Sunday, June 1, 2014

B10 Jerantut Chitala Juara Kejohanan Bolasepak SAS Muda 2014



















Pasukan Bolasepak Bawah 10 tahun Jerantut Chitala yang dibimbing dan diurus oleh Saudara Zamri Abdul Rahim Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan AJK Pemuda UMNO Bahagian selama 2 bulan serta dilatih oleh guru-guru sukan Daerah Jerantut telah berjaya buat julung kali pertama di Kejohanan Bolasepak B10 SAS Muda 2004 edisi pertama di Stadium Temerloh yang berlangsung selama 3 hari dari hari Jumaat hingga Ahad 1 Jun 2014.



















Sesi foto gaya pasukan juara Chitala dari Jerantut.

Pasukan Chitala Jerantut telah berjaya menjadi juara kumpulan dan seterusnya memenangi separuh akhir mengalahkan Kuantan 2-1  dan pada akhir mengalahkan Paya Besar 1-0. Kuantan dan Paya Besar adalah  pasukan pilihan yang dilatih oleh akademi bolasepak Pahang.

Apa yang membuatkan pasukan Jerantut boleh mengalahkan pasukan elit pilihan seperti Kuantan, Paya Besar dan Shahzan Muda?

Semangat Mat Kilau pahlawan Pahang dari Jerantut...

Kepimpinan Saudara Zamri dan barisan AJK yang berjaya menaikkan semangat juang dan tidak pernah kenal erti takut kalah kepada pasukan yang lebih elit dan kuat. 

Tidak dinafikan Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan adalah faktor membantu memenangkan pasukan Chitala Jerantut.




















Dato' Wan Amizan Wan Razak memberi semangat dan motivasi  tahap dunia kepada pasukan Chitala Jerantut bawah 10 tahun agar menobatkan Jerantut sebagai pemenang sulung pada kejohanan edisi pertama ini beberapa minit sebelum permainan akhir bermula.

Apa agaknya janji Dato' Wan Amizan?

Barangkali....jika kamu semua menang juara SAS Muda edisi pertama saya akan bawa kamu semua bertandang ke England bermain dengan pasukan Kelab Manchester United bawah 10 tahun...!!!

Gamoknya...ha ha ha ha ha...



















Pada sebelah malam Sabtu pula Tuanku Sultan Pahang telah berkenan mencemar duli merasmikan Kejohanan SAS Muda 2014 yang berjalan dengan gilang dan gemilang di Stadium Temerloh disaksikan dan diraikan oleh rakyat dari seluruh negeri Pahang.



















Persembahan perarakan dari kontingen Daerah Jerantut. Kejohanan SAS Muda 2014 ini menghimpunkan 56 pasukan pilihan dari 14 parlimen di Pahang menggunakan format Piala Dunia.



















Pancaran laser membelah langit Temerloh di malam yang bersejarah...apa yang dibisikkan oleh Dato' Wan Amizan Wan Razak ke telinga Tuanku Sultan Pahang...barangkali ...pasukan Chitala Jerantut pasti Juara...


Tengku Muda Pahang amat berbangga dengan persembahan dan kejayaan pasukan Chitala Jerantut. Beliau mahu mengadakan Kejohanan SAS Muda ini demgan lebih meriah lagi pada masa akan datang. Kedua-dua  anakanda putera Tengku Muda Pahang turut bermain dalam pasukan Shahzan Muda meneruskan tradisi keluarga Diraja Pahang yang aktif dalam sukan bersama rakyat.

Ada pembaca WZWH tanya apa itu Chitala? Ini ialah spesis ikan belida yang hidup di air tawar di sungai-sungai di Pahang dan Asia Tenggara.

WZWH cadang ikan sturgeon tapi Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tidak setuju....ha ha ha ha ha...

2 comments:

Anonymous said...

Meriah acara ni sebab buat kat stadium Temerloh. Dah sampai masa Stadium Temerloh ni di upgrade terutama pada bahagian dinding stadium.. buruk betul tutup dgn zink. Buat acara di Temerloh pasti meriah sebab semua daerah senang nak pergi sbb kedudukannya di tengah2 pahang. Harap2 ura2 pembinaan stadium khusus bolasepak di Temerloh yg bakal dibina di jln bypass Tloh-Mtkb akan menjadi kenyataan. Datuk Sharkar, sila lobi kuat sikit..

Anonymous said...

nak buat mcm mana Pas yg memerintah mana ada duit tp yg sebelum ni Umno yg memeritah tp menghabiskan duit.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...