Tuesday, June 17, 2014

WZWH Percaya Dan Yakin Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 Kg Pagi - Kg Bantal Seberang Siap Sebelum PRU 14



WZWH di Simpang Kg Pagi, Ulu Tembeling, Jerantut.

WZWH percaya dan yakin Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang sejauh 32km akan siap 3 tahun dari sekarang 3hb Jun 2014 sebelum PRU 14 yang dijangka sebelum 2018.

Kos projek ini adalah RM277 juta seperti yang diluluskan oleh KKLW.

WZWH faham penduduk Kg Mat Daling pasti kecewa kerana kalau mengikut kelulusan asal projek jalan ini dibuat dari Kg Pagi hingga Kg Mat Daling sejauh 52km.

WZWH berharap orang Kg Mat Daling bersabar. Kita perlu berterimakasih kepada kerajaan dibawah pimpinan DS Najib yang sanggup keluarkan peruntukan walaupun tidak penuh tetapi cukup bermakna bagi penduduk Ulu Tembeling.

WZWH akan perjuangkan baki 20km projek jalan dari Kg Bantal Seberang ke Kg Mat Daling. Kita berharap PM akan beri juga kelulusan final itu yang dipanggil Fasa 3 sebelum PRU 14 @ 2018 insyallah.



Simpang ke Kg Pagi, kalau terus jalan ke atas ialah jalan ke Kg Kuala Sat sehingga ke Kg Bantal Seberang yang boleh dilalui sekarang oleh kenderaan 4WD sahaja.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 lebih mudah untuk dibina tidaklah sesusah dan serumit Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1. Kerana menggunakan allignment jalan balak lama yang sedia ada pada awal jalan dan tidak ada banyak bukit tinggi dan pokok hutan yang menghalang.

Tentu penduduk Ulu Tembeling yang tinggal di luar ingin bertanya kepada WZWH bagaimana progress report Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi sejauh 22km kos projek RM121 juta.


Projek Jalan Ulu Tembeling dari Kg Tuit ke Kg Pagi hanya tinggal 4km untuk ditarkan sepenuhnya menuju ke Kg Pagi.

Dateline projek ini ialah pada 31 Oktober 2014 satu tarikh yang telah KKLW beri final say. By hook by crook projek ini mesti disiapkan mengikut date line.


Hanya kerja-kerja earthworks menambun tanah untuk buat embankment sama level dengan jambatan yang sudah siap di Bukit 7 minit. Ada 4 bulan setengah untuk menyiap kerja tersebut.

WZWH telah bertanya kepada Pengurus Projek berkenaan kerja-kerja tersebut dan jawapanya positif dan optimis.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 bakal siap pada 31 Oktober 2014.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 sudah mula bulan Jun 2014 dan dijangka siap 3 tahun lagi sebelum PRU 14.

WZWH mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, Kepada DS Najib PM yang sangat perihatin kepada keperluan asas penduduk luar bandar, kepada DSD Adnan Yaakob MB Pahang yang banyak membantu dan memberi sokongan.

Juga tidak lupa jasa baik Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan yang berani dan tekun tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa dalam merealisasikan mimpi 50 tahun menjadi realiti.

Walau dikata , dikutuk , dikecam oleh baik musuh politik, kawan politik, dan penduduk Ulu Tembeling melibatkan saudaramara....Dato' Wan Amizan tetap sabar, tabah, cekal hati, berjiwa besar menghadapi karenah dan gelagat pengundi, tetap ADUN Tahan boleh senyum.

Itulah kehebatan great leader yang ingin merubah masa depan masyarakatnya kepada yang lebih baik bagi kepentingan generasi mendatang.

Merci...merci...merci...Dato', viva DUN Tahan.

5 comments:

Anonymous said...

Bole balik kg la keje kt kg,ade projek besar wei kat kg kite,rindunye kg. Bantal..

Anonymous said...

Bole balik kg la keje kt kg,ade projek besar wei kat kg kite,rindunye kg. Bantal..

Anonymous said...

Tunggula lepas pru 14 jalan ke kg bantal tu,tupun kalau bn masih pegang kerajaan,tgk gaya memang takde dah,kecuali ada tgn ghaib je

Anonymous said...

jalan no 3 janji balak dompok dah kebas

Anonymous said...

Malaysia dah 57 tahun merdeka, kg mat daling masih tiada jalan raya bertar, nk tunggu 57 thn lg ke

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...