Friday, August 8, 2014

Malaysiakini : Sebut 'Sakai' Bekas Pemimpin Pemuda UMNO Jerantut Mohon Maaf

Sturgeon Ikan's photo.

Dari petikan portal Malaysiakini 9:17AM - 8 Aug 2014 SILA KLIK SINI.

WZWH berkempen kuat Projek Ikan Sturgeon di Kuala Tahan tidak ada kepentingan hanya mahu lihat DUN Tahan dan ekonomi setempat maju SILA KLIK SINI.

Oleh kerana ada segelintir kecil penduduk tempatan yang tidak mendapat maklumat yang jelas maka projek ini ditentang. Diviral dalam media baru dan mendapat kerjasama kononnya NGO-NGO Alam Sekitar yang juga tidak faham sepenuhnya Projek Ikan Sturgeon Kuala Tahan.

Polemik isu ini dalam FB Komuniti Kuala Tahan  yang ahlinya adalah orang tempatan menggunakan dialek dan slang bahasa dan budaya Tembeling bila isu perbincangan menjadi panas SILA KLIK SINI.

Maka muncullah istilah Sakai yang biasa digunakan dikalangan orang Tembeling dan bila Admin FB Komuniti Kuala Tahan mula buka ahli dari kalangan NGO-NGO Alam Sekitar yang menyokong kumpulan anti-Sturgeon maka ini pun telah diviralkan dalan FB Kami Bantah Projek Sturgeon SILA KLIK SINI.

Maka marahlah dan tersinggung Jaringan Kampung Kampung Orang Asli Pahang (JKOAP) dan orang Asli Malaysia. Istilah yang lokal bila dibawa ke arus perdana maka istilah itu menjadi sensasi dan taboo. 

Lalu JKOAP buat press conference dan hantar kepada Malaysiakini. Untuk tidak mahu mengeruhkan susasana maka WZWH telah pun buat press statement kepada Malaysiakini.

Isu Sturgeon sungguh panas dan popular buat masa ini. WZWH tetap mahu Projek Sturgeon Kuala Tahan dijalankan mengikut perancangan dan jadual.

19 comments:

Anonymous said...

NGO macam MNS tu ada knowledge pasal environment. Diorang belajar biologi, pasal pencemaran. Belajar pasal apa jadi bila foreign species is introduced in a natural environment. Awak tu belajar accounting. Memang la nampak ekonomi naik je. Cuba la belajar-belajar sikit pasal impact projek ni dari pelbagai sudut. Tambah pengetahuan, kurang riak la tu sikit.

Malu la anak muda tengok perangai awak ni nak duit aje. Saya kesian tau kat awak ni bila keluar statement orang bash. Apa kata start buat muhasabah diri sikit. Takkan la orang bantah tak bersebab. Kalau betul orang yang bantah ni salah, awak memang dah buat kajian dari aspek biologi apa la salahnya bagitau diorang, tunjuk bukti. Ketepikan ego tu. Duit tu tak bawak ke mana, jawatan CEO tu pun tak dijamin kekal weh. Harap la awak baca dan fahami apa yang saya tulis. Saya nak tolong awak dari terus dimalukan je.

Anonymous said...

Kalau dah jiwa berpaksikan DUIT, org ckp apa pon x dengo dah.. Mata ada tanda RM .. Sbb tu xnk berdebat sbb soheh kalah punya..

Anonymous said...

Setuju 100%!

Tunjukan assessment risiko environment dan biodiversiti ke atas dan sekitar kawasan tersebut. Itu yg kami nak tahu.
Dan kenapa tidak fokus kpd pemuliharaan spesis terancam tempatan instead of bawa spesies asing dari luar. Pemuliharaan spesies tempatan memberi manfaat kepada penduduk setempat DAN pelawat. Ini menjamin penjanaan ekonomi.

Tourist yg dtg ke situ bukan hanya terdiri drpd suka2 utk bercuti tapi ada juga para penyelidik ekologi. Fokus utama mereka utk mempelajari diversiti ekologi setempat. Bayangkan bila jumpa mahkluk asing ke situ. Mengecewakan!

Anonymous said...

