Nuffnang Ads

Pages

Thursday, June 11, 2015

Kutipan Cukai JKDM Dan LHDN RM200 Bilion 2015, RM800 Bilion Sebelum PRU 14, DS Najib Boleh Jayakan RMK11 Senyapkan Pengkritik!




Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDN) berkata “Berdasarkan prestasi kutipan diperoleh setakat ini kemungkinan jumlah keseluruhan kutipan hasil boleh melebihi RM50 bilion,” sila klik sini. Ini belum diambil kira kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lagi dijangka sebanyak RM142 bilion sila klik sini yang berjumlah hampir RM200 billion pada 2015.

Dengan kutipan cukai JKDN dan LHDN sebanyak RM200 bilion setahun, RM800 bilion sebelum PRU 14, DS Najib boleh menjayakan RMK 11 sekaligus boleh senyapkan suara-suara pengkritik.

DS Najib boleh memastikan intipati RMK 11 tercapai seperti dibawah:

* Tema : Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat.

* Rancangan 5 tahun memperkukuh komitmen kerajaan terhadap rakyat dan  keyakinan bahawa pertumbuhan tidak boleh diukur dengan kejayaan ekonomi semata-mata;

* Rancangan memperakui kesejahteraan rakyat, dan komitmen     untuk pertumbuhan inklusif dan mampan, perlu sebagai sebuah     negara maju;

*  Ekonomi Malaysia mendapat manfaat daripada prospek ekonomi dunia yang lebih kukuh, pemulihan harga komoditi dan inflasi     global yang rendah;

* RMK-11 juga melihat pasca 2020 dengan Malaysia kekal sebagai sebuah ekonomi terbuka dan lebih bersepadu di peringkat           serantau dan global;

* KDNK Malaysia mencecah RM2.6 trilion pada 2030 (RM1.4 trilion pada 2020);

* Lebih 40 peratus daripada jumlah guna tenaga akan terdiri           daripada pekerja mahir pada 2030 (2020: 35 peratus);

* KDNK per kapita dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada RM117,260 pada 2030 (2020: RM54,890);

* Perdagangan dunia dijangka meningkat kepada US$44 trilion pada 2030 (US$26 trilion diunjurkan pada 2020);

* Sasaran RMK-11 menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar sebenar berkembang 5.6 peratus setahun;

* Produktiviti pekerja meningkat kepada RM92,300 pada 2020 (2015: RM77,100)

* Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencecah RM54,100 (US$15,690) pada 2020;

* Purata pendapatan bulanan isi rumah meningkat kepada RM10,540 pada 2020 (2014: RM6,141);

* Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada sekurang-kurangnya 40 peratus pada 2020, (2015: 34.9 peratus)

* Indeks Kesejahteraan Malaysia (IKM) meningkat 17 peratus setahun, petunjuk peningkatan kesejahteraan rakyat;

* Inflasi kekal rendah di bawah 3.0 peratus;

* 1.5 juta pekerjaan akan diwujudkan pada tahun 2020;

* Pertumbuhan akan dipacu oleh sektor swasta dengan pelaburan  swasta berkembang pada 9.4 peratus setahun;

* Sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang lebih   daripada 75 peratus KDNK;

* Imbangan pembayaran dijangka kekal dalam lebihan sebanyak   2.6 peratus PNK;

* Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan terus berkurangan kepada kurang daripada 45 peratus pada 2020;

* Hasil berkembang sebanyak 7.9 peratus setahun dan pergantungan kepada hasil berkaitan minyak berkurangan kepada 15.5 peratus pada 2020;

* Pengenalan GST akan menyumbang pendapatan sebanyak RM31.4 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM15.5 bilion yang dikutip menerusi cukai jualan dan perkhidmatan dalam RMK-10;

* RMK11: Enam teras strategik: -

- Pertama: Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang       saksama

- Kedua: Meningkatkan kesejahteraan untuk semua

- Ketiga: Mempercepat pembangunan modal insan untuk negara   maju

- Keempat: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan

- Kelima: Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong  perkembangan ekonomi

- Keenam: Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan   kemakmuran


Dalam menjayakan  RMK11 ini, DS Najib perlulah pastikan 7 pra syarat berikut dipenuhi untuk mempastikan ianya menghasilkan outcome yang positif atau pun tidak:


  • Political will yang kukuh
  • Fokus yang tepat
  • Outcome yang diharapkan
  • Resipi dasar yang betul (The right policy mix)
  • Alat/instruments yang lengkap dan betul
  • Pelaksanaan yang berkesan
  • Kayu pengukur yang sesuai.


DS Najib berada dilandasan yang kukuh untuk menjayakan Visi 2020. Beliau akan pasti senyapkan pengkritik-pengkritik beliau.

4 comments:

Anonymous said...

Dengan menganiaya rakyat?

Anonymous said...

cukai tanpa kerelaan rakyat...biarlah berpada-pada nak mencukai rakyat

Anonymous said...

cukai ni la sumbangan kite kepada negara untuk trus membangun dan mencapai status negara maju,more u use more u pay,so kalau xnak kene cukai banyak2,berhemah la dalam berbelanje..

ush said...

boleh ek? aku tengok tak boleh jer.....