Posts

Showing posts from July, 2016

Ketum Mampu Menjana Berbilion Ringgit Kepada Negara

Image
Mitragyna speciosa korth atau pokok ketum.

Betapa Malaysia tidak terfikir ada jalan mudah dan senang mencari duit dengan memasarkan tumbuhan herba asli local product-Ketum boleh menjana berbilion ringgit kepada negara.
Betapa Malaysia bersusah payah menanam pokok getah berasal dari Brazil bagi kepentingan ekonomi Malaysia. Sekarang harga getah sekilo jatuh teruk.
Betapa Malaysia tabah menanam pokok kelapa sawit yang berasal dari Afrika bagi kepentingan ekonomi Malaysia. Sekarang harga sawit setan metrik jatuh dan bangun.
Betapa 'bodohnya' Malaysia tidak tahu dan pandai mengeksploitasi ekonomi ketum tumbuhan herba asli dari tanah tumpah negara ini.
Apa lagi Malaysia guna Undang-Undang tertentu menyekat mana-mana agensi kerajaan atau swasta dari cuba membangunkan industri ketum.
Perlu diingat ketum BUKAN daun poppy candu.
Ketum adalah daun ketum.
Sejak zaman duhulu ketum digunakan dalam perubatan tradisional untuk memulihkan tenaga, rawatan kolesterol, kencing manis dan cirit-birit.
Cada…

Siapa Raja Mendeliar Dan Si Kitol Keling Khianati Malaysia?

Image
Sejarah Melayu telah menceritakan hukuman kepada pengkhianat dan pembelot yang buat Bendahara Tun Mutahir terbunuh dan Empayar Melaka jatuh adalah Raja Mendeliar dan Si Kitol sekeluarga dihukum bunuh dan mayat serta tapak rumahnya dibuang ke laut.

Portugis mulanya datang ke Melaka untuk berdagang. Mereka meminta tanah untuk didirikan gudang. Melihat cara diplomasi yang baik antara Bendahara dan Portugis. Kitul mula berdengki. Kitul memfitnah Bendahara menerima suapan berbentuk kalung dari Portugis kepada Sultan. “Kita perlu menjalin hubungan baik dengan saudagar India dan Cina untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan. Tetapi jauhi saudagar Arab dan Melayu kerana mereka tidak akan mahu memberikan kerjasama,” kata De Sequeira. Portugis mula percaya orang seperti Kitul boleh beri kejayaan kepada Portugis di Melaka.
De Sequeira (juragan kapal Portugis) pulang semula ke Portugis dan meninggalkan anak anak kapalnya membina gudang di Melaka. Lama-kelamaan, gudang itu bertukar bentuk menja…

Bila Malaysia Jadi Mangsa Percaturan Politik Amerika

Image
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dikatakan bermain politik apabila menjadikan tindakan saman sivil ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai cubaan untuk mengalih isu daripada skandal rasuah yang memalit Jabatan Kehakiman dan Peguam Negaranya, Loretta Lynch.
Mana tidaknya, ke­­tika pengumuman mengejut mengenai tindakan Jabatan Kehakiman AS ke atas 1MDB yang hanya dibuat bersandarkan andaian, Lynch sebenarnya sedang berdepan dengan petisyen dibuat American Center for Law and Justice (ACLJ) bagi menuntut beliau meletakkan jawatan.
Ini kerana Lynch terpalit de­ngan skandal rasuah membabitkan bekas Presiden AS, Bill Clinton dalam usaha menyelamatkan isterinya, Hillary dan sehingga kini lebih 100,000 rakyat AS sudah menandatangani petisyen tersebut sejak dilancarkan ACLJ pada awal Julai lalu.
Berdasarkan laporan, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menemukan 100 e-mel perbualan antara Clinton dengan Lynch dan mereka berdua juga didapati berjumpa secara sulit di landasan seb…

Siapa Bangsa Mandala Politik Yang Bina Borobudur Dan Angkor Wat?

Image
Borobudur satu megastruktur yang dibina oleh satu bangsa mandala politik yang advance tamadun pada zamannya ambil masa 50 tahun sejak tahun 750 hingga 800.

