Monday, January 3, 2011

Kekuatan UMNO Kampung Tradisional Ulu Cheka

Sayup kejauhan Gunung Benum yang membanjari Kampung Ulu Cheka.

Mukim Hulu Cheka, kira-kira 20 km dari bandar Jerantut. Perjalanan ke perkampungan yang menghijau tu mengambil masa kira-kira 25 minit. Melalui jalan yang bengkang-bengkok di awal perjalanan memang sedikit merimaskan, apatah lagi permukaan jalan kini sangat mendukacita, berlubang, beralun, berlopak dan rosak di sana sini.

Selepas melepasi pekan Damak, perjalanan ke Hulu Cheka, mengambil waktu yang makin singkat. Kg Bukit Batu, Kg Jungai, Kg Tengah dan lain-lain kampung memanjang sejauh 10 km ke pusat mukim Ulu Cheka. Menariknya, kampung-kampung ini terkenal dengan kebun buah-buahan serta kebun kelapa sawit yang menghijau. Terdapat juga penduduk di sini yang mengusahakan ternakan ikan kolam, sama ada secara komersial ataupun kecil-kecilan. Ini kerana di hujung mukim ini terdapat pusat akuakultur yang besar di Perlok. Berbagai jenis ikan dibiak benihnya untuk dijual kepada penduduk sekitar atau penternak dari luar Jerantut. 

Allahyarham Pawang Nong tokoh legenda masyarakat Ulu Cheka.

Tokoh masyarakat yang di kenali dengan Pawang Nong memang masyhur di mukim tersebut dan dianggap ikon bagi masyarakat Mukim Hulu Cheka. Pawang Nong atau nama sebenar beliau ialah Haji Nong Talib Bin Santan adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu. Beliau juga adalah pengikut serta dikatakan pernah menuntut dengan pahlawan Pahang yang terkenal iaitu Mat Kilau yang berjuang menentang penjajah Inggeris.

Beliau merupakan pengasas atau pembuka Kampung Ulu Cheka bersama 7 orang kawannya pada tahun 1907. Dan beliau dilantik sebagai ketua kampung pertama sehingga tahun 1966. Selain itu beliau merupakan pengasas masjid Kampung Ulu Cheka serta merupakan Pawang Utama di kampung ini serta menjadi Pawang Diraja.

Beliau juga merupakan pengasas seni silat cekak di kampung Ulu Cheka serta merupakan Pahlawan Melayu Pahang yang menentang penjajahan komunis di daerah ini.

Selain itu beliau jugalah yang berjaya menangkap orang minyak yang berleluasa di sekitar perkampungan Ulu Cheka dan Kampung Damak. Dikhabarkan juga melalui cerita lisan orang tua-tua dahulukala bahawa ketika zaman penjajahan tentera Jepun, beliau berjaya memagari dari dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun untuk memasuki kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka.

Beliau telah dilahirkan di Kampung Sempiat, Tanjung Besar Benta Kuala Lipis pada tahun 1874 dan beliau telah meninggal dunia pada 10 November 1977 di Kampung Ulu Cheka. Makam beliau boleh dilawati di perkarangan masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.

Atas jasa-jasa beliau ini sebuah sekolah rendah kebangsaan dinamakan sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka bagi mengingati atau mengenang jasa beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan orang-orang Melayu suatu masa dahulu.

Perkampungan Ulu Cheka juga dikenali sebagai "Kashmir Jerantut" kerana pemandangan banjaran Gunung Benum yang ke dua tertinggi selepas Gunung Tahan yang cantik dan cuacanya yang sejuk. Terdapat banyak lata-lata yang menarik dengan air terjun yang cantik.

Tok Empat Kampung Ulu Cheka, Nazri Che Husein boleh menggerakkan masyarakat di sini. Tengku Muda  Pahang sewaktu lawatan kerja sehari beliau ke Kampung Ulu Cheka pada tahun 2009 begitu terharu dengan sambutan ramai penduduk di Mukim Ulu Cheka.

Lawatan kerja seharian Tengku Muda  Pahang ke kampung tradisional Ulu Cheka pada tahun 2009. Beliau cukup terharu dengan keramahan dan sambutan meriah masyarakat Mukim Ulu Cheka.