Taik juborlah kalau buat kerja tidok berpaksikan kepentingan dgn duit Wan Zamzuri.... Macai dapat makan kuah padan dah... - Org kuala Tahan

Anonymous said...

KALAU DAH KAKI BANGKANG TU,EMAS PUN DIKATAKAN TAHI!

BENGONG TETAP DIBAWA KE MANA2!

usin melaun said...

taik jubo awoklah orang kuala tahan! projek Felda wzwh utamakan duit? bodoh,dia tu orang yang berkebolehan sbb tu dia diberi tanggungjawb menguruskannya!

yang kemaruk duit ialah penentang projek ini! dapat upah terus buat keje memburukkan hasil kerja orang lain!

maklumat ini bocor bila ada di kalangan mereka kata dlm whatssup bantahan tersebut demi ahli parlimen jerantut!

ahli parlimen jerantut ni berjiwa pas! bawak anuar musa makan pun kat kedai pas!

Anonymous said...

"NGO macam MNS tu ada knowledge pasal environment. Diorang belajar biologi, pasal pencemaran. Belajar pasal apa jadi bila foreign species is introduced in a natural environment. Awak tu belajar accounting. Memang la nampak ekonomi naik je. Cuba la belajar-belajar sikit pasal impact projek ni dari pelbagai sudut. Tambah pengetahuan, kurang riak la tu sikit.

Malu la anak muda tengok perangai awak ni nak duit aje. Saya kesian tau kat awak ni bila keluar statement orang bash. Apa kata start buat muhasabah diri sikit. Takkan la orang bantah tak bersebab. Kalau betul orang yang bantah ni salah, awak memang dah buat kajian dari aspek biologi apa la salahnya bagitau diorang, tunjuk bukti. Ketepikan ego tu. Duit tu tak bawak ke mana, jawatan CEO tu pun tak dijamin kekal weh. Harap la awak baca dan fahami apa yang saya tulis. Saya nak tolong awak dari terus dimalukan je."

Saya menyokong tulisan ini, betul, NGO macam MNS bukan penyelidik cap ayam anda calang2 orang, mereka melihat dari sudut alam sekitar. BUkan dari sudut kewangan. BUkalah mata anak2 muda tempatan, projek ini hanya menguntungkan orang yang dah kaya. alam sekitar tergadai, orang asli tertindas, TENTANGLAH habis habisan, anda jangan mimpi dapat kerja di sini, anda jangan mimpi kaut untung banyak2, tapimimpilah tentang kerugian yang kana dialami bila projek ini berlangsung nanti. Maafkan saya, 1+1 tak smestinya jadi 4. Pikirlah, 1+1 boleh jadi 0. Sayangilah alam sekitar jerantut. cukuplah musnah sebab pembalakan dan projek hidroelektrik tekai yang akan dijalankan nanti. Nampaknya peminat SELVI KITTY ni semangat betul berkempen kerana white sturgeon, kaviar konon...nak jual kat mana? Giant n TESCO ke? nak jual luar negara? WOW, sape yang nak deal tu?...dah2 lah membodohkan rakyat, menipu mengencing sume. Rakyat tak BODOH.

Anonymous said...

Keturunan Wan celaka

Anonymous said...

wan zuri tak ada kotel takut berdebat sebab sijil beli mcm dompok.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Market Caviar Projek Sturgeon Kuala Tahan sudah deal dengan pelabur2 Eropah. Projek ini beri pendapatan tinggi kepada generasi baru peneroka Felda dan kampung tradisional.

Anonymous said...

Berdebat dulu baru tahu awak tu jantan atau betina.

Anonymous said...

Projek balak tak mengutungkan org perkampungan tradisional pun.Jalan kuala tahan mcm muka dompok berlubang sana sini mana dtg untungnya.Yang untung dompok yang mudarat org kampung.serupa Projek Sturgeon Kuala Tahan yg untung dompok dgn awak aje zuri.

Anonymous said...

