Nuffnang Ads

Pages

Monday, June 30, 2014

Presiden Putin Kata Ikan Sturgeon-Kaviar Kuala Tahan Boleh Pecah Monopoli Rusia!

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin semasa mengadakan pertemuan pada sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hari ini.

Pembiakan ikan sturgeon dan pengeluaran telur kaviar tidak lama lagi mungkin sinonim dengan Felda. 

Tahun lepas, Felda mula bekerja dengan sebuah syarikat Korea Selatan untuk membiak ikan sturgeon untuk menghasilkan makanan istimewa mewah, yang terdiri ikan telur, untuk pasaran antarabangsa. 

PM DS Najib berkata projek ikan sturgeon pembiakan kelas tinggi itu mempunyai potensi untuk menghasilkan telur ikan yang berkualiti tinggi yang boleh menembusi pasaran antarabangsa. 

DS Najib berkata pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun lepas, beliau bercakap dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, yang secara berseloroh berkata bahawa pengeluaran ikan-pembiakan dan telur ikan sturgeon Malaysia boleh memecahkan monopoli Rusia di pasaran untuk makanan istimewa itu. 

"Presiden Putin berjenaka bahawa Malaysia boleh memecahkan dominasi Rusia dalam industri selepas semua tahun-tahun ini. 

"Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar utama makanan istimewa ini mewah untuk pasaran antarabangsa. Kita boleh mencontohi Rusia seperti yang kita mempunyai keupayaan. 

"Peneroka Felda boleh bela Sturgeon dan menghasilkan telur ikan dan menjana pendapatan yang menguntungkan," kata DS Najib. 

"Dengan strategi yang lebih baik, adalah diharapkan bahawa generasi kedua dan ketiga peneroka Felda boleh menyediakan diri mereka untuk masa depan,



Demonstrasi mengeluarkan telur ikan sturgeon (kaviar) disaksikan oleh PM.

Penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan  bagi menghasilkan telur kaviar adalah projek perintis bagi mencapai hasrat PM mahu Program "Sentuhan Kasih" berjaya.

Penternakan ikan sturgeon ini boleh  menambah pendapatan generasi baru Felda dan penduduk kampung tradisional.

Tahun lepas, syarikat Korea Selatan, MMC Hassed Co Ltd, dan Felda, Felda melalui Perbadanan Pelaburan (FIC), bersetuju untuk membina sebuah ladang Sturgeon RM150 juta di Kuala Tahan, Pahang sebagai sebahagian daripada projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), yang dijangka meningkatkan pendapatan 1,300 penduduk di kawasan itu. Projek ini juga menyaksikan Majlis Pembangunan ECER dan Putrajaya Biotech Corp yang bertindak sebagai rakan kerjasama strategik Felda.

Sunday, June 29, 2014

ADUN Tahan Mencari Pelabur Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah
























Kota London sudah jadi macam KL bagi Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan bila hampir setiap minggu mengunjungi.

London adalah capital market of the world. Pelabur-pelabur Eropah dan Arab suka berkumpul di Kota London.

Dari London boleh terus pergi ke kota-kota Eropah yang lain seperti Paris, Brussels, dll. 

Demikianlah ADUN Tahan mencari pelabur bagi menjayakan Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah.

Antara komponen utama Projek ini ialah:

  • Bandar Baru Kuala Tahan seluas 2000 ekar yang serba hyper moden lengkap dengan mix development.
  • Safari Park Tembeling Tengah seluas 12,000 ekar.
  • Ladang Gaharu 20,000 ekar.
  • Pembinaan jalanraya baru dari bandar Jerantut ke Kuala Tahan sejauh 70km.
  • Permodenan bandar Kuala Tembeling.

Kerajaan tidak perlu keluar peruntukan kerana pelabur-pelabur luar negara ini akan membiayainya. Yang kerajaan hanya perlu buat ialah memberi KELULUSAN nya sahaja.

