Nuffnang Ads

Pages

Friday, June 26, 2015

Mahathir Pekak Dan Tuli Kepada Penjelasan Najib Hanya Mukhriz PM 2020 Di Hati Mahathir!





Sindrom penyakit raja-raja Melayu zaman dahulu yang mahu anak kandung lebih cepat menaiki takhta menjadikan Mahathir lebih obsess mahu Najib cepat berundur untuk membolehkan Mukhriz menjadi Perdana Menteri 2020. Walau Najib pun mahu groom Mukhriz dengan beri jawatan MB Kedah namun pada Mahathir itu belum cukup power lagi.

Bagi manusia yang beriman, mereka akan menerima apa juga keputusan hasil dari perancangan sebagai Qada dan Qadar dari Allah swt. Namun sebaliknya bagi manusia yang hatinya penuh zulmat, mereka membuat perancangan dengan mengharapkan sesuatu balasan yang selari dengan nafsu dan kepentingannya.

Begitulah juga apa yang terjadi pada senario politik negara ini. Bagaikan dirasuk lembaga misteri, mantan Perdana Menteri Mahathir dilihat melancarkan serangan bertali arus terhadap kepimpinan Perdana Menteri ke 6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Serangan yang dirancang.

Menurut penganalisis politik tanahair, kemelut serangan yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri semakin jelas. Serangan tersebut mula menampakkan apa sebenarnya motif yang terselindung. Yang tersirat tidak lagi dapat disembunyikan. Semuanya angkara gelojoh untuk mencapai sasaran yang dirancang dan akhirnya beliau sendiri gagal mengawal nafsu.

Apa yang dirancang serba tidak menjadi dan yang paling memalukan, semua yang dirancang bersama dengan sekutunya memakan diri sendiri.

Bayangkan bila Mahathir mulakan langkah pertama menyerang Najib, langkah pertama pun sudah sumbang. Isu yang dibawa bersandarkan kemelut rekayasa fitnah 1MDB yang dicanang oleh Rafizi pada awalnya lagi sudah diketahui bohongnya.

Mahathir seakan tidak sedar kedudukan beliau sebagai Negarawan berbanding dengan Ahli Parlimen yang baru setahun jagung memanaskan punggung di dalam Dewan Parlimen. Isu yang dikendong oleh Rafizi sudah jatuh tercicir tetapi disambar oleh Mahathir seolah-olah isu tersebut dijuarai olehnya.

Mahathir seperti pekak, tidak boleh mendengar penjelasan bukan sahaja dari Najib, dari pihak 1MDB sendiri malah dari rakyat yang majoritinya waras boleh memahami apa itu maksud menunggu laporan Audit dari Ketua Audit Negara dan juga dari PAC. Malah beliau juga umpama seorang yang buta, tidak mampu untuk melihat penjelasan bertulis dari Najib, dari 1MDB dan juga dari rakyat di pelbagai medium termasuk tulisan-tulisan nakal berupa sindiran di medium internet.

Merasakan sandaran isu ciptaan Rafizi dari parti pembangkang tidak menjadi, Mahathir turut menyelitkan sindiran berniat jahat dengan membangkitkan cerita-cerita momokan parti pembangkang mengenai keluarga Perdana Menteri termasuk cerita fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah.

Di manakah letaknya maruah Mahathir apabila beliau sendiri begitu rapuh mudah terjerat dengan persepsi politik pembangkang?

Akhirnya serangan yang dirancang bersama dengan beberapa rakan sekutunya ‘check-mate’ apabilatertangkapnya suspek yang dikaitkan dengan pengubahan dokumen di dalam sistem intranet syarikat yang berkait dengan 1MDB semalam.

Benarkah serangan Mahathir demi UMNO?

Ayat-ayat yang tertera di dalam blog Mahathir dan juga dalam siri ceramah ‘Bicara Negarawan’ seperti “Nak selamatkan UMNO..” “Sayangkan UMNO..” “Pemimpin datang dan pergi..” hanyalah umpama kata-kata manis seorang jurujual ubat untuk melariskan ubatnya sahaja. Tidak lebih dari itu.

