Wednesday, June 10, 2015

Projek Jalan Kg Mat Daling-Kg Pasir Raja Terengganu Laluan Lagenda Sejarah




















Taklimat Projek Jalan Ulu Tembeling -Terengganu di Kg Jelapang , Mat Daling 70km anggaran RM600 juta dihadapan Pegawai-Pegawai Tinggi Jabatan Perdana Menteri, KKLW, Konsultan dan WZWH.

Projek ini sudah dimasukkan dalam RMK 10 tapi tidak dibuat. WZWH mahu projek ini dibuat dalam RMK 11.

Projek ini unik kerana melibatkan dua buah negeri Pahang dan Terengganu. Dari segi geografi jajaran projek ini 2/3 di Pahang manakala 1/3 di Terengganu. Tidak ada jalan menghubungkan dua negeri ini disebelah sini hanya denai.

Allignment atau laluan projek ini tidak melibatkan kawasan "water catchment area" dan penebangan hutan balak dara adalah secara minimal.

DS Najib bersetuju untuk meluluskan projek ini. Kenapa projek ini perlu dibuat?

Orang Jerantut ramai bertanya apa pelaburan yang Jerantut dapat. Yang jelas pelaburan besar ECER belum  masuk lagi ke Jerantut hanya diperingkat kelulusan Kerajaan Negeri Pahang terutama Cadangan Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika. Pelaburan atau "investment" ialah pengukur pertumbuhan ekonomi.

Di Malaysia "investment" menyumbang 20% kepada ekonomi. Bakinya dipandu "consumption" dan "trade". 45% "investment" dihasilkan oleh sektor swasta.

Investment adalah pengerak consumption dan trade. Banyak peluang pekerjaan dijanakan yang menggalakkan consumption dan trade.

Dasar kerajaan mahu meningkatkan pelaburan dari swasta dari 45% kepada 92%. DS Najib mahu peranan kerajaan berubah daripada "financier" kepada "facilitator".

Oleh kerana Jerantut sebahagian kawasannya di pedalaman maka pelaburan dari kerajaan masih ditagih. Pelaburan dari swasta juga perlu.

WZWH akan ceritakan pelaburan Jerantut baik dari segi perancangan kerajaan, RMK11, swasta dan juga konsep dan gambaran.

Mula-mula WZWH cerita investment di DUN Tahan. Projek-projek pembangunan di DUN Tahan boleh menjadi pemangkin atau "catalyst" kepada pertumbuhan ekonomi Jerantut.

Projek jalan Ulu Tembeling dari Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling kos projek RM552 juta. Peruntukan RM121 juta telah disalur untuk buat jalan dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi.

Projek Bandar Herba Kg Pasir Raja Terengganu RM2.2 bilion yang diumumkan DS Najib boleh memberi kesan ekonomi limpahan kepada Ulu Tembeling. Ini juga untuk justifikasi pembinaan projek Jalan Ulu Tembeling ke Kampung Pasir Raja, Terengganu (jarak hanya 70km) anggaran kos projek RM600 juta (RMK 11).

MPOB (Malaysian Palm Oil Board) berminat untuk buat satu pusat research anggaran kos bernilai RM200 juta di tanah seluas 850 ekar berdekatan Kuala Tahan. 

Kuala Tahan, Taman Negara adalah tarikan produk pelancungan ke Jerantut. Pelaburan swasta digalakkan yang ada kepakaran eco-resort dengan pelaburan yang besar.

Airport Sungai Tiang dekat Kuala Tahan perlu diupgrade kepada airport yang lebih besar dengan memberi kemudahan akses kepada Air Asia, Firefly, dan syarikat penerbangan kecil swasta. Ada pelancung mahu cepat sampai dan cepat balik.




Tanah seluas 26,000 ekar telah diambil bagi tanaman getah yang melibatkan 5 kampung utama di Ulu Tembeling termasuk Kg Mat Daling.

Sebahagian dari tanah 26,000 ekar di Ulu Tembeling yang diambil oleh kerajaan negeri Pahang bagi tujuan agensi seperti Felcra dan Anak Syarikat Yayasan Pahang bagi tujuan penanaman getah.

Ladang getah Felcra dan Anak Syarikat Yayasan Pahang itu boleh memberi kebaikan kepada kepentingan penduduk Ulu Tembeling. Selain dari saham Felcra kepada peserta yang eksklusif hanya kepada penduduk Ulu Tembeling, ladang getah Anak Syarikat Yayasan Pahang telah dijanjikan oleh MB Pahang untuk diberi 30% keuntungan kembali kepada penduduk Ulu Tembeling.