CEO ECER telah brief Projek ini dalam Mesyuarat Kabinet.

Kerajaan negeri Pahang akan mendapat benefit dalam bentuk pelaburan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi Pahang akan meningkat bila Projek ini siap dan dijayakan. 

Projek ini dijangka memberi peluang pekerjaan kepada 30,000 orang di Lembah Tembeling.

Dalam masa 5 tahun RM30 bilion dijangka akan dilabur.

Perlaburan permulaan ialah sebanyak hampir RM4 bilion.

ADUN Tahan sudah berjaya mendapat pelaburan USD1 bilion hampir RM4 bilion bagi menjayakan secara permulaan Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah.

Kalau semua 42 ADUN-ADUN Pahang bekerja kuat macam ini sudah tentu Pahang Darulmakmur lebih pantas maju dan anak-anak muda Pahang tidak perlu berhijrah ke luar negeri Pahang.

Pahang Maju 2020 insyallah jika kita semua berusaha...

Ramadan 2014: message from David Cameron Britain PM



Menarik juga bila PM bukan Islam memberi tazkirah mengingatkan semangat dan matlamat Ramadan Mubarak kepada orang Islam. Apa aktiviti yang dilakukan oleh orang Islam demi kebaikan mengikut kehendak Ramadan perlu diperbanyakan di bulan yang mulia ini.

Thursday, June 26, 2014

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 RM277 Juta Bermula...


25/6/2014 di Kg Pagi khabar gembira buat penduduk Lembah Tembeling menjelang Ramadan...Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 RM277 juta bermula.

Projek ini bermula bulan Julai 2014 dan dijangka siap 3 tahun lagi. Boleh siap sebelum PRU 2018.

Mesyuarat pertama Projek tersebut diadakan dihadiri Pegawai KKLW, Jabatan Kerajaan terlibat, Konsultan, Kontraktor, ADUN Tahan, dan Tok Empat Kg Pagi , Kg Kuala Sat dan Kg Mat Daling.

Peta topo dan pakej pembinaan jalan pada 2 rajah di atas dan di bawah jelas buat pembaca Blog WZWH.



Walau Projek fasa 2 tersebut dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang tidak sampai ke Kg Mat Daling kerana peruntukan hanya RM277 juta, ADUN Tahan bersama KKLW akan membina jalan-jalan intra kampung dalam Kg Mat Daling yang melibatkan beberapa sub-sub kampung lagi.

Keutamaan KKLW adalah memastikan segala peruntukan tambahan dicurahkan untuk membina jalan-jalan intra kampung di Kg Mat Daling.

WZWH berharap penduduk Kg Mat Daling harap bersabar. Kita tetap akan perjuangkan jalan tetap sampai ke Kg Mat Daling sehingga kerajaan akan menambah peruntukan hingga siap.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 RM121 juta dari Kg Tuit Kuala Tahan ke Kg Pagi akan disiapkan selewat-lewatnya 31/10/2014. Semasa melalui jalan tersebut, WZWH telah melihat banyak kenderaan jentera dan mesin pembinaan rancak bekerja buat jalan, menambun tanah, menyiapkan jambatan.

Malah Pengurus Kontraktor telah menyatakan kepada WZWH banyak lagi jentera mesin pembinaan akan dibawa menyiapkan Jalan Fasa 1.



















Wajah letih Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan yang bekerja kuat mendapatkan peruntukan dari kerajaan bagi menjayakan beberapa projek pembangunan di DUN Tahan.

Beliau sudah berusaha mendapatkan dana dan funder dari pelabur luar negara bagi menjayakan Projek Bandaraya Hutan Hujan Sultan Hj Ahmad Shah yang terdiri dari Projek Safari Park Tembeling Tengah, Bandar Baru Kuala Tahan, dan hub Ladang Gaharu.

