Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, June 16, 2015

Istana, Parti Politik Dan Kuasa : Memahami Polemik Ahli Politik Dengan Raja 1946-2015


Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Ke-238 Majlis Ra


Yang terbaru polemik Nazri Aziz dengan TMJ. Nazri Aziz kata mahu mempertahankan DS Najib kerana kenyataan TMJ yang pada pandangan beliau menyerang DS Najib.

TMJ jawab itu kenyataan umum dan menegur Nazri Aziz. 

TERKINI - Perhimpunan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Kesultanan Johor akan di adakan pada hari SELASA 16 Jun 2015 pada pukul 4.00 petang di pintu masuk Mahkota Istana Bukit Seren Anjuran Gabungan NGO Melayu Johor.

Bila insiden Nizar tweet isu Sultan Johor bida WWW1 RM520,000 menimbulkan kemarahan rakyat yang sayangkan Raja.

Lantas NGO mengumpul 50,000 rakyat Johor bersetia kepada Raja.

UMNO menembak Pakatan Rakyat anti Raja, pro-republik.

Pakatan Rakyat counter attack balik dengan menyiar episod lama UMNO buli Raja.

Mahathir berjaya buat UMNO buli Raja bagi kepentingan jangka pendek.

Kalau Mahathir tahu UMNO dan BN seperti hari ini pasti Mahathir tidak buli Raja!

Mudah faham Mahathir kenapa bertindak begitu kerana pengaruh mamak kuat dalam darahnya buat pemimpin UMNO pada 1983 dan 1993 terpengaruh menyokong Mahathir.

Dulu orang Bugis pun berpengaruh dalam politik hingga orang Melayu minta Belanda halau orang Bugis.

Bezanya orang Bugis tidak sanggup buat macam Mahathir.

15 juta pengundi Malaysia keliru tertanya-tanya adakah Raja itu masih relevan.

Kita pun tahu Pakatan Rakyat kalau ditanya hati kecil mahu Malaysia jadi negara republik.

Pemimpin UMNO ada juga mahu Malaysia jadi negara republik.

Ironinya Pakatan Rakyat dan UMNO mahu negara republik tapi malu....

Kalau ditanya kepada orang Cina pasti mereka pun tidak berani mahu jawab!

Kalau dilihat negara luar England 80% rakyatnya mahu Raja monarki. Perancis tidak boleh buat apa sebab Rajanya digulingkan. Amerika adalah puak protestan yang lari dari Eropah.

China dan India dulu ada Emperor dan Maharaja tapi ideologi komunis tidak mengizinkan.

Jepun ada Raja. 

Bila England dan Jepun ada Raja maka tidak salah Malaysia pun ada Raja.

Ahli sejarah kata Malaysia ini tidak wujud. Ini negeri-negeri Melayu Raja yang punya. Sebab itu British minta persetujuan Raja-Raja Melayu bentuk Persekutuan.

Maka lahirlah Raja Berpelembagaan.

Perkataan republik itu pun sudah dikira "treason" kepada Perlembagaan. Pakatan Rakyat dan UMNO perlu lupakan hasrat mahu jadi negara ini negara republik tidak beraja.

Tetapi rakyat Malaysia yang liberal akan diskusi apa relevan Raja kepada politik Malaysia.

Kata retorik yang indah, "Tiada rakyat tiadalah Raja. Berpisah Raja dan rakyat tiada"

"Jika Raja tidak dekat rakyat bagaimana rakyat mahu sayang Raja?" Itu retorik baru.

"Jika Raja mahu balun semua...apa yang tinggal kepada rakyat?"

"Jika ahli politik mahu balun semua...apa yang tinggal kepada rakyat?"

Bagaimana mahu menjelaskan fenomena ini?

Ini pemahaman WZWH....berkenaan Istana, Parti Politik dan Kuasa.

Sejarah Raja-Raja Melayu sudah lama. Ada yang beratus-ratus tahun malah lebih 1000 tahun pun ada.

