Friday, June 13, 2014

Setiausaha-Setiausaha Parlimen Kenapa Dicoldstoragekan?




















Paling tidak ahli parlimen Jerantut boleh dilantik menjawat jawatan Setiausaha Parlimen yang mempunyai segala kuasa Menteri dan Timbalan Menteri.

Malaysia telah memiliki enam Perdana Menteri sejak merdeka 1957. Perlembagaan yang dipakai ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang ditukar nama kepada Perlembagaan Malaysia 1963.

Malaysia ada barisan Jemaah Menteri yang parlimen terdiri dari Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 

Rakyat lebih tahu ahli parlimen ada 222 ahli Dewan Rakyat tetapi kurang tahu ahli Dewan Negara yang selalu dipanggil senator, Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Setiausaha-Setiausaha Politik.

Hanya di zaman DS Najib menjadi PM Malaysia ke 6 nama jawatan Setiausaha-Setiausaha Parlimen tidak kedengaran yang boleh dilantik oleh PM dari kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perlembagaan Malaysia memperuntukan jawatan Setiausaha-Setiausaha Parlimen ini tetapi apa rasional DS Najib tidak mahu melantik tidaklah WZWH ketahui.

Mari kita lihat peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia...


Setiausaha-Setiausaha Parlimen

43B. (1) Perdana Menteri boleh melantik Setiausaha-Setiausaha

Parlimen daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;

tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar,

seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh

dilantik tetapi tidak1ah boleh memegang jawatan selepas

permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan jika dia

ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

55Undang-Undang Malaysia

(2) Setiausaha-Setiausaha Parlimen hendaklah membantu

Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri pada

menunaikan tugas dan fungsi mereka, dan bagi maksud

sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa Menteri dan Timbalan

Menteri.

(3) Seseorang Setiausaha Parlimen boleh pada bila-bila masa

meletakkan jawatannya, dan pelantikannya sebagai yang

demikian boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh Perdana

Menteri.

(4) Sebelum seseorang Setiausaha Parlimen menjalankan

fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani

di hadapan Perdana Menteri sumpah simpan rahsia yang dinyatakan

dalam Jadual Keenam.

(5) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat

peruntukan bagi saraan Setiausaha-Setiausaha Parlimen.

1 comment:

Unknown said...

Apakah perbezaan antara setiausaha parlimen dengan setiausaha dewan rakyat dan dewan negara?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024