WZWH mahu lihat kekuatan UMNO Kampung Ulu Cheka berdasarkan PRU 12. Melalui peti undi SM Agama Ehyail Maarif Ulu Cheka. Terdapat 1098 pengundi berdaftar. Seramai 857 yang keluar mengundi. 241 tidak keluar mengundi. Parlimen BN menang majoriti 59 undi. Manakala DUN Damak BN kalah majoriti 14.

Ke mana perginya kekuatan UMNO kampung tradisional Ulu Cheka yang tidak segagah tokoh legendanya Pawang Nong? Jika kampung tradisional Pulau Tawar pun UMNO sudah lemah maka ini bukti pemimpin atasan UMNO perlu melihat kenapa sokongan yang selama ini jitu untuk UMNO tetapi mula terhakis.

Adakah isu-isu pembangunan seperti Projek Jalan Jerantut Benta yang terbengkalai atau pembesaran kampung dan infrastruktur masih tidak memuaskan hati pengundi di kampung tradisional Ulu Cheka. Adakah pemimpin UMNO Bahagian Jerantut kerap melawat kawasan Mukim Ulu Cheka ini termasuk Kampung Batu Balai dan Pekan Damak yang dikedua-dua peti undi ini parlimen BN dan DUN Damak BN kalah dengan majoriti 297 dan 171.

WZWH boleh cakap perlu buat sesuatu...

Sejarah Pulau Tawar Kebangkitan Generasi Baru


Blog Parlimen 81 telah mempersembahkan sejarah Pulau Tawar untuk tatapan generasi baru Pulau Tawar agar kebangkitan pemimpin-pemimpin muda boleh membangun kampung-kampung tradisional Pulau Tawar. WZWH CnP sepenuhnya posting blog Parlimen 81. Sila baca sini.


Sejarah Pulau Tawar Penuh Warna Warni
Sejarah Pulau Tawar sangah indah , penuh seni dan warna warni . Dulu Pulau Tawar ada dalam peta negeri Pahang . Peta jerantut tak wujud lagi tapi Pulau Tawar ada dalam peta negeri Pahang ni , Pulau Tawar , Budu , Jempol , Chenur , Semantan , Bukit Betong memang terkenal dulu . Tok Gajah memerintah 1/3 dari daerah Ulu Pahang dari Pulau Tawar . Jajahan Pulau Tawar dari Burau sampai ke Budu . Hebat sungguh Pulau Tawar di awal tahun 1800-an dulu hingga awal 1900an dulu . Taliair pertama dibina di Pahang pun di Pulau Tawar. Clifford , Rodger dan semua residen dan pegawai kanan British Negeri Pahang pernah sampai dan tinggal di Pulau Tawar . Dulu Pulau Tawar memang kaya , paya dia luas , Dulu orang Pulau Tawar semangat juang dia tinggi . Dulu masa orang Lepih, orang Bentong , orang Raub , orang Tembeling bersekutu dengan British , orang Pulau Tawar bersama dengan orang Semantan dan orang Jempol mengangkat senjata menentang British .

Tapi sejarah Pulau Tawar juga menunjukan memang Pulau Tawar tiada pemimpin berkaliber sejak dari dulu lagi . Semua pemimpin Pulau Tawar pemimpin import . Tok Gajah diimport dari Budu . Mat Kilau diangkat jadi pemimpin sebab dia anak Tok Gajah . Sejarah orang Melayu dulu-dulu amat menghormati keluarga pemimpin dan kepimpinan adalah diwarisi . Sebab itu orang Pulau Tawar patuh dengan Mat Kilau . Kalau Mat Kilau tak menentang Ingeris dulu mungkin sejarah Jerantut bukan seperti sekarang ini . Mungkin Jerantut tak wujud sekarang ini , mungkin Pulau Tawar la pusat bandar Jerantut sekarang ini . British pinggirkan Pulau Tawar sebab Pulau Tawar kuat menentang British dan kuat mempengaruhi Sultan. Sultan Pahang pernah bersemayam di Pulau Tawar. Sultan Pahang tak suka British jajah Pahang tapi Sultan terpaksa terima juga nasihat British atas desakan Johor . Sebab itu Sultan dari Pekan ke Pulau Tawar untuk jarakkan diri dari penasihat british . Sultan tahu orang Pulau Tawar sanggup mati untuk jaga Sultan . British tahu kalau Sultan , Tok Gajah , Mat Kilau serta Datuk Bahaman selalu bersama maka British akan di halau dari Pahang . British tak nak Sultan terpengaruh dengan nasihat Tok Gajah sebab itu Bristish paksa sultan pindah balik ke Pekan dan fitnah Tok Gajah sebagai penderhaka.