Tidak ramai rakyat yang tahu pengaruh Raja-Raja Melayu terhadap politik negara kerana ianya topik yang dilupakan tidak dibincangkan. 

Pembangunan politik institusi Raja Melayu jika diperhalusi dari rentetan sejarah:

  • Zaman British: Raja Melayu hilang kuasa tapi kekal prestij
  • Zaman Jepun: Raja Melayu hilang kuasa dan prestij
  • Zaman merdeka: Elit Melayu mengembalikan prestij Raja Melayu
  • Sumbangan British ialah memodenkan institusi Raja Melayu kepada Raja Berperlembagaan.
  • Sumbangan Jepun ialah Melayu Elit baru telah mengambil peranan kepimpinan Melayu dari Raja Melayu dengan mengekalkan prestij Raja Melayu.

Terdapat perhubungan yang kompleks antara saingan dan kuasa antara UMNO dan Raja Melayu.

Jepun bertanggungjawab menghapuskan aura,mistik, kehebatan, dan authoriti (kedaulatan) Raja-Raja Melayu. 

Selepas tahun 1945, Elit Melayu sudah tidak takut dan kurang taksub kepada Raja Melayu kerana Jepun telah membuktikan Raja-Raja Melayu tidak berkuasa, tidak berupaya melindungi diri mereka sendiri apa lagi mahu mempertahankan rakyat.

Elit Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bergantung kepada 'goodwill' siapa yang berkuasa.

Jepun sebenarnya banyak mengubah orang Melayu. Melalui pendidikan, ramai anak-anak Melayu dihantar ke sekolah, maktab perguruan, sekolah kepimpinan (kurenjo). 

Jepun telah melahirkan 'Melayu Baru'. Ini yang buat sikap British dan Raja Melayu berubah terhadap Elit Melayu Baru selepas kekalahan Jepun.

Elit Melayu Baru inilah UMNO yang mengangkat Raja dari sembilan Raja menjadi sepuluh dengan Yang DiPertuan Agong dipilih dikalangan sembilan Raja Melayu.

Namun terdapat sengketa kuasa antara Raja-Raja Melayu dan UMNO dalam mendefinasi peranan de facto dan de jure raja berperlembagaan.

  • 1946- Raja Melayu, UMNO dan rakyat mempertahankan hak Raja Melayu.
  • 1948-1951 UMNO adalah kuasa Elit Melayu Baru dan Raja Melayu dinobatkan.
  • 1951-1955 rundingan kemerdekaan UMNO berkuasa.
  • 1983-1984 dan 1993-1994 UMNO melalui Mahathir menguasai Raja Melayu.
  • 2008-2015 UMNO lemah dan Raja Melayu semakin kuat. UMNO perlukan Raja Melayu.

Untuk perbandingan, Raja Berperlembagaan model Westminster menekan peranan Raja tidak politik tetapi Raja Perlembagaan Malaysia ada sedikit reserves the ultimate extra-constitutional power to interpret, intervene, reject or direct a course of action in affairs of state.

Sebenarnya Malaysia masih lagi mengamalkan 'feudalism'. Raja Berperlembagaan hanya atas kertas sahaja. Setakat mana itu terpulang kepada UMNO dan Raja Melayu menentukannya melalui rundingan.

UMNO dan Raja Melayu jangan berpolemik. Ianya merugikan kedua-duanya!

Sultan of Pahang says Malay rulers above politics

3 comments:

Anonymous said...

Wzwh, ari nie felda global ventures share price RM1.69 camne?

kiasfansuri said...

terbaik

Anonymous said...

Anon 314, harga turun naik saham adalah perkara biasa kerana mengikut demand and supply pasaran saham. Ia x semestinya menggambarkan performance sebenar sesuatu syarikat. Nak tahu performance sebenar tenguklah penyata kewangan syarikat. Setahu saya FGV ada keluarkan zakat dan dividen, bermakna performance adalah baik.