Peluang pekerjaan, impak ekonomi, pembinaan infrastruktur boleh memberi kemudahan.

Ditambah lagi ladang gaharu seluas 12,000 ekar lagi boleh membantu dan menyenangkan ekonomi penduduk Ulu Tembeling.

Berkenaan dengan Projek Jalanraya Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi akan disiapkan pada hujung Ogos 2015.

Kelulusan peruntukan RM280 juta bagi Projek Jalanraya Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling sejauh 44km maka berkuatkuasa pada 1 Jun 2014 projek jalan ini mesti mula dibuat dari Kg Pagi.

Projek Jalanraya Fasa 2 ini akan siap sampai ke Kg Mat Daling pada tahun 16 Mei 2018

Seterusnya memang wajar Projek Jalanraya Fasa 3 terus disambung dari Kg Mat Daling ke Kg Pasir Raja Terengganu.

Pada mulanya kerajaan tidak berminat mahu buat projek jalanraya kerana kos yang sangat tinggi tetapi Tuanku Sultan Pahang berkeras mahu projek itu mesti dilaksanakan bagi kepentingan penduduk Baginda di Ulu Tembeling.

WZWH percaya Ulu Tembeling sebagai hub ladang gaharu dan Kg Pasir Raja Terengganu sebagai hub ladang herba yang berjumlah berbilion ringgit akan memantaskan dan mempercepatkan lagi projek jalanraya ini dalam perlaksanaan ECER.

Tanah-tanah di Ulu Tembeling akan menjadi lebih mahal dan lebih strategik nanti bila rangkaian jalanraya ini siap sampai ke Terengganu. Sistem jalanraya ini yang lebih jimat masa dan lebih dekat akan membuatkan ramai orang akan menggunakan jalanraya ini dan pertumbuhan ekonomi pesat membangun.

DS Ahmad Said Mantan MB Terengganu berkata,"Jalan Kampung Pasir Raja - Hulu Tembeling itu akan menjadi penghubung antara penduduk Kampung Pasir Raja yang kebanyakannya mempunyai ikatan kekeluargaan dengan penduduk di Hulu Tembeling."

Kerajaan Terengganu mahu mengadakan perbincangan dengan kerajaan Pahang bagi merealisasikan pembinaan jalan itu termasuk melakukannya secara usaha sama. 

DS Ahmad Said tahu sejarah.

WZWH berasa teruja kerana Mantan MB Terengganu DS Ahmad Said nampak agresif mahu membangunkan sempadan Terengganu Pahang yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dikedua-dua region.

Dulu pada 1995 di Taman Negara Kuala Tahan, Tan Sri Wan Mokthar Mantan MB Terengganu pernah berkata memang patut dah Jalan Ulu Tembeling-Kg Pasir Raja dibina. Kerajaan Pahang kena agresif.

DS Idris Jusuh Mantan MB Terengganu juga sudah bersetuju mahu bincang perancangan pembinaan projek jalan tersebut tetapi beliau tidak jadi MB selepas itu.

Kalau ikut RMK 10 (2011-2015) memang ada dalam perancangan projek jalan itu. Sekarang sudah RMK 11.

Kerajaan Pusat perlu menyediakan peruntukan lebih kurang RM600 juta untuk buat projek jalan tersebut.

Kerajaan Terengganu telah mengambil inisiatif sendiri dengan menggunakan lebihan Wang Ihsan bagi buat jalan kampung dari Kg Pasir Raja menghala ke sempadan Pahang.

Jika Kerajaan Pusat ada kekangan peruntukan, WZWH kira MB Terengganu boleh berbincang dengan MB Pahang untuk guna wang royalti minyak Terengganu-Pahang sebagai peruntukan pendahuluan. 

Kenapa tidak?

Bila MB Terengganu agresif, DS Najib bersuara disambut pula MB Pahang (kena agresif juga lah) tiada siapa yang boleh kata projek ini tidak boleh dibuat!

Projek jalan Ulu Tembeling-Kg Pasir Raja itu boleh dibuat sepanjang 70km.

Terengganu ambil 1/3, Pahang ambil 2/3

Deal is deal done!....

Projek Jalan Kg Mat Daling-Kg Pasir Raja Terengganu adalah laluan Legenda Sejarah. Biar WZWH cerita lagenda sejarah denai atau jajaran jalan ini.

Maka WZWH menulis sejarah hubungan Ulu Tembeling dengan Terengganu....

Ulu Tembeling merangkumi 5 kampung besar Kg Bukit Mat Daling, Kg Bantal, Kg Gusai, Kg Kuala Sat dan Kg Pagi. 