Mungkin ramai yang salahkan Mat Kilau sebab Mat Kilau lah yang menyebabkan Pulau Tawar tak maju sekarang ini.Mat Kilau menyusun gerakan menentang British di Ulu Pahang ini dari Pulau Tawar . Peperangan di Batu Balai , Cheka , Kuala Tembeling , Lubuk Ampai diterajui oleh Mat Kilau dan orang Pulau Tawar dengan bantuan orang Budu dan orang Semantan . Orang Tembeling , orang Batu Balai tak ikut serta dalam perang menentang British ni . Kalau adapun secara sembunyi-sembunyi takut berterang-terangan . Orang Pekan dan orang Lipis pula secara terang-terangan bersekutu dengan British menentang Tok Gajah , Mat Kilau dan Datuk Bahaman sehingga memaksa Tok Gajah , Mat Kilau , Datuk Bahaman dan pengikut lari ke Perak , lari ke Terengganu dan Kelantan Dengar ceritanya Tok Gajah meninggal dunia dan disemadikan di Kg Kuala Nering , Terengganu sementara Datuk Bahaman di tangkap di kelantan dan dibuang daerah ke ChiangMai bersama pengikutnya . Dengar ceritnya juga Datuk Bahaman telah meniggal dunia di Chiang Mai dan di semadikan berdekatan dengan Stesyen Keretapi Lampang, Chiang Mai Thailand . Cucu cicit nya sekarang menetapnya disana di Kampung Chulabhorn Patana 12.

Allahyarham Dato' Bahaman.



Zuriat Dato' Bahaman yang bernama Soliha Hanapi (49 tahun) dan suaminya Iman Shukri serta anak-anaknya di Chiang Mai.

Blog WZWH ada sentuh pasal UMNO Pulau Tawar (sini) . Dulu Bila WZWH sentuh pasal Pulau Tawar Cikgu Pian marah sebab dia kata dia keturunan Pulau Tawar (sini) keturunan Pulau Tawar tak boleh diusik nanti mengamuk.

Sunday, January 2, 2011

Kenapa UMNO Lemah Di Kampung Tradisional Pulau Tawar?



Dulu Pulau Tawar ada ramai pahlawan dan pemimpin yang seperti muafakatnya kawanan kerbau dalam gambar di Paya Kangsa.


Sekarang Pulau Tawar hanya ada pemimpin yang hanya pentingkan agenda peribadi sendiri seperti gambar seekor kerbau tunggal di Paya Kangsa.

Kampung tradisional Pulau Tawar ialah kampung lama di Jerantut. Kampung Pulau Tawar sering dikaitkan dengan pahlawan lagenda Pahang Mat Kilau. Termasuklah kampung-kampung seperti Bandar, Perian, Kampung Masjid, Pulau Tawar, dan Telok. Zaman dulu Kampung Pulau Tawar dikenali Padang Kangsa.

Posting WZWH kali ini bertajuk "Kenapa UMNO Lemah Di Kampung Tradisional Pulau Tawar? Apa masalah-masalahnya? Dulu kampung tradisional Pulau Tawar adalah kubu kuat UMNO.

Berdasarkan fakta PRU 12 melihat keputusan kawasan peti undi SM Agama Pulau Tawar terdapat 1009 pengundi berdaftar. Yang keluar mengundi seramai 785 bermakna 224 tidak keluar mengundi. Parlimen BN kalah majoriti 87 undi manakala DUN BN Pulau Tawar menang majoriti 18.

