Sunday, June 22, 2014

Nilai-Nilai Politik Jerantut Perlu Kasih Sayang?

WZWH sebagai pemikir politik Jerantut hanya boleh menyampaikan idea-idea kepada pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut yang sudi mendengar...

Hampir  35 tahun WZWH mengkaji politik Jerantut. Melihat, memerhati dan mengkaji kepimpinan politik Jerantut.

Dari bicara politik keluarga di rumah dan kedai kopi...

Dari ucapan orator TS Sharif Ahmad dan gaya hisap cerut...

Dari gaya berhemah dan lembut polite Dato' Wan Bakar...

Dari tradisi intelek Dato' Kamaruzaman Baria...

Dari Adat Royalist dan gentleman TS Tengku Azlan...

Dan berpuluh-puluh ADUN dengan berbagai gaya dan style politik masing-masing yang hebat.

Ada nilai-nilai politik Jerantut yang baik yang terbukti boleh menguatkan parti dan menang pilihanraya.

Walau nilai-nilai politik Jerantut mempunyai ramai puak-puak dan suka berperang sesama sendiri namun itulah latihan simulasi perang politik yang sebenar.

Bila berperang politik baru dapat skil dan pengalaman. Bila selalu berlawan otak dan fikiran perlu kreatif.

Politik Jerantut yang secara tradisi suka berperang hingga membabitkan hal-hal peribadi menjadi buah mulut orang di KL dan Kuantan.

Seringkali pemimpin PAS dan PKR terperangkap menjangkakan boleh menang parlimen dan DUN-DUN setiapkali PRU namun tidak berjaya.

Ahli UMNO Jerantut telah diajar selalu berperang sesama sendiri dalam kandang tapi bila di luar kandang berjuang mempertahan calon-calon yang dipilih bertanding pilihanraya.

Inilah nilai-nilai politik UMNO Jerantut yang baik yang perlu dipertahankan.

Tidak ada guna menjadi PM kalau ada parlimen dan DUN kalah...

Tidak ada erti menjadi MB kalau ada parlimen dan DUN kalah...

Tidak ada manfaat menjadi Menteri kalau ada parlimen dan DUN kalah...

Tidak ada makna menjadi EXCO kalau parlimen dan DUN kalah...

Di Jerantut pemimpin-pemimpin kita tidak ada apa-apa...walau dipandang rendah dan sebelah mata oleh pucuk pimpinan tapi pemimpin-pemimpin kita selalu membuktikan kita perform dan deliver...

Kita menang 4-0 parlimen dan DUN-DUN  dalam setiap PRU.

Itulah nilai politik Jerantut yang baik yang membuatkan kita antara yang terbaik di Pahang.

Kini zaman sudah berubah... Dari politik kedai kopi...ke surat layang...kepada era media baru media sosial media internet.

Blog, Facebook, Twitter, WhatsApp, WeChat, Instragram dan pelbagai membawa strategi dan tektik perang politik Jerantut ke medan dan gelanggang perang yang baru...

Setiap tindakan dan respon politik menerima reaksi, kritikan dan cemuhan secara online dan real time serta viral di cyber space...

Ini perang politik yang boleh memberi kesan yang mendalam dan luka parah.

Dibimbang ini tidak baik untuk politik Jerantut.

Perlu ada politik kasih sayang di Jerantut.

Apa itu politik kasih sayang? Itu akan WZWH bentangkan di lain posting akan datang.

26 comments:

Anonymous said...

Walaupun Parlimen temerloh kalah dan 2 dari 3 DUN jugak menyaksikan tewasnya BN, tapi Datuk Sharkar adalah insan yang paling layak menjadi MB Pahang. In shaa Allah nanti dah jadi MB, pusat pentadbiran bakal bertukar ke Temerloh dan pastinya Jerantut juga akan terkena tempias pembangunan. Amin.

Anonymous said...

35 tahun mengkaji?? How old are you now?? 60??

Anonymous said...

tak dok yang baru kat jerantut selain tunas manja, pizza hut dan sekolah

Anonymous said...

tak dok yang baru kat jerantut selain tunas manja, pizza hut dan sekolah

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Since 1 was 12 years old...Anon 8:22

Anonymous said...

datuk wan zamzuri ni pengasas UMNO pahang barat bersama maharaja perba jelai lipis!!

Anonymous said...

Since 12??wow sounds so inspiring.doing research since 12, 12???no wonder you always published 'excellence' post. Wake up please, again, since 12?????looking forward to see your forte since 12.such a gen X!

Anonymous said...

yang penting kita jangan terlalu berpolitik sehingga melupakan tujuan politik itu sendiri.