Dulu orang Ulu Tembeling berjalan kaki ke ke Kampung Pasir Raja Terengganu vice versa samada mengunjungi sedara mara, mencari garam, menghadiri kenduri dan sampai kini atas undangan kejohanan bolasepak.

Jalan ini yang dipanggil denai atau jejak Mat Kilau tapi sebenarnya beratus tahun sebelum Mat Kilau menggunakan jalan denai itu, orang Ulu Tembeling sudah menggunakannya.

Hubungan ini bermula bila seorang pembesar dari keturunan Sultan Zainal Abidin 1 Terengganu membawa diri ke Pahang ekoran konflik politik yang berlaku. Diburu kerana perebutan kawasan membuatkan Wan Ismail bin Tun Salleh bin Tun Khamis bin Tun Muhammad ibni Sultan Zainal Abidin 1 Terengganu menyeberangi sempadan Terengganu Pahang.

Wan Ismail dan pengikutnya berkampung di Janing sebuah kampung besar di ulu Sungai Tembeling paling ulu. Dikatakan ramai penempatan pada masa itu. 

Pada masa itu dikatakan ada cerita kisah seorang raja Sakai (orang liar) yang bermata merah dan pengikutnya suka tinggal di pokok dan kerja sakai ini suka menyerang orang Melayu yang berhubung antara Terengganu dan Pahang.

Raja Sakai ini gagah dan suka mengamalkan kanibal makan daging orang Melayu. Ramai orang Melayu terutama pedagang dibunuh. Maka cerita ini sampai ke Wan Ismail.

Wan Ismail seorang yang berbadan tinggi mencabar Raja Sakai ini bertarung. Maka berlakulah pertempuran yang hebat antara Raja Sakai bermata merah lagi kanibal dengan Wan Ismail. Akhirnya kalah dan tewas Raja Sakai. 

Semua pengikut Raja Sakai berbaiah dengan Wan Ismail akan tunduk taat setia dengan Wan Ismail dan keturunannya. Maka semua sakai-sakai Ulu Tembeling tunduk kepada Wan Ismail dan keturunannya hingga kini.

Wan Ismail bersama pengikutnya akhirnya menetap di Pulau Besar Ulu Tembeling. Beliau telah berkahwin dengan Wan Leper binti Wan Long bin Tun Abdullah bin Tun Da (Tun Pedah Yusuf) ibni Bendahara Tun Abdul Majid. Keluarga Tun Da (Tun Pedah Yusuf) ramai menetap di Lembah Tembeling.

Pada masa ini Wan Ismail ditugaskan oleh Engku Khatib bin Tun Abdullah bin Tun Da (Tun Pedah Yusuf) dan Orang Kaya Maharaja Perba Jelai pergi ke Dungun mengambil Wan Ahmad (Sultan Pahang petama) untuk dibawa ke Pahang untuk diangkat menjadi Raja Bendahara Pahang.

Wan Ahmad telah berpuluh kali berperang dengan Bendahara Tun Mutahir tapi sentiasa tewas. Wan Ahmad tidak percaya kepada Wan Ismail pada mulanya. Akhirnya berlaku sumpah antara Wan Ahmad dengan Wan Ismail bersama 7 lagi pendekar Janing berjanji setia di Kg Pasir Raja Terengganu.

Sebilah keris telah diisi ke dalam jug yang beisi air dan digode (kacau) dengan membaca beberapa ayat Al-Quran lalu Wan Ahmad, Wan Ismail dan 7 pendekar Janing minum air dalam jug.

Wan Ahmad dibawa menghilir Sungai Tembeling hingga ke Pasir Tambang Kuala Tembeling pada 1862. Disitu menunggu orang Tembeling, orang Jelai dan para pembesar Pahang yang menyokong perjuangan politik Wan Ahmad.

Wan Hussein bin Engku Khatib bin Tun Abdullah bin Tun Da ibni Bendahara Tun Abdul Majid telah mengistiharkan Wan Ahmad sebagai Raja Bendahara Pahang. Dari Pasir Tambang mereka berarak menghilir Sungai Pahang hingga ke Pekan. The rest is history...Bendahara Tun Mutahir berundur ke Johor. Maharaja Sultan Abu Bakar Johor adalah menantu Bendahara Tun Mutahir.

Wan Ahmad telah berjanji kepada Wan Ismail untuk membantu mendapatkan kembali kawasan di Terengganu. Namun setelah menang perang saudara, Wan Ahmad tidak menunai janji. Wan Ismail hanya diberi kuasa di Pulau Besar Ulu Tembeling.

