Sunday, December 18, 2011

Najib Diturunkan Saifuddin Dinaikkan Bangang Ahli Politik Pahang

Desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971, memuncak apabila lebih 300 mahasiswa berhimpun dan berarak secara aman.
Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA).
Seawal jam 1 petang, mahasiswa berhimpun depan masjid jamek sebelum berarak ke bangunan Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Ketika berarak, mereka melaungkan slogan mendesak kerajaan menghapuskan Auku dan memberi amaran betapa gelombang mahasiswa bakal menjejaskan hayat politik Umno Barisan Nasional (BN)

Mereka juga menyatakan tidak gentar untuk dipenjara demi memperjuangkan usaha memansuhkan Auku, bukan sekadar memindanya.
Orang awam yang kagum dengan keberanian mahasiswa yang dikawal polis termasuk anggota cawangan khas (SB), turut memberi sokongan.
Depan bangunan Maju Junction, mereka kemudian duduk memegang kain rentang dan melaung desakan supaya mahasiswa diberi kebebasan bersuara dan akademik.

Selepas 10 minit, Pesuruhjaya Suhakam, Shaani Abdullah menerima memorandum daripada mahasiswa dan menyifatkan perarakan itu tidak menyalahi undang-undang.
“Perlu pelbagai cara bagi dapatkan perhatian. Berhimpun adalah satu cara dan mereka berhak melakukannya. Memorandum ini akan dipanjangkan kepada kerajaan,” kata Shaani.
Mahasiswa kemudian berarak ke bangunan Umno – Putra World Trace Centre (PWTC) bagi menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Ketika Saifuddin berucap menggunakan pembesar suara, seorang mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib sebagai protes.
Tindakan itu mencuri tumpuan peserta lain sehingga mengakibatkan pengawal keselamatan kelam kabut menaikkan semula bendera berkenaan.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.


Datuk Saifuddin terima memorandum
Dan sebaik sahaja mereka tiba di PWTC, secara tiba-tiba kumpulan mahasiwa terbabit diberitakan cuba dihalang sekumpulan ‘Special Branch’ dan pihak polis.
Namun hasil rundingan beberapa minit dengan wakil kerajaan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sudi turun untuk menerima memorandum BEBAS.
Datuk Saifuddin juga berkesempatan untuk menyampaikan pidatonya yang menyokong usaha mahasiswa menuntut kebebasan akademik.
“Tahniah mahasiswa! Saya akan bersama-sama kamu semua untuk perjuangkan isu ini.”, demikian antara ucapannya.
Diberitakan terdapat juga mahasiswa melaungkan sepatutnya Datuk Seri Najib digantikan dengan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Bendera Najib diturunkan
Namun, selang beberapa minit kemudian, seluruh yang berada di perkarangan PWTC dikejutkan dengan satu aksi menarik mahasiswa.
Sebuah tiang bendera yang menggantung bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tiba-tiba digantikan dengan bendera ‘Academic Freedom’.
Yang menghairankan, tiada seorang pun pengawal keselamatan dan pihak polis yang berjaya mengesan tindakan beberapa mahasiswa tersebut.
Mereka kemudiannya mengarahkan bendera ‘Academic Freedom’ berkenaan diturunkan segera dan digantikan semula dengan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib.
Saifuddin adalah ahli parlimen Temerloh dari tempat yang punya sejarah kepahlawanan Pahang Tok Bahaman tapi sayang politik baru Saifuddin gagal memahami bahawa kebodohan beliau menyebabkan mahasiswa galak menurunkan bendera DS Najib secara simboliknya memalukan rakyat Malaysia, orang UMNO, BN dan rakyat Pahang.
WZWH tidak boleh menerima ahli politik yang bangang macam Saifuddin. Sebab itu WZWH menulis dalam posting lepas bahawa Saifuddin ini perlu disepenggalkan menjadi ahli parlimen Temerloh!

12 comments:

Anonymous said...

Memang dato Saifudiin bodoh sbb tak sepandai WZWH.......
Kerana Dato Saifuddin tak selari dgn kebijaksanaan WZWH...
Kalau selari dgn WZWH.....Dato Sai dianggap pandai.....
Tka gitu?

Unknown said...

MR INTELLIGENT SAIFUDIN DAH MULA TUNJUK BELANG TARUNG!

Cikgu Ngah said...

Assalamualaikum WZWH.

Saya rasa sedih dan malu dgn perangai yg ditunjukkan oleh orang2 yg menggelarkan diri mereka 'mahasiswa' ini. Datang ke rumah orang tetapi tunjuk perangai macam samseng. Tidakkah mereka diajar oleh ibu bapa mereka supaya menghormati rumah orang lain? Entah apa yg mereka telah belajar di universiti, mungkin hanya doktrin2 membenci kerajaan dan memuja Anwar Ibrahim, itu sahaja!