Dana permulaan sebanyak USD 1 bilion ( RM4 bilion) akan dimulakan untuk melancar Projek tersebut bila mendapat surat kelulusan muktamad dari kerajaan.

Dalam masa 5 tahun lagi pelaburan RM30 bilion akan membiayai sepenuh projek-projek tersebut.

Kita berharap kerja kuat ADUN Tahan dan genius keupayaan beliau menarik para pelabur melalui marketing di London, Paris, Brussels, New York dan Dubai akan membiayai projek-projek di bawah ECER ini.

Hujung bulan Jun ini, Dato' Wan Amizan akan berlepas ke Eropah lagi sekali bagi mengesahkan minat beberapa kumpulan pelabur Eropah dan Arab.



















Dato' Wan Amizan memberi beberapa pandangan bagaimana mahu membina Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang.



















Mesyuarat pertama bagi membina Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 yang terdiri dari Pegawai KKLW, Jabatan-Jabantan Kerajaan, Konsultan, Kontraktor dan pemimpin-pemimpin tempatan.



















Dato' Wan Amizan Wan Razak dan ahli mesyuarat menikmati makan tengahari di tepi tebing Sungai Tembeling Kg Pagi.



















Di Kg Pagi menu ikan kelah, patin dan jengkuor sungguh menyelerakan WZWH...

Sunday, June 22, 2014

Nilai-Nilai Politik Jerantut Perlu Kasih Sayang?

WZWH sebagai pemikir politik Jerantut hanya boleh menyampaikan idea-idea kepada pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut yang sudi mendengar...

Hampir  35 tahun WZWH mengkaji politik Jerantut. Melihat, memerhati dan mengkaji kepimpinan politik Jerantut.

Dari bicara politik keluarga di rumah dan kedai kopi...

Dari ucapan orator TS Sharif Ahmad dan gaya hisap cerut...

Dari gaya berhemah dan lembut polite Dato' Wan Bakar...

Dari tradisi intelek Dato' Kamaruzaman Baria...

Dari Adat Royalist dan gentleman TS Tengku Azlan...

Dan berpuluh-puluh ADUN dengan berbagai gaya dan style politik masing-masing yang hebat.

Ada nilai-nilai politik Jerantut yang baik yang terbukti boleh menguatkan parti dan menang pilihanraya.

Walau nilai-nilai politik Jerantut mempunyai ramai puak-puak dan suka berperang sesama sendiri namun itulah latihan simulasi perang politik yang sebenar.

Bila berperang politik baru dapat skil dan pengalaman. Bila selalu berlawan otak dan fikiran perlu kreatif.

Politik Jerantut yang secara tradisi suka berperang hingga membabitkan hal-hal peribadi menjadi buah mulut orang di KL dan Kuantan.

Seringkali pemimpin PAS dan PKR terperangkap menjangkakan boleh menang parlimen dan DUN-DUN setiapkali PRU namun tidak berjaya.

Ahli UMNO Jerantut telah diajar selalu berperang sesama sendiri dalam kandang tapi bila di luar kandang berjuang mempertahan calon-calon yang dipilih bertanding pilihanraya.

Inilah nilai-nilai politik UMNO Jerantut yang baik yang perlu dipertahankan.

Tidak ada guna menjadi PM kalau ada parlimen dan DUN kalah...

Tidak ada erti menjadi MB kalau ada parlimen dan DUN kalah...

Tidak ada manfaat menjadi Menteri kalau ada parlimen dan DUN kalah...

Tidak ada makna menjadi EXCO kalau parlimen dan DUN kalah...

Di Jerantut pemimpin-pemimpin kita tidak ada apa-apa...walau dipandang rendah dan sebelah mata oleh pucuk pimpinan tapi pemimpin-pemimpin kita selalu membuktikan kita perform dan deliver...

Kita menang 4-0 parlimen dan DUN-DUN  dalam setiap PRU.

Itulah nilai politik Jerantut yang baik yang membuatkan kita antara yang terbaik di Pahang.

