Nuffnang Ads

Pages

Monday, June 8, 2015

10 Pelancong Bogel Gunung Kinabalu Perlu Korbankan 10 Ekor Kerbau Mengikut Adat Sabah






Mengikut kepercayaan orang Sabah, puncak Gunung Kinabalu adalah tempat suci tempat segala roh berkumpul sebelum naik ke syurga dan neraka.

30 May 2015 10 orang pelancong Mat Salleh 6 lelaki dan 4 perempuan berbogel dan kencing di puncak Gunung Kinabalu. Walaupun guide @ malim gunung telah menasihati mereka supaya jangan buat perkara tidak senonoh itu namun guide itu diherdik," stupid...go to hell".

Gempabumi berukuran 6 Richter itu telah mengoncang Ranau dan Sabah, batu gunung bongkah besar jatuh bergolek seperti sungai batu-batu menghempas setakat ini 19 pendaki gunung.

Walau WZWH percaya gempabumi adalah disebabkan oleh perubahan pergerakan seismic plet tetronik benua @ lingkaran api Pasifik yang dekat dengan Sabah. Ini tidak pernah terjadi sebelum ini gegaran yang kuat. Namun WZWH respek menghormati kepercayaan dan larangan Adat orang Sabah.

Tragedi dan malapetaka bencana alam ini yang hanya mengorbankan pendaki gunung tetapi tidak penduduk Ranau yang duduk di kaki gunung dan tanah rata 'mengesahkan' kepercayaan ini.




Batu gunung sebongkah macam ini punya besar bila jatuh bergolek dari Gunung Kinabalu sudah tentu boleh membunuh pendaki gunung.




Aliran "Sungai batu-batu" dari puncak Gunung Kinabalu ini juga bila bertaburan jatuh bergolek boleh juga merbahayakan dan membunuh pendaki gunung.




Mengikut Adat Sabah seperti yang dikatakan oleh seorang Bobolian Ketua Adat agama Sabah 10 pelancong Mat Salleh yang berbogel dan kencing di puncak Gunung Kinabalu itu perlu didenda korbankan 10 ekor kerbau.

Untuk menenangkan pelindung gunung itu, 10 pelancong barat yang berbogel dan membuang air kecil di puncak Gunung Kinabalu perlu dikenakan denda 10 kepala kerbau, menurut adat tempatan, kata Ketua agama puak Sabah yang dikenali sebagai Bobolian.

Bobolian Tindarama Aman Sirom Simbuna, berkata bahawa tindakan 10 pelancong itu telah menimbulkan kemarahan roh-roh dan penjaga gunung, yang membawa gempa Jumaat lepas dalam kemarahan mereka.

"Menurut kepercayaan tempatan, semangat gunung ini adalah sangat marah," kata beliau.

Beliau berkata mangsa kemarahan ini adalah orang-orang yang tidak bersalah yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tingkah laku tidak senonoh pelancong.

"Pelancong yang menimbulkan kemarahan penjaga gunung itu perlu membayar untuk kesilapan mereka dengan memberikan sogit.

"Denda ini dipanggil sogit dalam bahasa tempatan, harus dalam bentuk 10 ekor kerbau jantan atau betina ," kata Tindarama Aman.

Beliau juga menyampaikan ucapan takziah masyarakat Bobolian di negeri ini kepada keluarga yang terlibat.

Menurut kepercayaan tempatan, Gunung Kinabalu merupakan tempat tumpuan roh-roh orang mati sebelum mereka beralih ke syurga atau neraka.

Beliau berkata bahawa roh-roh merayau datang dipanggil melalui Bobolian atau Tindarama semasa upacara dipanggil menolob.

Tindarama Aman juga memuji cadangan Timbalan Ketua Menteri Joseph Pairin Kitingan untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran doa untuk menenangkan semangat gunung itu selepas gempa yang dipercayai telah menyebabkan  19 orang mati.

Sekalung Takziah buat mangsa-mangsa gempa bumi yang berlaku di Ranau khasnya dan Negeri Sabah, WZWH mendoakan agar semuanya selamat dan dipermudahkan segala kesulitan...amin.

Hari ini, kita memperingati pemergian mereka yang terkorban dalam gempa bumi yang berlaku. Pengorbanan mereka yang bertaruh nyawa untuk operasi menyelamat sentiasa dikenang

No comments: