Nuffnang Ads

Pages

Monday, September 28, 2015

Kenapa DAP Parti Haram Untuk Umat Islam?



Sahibus Samahah Mufti Pahang YB Dato' Sri Dr. Abdul Rahman Osman.


Ketika Persatuan Guru-guru Pondok Seluruh Kelantan bermukim selama tiga hari pada Ogos 2012 dan mengeluarkan ketetapan bahawa haram mengundi DAP, pengasas dan Pengetua Pondok Geting, Tumpat, YM Tuan Guru Abdullah Samahah, diserang bertubi-tubi kononnya menerima RM 2 juta dari UMNO Kelantan bagi membiayai aktiviti beliau dan membangunkan pusat pengajian beliau dengan mengeluarkan fatwa sedemikian.

Hakikatnya, fatwa yang dikeluarkan merupakan resolusi pemukiman guru-guru pondok seluruh Kelantan selama tiga hari tiga malam dengan pelbagai kitab-kitab rujukan ulama’ muktabar.

Apabila PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan DAP pada 11 Julai 2015 yang lalu, ia adalah keputusan musyawarah Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Kemudian ianya diperhalusi diperingkat Majlis Syura Ulama’ dan akhirnya diterima oleh kepimpinan PAS.

Ustaz Muhammad Najihan Halim, Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Selangor pada 9 Jun 2015 berpendapat usul membatalkan Tahaluf Siyasi bersandarkan kepada sembilan (9) hujah yang MENEPATI SYARIE dan mencapai keputusan sebulat suara Dewan Ulama’ PAS Pusat. (sila rujuk usul Dewan Ulama’ PAS Pusat sembilan dalil tersebut).

Sementara itu Setiausaha Majlis Syura Ulama’ (MSU) PAS Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, PAS istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum tetapi kesal dengan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam selain melanggar semangat kerjasama pakatan pembangkang serta CAMPUR TANGAN DALAM AQIDAH,dasar dan matlamat parti PAS.

Kenyataan yang lebih keras datangnya dari Presiden PAS sendiri Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Haji Awang yang menganggap bahawa DAP MENENTANG PELAKSANAAN ISLAM.

Kesemua hujah-hujah ulama’ dan pemimpin PAS di atas sebenarnya membenarkan fatwa Persatuan Guru-guru Pondok Seluruh Kelantan sebelum ini yang menganggap HARAM MENGUNDI DAP.

Kemelut ini tidak berakhir di sini sahaja. Jabatan Mufti Pahang Darul Makmur di dalam khutbah Eidul Adhanya pada 24 September 2015 lepas secara terang-terangan dan tanpa berselindung menyatakan bahawa DAP MENENTANG ISLAM.

Antara lain, teks khutbah tulisan jawi berkenaan menyebut;
“Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti UMNO, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan GHB. Malahan ada dikalangan umat Islam yang menyertai parti DAP YANG TERANG-TERANG MENENTANG ISLAM.”

Apakah menjadi satu kesalahan kepada saya dan umat Islam lain yang bertaraf awam memohon supaya kerajaan melalui JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Raja-raja mengambil suatu ketetapan yang konkrit terhadap DAP agar umat Islam tidak terus diporak perandakan oleh golongan ultra kiasu yang sememangnya licik dan keji demi mencapai matlamat perjuangan mereka?

Apakah dengan fatwa-fatwa dari Guru-guru Pondok Kelantan, ulama’ PAS dan Jabatan Mufti Pahang tidak cukup kuat untuk kerajaan mengharamkan DAP sebagai sebuah parti politik yang mengancam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, “Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan?”

Saya percaya jika kita meneliti undang-undang tubuh DAP, ia bukan sahaja bertentangan dengan Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan bahkan ianya juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bertindak pantas dan tepat menjamin survival umat Islam selagi kita diberi amanah kekuasaan oleh ALLAH SWT.

Sumber AIDCNews.

11 comments:

Anonymous said...

Parti MCA, MIC, Gerakan, PBS, PBRS, Upko, SUPP sumer halal. Yang haram hanya DAP.

Otak geliga said...

sebab parti2 yg anon sebut tu di bawah SELIAAN UMNO

sebaliknya DAP yang menyelia PAS, PKR dan GHB.

perlembagaan parti2 yg anon sebut juga selaras dgn perlembagaan persekutuan. perlembagaan DAP pulak jelas bertentangan dgn perlembagaan persekutuan dan persetujuan sebelum "mereka" diberi kewarganegaraan dan Malaysia ditubuhkan.

Anonymous said...

Parti2 dibawah SELIAN UMNO tu tak menentang hudud ke? Kalau mereka tentang hudud adakah haram menyokong mereka dlm pilihanraya ostad?

