Nuffnang Ads

Pages

Friday, June 5, 2015

Kita Bina Kg Bantal Kota Paris Ulu Tembeling Dengan 7 Jambatan Berselirat Merentasi Sungai Tembeling Dan Sungai Sepia



Foto sebuah jambatan dari 4 buah jambatan yang telah siap dibina dalam Projek Fasa 1 Kg Tuit ke Kg Pagi 21km kos RM121 juta. Secara rasmi boleh dipotong riben pembukaan jalan ini pada bulan Ogos 2015. 7 jambatan yang lebih lebar dan panjang akan dibina berselirat menghubung Kg Bantal Pusat Pentadbiran Ulu Tembeling dengan kampung-kampung berdekatan seperti Kg Gusai dan Kg Mat Daling.

Sempena Lawatan Tapak oleh KKLW dan UPE unit JPM pada 3 Jun 2015, WZWH ambil kesempatan melihat kemajuan projek semasa. Pada posting ini WZWH tulis secara ringkas dan dalam posting akan datang WZWH akan tulis detail Projek Fasa 1 Kg Tuit ke Kg Pagi, Fasa 2 Kg Pagi ke Kg Seberang Bantal dan tambahan pakej ke Kg Mat Daling dalam peruntukan bina jalan dalam kampung dan 7 jambatan di empat kampung serta mukadimah Fasa 3 Jalan Ulu Tembeling ke Terengganu.

KKLW berhasrat untuk membina jalan bagi menghubungkan Kg Tuit di Kuala Tahan ke Kg mat Daling di Daerah Jerantut., Pahang yang mana perhubungan sedia ada hanyalah melalui jalan balak 4x4 dan laluan sungai seperti Sg Tembeling (perahu/bot).

Jalan baru ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan ekonomi, dan seterusnya menaiktaraf kehidupan penduduk luar bandar di sepanjang laluan ini dan khususnya kepada penduduk kampung yang terdapat di sekitar Kg Mat Daling.

Pelaksanaan projek jalan sepanjang 66km ini telah dibahagikan kepada tiga pakej:

Pakej 1: Dari Kg Tuit ke Kg Pagi dengan jarak 21km kos RM121 juta. Siap Ogos 2015.

Pakej 2: Dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang 32km kos RM280 juta. Telah bermula kerja-kerja.

Pakej 3: Kg Pagi By Pass 7km
              Jalan Kg Kuala Sat 5km
              Dari Kg Bantal Seberang ke Kg Gusai 5km
              Dari Kg Bantal Seberang ke Kg Mat Daling 13km
              7 Jambatan merentasi Sg Tembeling , Sg Sepia dll
              kos RM151juta


Mengapa kita perlu bina Kg Bantal dengan 7 Jambatan berselirat merentasi Sg Tembeling, Sg Sepia dan anak-anak sungai lain?

Jika dilihat daripada butiran projek jalan Kg Tuit ke Mat Daling terdapat satu kekurangan yang ketara bagi penduduk di seberang Sg Tembeling yang mana mereka masih perlu menggunakan perahu/bot untuk melintas Sg Tembeling selebar 130m dan bagi penduduk Kg Gusai, mereka juga terpaksa menyeberang Sg Sepia selebar 60km pada aras biasa sebelum dapat menggunakan jalan di atas.

Memandangkan Kg Bantal, Kg Gusai mempunyai penduduk yang agak ramai, adalah wajar laluan sepanjang 4km ini dinaiktaraf dan diturap bagi memastikan objektif projek ini untuk menyedia laluan darat bagi penduduk kampung berhampiran dengan laluan di atas tercapai sepenuhnya. 


Cadangan projek pembinaan 7 jambatan tersebut di:

1) Jambatan di Sg Tembeling menghubungi Kg Bantal dengan Kg Mat Daling sepanjang 220m

2) Jambatan di Sg Sepia di Kg Gusai sepanjang 85m

3) Membina 5 jambatan pendek beserta membina jalan penghubung sepanjang 4km


Apabila pembinaan jambatan ini dilaksanakan, manfaat yang diperolehi adalah seperti berikut:

1. Menyediakan laluan darat yang selamat dan efektif bagi kegunaan penduduk setempat.

2. Dapat menjana ekonomi penduduk setempat dengan cara
  • Menggalakkan industri berasaskan pertanian  berskala lebih besar yang akan memberikan pulangan yang lebih baik kerana hasil tanaman dapat dijual dengan lebih cepat dengan kos yang  rendah.
  • Meningkatkan pendapatan penduduk setempat dengan cara meningkatkan pelbagai kegiatan berkaitan industri pemakanan dan pengilangan.
  • Melibatkan penduduk setempat dengan industri pelancongan dengan lebih agresif dan fokus yang mana boleh menjana pendapatan dan pekerjaan.




Jalan tar 7.5km sudah menjalar dalam Kg Pagi. 




Hari ini jalan dalam Kg Pagi sudah siap, hari esok jalan dalam Kg Kuala Sat akan siap dan hari lusa jalan dalam Kg Bantal ke Kg Gusai juga akan siap serta hari tulat jalan dalam Kg Mat Daling akan siap.

Siapa boleh buat jalan siap pada hari semalam?





Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Seberang Bantal sudah bermula kerja-kerja dan dijangka siap 3 tahun lagi pada 15 Mei 2018 iaitu sebelum PRU 14. WZWH menjangkakan kali ini projek ini boleh cepat disiapkan kerana tidaklah terlalu sukar seperti di Bukit 7 minit dan tanah tinggi Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1. Lagi pun kelewatan  kelulusan dari Jabatan Hutan dan Alam Sekitar tidaklah serumit dan cerewet seperti Projek Fasa 1.






















Bukit 7 minit dan lereng tanah yang tinggi di Projek Fasa 1.
























Dato' Razali Penolong Timbalan Pengarah EPU Jabatan Perdana Menteri dan Dato' Zubir TKSU KKLW menghadiri Taklimat Kemajuan Projek Semasa dan Cadangan Mahu Dilaksanakan , YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan serta Konsultan, pegawai-pegawai JPM dan KKLW bersama hadir.




Gaya kepimpinan YB Dato' Wan Amizan melibatkan Tok Empat-Tok Empat turut bersama memberikan pandangan dan keperluan akarumbi memudahkan Kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan di DUN Tahan.






















WZWH lebih memandang masa depan yang gemilang bagi pembangunan Ulu Tembeling. Taklimat Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu di Kg Jelapang Mat Daling 70km anggaran RM500 juta. Bila Projek Pan Tembeling siap sampai Terengganu akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Lembah Tembeling.



1 comment:

Danial Ashraf said...

Jalan jengka - maran bile nk buat? Kesian penduduk sg tekam dan sekitar.