" WZWH berkempen kuat projek Ikan Sturgeon di Kuala Tahan tidak ada kepentingan hanya mahu lihat DUN Tahan dan ekonomi setempat maju ". Betul ke statement ini atau tersalah type. Mana ada lagi ahli politik Umno yg nak buat kerja BUKAN kerana duit tapi DEMI kebaikan rakyat. Kalau ada sudah dikira endangered species. Mana ada peminat dan kaki kelab dangdut buat kerja free demi rakyat. Balun duit rakyat ramai.

Anonymous said...

DiJantut org Umno kena makan kedai Umno je? Pergh...kuno nya org Jantut

Anonymous said...

Deal tak deal. Sebelum jual brp belanja nilai projek nie. Berapa nilai % peruntukan kerajaan mesia. Land acquisition cost? Kalau tanah milik kerajaan sekalipun ia tetap menjadi aset kerajaan ( baca rakyat ) yg ada
nilai. Consultation cost? Finance cost? Equity participation? Banyak lagi boleh disoal tapi yg penting sekali tanya siapa yg menapat keuntungan sebelum telor ikan boleh dijual? Kontraktor mana? Alibaba mana? Rent seeker mana? Org tengah mana? yg sudah tentu dapat untung tak kira projek berjaya atau tidak. Golongan inilah yg akan berhujah betapa baiknya projek ni sambil merendah2kan pendapat pakar dan penentang projek. Cakap pasal projek Umno, what else is new?

Anonymous said...

Usin melaun

lewlz. Saya ni tak dapat duit pon membangkang. Saya bangkang sebab dia tak tunjuk DEIA report.

"nak tau orang tu fanatik ke tak, tanya je 'BN ke pembangkang?'. Kalau suara naik cerita merapu sana sini fanatical jerks la tu. Orang fanatik ni kalau hantar sekolah rendah cikgu sekolah pun fed up nak ajar. Dia je yang betul"

usin malaun said...

Orang buat projek Ikan Sturgeon kita pun nak buat projek Ikan Sturgeon.Tapi tak buat kajian mendalam dan janganlah terlalu mengikut hawa nafsu serakah.Orang ajak berdebat penakut sebab takut tembelang pecah tp menulis berapi2 tapi tiada batu pelir.Kalau berani buat debat terbuka di pesona resort atau dewan kuala tahan rakyat pun nak tahu juga baik atau buruk projek tu.Bila kita bangkang cakap fanatik tp siapa yang banyak buat projek merapu dan menghabiskan duit rakyat orang atasan atau rakyat bawahan.Lihat la projek labu sentral apa dah jadi dan projek balak yg merosakkan jalan pintu masuk ke taman negara yang mencacatkan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Anonymous said...

Ikan sturgeon yang terlepas ke sungai akan mati apabila suhu lebih daripada 18 darjah celcius?:

1) oh ada kemungkinan terlepas ye? nampak sangat tak yakin, tulisan awal bukan main lagi kata takkan terlepas. SECURED.

2) Taau tak istilah adaptation? Definition: the process of change by which an organism or species becomes better suited to its environment. senang kata "menyesuaikan diri". Ikan ni akan cuba survive dalam sungai kita, bila dah mampu menyesuaikan diri, dia akan dominate. Jangan main borak je kalau tak tau sains.

3)Kenapa tak tentang ikan tilapia even dia spesis luar? Ikan tilapia introduce kat Malaysia tahun 1960an encik, bukan baru tahun lepas. Ikan ni da bukan spesis dominant n lebih kepada penternakan sangkar dan kolam. Ikan ni ada nilai komersial sesuai dengan kemampuan rakyat untuk uruskan sendiri dengan modal yang berpatutan.

4) Kesimpulannya, projek sturgeon bukan lah seikhlas mana untuk rakyat, tapi untuk orang2 yang berkemampuan mengurus, menternak dan menjual. Sama la macam kau buat projek perumahan untuk rakyat, tapi rakyat belum tentu mampu beli.

5)Jalan ke tapak projek pon dah buka, pokok2 pon dah kena tebang. rakyat bangkang 500% pon tak boleh buat ape kan? So berseronok la nanti dengan duit nanti. Takkan kekal selamanya.

Anonymous said...

wan zuri, dompok dan usin gampang pun bertepuk tampar bontot kegembiraan biar pun org kampung menentang.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...