Monday, August 25, 2014

Komuniti Cina Jerantut Menghargai Sumbangan Wan Amizan Bantu Sekolah Cina

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Sg Jan terletak di bandar Jerantut dalam DUN Damak. Komuniti Cina Jerantut sudah lama minta bantuan kerajaan dan swasta.

Keperluan SRJK Sg Jan ialah pembinaan gantian 12 bilik darjah dan lain-lain kemudahan. Jumlah perbelanjaan ini cukup besar. Dewan Perniagaan Cina Jerantut tidak mampu menanggung semua kos pembinaan yang besar.

YB Dato' Lau Lee ADUN Damak sudah buat yang terbaik bagi mendapat peruntukan. Akhirnya pemimpin komuniti Cina Jerantut minta bantuan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan bagi menyelesaikan isu sekolah Cina Jerantut.

Mereka pemimpin Cina dan Dewan Perniagaan Cina berharap Dato' Wan Amizan dapat menyelesaikan isu ini. WZWH tidak tahu kenapa mereka tidak mahu minta bantuan dari ahli parlimen Jerantut.

Dato' Wan Amizan menggunakan skil dan kepakaran beliau bagi mendapatkan peruntukan yang berjumlah RM13.5 juta untuk pembinaan gantian 12 bilik darjah dan lain-lain kemudahan.

Hasilnya...



Akhirnya peruntukan RM13.5 juta berjaya dapat dengan usaha gigih Dato' Wan Amizan. Peruntukan RM13.5 juta ini membolehkan perlaksanaan projek ini bagi keselamatan para pelajar akan lebih terjamin serta dapat memberi keselesaan bagi tujuan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Komuniti Cina Jerantut menghargai sumbangan usaha Dato' Wan Amizan bantu sekolah Cina.

6 comments:

Anonymous said...

Ini lulusan peruntukan bajet kepada kaum cinabeng yang keberapa ekk???

Cepat dan laju sepantas kilas....bersangka baik boleh, tapi.....adakah cinabeng bersangka baik dan benar benar ikhlas???

Wallahualam!

PHILIP YONG said...

Saya amat menghargai Sumbangan dan usaha murni Saudara Wan dalam usaha membantu Sekolah Cina . Semoga semangat 1Malaysia saudara dapat diteladani oleh semua pemimpin di Malaysia . Hakikatnya kewujudan sekolah pelbagai aliran di Malaysia merupakan suatu kemaslahatan yang menjadi kebanggaan seluruh Rakyat Malaysia . Semua negara seperti Indonesia, Thailand dan Amerika yang menekankan sekolah satu aliran dengan alasan kononnnya dapat memupuk perpaduan tetapi tetap menghadapi masalah perpaduan yang lebih kronik berbanding Malaysia harus menghayati rahsia kejayaan SISTEM PELBAGAI ALIRAN PENDIDIKAN di MALAYSIA hasil KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN NEGARA KITA yang berjasa membantu negara mencapai kemerdekaan .

Anonymous said...

Lihat surat bertarik 10 okt.2010. Yang pelik kenapa sehingga sekarang belum mula kerja² pembinaan. Ini gula² pilihanraya kot.

Anonymous said...

ape citer bukak citer lama....ni zaman tengku lan

usin malaun said...

biasa la dah hidup hanya memutar belit demi sesuap nasi.sudah2 la wan zuri.

Anonymous said...

Surat 10 oktober 2012...now dah 2014?? Ni cerita zaman mana ni?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...