Soal firman Allah swt dan hadis Nabi saw berhubung kewajipan taat kepada pemerintah tidak mampu lagi untuk menyedarkan Mahathir dan pengikutnya yang taksub. Motif kepentingan diri sudah mula menyerlah apabila Mahathir dilihat sudah mula menulis di dalam laman sesawangnya sendiri perkara yang sama berulang-ulang. Bezanya cara beliau dan pentaksub berkepentingan mengolah ayat sahaja.

Tujuan sebenar bukan lagi mencari kebenaran tetapi terserlah kehendak utamanya adalah Najib perlu letak jawatan. Semua yang dibicarakan di hadapan khalayak sebelum ini hanyalah ‘camouflage’.

‘Demi UMNO’ sudah jauh tersasar. Segala nasihat dan teguran dari pelbagai pihak sudah tidak penting untuk difikirkan oleh Mahathir.

Bagi beliau, Najib Must Go!. Paling memalukan, sepanjang siri serangan beliau, timbul soalan-soalan tentang kisah lampau beliau yang tidak mampu dijawab olehnya sendiri. Bayangkan selama 22 tahun berkuasa, apakah Mahathir tidak melakukan kesilapan dalam pentadbirannya berhubung wang rakyat?

Apa rancangan Mahathir?

Perdana Menteri dalam jawapan awal kepada soalan-soalan Mahathir ada menyebut antara punca Mahathir tidak puashati adalah tentang Projek Jambatan Bengkok penghubung antara Malaysia dan Singapura yang dibatalkan. Projek ini juga antara penyebab marahnya Mahathir kepada Perdana Menteri sebelum ini, Abdullah Ahmad Badawi.

Walaupun Mahathir cuba menafikannya, rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik Malaysia tahu hal ini.

Penganalisa politik juga melihat modus yang sama cuba dilakukan oleh Mahathir ketika beliau memecat timbalannya yang terdahulu. Nasib Musa Hitam dan Anwar Ibrahim bukan lagi rahsia. Malah nasib Pak Lah juga sama apabila dilihat ingkar kepada kehendak Mahathir.

Menurut pemerhati politik, Mahathir apabila menyerang beliau di dalam waktu yang sama akan sediakan pengganti dan kali ini beliau cuba mengenengahkan Muhyiddin Yasin sebagai pengganti Najib.

Mahathir dan pengikut taksubnya cuba ciptakan polimik bahawa hubungan antara Najib dan Muhyiddin begitu rapuh. Mereka cuba nampakkan beberapa kenyataan Muhyiddin tidak selari dengan Najib di dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan pengukuhan UMNO dan BN.

Kacau ganggu di dalam pentadbiran Najib dibuat agar Muhyiddin mudah untuk mengambil alih tampuk kepimpinan, inilah antara strategi Mahathir yang kekal tidak berubah dan mudah dibaca.

Kenapa Muhyiddin?

Jawapannya mudah, untuk memudahkan perjalanan anak Mahathir sendiri menjadi pemimpin nombor 1 negara. Muhyiddin sudah lanjut usia dan bakal memastikan kedudukan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum peralihan kuasa pada masa yang ditetapkan kelak. Inilah kiraan dan congakan Mahathir di dalam segala kemelut ciptaan beliau demi memastikan hajatnya tercapai.

Yang jelas, Mahathir bakal berbangga apabila Mukhriz menjadi Perdana Menteri yang pertama memimpin negara maju pada tahun 2020!

Namun Mahathir lupa satu perkara. Manusia bebas merancang tetapi manusia lupa bahawa segala yang dirancang oleh manusia hanya sekadar merancang, tidak lebih dari itu. Malah manusia yang takbur lupa bahawa Allah swt juga membuat perancangan dan Dia jugalah yang membuat keputusan.

Mahathir gagal merancang dan beliau juga merancang untuk gagal !!

Diadaptasi dari Blog AKJ

13 comments:

Anonymous said...

Org pekak dan tuli jer percaya artikel ni...

Anonymous said...

Anon 9:32 pun percaya artikel ini sebab itu baca hahaha...

Anonymous said...

