Wednesday, June 4, 2014

Penyokong Pahang Kecewa KJ Menteri Stadium Gagal Jaga Rumput Bukit Jalil!!!

Tetap mahu Bukit Jalil

Penyokong Pahang seramai 45,000 kecewa dengan prestasi KJ Menteri Stadium gagal jaga rumput Bukit Jalil.

Piala FA 2014 antara Pahang lawan Felda United pada Sabtu 7 June sepatutnya di Stadium Bukit Jalil terpaksa dipindahkan ke Stadium Shah Alam atas sebab rumput tidak matang.

Kerja projek RM2.4 juta dimulakan pada Oktober 2013 hingga kini dikatakan tidak bersedia bagi venue Final FA pada saat akhir walau progres kerja ikut jadual. Bulan April 2014 lagi sudah dapat CF.

Apa masalah lagi? Lalu Presiden Stadium Malaysia kata ini bukan padang polo di Pahang dan Johor yang di tempat terbuka. Stadium Bukit Jalil tertutup...

Lalu 1.5 juta rakyat Pahang kecewa...

Lalu 1.2 juta warga peneroka dan generasi baru Felda kecewa...

Apa KJ Menteri Stadium buat?  Rumput pun tak boleh jaga!

Bagaimana KJ mahu dinobatkan sebagai Naib Presiden UMNO kalau rumput pun tak boleh jaga.

Penyokong Pahang dan penyokong Felda United kecewa dan hampa. Stadium Bukit Jalil yang boleh memuatkan 100,000 orang itu tidak boleh digunakan atas alasan rumput tidak matang masih lemah.

Presiden PBNP ialah Tengku Muda Pahang...
Presiden FAM ialah Tengku Mahkota Pahang...
Presiden Seumur Hidup FAM ialah Tuanku Sultan Pahang...

Apa masalah KJ Menteri Stadium???

Penaung Felda United ialah YAB DS Najib PM Malaysia.

Kalau WZWH jadi Menteri Stadium pasti WZWH cakap  STADIUM BUKIT JALIL BOLEH DIGUNAKAN...

Mana nak letak muka tidak sanggup menghampakan Tuanku Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Muda Pahang...

Mana nak letak muka tidak sanggup menghampakan DS Najib PM Malaysia yang Felda dan peneroka serta generasi baru Felda adalah anak emas PM.

Macam ini KJ tidak layak untuk disokong dan dicalonkan menjadi salah satu Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang...

Banyak lemah...tidak pandai jaga hati bos dan sentimen rakyat Pahang dan seluruh warga Felda dari 317 Tanah Rancangan terdiri dari peneroka dan generasi baru Felda.

Sila klik article di bawah:



1 comment:

Anonymous said...

Kj bukanya peduli.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024