Apa UMNO Boleh Belajar Dari Kejatuhan Kerajaan Empayar Johor-Pahang-Riau?




UMNO yang punyai keahlian 3.5 juta dan pengaruh boleh lemah bila pemimpin dan mantan pemimpin UMNO suka bersengketa melampau batas apa lagi campur tangan dari pihak luar.

Konflik dan sengketa politik ini bukan sahaja mengelirukan ahli-ahli dan penyokong malah memberi persepsi negatif kepada majoriti pengundi di PRU 14.

UMNO boleh jatuh dan tumbang. UMNO perlu belajar dari sejarah politik klasik Melayu supaya mendapat iktibar.

WZWH menulis sejarah secara simple dan mudah...


Kemerosotan Empayar Johor-Pahang-Riau


a) Perang Johor-Jambi

1. Jambi di pantai timur Sumatera adalah jajahan Johor.

2. Abad 17, Jambi muncul sebagai kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka.

3. Jambi menyaingi Johor dalam perdagangan.

4. Jambi cuba dapatkan kebebasan daripada Johor.

5. Jambi meminta bantuan Belanda untuk menyerang Johor.

6. Jambi menyerang Johor lama dan Batu Sawar.

7. Perang menjejaskan perdagangan Johor.

8. Sultan Alauddin Riayat Shah III berundur dan bersemayam di Pahang.

9. Keadaan Johor yang tidak selamat menyebabkan jajahan takluk Johor membebaskan diri daripada pengaruh Johor.

10. Laksamana Tun Abdul Jamil mengalahkan Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis.

11. Kejayaan menyebabkan beliau dianugerahi gelaran Paduka Raja.

12. Beliau sangat berkuasa sehingga melantik anak-anaknya untuk memegang jawatan kanan dalam kerajaan seperti Temenggung, Sri Bija Diraja dan Sri Amar Diraja.



b) Perebutan kuasa

1. Laksamana Tun Abdul Jamil – pembesar berpengaruh di Johor.

2. Laksamana Tun Abdul Jamil ambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik dan pemangku raja.

3. Laksamana Tun Abdul Jamil lantik menantunya menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah.

4. Beliau tidak disenangi oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid (pembesar Johor paling kanan).

5. Laksamana Tun Abdul Jamil melantik cucunya Sultan Mahmud Shah II yang berusia 10 tahun menjadi sultan Johor.

6. Anak beliau iaitu bekas permaisuri Sultan Ibrahim dilantik menjadi pemangku raja

7. Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang sepatutnya menjalankan tugas sultan berasa tidak puas hati.

8. Persengketaan antara kedua-dua pembesar menjejaskan kestabilan politik Johor.

9. Apabila Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia, Bendahara Tun Habib Abdul Majid mendapatkan semula kuasanya

10. Selepas Bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia, anaknya Tun Abdul Jalil menggantikan tempatnya sebagai bendahara



c) Perebutan takhta

1. Sultan Mahmud Shah II sultan yang zalim

2. Baginda dibunuh oleh pembesarnya.

3. Peristiwa pembunuhan dikenali ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’.

4. Baginda tidak meninggalkan zuriat,

5. Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

6. Perlantikan memulakan kesultanan Johor keturunan bendahara.

7. Raja Kechil dari Siak tidak berpuas hati kerana mendakwa dirinya anak Sultan Mahmud Shah II.

8. Raja Kechil menyerang Johor dengan bantuan tentera Minangkabau.

9. Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil dan menyokongnya sebagai bukti taat setia kepada kesultanan Johor keturunan sultan Melaka.

10. Raja Kechil mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.



d) Penglibatan Bugis di Johor

1. Apabila Makasar dikuasai Belanda, ramai orang Bugis diusir

2. lima orang anak raja Bugis bersaudara

i. Daeng Perani,

ii. Daeng Menambun

iii Daeng Merewah,

iv. Daeng Chelak

v. Daeng Kemasi

3. Mereka menjadi tentera upahan yang berani.

4. Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV) berpakat dgn anak raja Bugis bersaudara utk mengusir Raja Kechil.

5. Raja Kechil berjaya dikalahkan

6. Raja Sulaiman jadi sultan Johor yang baru.

7. Daeng Merewah bergelar Kelana Jaya Putera dilantik jadi Yamtuan Muda Riau.

8. Daeng Menampok dikurniakan gelaran Raja Tua.

9 Pakatan Melayu Johor dan Bugis tidak bertahan lama kerana Bugis terus inginkan hak melantik sultan Johor mengikut pilihan mereka.

10. Orang Melayu merasakan kuasa sultan dan pembesar Melayu semakin lemah.

11 Bugis kukuhkan kuasanya dgn menggalakkan perkahwinan antara anak Bugis dengan anak raja dan anak pembesar Melayu.

12 Anak-anak mereka guna gelaran raja seperti Raja Haji, Raja Ali dan Raja Jaafar.

13. Pembesar Melayu bertindak meminta bantuan Belanda untuk mengusir Bugis daripada Riau pada tahun 1784

14. Memberi peluang kepada pembesar Melayu utnuk kembali menguasai pemerintahan.

15. Tahun 1802, persaingan Melayu dan Bugis berlaku kembali apabila orang Bugis kembali ke Riau.

16. Riau dikuasai oleh Bugis.

17. Temenggung Johor bertapak di Pulau Bulang dan menguasai Singapura dan Tanah Besar Johor.

18. Bendahara Johor bertapak di Pahang.

19. Sultan Johor bersemayam di Lingga.

20. Orang Laut berpecah dan mengikut pembesar Melayu.

21. Orang Laut yang taat kepada kesultanan Melayu menjauhkan diri daripada sultan dan pembesar.

22. Membawa kepada perpecahan dalam kerajaan Johor.



e) Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)

1. Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) bertapak di Betawi, Jawa.

2. VOC memulakan hubungan perdagangan di pelabuhan Batu Sawar

3. VOC bimbang dengan penguasaan Bugis di Johor mengancam kedudukannya di Melaka.

4. Belanda dan Bugis berperang beberapa kali di Teluk Ketapang dan Riau.

5. Belanda mengalahkan Bugis

6. Belanda melantik David Ruhde menjadi gabenor Belanda di Riau.

7. VOC bertindak mengusir orang Bugis.

8. Persengketaan Belanda dan Bugis memberi kesan buruk kepada kerajaan Johor.

9. Belanda yang berada di Betawi dan Melaka mencari peluang menguasai Johor.

10. Apabila Belanda berjaya menguasai Riau, Belanda menghapuskan jawatan sultan dan Yamtuan Muda.


Rumusan

1. Johor menjadi lemah dan berpecah

2. Perebutan kuasa antara pembesar menimbulkan kacau-bilau

3. Campurtangan kuasa luar dalam pemerintahan Johor menimbulkan pelbagai masalah sehingga kejatuhan kerajaan Johor.

Comments

Popular posts from this blog

Cerita "Orang Liar" Pahang

Ahli Parlimen Raub Hina Orang Pekan Berpolitik Macam Orang Asli. Kenapa Tidak Kata Orang Raub Pun Sama?!!!

Badak Pahang Terakhir