DS Najib Merapatkan Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim




DS Najib menghadap DYMM Sultan Johor di Istana Bukit Serene hari ini. Turut hadir Tunku Mahkota Johor. Pertemuan selama 1 jam ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan Negeri dan Persekutuan. Foto Ihsan FB Perdana Menteri.

DS Najib sebagai Perdana Menteri sudah tentu banyak maklumat yang ingin disampaikan kepada Tuanku Sultan Johor.

Selain dari hal isu politik terkini sudah tentu DS Najib mempunyai beberapa agenda pembangunan yang melibatkan Negeri Johor untuk kebaikan bersama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor.

Dari segi politik UMNO yang lahir di Istana Johor, Johor sendiri dari sejarahnya punya pemimpin-pemimpin hebat UMNO yang banyak berjasa kepada negara.

DS Najib pun sebelah bonda beliau Tun Rahah adalah dari keluarga aristrokrat terkenal dari Muar, adalah keturunan anak bangsa Johor juga.

Projek-projek pembangunan seperti High Speed Rail atau Double Track Railway yang menghubung Utara ke Selatan melalu Negeri Johor perlu segera dibina bagi infrastruktur transportasi.

Projek-projek ECER termasuk Projek Jalan tepi laut dari Pantai Timur menghubung ke Mersing dan melalui cadangan pelabuhan Oil and Gas Pengerang, adalah pembangunan infrastrukutur dan ekonomi yang boleh menaik pesatnya pertumbuhan ekonomi Johor.

Lawatan DS Najib mengadap Tuanku Sultan Johor adalah usaha yang baik bagi merapatkan hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor.

Comments

Anonymous said…
Boleh buat movie ni pemalsuan sejarah Pahang. Complex betul. Macam-macam manusia boleh jumpa.
Anonymous said…
Last kopek

Popular posts from this blog

Badak Pahang Terakhir

Boleh Drive Hanya 35 Minit Dari Kg Mat Daling ke Terengganu Bila Siap Fasa 3

Protokol Gelaran Dato' Pahang