"Kita sebenarnya sudah hampir hilang identiti berpakaian. Kalau kita lihat sekarang berapa kerat sahaja generasi muda yang memiliki set persalinan pakaian Melayu yang lengkap dengan tanjak,"
"Sekali bernama Destar
Keduanya bernama Tanjak
Ketiganya bergelar Tengkolok
Yang di ujung kepala
Dipakai berpatut-patut
Yang beradat berlembaga
Yang beradat berketurunan
Yang dijaga dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya."
Keduanya bernama Tanjak
Ketiganya bergelar Tengkolok
Yang di ujung kepala
Dipakai berpatut-patut
Yang beradat berlembaga
Yang beradat berketurunan
Yang dijaga dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya."
Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.
Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.
Pemakaian tanjak memainkan peranan yang cukup penting. Selain mempamerkan kehalusan berpakaian, tanjak juga menceritakan pelbagai kisah dan latar belakang si pemakainya.
Pada zaman dahulu, pemakaian tanjak yang juga dipanggil tengkolok atau destar merupakan simbol yang melambangkan status sosial dalam masyarakat. Lipatan dan gubahannya dianggap 'pengenalan' kepada pemakainya.
Tanjak Ketupat Makasar dan Anak Gajah Menyusu misalnya menceritakan darjat dan kedudukan seorang pembesar. Lipatan seumpama itu pula tidak sesekali dipakai oleh orang-orang kebanyakan.
Apatah lagi jika tanjak tersebut dipadankan bersama dengan set persalinan pakaian yang dianugerahkan dari istana. Kekemasan dan kehalusan tenunan diraja sahaja sudah cukup untuk menceritakan kedudukan pangkat dan kebesaran yang dimiliki.
Selain melambangkan status, bentuk gubahan hiasan kepala itu juga banyak menceritakan asal-usul si pemakai. Lipatan Ayam Patah Kepak, Lang Menyongsong Angin dan Getam Budu merupakan sebahagian daripada jenis lipatan tanjak dari Pahang.
TANJAK LANG MENYONGSONG ANGIN PAHANG
Di Negeri Pahang Darul Makmur terdapat beberapa jenis destar yang pernah dipakai oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Tanjak Lang Menyongsong Angin yang diperbuat daripada kain songket yang berwarna natarnya biru kundang bersulam benang kencana ini adalah pakain hulu rasmi yang dipakai oleh D.Y.M.M. Sultan Pahang pada masa sekarang. dari segi nama, ia sama dengan Tengkolok Lang menyongsong Agin dari Perak, tetapi destar Pahang berbeza dari segi reka bentuknya yang melonjong ke atas.
PAHANG DARUL MAKMUR
Sejarah Mula Pakai Tanjak di Tanah Melayu
Pada tahun 750 Masihi, Sang Jaya Bangsa atau Sang Rama Dhamjaya – Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera telah menyerang kerajaan Langkasuka di bawah pemerintahan Raja Maha Bangsa. Pada tahun 775 Masihi, Srivijaya telah berjaya menakluk Langkasuka dan seluruh tanah jajahannya.
Kemasukan pengaruh budaya Melayu Srivijaya dari Sumatera (termasuklah tengkolok, tanjak dan destar) dipercayai bermula pada tahun 775 Masihi. Walau bagaimanapun, pengaruh budaya Melayu Langkasuka (termasuklah kecopong @ Ketopong) tetap kekal dominan.
Penggunaan tengkolok, tanjak dan destar secara meluas di Semenanjung Tanah Melayu dipercayai hanya bermula apabila Seri Teri Buana ditabalkan sebagai pemerintah bagi tiga buah kerajaan – Palembang-Jambi (Srivijaya-Melayu), Bintan dan Singapura Tua.
Dari segi kedudukan geografi, Kepulauan Bintan dan Kepulauan Singapura adalah sebahagian daripada Semenanjung Tanah Melayu. Ini bermakna, kemasukan tengkolok, tanjak dan destar bermula dari arah selatan menuju ke utara Semenanjung.
Serangan Majapahit ke atas tiga buah kerajaan tersebut telah memaksa pemerintah terakhirnya – Parameswara melarikan diri ke utara lalu mendirikan Kesultanan Melaka. Di bawah pengaruh empayar Melaka inilah, penggunaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke semua negeri jajahan dan naungannya.
Sultan-sultan Melaka dan Johor-Riau-Lingga-Pahang telah menabalkan putera-putera mereka sebagai raja atau sultan di negeri Perak, Jeram (Selangor), Johor, Terengganu dan Pahang.
Ada juga di kalangan para pembesar Melaka dan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang dilantik sebagai wakil raja di wilayah jajahan seperti Kelang (Selangor) dan Muar (Johor).
Sultan Mahmud Syah (Kedah) telah pergi ke Melaka untuk bertemu dengan Sultan Mahmud Syah (Melaka) demi memohon nobat. Dari sinilah bermulanya sejarah tengkolok, tanjak dan destar di negeri Kedah.
Sejarah tengkolok, tanjak dan destar di negeri Kelantan bermula apabila Sultan Melaka menakluk negeri Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga di bawah pemerintahan Sultan Gombak.
Dari Kelantan, pemakaian tengkolok, tanjak dan destar masuk ke Patani apabila Patani diperintah oleh anak-anak raja dari dinasti Kelantan I dan dinasti Kelantan II.
Pada zaman Kerajaan Persekutuan Patani Besar, penggunaaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke negeri Singgora (Songkhla, Phatthalung dan Satun) serta Ligor (Nakhon Si Thammarat).
Di bawah pengaruh empayar Kedah pula, penggunaaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke Sendawa (Sadao), Setul (Satun), Terang (Trang), Ayer Kelubi (Krabi), Kuala Punga (Phang Nga), Pulau Bukit (Koh Phuket) dan Rundung (Ranong) di selatan Thailand serta Tenang Sari (Tenasserim) di selatan Myanmar
1 comment:
as salam,
macam mana jenis tanjak, tengkolok atau destar golongan panglima atau pendekar pahang di zaman dahulu. di mana tempat boleh saya merujuk dan belajar?
Post a Comment