Angkor Wat sebuah kompleks bandaraya megastruktur seluas 500 ekar yang boleh menampung sejuta penduduk, sistem pengairan, sawah padi ditanam  3/4 kali setahun adalah hasil tamadun paling hebat dan terbesar dalam dunia pada zamannya. Dibina pada tahun 1113 selama 30 tahun.
Siapa bangsa mandala politik yang bina Borobudur ( 120 X 120 meter) dan Angkor Wat (215 X 187 meter)  yang merupakan satu monumen piramid gunapakai teknologi tinggi?
Mandala adalah konsep politik Melayu kuno bermaksud wilayah penguasaan politik seperti Empayar Srivijaya, Sailendra, Khmer dan Majapahit.

In the brief 100 years of the Sailendra dynasty of the Srivijaya Empire, the devarajas/kings created a series of monuments on Java’s central plain. During this period a young Khmer prince had been sent to Java either as a royal hostage to guarantee cooperation or for u…

Puteri Kamaliah @ Putroe Phang...

Image
Sejarah Pahang memperlihatkan bagaimana wanita menjadi lambang pengenalan Pahang. Barangkali Pahang dilihat sebagai lambang kewanitaan yang selalu menjadi idaman dan perhatian orang luar. Imej kewanitaan yang melahirkan keghairahan pihak yang lebih kuat menggunakan apa saja helah dan cara bagi mencapai apa yang diidamkan... 
WZWH bicara sejarah pemerintahan Empayar Pahang yang berhubungkait dengan pengaruh wanita-wanita terhebat yang mencetuskan konflik dan peperangan. Ianya adalah "politik cinta" yang melarat kepada politik menguasai sang pemerintah.
Pernahkah anda mendengar nama-nama wanita klasik berpengaruh ini seperti Puteri Onang Kio, Puteri Wanang Seri, Tun Teja Ratna Benggala dan Puteri Kamaliah? Maka WZWH pun bercerita...
Puteri Onang Kio adalah puteri Raja Chulan Pemerintah Siam kerajaan Kota Gelanggi yang juga di panggil Klang Kio atau Ganggayu ertinya perbendaharaan permata. Kota Gelanggi terletak di Jerantut. Semasa Kota Gelanggi dilanggar oleh Raja Suran (Raja Raj…

Puteri Tun Teja Ratna Benggala...

Puteri Onang Kio adalah puteri Raja Chulan Pemerintah Siam kerajaan Kota Gelanggi yang juga di panggil Klang Kio atau Ganggayu ertinya perbendaharaan permata. Kota Gelanggi terletak di Jerantut. Semasa Kota Gelanggi dilanggar oleh Raja Suran (Raja Ra…

Puteri Wanang Seri Maharaja Dewa Sura...

Image
Sejarah Pahang memperlihatkan bagaimana wanita menjadi lambang pengenalan Pahang. Barangkali Pahang dilihat sebagai lambang kewanitaan yang selalu menjadi idaman dan perhatian orang luar. Imej kewanitaan yang melahirkan keghairahan pihak yang lebih kuat menggunakan apa saja helah dan cara bagi mencapai apa yang diidamkan... 
WZWH bicara sejarah pemerintahan Empayar Pahang yang berhubungkait dengan pengaruh wanita-wanita terhebat yang mencetuskan konflik dan peperangan. Ianya adalah "politik cinta" yang melarat kepada politik menguasai sang pemerintah.
Pernahkah anda mendengar nama-nama wanita klasik berpengaruh ini seperti Puteri Onang Kio, Puteri Wanang Seri, Tun Teja Ratna Benggala dan Puteri Kamaliah? Maka WZWH pun bercerita...
Puteri Onang Kio adalah puteri Raja Chulan Pemerintah Siam kerajaan Kota Gelanggi yang juga di panggil Klang Kio atau Ganggayu ertinya perbendaharaan permata. Kota Gelanggi terletak di Jerantut. Semasa Kota Gelanggi dilanggar oleh Raja Suran (Raja Raj…

Puteri Onang Kiu Kota Gelanggi (Gelanggui)...

Image
Sejarah Pahang memperlihatkan bagaimana wanita menjadi lambang pengenalan Pahang. Barangkali Pahang dilihat sebagai lambang kewanitaan yang selalu menjadi idaman dan perhatian orang luar. Imej kewanitaan yang melahirkan keghairahan pihak yang lebih kuat menggunakan apa saja helah dan cara bagi mencapai apa yang diidamkan...
WZWH bicara sejarah pemerintahan Empayar Pahang yang berhubungkait dengan pengaruh wanita-wanita terhebat yang mencetuskan konflik dan peperangan. Ianya adalah "politik cinta" yang melarat kepada politik menguasai sang pemerintah.
Pernahkah anda mendengar nama-nama wanita klasik berpengaruh ini seperti Puteri Onang Kio, Puteri Wanang Seri, Tun Teja Ratna Benggala dan Puteri Kamaliah? Maka WZWH pun bercerita...
Puteri Onang Kio adalah puteri Raja Chulan Pemerintah Siam kerajaan Kota Gelanggi dibawah Kerajaan Ligor Tambralingga yang juga di panggil Klang Kio (Gelanggui)  atau Ganggayu ertinya perbendaharaan permata. Kota Gelanggi terletak di Jerantut. Semasa K…