Mereka bercakap tentang memansuhkan AUKU, tetapi tidakkah mereka tahu bahawa AUKU itu ialah akta yang mencakupi segenap aspek berkenaan dengan urusan pentadbiran dan perjalanan universiti di negara ini. Hanya sebahagian kecil sahaja akta itu yg berkaitan dgn soal aktiviti politik pelajar dan seksyen inilah yg kerajaan hendak pinda. Kalau seluruh AUKU dimansuh, maka soal pentadbiran dan perjalanan universiti di negara ini hendak diasaskan kpd akta apa? Maka terpaksa lah pula kerajaan dan parlimen membazir masa dgn merangka pula akta yg baru utk mengurustadbirkan universiti di negara ini. Inikah yg dinamakan 'mahasiswa'? Mereka ini sebenarnya sedang mengalami 'mental feverishness' (meminjam kata2 Dr Uthman El Muhammady) setelah dihasut dan ditipu oleh Anwar dan kuncu2nya.

Lebih memalukan lagi apabila seorang timbalan menteri UMNO turun menyambut samseng2 ini. Saya bukan pengundi di Temerloh, saya pengundi di Lipis tetapi jika saya ahli UMNO di Temerloh dan mengundi di sana, maka saya tak akan undi BN sekiranya timbalan menteri ini dicalonkan semula.

Mungkin ini boleh jadi pengajaran pada Dato Najib supaya berfikir semula tentang langkah pembaharuan dan transformasi politik yg beliau sedang cuba usahakan sekarang ini. Adakah sebenarnya rakyat telah bersedia, dan apakah Najib benar2 ada political will yg kuat utk melaksanakan semua ini? Atau mungkinkah Najib akan jadi Pak Lah No 2? Entahlah.

Anonymous said...

Ini baru namanya pemimpin rakyat. Tak ramai pemimpin2 yang berani bersemuka dengan pelajar. Saya pernah menjadi pemimpin pelajar ditahun 1975. Insyaalah. pemimpin seperti Saifuddin ini akan sampai kemercunya. Nantikanlah masanya...Memang banyak halangan terutama pada pembodek2.....

LaM said...

Najib kaki rasuah. Berapa juta dari Rm1billion dia dan bini sudah kebas. Najib juga dicontrol rosmah.

Saifuddin...mana tohmahan rasuah terhadap dia. Berfikiran waras dan rasional dan diterima olih banyak rakyat termasuk pihak pembangkang.

Hang yg bodoh kot.

rahman said...

kalau terlalu bagi muka..nanti naik lemak.. nilah jadinya kalau terlalu bagi muka kat pelajar hingusan tu!! suruh belajar..asik berdemo.. kaum lain belajar setinggi yang boleh.. muda2 dah ada master dan PHD.. tapi pelajar melayu?.. dah ader rekod jadi pendemo tegar!!!... bagi muka kat PKR dan DAPig laa.. habis hak melayu tergadai.. ERA sekarang kerajaan terlalu LEMAH!!! NAJIB pun terlalu LEMAH!!!

Anonymous said...

Terbaik Saifuddin !!!

Kutukandewata said...

salam,

Saifuddin tu penyokong tegar Anwar ibarahim.

Ketika Anwar dipecat dialah yang paling kuat menangis.puas kawan2nya pujuk.

tak heranlah kalau dia menjadi gunting dalam lipatan.

Anonymous said...

Ini jawapan yang paling baik kwn rasa untuk budak-budak hingusan yang tak berapa cerdik belajo tapi dah nak jadi politician..
http://youtu.be/-g7rFhc9qAw

Anonymous said...

omboih sedak ngat aok bodo ke orang yakk...posting aok bnyk gok menunujukkan aok tu bodo..ke gone?

Anonymous said...

gunting dalam lipatan, api dalam sekam, ramai kawan2 anwar dh kembali dalam ameno trmasuk menteri pertahanan.

Anonymous said...

jangan digelar mahasiswa itu tak berapa cerdik atau bahasa kasarnya bodoh.. mereka tidak akan diterima belajar di universiti kalau tidak mendapat keputusan yang cemerlang.. yang bodohnya adalah dikalangan kita orang dewasa yang tak mampu untuk membezakan di antara haq dan batil benar atau fitnah perbuatan yang boleh mendatangkan pahala ataupun dosa.. telinga hari2 duk dengar tv tiga suku n de gang asyik berpegang hanya UMNO yang mampu memerintah kalau pembangkang perintah habis nasib orang melayu..apa yang hancur org melayu sekarang ni angkara siapa?? kalau bukan angkara UMNO bodoh punya melayu..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024