Kini zaman sudah berubah... Dari politik kedai kopi...ke surat layang...kepada era media baru media sosial media internet.

Blog, Facebook, Twitter, WhatsApp, WeChat, Instragram dan pelbagai membawa strategi dan tektik perang politik Jerantut ke medan dan gelanggang perang yang baru...

Setiap tindakan dan respon politik menerima reaksi, kritikan dan cemuhan secara online dan real time serta viral di cyber space...

Ini perang politik yang boleh memberi kesan yang mendalam dan luka parah.

Dibimbang ini tidak baik untuk politik Jerantut.

Perlu ada politik kasih sayang di Jerantut.

Apa itu politik kasih sayang? Itu akan WZWH bentangkan di lain posting akan datang.

Thursday, June 19, 2014

Pindah Sekolah Lama Buat Sekolah Rendah Kuala Tahan Baru

Dalam FB Komuniti Kuala Tahan ada friend mahu Sekolah Rendah Kuala Tahan dipindahkan ke lokasi baru dan dibuat baru...

  • 8 hrs · Like · 1
  • Amran Pekada Ong suruh pm buat stadiumla zuri,ramai cikit rakyat boleh g jerantut,kuantan tu jauh sgt dah,nak buat forum ehwal islam pun lagi bagus,pnggil uai
    8 hrs · Like · 2
  • Mohamad Teh Kalau di cadangkan buat Stadium di Kuala Tahan,setuju sangat la geng2 YB tu,masyukkkkkkkkkkkkkkkk!.Kek nye jangan la weh,
    7 hrs · Like · 1
  • Amran Pekada Kotahan ni buat rumah bagi ke anak tempatan,pastu buat sekolah baru,pindah sekolah lama tu.
    7 hrs · Like · 1



WZWH ada ramai peminat dalam FB itu. Oleh kerana dalam Blog WZWH banyak posting tentang politik pembangunan DUN Tahan dan posting terbaru banyak menyentuh Kuala Tahan maka WZWH digelar Mr Fantasy.

Mr Fantasi atau suka berkhayal. WZWH akui WZWH seorang yang suka imaginasi dan dreaming membayangkan apa yang akan berlaku, patut dibuat untuk berlaku ke depan.

Posting WZWH biasanya menyentuh projek seperti Projek Jalanraya, Jambatan, Infrastruktur Pembesaran Kampung, Hidroelektrik, Ladang-Ladang, Safari Park, Projek Bandaraya Hutan Hutan, Universiti dsb.

Untuk friend Amran Pekada minta WZWH buat posting tentang sekolah rendah adalah agak janggal pada mulanya.

Namun bila WZWH berfikir secara halus... ada kewajaran dan logik Amran Pekada minta posting pasal pindah sekolah lama buat sekolah rendah Kuala Tahan yang baru.

Untuk menarik minat belajar dan bermotivasi tinggi dari kecil dipupuk dikalangan anak-anak kecil Tembeling perlu sebuah sekolah yang bukan sahaja lengkap segala infrastruktur bahkan kondusif disamping mempunyai budaya cinta ilmu dan staf tenaga pengajar yang baik.

Selepas generasi Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan dan WZWH, siapa lagi anak-anak muda Tembeling yang boleh buat yang terbaik dan lebih lagi untuk pembangunan DUN Tahan.

Bukan hanya fikir untuk diri sendiri tapi untuk kepentingan masyarakat. Kita mahu bina DUN Tahan dan Lembah Tembeling maju tamadunnya 200 tahun ke depan.

Bila WZWH perhatikan Sekolah Rendah Kuala Tahan ini tiada padang. Itu sudah cacat sebab anak-anak kecil Kuala Tahan tiada tempat riadah untuk permainan, PJ, kegiatan Koku dengan lebih selesa.

Ramai ibubapa kecewa dan marah Sekolah Rendah Kuala Tahan tiada padang. Siapa yang bertanggung jawab untuk buat padang? Kementerian Pendidikan? Ahli parlimen? ADUN? PIBG?

