Saturday, August 2, 2014

Beraya Dengan Orang Yang Dikasihi Telah Lama Pergi...

Sewaktu WZWH menulis posting ini hujan lebat turun...sekali sekala kilat sambar menyambar...angin bertiup kencang...sudah lama WZWH tidak berblog. WZWH teringat dengan orang-orang yang WZWH kasihi tapi telah lama pergi...

Di Hari Raya, kita tentu teringat dengan banyak kenangan, memori, nostalgia manis suka duka bersama mereka yang sudah tiada. Kita rasa sedih hingga kita mahu masa itu boleh berulang kembali. Terutama kehidupan masa kecil di kampung halaman desa.

WZWH dibesarkan di sebatang Sungai Tembeling. Sungai paling cantik dan panjang yang merupakan anak sungai Sungai Pahang. Sungai Tembeling yang mengalir dari ulu hingga ke Kuala Tembeling...bertemu Sungai Jelai membentuk Sungai Pahang.

Banyak kubur-kubur baik yang lama dan yang baru di sebatang Sungai Tembeling. Untuk WZWH menziarahi nenek moyang, ayahanda dan bonda serta sedaramara tentu berselerakan di merata tempat itu tidak mampu...

Antaranya:

  • Kubur moyang Engku Khatib dan Puteri Brunei Daing Khatijah di Bukit Hanggus Kg Bantal
  • Kubur moyang Wan Ismail di Pulau Besar Kg Bukit Mat Daling
  • Kubur moyang Wan Abdullah dan ayahanda di Kg Chenih
  • Kubur moyang Wan Hussein, Nenda-Nenda dan sedara mara di Kg Labu
  • Kubur moyang Wan Itam dan sedaramara di Kg Jong Berlaboh
  • Kubur moyang Tun Abdullah (Marhum Ketapi) Moyang Wan Musa, Moyang Wan Ahmad dan sedaramara di Kg Chebong.
  • Kubur moyang Wan Mustapha, Wan Habshah, Nenda-Nenda dan sedaramara di Kuala Tembeling( Kuala Retang).
  • Kubur Tun Da (leluhur segala moyang) di Kg Pedah.


WZWH ingin kalau boleh  menziarah semua kubur-kubur ini. WZWH berasal usul dari mereka semua...

Posting kali ini WZWH hanya mampu melawat dua kubur sahaja iaitu kubur Kg Labu dan Kubur Makam Ketapi di Kg Chebong. Oleh kerana ramai anak cucu yang terdiri dari semua keturunan di Tembeling balik mahu menziarah kubur-kubur orang-orang tua mereka maka orang kampung bersetuju untuk menetapkan sekian pukul berapa sesi bertahlil.

Pukul 8.30 - 10.30 di Kg Labu manakala pukul 11.00 - selesai di Makam Ketapi Kg Chebong. Ini bukanlah masa mandatori. Sesiapa boleh melawat kubur-kubur sedaramara masing-masing pada bila-bila masa.

WZWH pagi-pagi lagi Hari Raya ke dua memandu kereta bersama keluarga ke kubur Kg Labu. Dibawah ini antara foto-foto suasana Berhari Raya dengan orang yang dikasihi telah lama pergi...

Kubur Kg Labu Tembeling Tengah masa: 9.00 am Hari Raya Ke 2 















































































































WZWH di tengah dua kubur orang yang WZWH kasihi telah lama pergi. WZWH dibesarkan oleh kedua Tok dan Nenek (Tok) belah emak. Inilah kedua orang tua yang menjaga dan membesarkan WZWH dengan penuh kasih sayang. 

Di sebelah kanan WZWH kubur Tok Wan Mohd Hashim bin Tok Muda Wan Mustapha meninggal dunia pada tahun 1996.

Disebelah kiri WZWH kubur Tok Wan Khatijah binti Wan Endut meninggal dunia pada tahun 2001.

Kedua mereka adalah sepupu. Emak adik beradik.

WZWH really miss them very much...

Dibelakang adalah sebidang tanah seluas 7 ekar. Dipercayai disinilah terletak kubur Moyang Wan Hussein bin Engku Khatib dan kaum kerabat. Kubur-kubur ini tertimbus ketika banjir besar 1926. 


Kubur Makam Ketapi Kg Chebong Tembeling Tengah masa: 11.00 am Hari Raya ke 2



















Perhatikan sepohon pokok sena yang tinggi itu betul-betul berdiri ditengah kubur Marhum Ketapi Tun Abdullah bin Tun Da. Siapa Tun Abdullah? sila klik sini.



































































































Kubur Makam Ketapi Kg Chebong paling unik di lembah Tembeling sebab hanya di kubur ini telah disediakan tapak-tapak kubur khas untuk golongan keluarga tertentu. Ada tiga golongan keturunan di sini ada tapak kubur untuk keturunan Wan, keturunan Syed dan keturunan orang kebanyakan.

Tentu ada ramai pembaca blog WZWH yang mahu kritik kenapa perbezaan tempat kubur ini berlaku. Jangan blame WZWH kerana ini adalah adat dan tradisi yang diamalkan selama beratus-ratus tahun dulu.

Demikianlah posting beraya dengan orang yang dikasihi telah lama pergi...

Satu hari nanti bila sampai masanya WZWH dan pembaca blog WZWH semua akan pergi jua menemui ilahi.....dan ketika itu hanya anak cucu cicit dan sedaramara yang sudi hadir memberikan kita sedekah Al-Fatihah, bacaan Yassin dan tahlil...

Atau...kita semua terus dilupakan ....tiada orang mahu menziarahi kubur-kubur kita semua...

Atau tiada lansung kubur-kubur kerana diambilalih oleh kerajaan baru untuk dibuat pembangunan!!!

Nauzubillahilmalik...

6 comments:

Anonymous said...

Rasanya mufti dah bercakap bergambar dikubur itu haram..kenapa masih buat??

Anonymous said...

Sekadar berkongsi ilmu..

Ziarah kubur memang dituntut lebih2 lagi bagi mengingati kita akan kematian. Namun mengaitkan ziarah kubur dgn sambutan hari raya sebenarnya tidak ada dlm feq berhari raya sebab ia lari drp konsep sebenar berhari raya ialah sebagai meraikan kemenangan dgn perkara2 yg boleh mengembirakan mengikut batas2 syara'.

Anonymous said...

fahaman wahhabi!

Anonymous said...

Anon 4 ogos 9.38am. Cuba cerita sikit apa itu wahabiyun...kas nak tau juga.
Selain itu kas nak juga tau hadith2 yg ada kaitan dgn ziarah kubur pd hari raya..tolong berikan.
Kas dah sebut dah kalu nak ziarah tu memang merupajan amal soleh tapi bila kaitan ziarah kubur dgn ed fitri, ini yg kas pencerahan lanjut dri dema..

Anonymous said...

Bila ulama masuk campur urusan hidup kita ni lah jadinya. Nak kemana pun tak boleh sebuk dengan hukum hakam.

Anonymous said...

anon 5 ogos 9.06, berikan hadis yang membenarkan maulidurasul! tak ada kan? tapi orang sambut juga! tak berdosa pun! itu bidaah hasanah!

siapa yang hapuskan nisan di makkah dan madinah dulu? bukan wahabbi? wahabbi terlalu ekstream.apa yang nabi tak buat kita tak boleh buat juga! jadi jangan lah naik kereta sebab nabi tak naik kereta! jangan bvaca blog dan fb sebab nabi tak baca pun!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...