Kenyataan ini susah untuk diterima. Pertama pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Tawar perlu bertanya kenapa jadi demikian. Adakah pemimpin Pulau Tawar kurang mendampingi orang kampung. Kurang mengambil berat permasalahan orang kampung.

Apakah pembangunan yang telah, sedang dan akan dibuat di kampung tradisional Pulau Tawar? Kenapa pemimpin Pulau Tawar tidak boleh wujudkan bandar Pulau Tawar? Apakah kegiatan-kegiatan ekonomi untuk membantu orang kampung yang dapat difikirkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Tawar dan wakil-wakil rakyat yang berkaitan.

Jika tidak ada langkah-langkah yang positif diambil mungkin statistik PRU 13 akan berulang sama dengan PRU 12. UMNO dan BN jangan ambil mudah dan "take it for granted".

WZWH akui Pulau Tawar ada ramai pemimpin-pemimpin yang bijak terdedah dengan kemajuan arus pembangunan jauh meninggalkan tempat-tempat lain di Jerantut. Sudah tentu pemimpin tempatan Pulau Tawar tahu cara-cara kaedah menyelesaikan masalah orang kampung mereka.

Memang Pulau Tawar belum pernah ada pemimpin-pemimpinnya berjaya menjadi wakil rakyat mewakili kawasan mereka. Mungkin ini jawapannya bagi memotivasi pemimpin-pemimpin kampung tradisional Pulau Tawar. 

WZWH harap UMNO perlu kuat dan tunjuk khidmat di kampung tradisional Pulau Tawar agar orang kampung boleh kembali menerima UMNO dan BN. Kita tahu apa orang kita mahu yang sebenarnya....

Kenapa Orang Jerantut Hilir Suka Sokong PAS Dan PKR?


Ini adalah soalan yang suka dikaji WZWH. Apa jawapannya bila majoriti pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut Hilir ramai berada di dalam kepimpinan AJK UMNO Bahagian Jerantut, Wanita, Pemuda dan Puteri. Pernah satu masa ada dua orang wakil rakyat dari Jerantut Hilir.

WZWH cakap berdasarkan fakta. Mari kita lihat statistik PRU 12 di Jerantut Hilir. Kawasan-kawasan mengundi Jerantut Hilir seperti berikut:

  • SK Bukit Dinding
  • SK Tebing Tinggi
  • Balairaya Tebing Tinggi
  • SK Gintong
  • SK Temin
Jumlah pengundi berdaftar ialah 2500, yang keluar mengundi ialah 1879 bermakna seramai 621 tidak keluar mengundi. Bagi parlimen BN kalah majoriti 303 dan DUN Damak BN kalah majoriti 351.

Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa 621 orang tidak keluar mengundi? Kenapa ramai pemimpin Jerantut Hilir hebat di dalam politik UMNO Bahagian Jerantut tetapi tidak dapat membantu parti, UMNO dan BN di kandang sendiri.

Kenapa pemimpin Jerantut Hilir tidak dapat mempengaruhi pengundi-pengundi tempat mereka sendiri. WZWH telah mengkaji bertanya kepada orang kampung Jerantut Hilir. Pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut Hilir tidak dapat memenangi hati orang kampung. Mereka hanya nampak hebat di bandar Jerantut tetapi tidak turun padang bercampur dengan masyarakat tempatan.

Jadi pemimpin tidak mengambil berat kepada orang kampung maka bagaimana orang kampung hendak tertarik kepada mereka dan mengundi UMNO dan BN. Bukan orang kampung hendak sangat mengundi PAS dan PKR pada PRU 12 tetapi protes kepada sikap pemimpin-pemimpin Jerantut Hilir.

Bila ditanya kenapa demikian maka pemimpin Jerantut Hilir menyatakan ahli parlimen dan ADUN Damak tidak turun padang. Ye ke ? WZWH kira ADUN Damak Dato' Lau Lee rajin menjengok mereka. Ahli parlimen Jerantut YBM Tengku Azlan membawa pembangunan di Jerantut Hilir. Pusat Latihan ADTEC beratus juta sudah siap sekarang.

Kenapa orang Jerantut Hilir suka sokong PAS dan PKR? Mungkin pembaca blog WZWH ada jawapannya.