Anonymous said...

Benda ni simpel je. Kalau parti terasnya tu DAP, memang haram undi kerana agendanya menjurus kepada kafir harbi. Kalau parti terasnya UMNO memanglah x haram kerana agendanya menjurus kepada Islam sebagaimana dalam Perlembagaan.

Anonymous said...

Oo... camtu. Pilihanraya nanti kalu calun BN dari MCA atau Gerakan lawan ostad Ahmad Awang dari Amanah sy kena pilih calun Gerakan lah sebab parti ostad ahmad awang haram. Sekarang baru saya paham.

Usin Gampang said...

ORANG YANG BERILMU TARAF ULAMA PULAK YANG BERCAKAP TENTULAH BETUL DARI SEGI HUKUM! KAU NAK PANGKAH DAP ITU HA KAU! KAU DAH SAYANG SANGAT DENGAN DAP NAK BUAT MACAM MANA.DAH SELERA AWAK KAN?TENTU BABI TU SEDAP YE PADA AWAK!

Anonymous said...

Usin Gamp**g
Sebab awak dah samakan DAP tu ngan makan babi sy x nak lah sokong DAP. Saya sekarang sokong APCO yahudi sebab yahudi x makan babi, bersunat lagi. Sungguh ke awak mengaku diri awak Gamp**g.

oakleyses said...

louboutin pas cher, michael kors pas cher, polo ralph lauren outlet online, replica watches, oakley sunglasses, prada handbags, longchamp pas cher, burberry pas cher, sac longchamp pas cher, ray ban sunglasses, polo ralph lauren, ray ban sunglasses, nike roshe, ugg boots, tiffany and co, replica watches, nike outlet, christian louboutin outlet, oakley sunglasses wholesale, polo outlet, nike air max, oakley sunglasses, longchamp outlet, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, louis vuitton, oakley sunglasses, christian louboutin, jordan pas cher, longchamp outlet, christian louboutin uk, tiffany jewelry, louis vuitton, kate spade outlet, nike free, louis vuitton outlet, christian louboutin shoes, tory burch outlet, ugg boots, chanel handbags, cheap oakley sunglasses, air max, jordan shoes, nike free run, nike air max, louis vuitton outlet, gucci handbags, uggs on sale, prada outlet

oakleyses said...

coach outlet, ralph lauren uk, michael kors, nike roshe run uk, michael kors outlet online, kate spade, true religion outlet, abercrombie and fitch uk, michael kors, guess pas cher, ray ban uk, nike air force, new balance, mulberry uk, replica handbags, nike air max uk, timberland pas cher, lululemon canada, hogan outlet, true religion jeans, sac vanessa bruno, michael kors outlet, north face uk, coach outlet store online, michael kors outlet online, burberry handbags, converse pas cher, nike blazer pas cher, burberry outlet, uggs outlet, hollister pas cher, sac hermes, nike air max, nike air max uk, uggs outlet, true religion outlet, nike free uk, nike tn, michael kors outlet, michael kors outlet online, north face, coach purses, michael kors outlet online, ray ban pas cher, michael kors outlet, oakley pas cher, hollister uk, polo lacoste, true religion outlet

oakleyses said...

jimmy choo outlet, timberland boots, hollister, wedding dresses, vans outlet, longchamp uk, babyliss, baseball bats, converse outlet, reebok outlet, soccer shoes, herve leger, p90x workout, new balance shoes, mcm handbags, insanity workout, asics running shoes, louboutin, instyler, iphone cases, mont blanc pens, valentino shoes, lululemon, oakley, soccer jerseys, beats by dre, nike huaraches, north face outlet, north face outlet, hermes belt, nike air max, ghd hair, bottega veneta, hollister clothing, ferragamo shoes, nike roshe run, mac cosmetics, converse, nike trainers uk, ralph lauren, lancel, ray ban, nfl jerseys, nike air max, hollister, abercrombie and fitch, celine handbags, gucci, chi flat iron, vans

oakleyses said...

links of london, moncler, pandora jewelry, moncler, canada goose, replica watches, coach outlet, louis vuitton, toms shoes, wedding dresses, canada goose, moncler uk, swarovski crystal, pandora charms, doudoune moncler, montre pas cher, louis vuitton, canada goose jackets, ugg,ugg australia,ugg italia, karen millen uk, ugg uk, louis vuitton, juicy couture outlet, canada goose outlet, moncler outlet, moncler outlet, pandora jewelry, ugg pas cher, canada goose uk, marc jacobs, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, canada goose outlet, moncler, juicy couture outlet, louis vuitton, thomas sabo, pandora uk, louis vuitton, moncler, ugg, swarovski, canada goose outlet, canada goose, hollister