Anonymous said...

sarkar nok cantas datok wan ke weh?

Anonymous said...

Must be in his teens when he decided to appoint himself as an Umno political analyst for Jerantut. This man has been drooling and foaming in the mouth calling for Umno leaders attention to appoint him as Adun. Kesian dia, bagilah dia jadi calun.

Anonymous said...

Anon 1:30 You have to believe this man. At Std Six he started analysing politics of Jerantut. This man would go to any length to get notice.

Li'l Abner said...

Do you mean to say you started analysing Jerantut politics when you were in Standard Six?

Anonymous said...

Love to read all the bullshit..at standard 6 it is good enough that he can belly spell P.O.L.I.T.I.C by his own!

Anonymous said...

Zuri ong mabuk ketum ke apa,darjah enam dah ikut politik,entahla.kalau nak menipu pun logikla,jgn sampai perbodohkan diri sendiri.nasib baik zuri tak kabo guna internet layan fb,nampok beno menipunya

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH belajar politik dari arwah datuk sejak umur 12 tahun. Sejak itu WZWH suka baca buku politik...tiada yang pelik. WZWH mula bercinta umur 10 tahun ekekekeke.

Anonymous said...

Bagus2 komen

Anonymous said...

I remember very well in Standard Six we spent time between subjects practising our spelling prowess and our English teacher will give 10 mins to memorise 20 words. At other times we write 100 lines like " I will not be late for school " as punishment for our tardiness. But this blog writer spent time studying politics when he was in Std Six. Perhaps this is precisely the reason why this Jerantut blogger is much more advance politically than the other numbskull. Hope you'll be elected as a calun as you desperately yearn for but I wish to extend my sympathies and condolences to the populace of
Jerantut if ever you became one.

Anonymous said...

Belajar politik umur 12. Bercinta pada umur 10 tahun. Sunat umur berapa? Saya teka jawapan awak ketika lahir sebab awak boleh cakap awak dah berpengalaman magang sejak lahir. 12 thn dah belajar politik. 10 tahun dah bercinta. Magang sejak lahir barulah power org Jerantut dengar.

Anonymous said...

woi anon bodoh!macam orang kampung tak sekolah kut?bincang isu yang dibawa,politik kasih sayang!ini sibuk bertekak hal-hal remeh temeh! guna bahasa inggeris nak tunjuk genius sangat.tapi hujah pun benda remeh!nak heran apa? aku sejak dalam perut emak aku dah berpolitik!emak aku mengandungkan aku pun sibuk berpoitik! maklumlah YB,nak buat macam mana!bodoh2 punya orang!!!!kihkihkih!

Anonymous said...

tak nak kalah buat single party la macam komunis ... di demokrasi pastu nak menang semua ... akai ada kaa..??

Anonymous said...

Waaahhh..bahasa..kalau kau rasa kau tak boleh nak speaking..jangan marah orang bercakap..orang bukan bahaskan isu remeh temeh..orang bahaskan cara penyampaian cikgu sekolah rendah ni! Kalau ye pon nak cerita tau segala benda..tp biar la logik!! Tak payah nak cerita benda tak logik.. sbb sekarang UMNO ni hancor..ramai sangat yang berlagak pandai dari yang betul2 pandai!

Anonymous said...

kau pandai sangat ke?eja hancur pun tak betul!!!umno akan sentiasa dalam lindungan allah sebab ikhlas dalam mentadbir negara! tak macam Pr yang asyik bergelora! dengar khabar pr sibuk memborong kerusi plastik sebanyak mungkin di seluruh negara.buat apa ye?

Anonymous said...

Dan engkau pandai sangat ke?? Baik sangat ke?? Are we talking about politic dekat semua comment??? Tak kan?? We are talking about this guy yg tulisan dia macam rubbish.. yang engkau nak emosi tak tentu pasal..kelam kelibut tak tau arah tu dah kenapa?? Nak kira salah eja..betul eja ke?

Anonymous said...

Anon 8:00 am. Are you a case of one bad apple or all the menfolk of Jerantut are of the same type. God forbid.

Anonymous said...

Umno jerantut porak peranda nak cerita kasih sayang,perbetulkan la diri dulu,yang anon cakap orang bodoh tu memang kurang kasih sayang,pkr tu spesis umno la,dari acuan yang sama,selagi umno berjuang untuk tengkolok sendiri selagi tula sokongan umno berkurangan.ingat zuri,cawangan waris aok di kuala tu pun habis pancas di buyong n ipar mazrim,termenung orang tua tu sekarang,politik umno memang kotor

fede said...

Related Site Louis Vuitton fake Bags their explanation Louis Vuitton replica Bags find this replica bags buy online

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...