Zaman Pemikiran Renaissance Berlaku Dalam PAS Kini


Blog Suara Majlis dan blog Sakmongkol AK47 adalah blog yang mesti dibaca kerana penulisnya adalah "a practical and experienced Pahang politicians". WZWH tertarik dengan ulasan Suara Majlis dalam posting terbarunya bertajuk "PAS Pinggir Pemikiran Golongan Muda" baca sini.

Sejarah zaman Renaissance Eropah pada abad ke 17 dan 18 ketika itu Pihak Gereja telah menentang pemikiran saintifik, menentang suara orang muda dan mahu mengawal kehidupan dari rakyat hingga raja. Akhirnya rakyat , raja dan golongan intelektual memberontak menolak Gereja.

Perkara yang sama berlaku dalam PAS kini. Dr Mujahid Yusuf Rawa, ahli parlimen Kuala Selangor, anak pemimpin tersohor PAS buat buku bertajuk "Menuju PAS Baru".

Kandungan buku itu antaranya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama PAS bahawa parti itu perlu berpijak di atas bumi nyata dan harus di'Nasionalkan'. Mujahid juga memberi penekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya dicapai.

Dewan ulama PAS menolak keras buku itu dengan mengatakan ulama tidak lemah hanya perlu diperkasakan. Buku itu mengelirukan orang ramai terhadap asas perjuangan ulama berteraskan Islam. Matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi menegakan hukum Allah. Tidak guna ke Putrajaya jika PAS terhakis perjuangan. 

Pandangan Dr. Mujahid itu menyanggah pemikiran golongan lama yang sudah berkarat didalam PAS. Ia sudah tentu ditolak kerana ulama PAS merasakan pemikiran cara politik mereka sahaja yang terbaik.

Dasar dan matlamat sekarang langsung tidak tepat dan parti itu sentiasa tergelincir dari landasan. Golongan muda cuba mengubahnya tetapi ditolak oleh pihak yang merumuskan dasar. 

Namun demikian golongan muda yang dinamik akan rasa bosan jika PAS berada ditakuk lama. Dr.Mujahid dikritik hebat. Mengapa ulama PAS menolak? Jika menerima cadangan itu, golongan lama akan kehilangan tempat dalam arus perdana perubahan kerana mereka tidak dapat mengikut tempo perjuangan zaman kini.

PAS dahulu lain, PAS kini tersangat mementingkan kroni. Apa yang kroni nak, mesti dapat di bawah kepimpinan yang didakwa kononnya ulama.

PAS mesti berubah ke arah pembangunan insan mulia. Mesti melihat kerja-kerja di dunia ini sebagai satu ibadah, berakhlak hasanah, tidak menyeleweng, tapi kini melencung ke arah separuh masak. Kepemimpinan ulama separuh masak.

20 tahun PAS memerintah Kelantan, apa yang dilaksanakan untuk pembangunan insan?. Mereka kini berdakwah langsung tidak menjurus ke arah pembangunan duniawi dan ukhrawi. Timbul pelbagai fitnah yang di bawa ulamak dengan sembahyang hajat memusnahkan muslim lain, sedangkan ini bercanggah dengan ajaran Islam.

Kenapa kawasan balak diberi kepada syarikat kroni beribu-ribu hektar menjadi kaya raya, sombong melangit sedangkan golongan miskin, anak bertambah, hidup menderita. Ulama PAS menghukum orang lain tak betul, umpama ketam mengajar anak berjalan betul tapi sebenarnya, ulamalah yang menjahanamkan umat Islam hari ini.

Lihat PAS Kelantan, berapa orang wakli rakyat PAS terdiri daripada cerdik pandai Islam. Ada wakil rakyat dijulang dengan jenama ustaz, tapi khabarnya balun bini orang.

Contoh, Dr Haron Din tidak celupar seperti Nik Aziz. Hj Hadi kurang sikit, tapi dijajah oleh Nik Aziz. Nik Aziz merupakan kaum muda yang dahulunya dipimpin ayahnya Tok Nik Mat Alim Pulau Melaka. Mereka ini selalu bercanggah dengan Tok Guru Hj Mad Pauh, ulama kaum tua di zaman itu. 