Orang Felda Dan Ulu Tembeling Pun Faham Saman Sivil Jabatan Kehakiman US : 1MDB

Image
Amat menyedihkan apabila membaca kenyataan pemimpin pembangkang mengenai kes saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS). Rupanya pengetahuan mereka mengenai kes ini amat cetek. Tidak hairanlah kenapa kenyataan mereka begitu dangkal dan mengarut. Tak tahu, rasa nak menangis atau ketawa sebenarnya. Penyokong pembangkang patut berasa malu kerana tahap pengetahuan pemimpin mereka, termasuk yang bergelar Ahli Parlimen begitu menyedihkan.
Analisis Kisah Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS ke atas 1MDB ini mungkin boleh membantu meningkatkan tahap pengetahuan ahli parlimen dan pemimpin pembangkang. Ia juga boleh menjawab soalan, BENARKAH WANG 1MDB TELAH DICURI DAN PENCURINYA ADALAH NAJIB?
1. Pertama, ia bukan saman sivil atau pendakwaan terhadap 1MDB atau Perdana Menteri Najib Razak. Ia adalah saman sivil untuk merampas, mengambil alih dan membekukan aset yang dikatakan dibeli menggunakan dana yang 'dicuri' dari 1MDB. Jika kerajaan AS yakin bahawa aset-aset tersebut adalah hasil 

Tiada Siasatan Jenayah Ke atas Isu 1MDB – Peguam Negara Amerika

Image
Peguam Negara Amerika Syarikat (US) mengakui pengumuman mengenai tindakan undang-undang ke atas beberapa individu adalah berdasarkan aduan bahawa mereka menyeleweng wang 1MDB dan terbabit dengan penggubahan wang haram BUKANNYA melalui siasatan jenayah yang biasa. Saman sivil ini dilakukan di bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu sebagai usaha menyekat penggubahan wang haram tidak menggunakan kaedah siasatan jenayah korupsi biasa. Jabatan Kehakiman US juga tidak pasti sama ada wang yang ingin mereka sita ini dari 1 Malaysia Development Berhad kerana 1MDB menafikan terdapat wang yang hilang. 1MDB has consistently maintained that no money was stolen and can account for where its money has gone to. However, 1MDB is currently in dispute with IPIC where 1MDB maintains that it has paid or deposited or guaranteed up to USD6 billion by a company called Aabar Investments PJS BVI upon the instructions of Aabar’s the then Chairman, Khadem Al Qubaisi…

Tragedi Mangsa Banjir Kg Gintong Jerantut Antara Dua Zaman: 1926 Dan 2014

Image
Masjid Lama Kg Gintong, Jerantut selepas pasca banjir 2014. Foto ihsan Blog AkuanakPahang.
Posting ini mengenai kesusahan dan penderitaan tragedi mangsa banjir Kg Gintong Jerantut sebuah kampung tradisional di tepi Sg Pahang antara dua zaman pada banjir 1926 dan 2014.
Kisah tragedi mangsa banjir Kg Gintong 1926 telah ditulis dalam sebuah buku biographyTinggal Kenangan Memoir Sir Mahmud bin Mat, Menteri Besar pertama Pahang (1949-1951).
Ketika itu beliau bertugas sebagai ADO di Pejabat Daerah Kuala Lipis pada 1926. Kuala Lipis masa itu adalah ibu negeri Pahang.
Seorang tua dari Kg Gintong, Jerantut yang menjawat jawatan Tok Empat dan juga Tok Imam telah mudik Sg Pahang terus sambung mudik Sg Jelai ke Kuala Lipis berjumpa dengan Sir Mahmud Mat (ADO) .
Orang tua itu memberitahu penduduk Kg Gintong sudah terputus bekalan makanan dan mahu minta bantuan dari Pejabat Daerah Lipis. Sir Mahmud Mat telah memberi berbelas guni beras untuk dibawa menghilir ke Kg Gintong.
Malang dalam perjalanan air Sun…