Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, June 23, 2015

Mahathir Talibarut Yahudi Mahu Jatuhkan Najib?



Mahathir dan George Soros penyangak mata wang antarabangsa.


Di kalangan Orang Bugis asli perkataan Bugis disebut ‘Ogik’ dan mengaku berasal dari tanah atau kepulauan Sulawesi yang terletak di Timur Laut Indonesia. 

Sejarah lisan mereka mencatatkan tamadun dan kebudayaan mereka telah begitu tua sehingga ada yang berani mengatakan bahawa tamadun dan sejarah budaya mereka adalah lebih tua dari suku kaum lain dari sebelah barat gugusan Nusantara atau Kepulauan Melayu. 

Mereka mengatakan bahawa catatan sejarah barat atau Eropah yang mencatatkan rempah ratus dari sebelah Timur yang diperdagangkan sejak kurun pertama masehi sebenarnya dimaksudkan sebagai berasal dari Kepulauan Sulawesi. 

Ini merujuk kepada budaya suku Toraja Sulawesi yang telah menggunakan rempah ratus mengawet mayat lebih tua atau sezaman dengan kebudayaan Mesir tua membungkus dan mengawet mayat raja-raja mereka.

Perdagangan rempah ini dipercayai adalah lebih awal lagi kerana terdapat rekod mengatakan budaya membungkus dan mengawet mayat raja-raja Firaun Mesir telah digunakan sejak kurun ke 5 SM lagi. 

Rempah-ratus yang digunakan direkod perolehannya oleh tamadun Mesir tua berasal dari kepulauan Timur jauh atau kepulauan yang terlalu jauh di sebelah Timur di hujung dunia. 

Oleh kerana penggunaannya adalah khusus untuk upacara agama dan di kalangan raja-raja sahaja, maka nama dan tempat asal usul rempah itu dirahsiakan.

Pakar sejarah budaya tempatan atau Nusantara sehingga kini secara saintifik masih tidak berani mengesah dan mempertanggungjawabkan hubungkait perhubungan tamadun purba barat dengan Sulawesi. 

Mereka hanya berani membuat jangkaan atau andaian sahaja kerana hubungkait ini belum terbukti dengan penemuan artifak atau hasil budaya yang teruji sebagaimana ketetapan sains.

Sejak tahun 2010 andaian atau hipotesis ini melangkau lebih jauh lagi apabila pakar akeologi tempatan menemukan bekas lombong batu permata yang menjadi kegairahan dalam budaya tamadun purba Barat dan Timur Tengah seperti tamadun purba Rom dan Athens di Laut Mediteranian, tamadun purba Mesir yang sangat terkenal dengan raja-raja firaunnya, tamadun Farsi dengan kota Babilon atau Mesopotamia dan juga tamadun purba India.

Ini adalah kerana batu permata yang menjadi barang kemas dan perhiasan ini terkenal dalam istana kerajaan tersebut dan ia sangat mahal dan bermutu tinggi. Usia budaya batu permata ini pula adalah lebih tua atau lebih awal dari budaya penggunaan rempah ratus.

Setakat ini, mengikut pengkaji akeologi, lombong asal usul batu itu secara geografis hanya terdapat di Sulawesi. Adalah amat menarik apabila batu permata yang dikaji secara karbonis itu mencatatkan telah berusia kurang lebih 10 hingga 20 ribu tahun ketika dibentuk dan bahan asalnya pula telah berusia lebih 50 ribu tahun. 

Usia batu-batu permata dalam tamadun purba itu pula selari dengan usia batu permata di lombong purba yang dijumpai di Sulawesi. Terdapat juga peralatan purba yang sama dan pernah digunakan dalam kerajaan tamadun purba Barat tersebut dijumpai di lombong itu. Jumpaan ini masih dalam kajian pakar sama ada hasil budaya itu berasal dari Barat atau sebaliknya budaya Timur dibawa atau ditiru oleh Barat.

Mengikut sejarah lisan orang Bugis pula, kemuncak tamadun purba Bugis ialah ketika Nabi Sulaiman AS berkahwin dengan Puteri Balqis dan menempatkan keluarga dan keturunannya di Timur jauh di tempat longgokan batu permata yang menjadi sumber kekayaan kerajaan baginda. 

Mereka percaya dari nama Balqis inilah keturunan dan anak cucu baginda dikenali sebagai Bugis pada hari ini. Apa yang agak menarik ialah mengenai perkahwinan nabi Sulaiman dengan Puteri Balqis yang memerintah kerajaan Timur (Saba’ dalam catatan sejarah Islam) ada tercatat dalam kitab Zabur dan Taurat dan perincian serta tokok tambah cerita mengenai hal ini terdapat dalam cerita-cerita dogeng mereka dan juga dalam cerita-cerita kaum Israeliat.

Sejarah dogeng atau sejarah lisan dalam budaya Bugis bertambah menarik apabila ada pesanan opu-opu Tanderiang (leluhur/nenek moyang keturunan Bugis Sulawesi sebelum menganut Islam) mengingatkan kepada anak cucu dan keturunannya yang belum lahir akan kedatangan suatu budaya (sebenarnya agama) baru secara baik yang akan menguasai seluruh dunia dari keturunan nenek moyang mereka Nabi Sulaiman yang datang dari tempat matahari tenggelam (Barat) dan mereka dianjur bersatu.