Orang PAS mesti berubah, bukan sahaja syarahan berubah di balaisah, tapi hidup mesti berubah ke arah yang lebih baik, untuk mendapat keredhaan Allah.

Saturday, January 1, 2011

Tahun 2011 Pilih BN


DS Najib sedang menconggak bulan 6 atau bulan 11 untuk buat PRU 13. Ini rumor yang bertiup. Pastinya BN akan membuat strategi terbaik bagi mendapat mandat daripada rakyat untuk mentadbir Malaysia.

Penasihat-penasihat DS Najib pula dikatakan menggesa beliau agar mengadakan pilihan raya umum seawal Jun 2011 ekoran kebimbangan bahawa ekonomi dunia kemungkinan perlahan, sehingga boleh memberi kesan ke atas ekonomi tempatan pada suku ketiga. 

Petunjuk ekonomi kampung cakap harga getah sekilo RM7 dan kelapa sawit RM800 setan ini cukup mengembirakan orang kampung. 75% daripada 222 kerusi parlimen terletak di luar bandar dan ada 40 kerusi parlimen dalam kawasan Felda.

DS Najib yakin segala dasar, pelan dan projek yang beliau perkenalkan mula berhasil dan mendapat sokongan rakyat jelata. Beliau yakin beliau boleh mengulangi rekod Perdana Menteri sebelum beliau yang semuanya menang besar dalam PRU pertama masing-masing.

BN akan terus mengguna jentera pemerintah sama ada akhbar atau media arus perdana miliknya untuk memomokkan dakwaan daripada PR. Perang psikologi ini akan berteruskan saban hari dan akan memuncak sehingga PRU13 nanti. Setiap hari akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3, TV7 dan Awani akan mencanang pelbagai cerita bertujuan memburukkan kredibiliti dan potensi PR.

PR juga sedar bahawa ia mempunyai idea ke hadapan bagi mentadbir negara tetapi sedar juga bahawa untuk mentadbir negara ia tidak lagi mempunyai pengalaman sewajarnya seperti BN. BN kaya pengalaman dalam hal ehwal mengurus negara.

Inilah satu kekurangan yang menonjol daripada PR. Pengalaman PR memerintah di empat buah negeri penuh dengan kesulitan sehingga tidak mungkin dapat memenuhi janji-janji muluk yang dibuat sebelum dapat memerintah dahulu, apatah lagi bantuan kewangan daripada pusat ke negeri-negeri berkenaan tidak berjalan begitu lancar. Kekurangan dana boleh menjejaskan perjalanan program untuk rakyat.

Bukan itu saja, malahan masalah dalaman PR yang berlaku atau selalu tersiar di akhbar dan perkara sebegini juga akan mempengaruhi persepsi rakyat dalam proses membuang undi pada PRU13 nanti.

Apakah rakyat dapat menerima dan masih boleh bersabar dengan kerenah PR yang memerintah di empat buah negeri itu. PR telah mengadakan beberapa konvensyen dan mengeluarkan dasar yang amat tidak realistik dan mengundang risiko undang-undang bagi menangani pentadbiran negara.

BN harus bekerja keras untuk mendapatkan jumlah kerusi Parlimen seperti pada tahun 2004 dulu iaitu 109 bagi UMNO, tidak seperti 79 kerusi buat ketika ini. Mendapatkan semula kerusi sebanyak itu bukanlah satu usaha yang mudah dalam tempoh terdekat ini. Harus diingat jumlah pengundi muda semakin meningkat dan anak muda pun semakin boleh menerima konsep 1Malaysia yang diterapkan oleh DS Najib.

Pertandingan akhir AFF Suzuki Cup leg pertama di Kuala Lumpur antara timnas Malaysia dan Indonesia menyaksikan hampir 100,000 anak-anak muda amat bersemangat mengibar bendera Malaysia dan semangat 1Malaysia menyebabkan timnas Malaysia berjaya menumbangkan Indonesia 3-0.

Parti rakannya seperti MCA, MIC, PPP dan Gerakan kini semakin merapatkan barisan. Bila UMNO kuat dan yakin maka parti-parti komponen pun ikut bersemangat.