Ini tidak menyenangkan Wan Hussein. Walaupun Wan Ismail berkahwin dengan sepupu Wan Hussein namun sentimen Terengganu Pahang menebal dihati Wan Hussein. Atas sebab itu berlaku pula peperangan diantara Wan Ismail dan clan Ulu Tembeling dengan Wan Hussein dan clan Tembeling Tengah.

Konflik berlaku selama 2 tahun dan mengakibatkan banyak kematian. Akhirnya Wan Ahmad yang menjadi Sultan Pahang pertama terpaksa campur tangan. Sultan Wan Ahmad menitahkan bahawa Wan Hussein dan Wan Ismail membayar denda yang tinggi.

Sultan Wan Ahmad menetapkan bahawa Wan Ismail berkuasa di Pulau Besar ke atas manakala Wan Hussein berkuasa dari Tembeling Tengah ke Kg Bantal. Wan Hussein tidak mengiktiraf Wan Ismail yang dikatakan berasal dari Terengganu.

Seorang Penghulu Raja dilantik oleh Sultan Wan Ahmad dikalangan orang biasa di Lembah Tembeling bagi memantau perkembangan politik ke dua puak yang suka berperang ini bimbang bangkit memberontak melawan Sultan Pahang! Penghulu Raja adalah spy mata dan telinga Raja Pahang.

Ya memang Wan Ismail berasal dari Terengganu. WZWH diberitahu bahawa keluarga Wan Ismail ini begitu dominan di Ulu Tembeling. Di Terengganu keluarga Wan Ismail bertaburan dari Kampung Pasir Raja dan sekitar, Kuala Jengai, Jerangau, Kuala Berang, Dungun, dan Kuala Terengganu.

Jasa Wan Ismail yang besar ialah mengambil Wan Ahmad dari Dungun balik ke Pahang menghilir Sungai Tembeling ke Pasir Tambang Kuala Tembeling dan perubahan politik Pahang berlaku...

Adalah diluar jangkaan Wan Ismail untuk berimaginasi bahawa pada satu masa nanti ada jalan besar menghubungkan Kampung Pasir Raja Terengganu dengan Ulu Tembeling.

Pembinaan Projek Jalan Ulu Tembeling- Kg Pasir Raja dengan kos RM600 juta akan membangunkan pertumbuhan ekonomi Ulu Tembeling (Daerah jerantut) dengan Kg Pasir Raja dan seluruh Daerah Dungun, Terengganu.

Jika pembaca WZWH tanya siapa antara Wan Ismail dan Wan Hussein yang WZWH sokong. Maka jawab WZWH....I'm descendant of both Wan Ismail and Wan Hussein is hard for WZWH to decide!!!

WZWH tidak anggap Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu ini sebagai mimpi indah. Ianya adalah realiti yang boleh digapai dan dicapai. Political will, will power dan usaha yang bersungguh tanpa henti dan jemu akan membuatkan projek ini boleh dijayakan.

8 comments:

Anonymous said...

Maknanya dulu negeri ni dapat dengan darah. Adik lawan abang. Adik menang tapi boleh jadi raja walaupun bukan anak gahara. Keturunan abang raja sebenar yang masih ada sekarang pun bukan raja asal,cuma raja bendahara. Sejarah pun sejarah la ,belajar dari sejarah tapi jangan spin sejarah. Yang penting sekarang jangan jadi barua, kaki bodek, kaki jilat dan yes man. Najib dah buat taik tapi semua nak tolong cuci. Negeri sendiri dah tenat pun buat bodo. Ada otak tak guna.

Anonymous said...

terima kasih najib kerana terus berjuang,hidup anak pahang...

Unknown said...

..saya amat berminat untuk melaksanakan project jalanraya ini. Kami mempunyai contractor yang berkupayaan untuk melaksanakan project ini. Di harap dapatlah pehak yang tertentu memberi sedikit maklumat untuk diteliti olih pehak contractor.

Terima kasih.

Unknown said...

..saya amat berminat untuk melaksanakan project jalanraya ini. Kami mempunyai contractor yang berkupayaan untuk melaksanakan project ini. Di harap dapatlah pehak yang tertentu memberi sedikit maklumat untuk diteliti olih pehak contractor.

Terima kasih.

Anonymous said...

saya juga amat berminat nak baham pitih belaka

Suria Sulaiman said...

Dato
Bagaimana status jln kg mat daling pasir raja dan jalan kg pagi mat daling.
By the way, saya juga xsmsp.

Unknown said...

Anda Berminat utk menjalankan project fasa 3 bolih whatsapp saya 0186629297

J said...

Salam Tuan WZWH. Saya berminat untuk mengetahui jajaran Jalan Jerantut - Kg. Pasir Raja ini. Boleh saya mendapatkan lebih banyak informasi daripada tuan?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024