Misi-misi Kristian pada peringkat awal kedatangan mereka telah menggunakan maklumat dan fakta sejarah budaya ini dalam dakwah mereka mempengaruhi anak bumi menganut Kristian. 

Mereka mengaku mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari dunia Barat. Sebelum itu kira-kira pada tahun 1400 Islam telah disebarkan oleh daei-daei dari Melaka dan menapak di kota-kota dan ibu negeri di pulau Sulawesi. 

Apabila kota-kota seperti Gowa dan Makassar dibakar hangus pada abad 17 oleh pedatang Barat beragama Kristian, keturunan raja-raja Bugis dan pengikutnya bersumpah akan berjihad berhabis-habisan menghancurkan sikafir di Bumi Nusantara sehinggalah mereka sampai ke Selat Melaka dan berkesempatan menjadi raja di alam Melayu Islam.

Dalam budaya Melayu warisan Melaka pula, perkahwinan untuk mendapatkan zuriat nabi melalu daei-daei Arab, mahupun Farsi atau India adalah sangat digalakkan di kalangan istana dan di kalangan pembesar. 

Tanpa kita sedari kebanyakan orang Melayu lebih-lebih lagi yang mempunyai titisan darah kerabat memang bertaut dengan darah baginda Rasulullah SAW. Cuma budaya Melayu yang tidak mengiktiraf nasab melalui perempuan dan terlalu taksub kepada warna kulit dan bangsa telah menghilangkan getaran rasa dan jiwa Melayu yang sebenarnya bernasab baginda Nabi SAW.

Dunia Melayu dari dahulu hingga sekarang hanya mementingkan darah raja terdekat dan harta benda sahaja. Tanpa sedar orang Melayu telah melupakan keistimewaan keturunan mereka kecuali terlalu sedikit yang mengetahui dan menjaganya.

Di zaman moden ini atau lebih tepat dikata sebagai akhir zaman, orang Bugis keturunan Nabi Sulaiman telah berbaur meluas dengan orang Melayu berdarah ahlul bait. 

Dan inilah yang dijanjikan oleh Tuhan bahawa selama-lamanya keturunan nabi Ibrahim, Aku makbulkan sebagai pemegang Amanah Dunia. Apakah Amanah Dunia itu? Itulah agama tauhid yang mengEsakan Allah. 

Lebih menarik lagi apabila ada hadis Nabi SAW mengatakan ‘pada akhir zaman nanti keturunanku dan ayahanda (Nabi Ibrahim AS) dari timur akan mengangkat bendera menjadi tentera Allah membantu Imam Mahadi dan Nabi Isa memerangi Dajjal.”

Mahathir sanggup menjadi agen Yahudi memburukkan DS Najib dan imej Malaysia di luar negara. Kenapa?  Kerana Mahathir tidak mahu legasi kepimpinan 22 tahun beliau akan hilang ditelan zaman dilupakan oleh rakyat Malaysia.

5 comments:

kiasfansuri said...

terbaik tuan.

Anonymous said...

X berani nak tuduh begitu, tapi tindakan Tun gunakan media barat utk burukkan negara dan Najib tu berlawanan dengan status serong negarawan, dan amat dikesali. I wonder why he tergamak to do like that sedangkan dia menyatakan bahawa dia hanya mengemukakan soalan kepada Najib untuk dijawab dan telah pun dijawab. Anyway adalah diharapkan Najib dan Tun berbaik semula kerana sebagai umat Islam adalah berdosa memutuskan silaturahim.

Anonymous said...

#1MDB : PORTAL PRO-PEMBANGKANG KANTOI! PEMERAS UGUT PETROSAUDI PEMBOCOR MAKLUMAT SARAWAK REPORT DITEMUI!

http://novandri.blogspot.com/2015/06/1mdb-portal-pro-pembangkang-kantoi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FJcvMw+%28Dr+MiM%29

Akhirnya yang mendapat pahala adalah PM Najib. Yang mendapat dosa, adalah barua2 pembangkang kaki MENIPU dan MEMFITNAH!

Korang punya benci kat kepimpinan UMNO, tapi korang jugak yang memberi pahala bertimbun-timbun.

Thanks!!

Anonymous said...

AGAK AGAK LA NAK FITNAH BRO.... ARTIKEL KO NI MEMANG SAMPAH SANGAT NAMPAK BRO.. MEMANG NAMPAK SANGAT KENA BAYAR BRO..

Anonymous said...

Betul apa bro ni tulis keturunan bugis asal dari ratu Balqis. Kira dari keturunan jin lah tu. Kata org sebaik baik jib sejahat jahat manusia. Kalau tgk gaya lakonan dan helah Najib ni mmg tak dinafikanlah.
Tapi kalau penyelamat akhir zaman tu bercanggah la sikit. Pasal kesan kebinasaan lagi banyak yg dibuat. Perangai dajjal laknat dia suka menindas, niaya, tipu, mengenakan orang lain.