Tampaknya PR sudah nampak goyah perpaduan dan ikatan yang rapuh, maka mudah BN akan dapat mengekalkan status quonya.

Memilih BN atau PR? Banyak negara di dunia telah mengalami pertukaran parti pemerintah dalam apa jua sistem ‘demokrasi’ kecuali segelintir saja yang masih menggekalkan parti sejak mereka merdeka seperti China, Singapura, Cuba dan Brunei.

Negara seperti Indonesia, Korea Selatan, Thailand, Sepanyol, Amerika Syarikat, New Zealand, United Kingdom dan banyak lagi di negara Amerika Latin mahupun di Eropah telah mengalami pertukaran parti untuk memerintah dari masa ke semasa.

Malaysia, tidak nampak pula akan menjadi sebuah negara terakhir untuk mengalami pertukaran parti, maknanya BN akan selama-lamanya memerintah Malaysia. 12 juta pengundi rakyat Malaysia masih tidak yakin lagi untuk menyerahkan Malaysia kepada PR.

DS Najib Mahu Jumpa YBM Tengku Azlan 5 minit Tanya Persediaan PRU 13

DS Najib mahu YBM Tengku Azlan dan YB Dato' Wan Amizan memajukan Jerantut dan DUN Tahan. Tuanku Sultan Pahang selalu memantau progres pembangunan di Jerantut untuk kepentingan rakyat baginda di pedalaman Pahang.

Bermula 8 Januari 2011, DS Najib mahu jumpa YBM Tengku Azlan, ahli parlimen Jerantut 5 minit tanya persediaan parlimen Jerantut menghadapi PRU 13.

DS Najib mahu tahu persediaan parlimen Jerantut menghadapi PRU 13. YBM Tengku Azlan perlu bersedia dengan ditanya DS Najib. 30 AJK UMNO Bahagian Jerantut perlu membantu memberi input. Sayap-sayap parti seperti Wanita, Pemuda dan Puteri perlu membantu. 120 Ketua UMNO Cawangan dan barisan AJK cawangan juga perlu memantau kawasan masing-masing.

3 ADUN di parlimen Jerantut mesti berkomunikasi dengan YBM Tengku Azlan. WZWH jangka pertemuan DS Najib dengan YBM Tengku Azlan akan berlansung lebih 5 minit mungkin 10 minit kerana parlimen Jerantut ada banyak isu-isu yang perlu diselesaikan.

Mandat semasa hanya akan berakhir 20 April 2013. BN juga sedang membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. PRU 13 kemungkinan diadakan minggu kedua bulan Jun 2011. Jika tidak, ia akan dianjak sehingga November 2011.

Bagaimanapun perkembangan-perkembangan terbaru ini menunjukkan wakil rakyat-wakil rakyat yang tidak berhasrat untuk bertanding mahukan pilihan raya diadakan tahun depan. 

Ahli-ahli Parlimen kanan mengharapkan faedah daripada pelbagai projek yang dilaksanakan sebelum pilihan raya umum. Ahli-ahli Parlimen muda (penggal pertama) tidak akan memperoleh pencen jika pilihan raya umum diadakan awal.

Penasihat-penasihat DS Najib pula dikatakan menggesa beliau agar mengadakan pilihan raya umum seawal Jun 2011 ekoran kebimbangan bahawa ekonomi dunia kemungkinan perlahan, sehingga boleh memberi kesan ke atas ekonomi tempatan pada suku ketiga. 

DS Najib, telah memperkenalkan pelbagai projek untuk merangsang ekonomi negara meskipun ramalan menunjukkan ia akan perlahan tahun ini. 

Ia termasuklah projek transit aliran massa (MRT) yang akan menelan RM36 bilion, menara Warisan Merdeka RM5 bilion, Daerah Kewangan Antarabangsa KL RM26 bilion, projek ekoresort RM3 bilion di Karambunai, Sabah dan pembangunan kawasan seluas 1,084 hektar milik Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh. 

Bank Pembangunan Asia (ADB) baru-baru ini meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam lingkungan lima peratus, satu peratus lebih rendah daripada diharapkan oleh pentadbiran DS Najib.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...