Jauh sangat lari bro. Tak penah dgr TDM nak anak dia jadi PM. Selesaikankan isu sekarang dulu.
Najib lagi pekak orang tanya banyak soalan tak banyak yg dia boleh jawap. Suruh macai jadian tukang jawapkan. Jangan bagi malu Pahang bro.
Bro tanya Najib Betul ke obama nak dtg november ni? Atas urusan apa? PM yg cium tangan pope ni kami tak boleh nak percaya.

Anonymous said...

Lawaklah citer dongeng ko ni..Tun M hanya suara kan kebimbangan bila wang negara di salah gunakan..dan Tun M hanya tanya soalan..kebanyakan isu mula terbongkar bila Tun M mula bersuara..

kiasfansuri said...

terbaik tuan.

Anonymous said...

Sebagai orang yg bertanya soalan, hendaklah terima apabila diberi jawapan. Ini tidak, tetapi terus spin soalan, ubah, tambah dan pinda soalan berputar2 macam gasing pun ada. Soalan yg x menasabah pun ada. Ini menunjukkan soalan itu x mahukan jawapan tetapi hanya cara untuk memalukan PM dan supaya dia berundur. Mcm ada niat x baik kan?

Anonymous said...

Setuju! Terbaik WZWH!

Anonymous said...

langkah Mahathir sama macam langkah kajang, tersirat mahukan orang dia jadi PM, Langkah kajang gagal, langkah Mahathir pun akan gagal sebab niat tak bersih..selamat bersara tun..

Anonymous said...

... trick Mahathir sudah tidak berkesan, kaedah sudah tidak sesuai apabila selalu diguna-pakai, cuma pentaksub dia dan pembenci UMNO sahaja yang pekak sampai tahap badak untuk dengar.. tidak perlu ketelitian sain roket untuk baca... hahaha..

Anonymous said...

banyak jawapan yang bercanggah. Ada yg akal waras tak boleh terima tapi dipaksa terima atas alasan "TAAT PEMERINTAH". Firman Allah suruh taat pada pemerintah langit dan bumi. Bukan pemerintah kaki kutip cukai kepala, membazir beli jet yg tak selalu pakai, berhutang, belanja bini shopping, sponsor anak kawin, belanja adik beradik, tak pandai jaga keselamatan negara, curi hasil negara dan byk lagilah yang akal sempurna takleh terima. Tapi kalau jenis lickers hardcore mmg ok lah semua boleh terima. Suci nampak dimata kelakuan pemerintah tu.


Anonymous said...

RBA 1224 ni meroyan sangat ni nape? Soalan berunsurkan fitnah, itulah jawapannya. Like question like answer. Bagaimana rentak begitulah tarinya. Sekarang kita tahu soalan itu berdasarkan maklumat palsu, tampered, tokok tambah dan x sahih, patutlah sukar untuk dijawab. Apapun semuanya dah dijawab pun. Cuma tinggal laporan Audit, PAC dan BNM. x payah nak buruk2kan Najib tu lagi. Semua dakwaan kau tu memang auta dan fitnah. Tuhan tahu segalanya.

Anonymous said...

Tanya soalan lah bukan royan. Saya tak buat salah.
Sebab Allah tahulah dia buka habis semua tembelang Najib. Laporan Dia lagi banyak, emas kene seludup pun Dia tahu siapa punya keje, balak Pahang kene tebang sampai banjir besar pun dia tahu siapa punya kroni buat, takyah tunggu audit pac, bnm,, deloitte semua Allah dah tahu.
orang tanya soalan lain korang cakap TDM nak anak dia jadi PM, lagilah terang2 punya fitnah. Daripada awal dia tanya soalan dulu tak penah pulak dgr dia lobi anak dia jadi PM. Takkan camni jawapan dan penulisan lulusan UK? Basic accounting pun takleh kira.
Anggaran gaji PM rm285k++, beli jam hublot, bag dan aksesori dia laki bini je dah lebih dari pendapatan. Mana dapat income lebih?
Kalau auta dan fitnah, terangkanlah sikit.

Anonymous said...

oh lupa nak cakap tu anggaran gaji setahun. Dah habis beli jam dgn buat kenduri anak, dah duit belanja nak beli air tebu bazar ramadan ambik mana?
tolong jangan bagi jawapan PM dan istri dah lama menabung sejak dari mula kawin utk menampung hidup dan berfesyen.