong nak jumpa dia kena abis kurang2 rm200, gi kuala lumpur,silap2x dapat jumpa,pikir la sendiri demeh weh....

Anonymous said...

Hahaha... kena jumpa Ku Lah cap dulu ke kalau nak jumpa Ku lan? Baik kita jumpa KU LUP senang kan

Anonymous said...

islam melarang mengangkat orang gila jadi pemimpin!lebih-lebih lagi dari keturunan gila!ingkarlah larangan allah ni!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024