Tidak perlu untuk kita salahkan sesiapa.

IMG 0012

Sekolah Rendah Kuala Tahan. Kos keseluruhan bina sekolah ini RM10 juta.

Tanah tapak Sekolah Rendah Kuala Tahan itu terletak ditengah City Centre Kuala Tahan, sibuk dengan kereta, bas dan kenderaan pelancong keluar masuk. Tanah pun tidak luas 7 ekar lebih.

Sudah tidak sesuai perlu dipindahkan. WZWH faham dan tahu sejarah asal Sekolah Rendah Kuala Tahan ini dibuka pada tahun 1960. Kemudian buat sekolah dan blok-blok baru. Pusat Kegiatan Guru Ulu Tembeling pun menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kuala Tahan.

OK apa mahu WZWH buat? Oleh kerana WZWH sudah cadang Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Sultan Ahmad Shah iaitu kita mahu bina bandar baru Kuala Tahan maka cadangan ialah dibina sebuah sekolah rendah yang baru, luas tanah hampir 13 ekar, lengkap keperluan infrastruktur bangunan sekolah, pentadbiran, kelas, perpustakaan, bilik guru, makmal, padang dan dsb.

Yang menarik tapak sekolah rendah Kuala Tahan yang baru ini dekat dengan kawasan perumahan awam di Kuala Tahan.

Sekolah ini perlu ada green technology dan eco-design features...yang pertama di Malaysia kita buat di Kuala Tahan.




























Ini pelan fantasi Sekolah Rendah Kuala Tahan yang baru imaginasi WZWH untuk ganti sekolah rendah yang lama itu.



















Macam ini sekolah rendah baru...



















Macam ini...



















Macam ini...

Buat Sekolah Rendah Kuala Tahan yang baru macam ini untuk kita lahirkan anak-anak kecil Tembeling sama tinggi cita-cita dan motivasi dengan kanak-kanak di Eropah, US, Jepun, Korea dan China baru lebih produktif dan boleh berpotensi menjadi aset penting kepada negara.

Inilah fantasi WZWH...tapi bukan cakap kosong minggu depan WZWH akan berjumpa dengan Kementerian Pendidikan untuk laksanakan matlamat ini.

Pindah sekolah lama buat Sekolah Rendah Kuala Tahan  baru yang dibina oleh swasta (PFI) bila siap baru boleh pindah.

Tanah yang lokasi lama itu sebagai tambahan kita mahu bina bandar baru Kuala Tahan.

Wednesday, June 18, 2014

Untunglah Orang Kuala Tahan Dapat Tanah...WZWH Seinci Tanah Pun Takda Di Tembeling!



Ramai orang Kuala Tahan seperti Encik Anuar bin Ismail dapat tanah. Ihsan  FB Komuniti Kuala Tahan

Berkat kesabaran hampir 20 tahun inilah hasilnya..terima kasih Dato Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan yang bekerja kuat mendapatkan kelulusan tanah bagi orang kampung Kuala Tahan.


Beratus-ratus orang Kuala Tahan dapat tanah. Tiada apa lagi yang Dato' Wan Amizan buat untuk orang Kuala Tahan. 

ADUN Tahan buat dan layan Kuala Tahan bagai anak emas kerana berbagai-bagai projek pembangunan dicurahkan ke Kuala Tahan.

Bertuah sungguh orang Kuala Tahan...

Dulu tidak lama baru lagi orang Kuala Tahan cabut undi kelulusan tanah...


Cabutan undi pada 5 Mac 2013 tak sampai setahun lebih terus dapat borang 5A pada 24 Jun 2014.

Penantian 20 tahun orang kampung Kuala Tahan dapat diselesaikan oleh Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan.

Banyak jasa Dato' Wan Amizan gon.

Masek Gon nak wakil rakyat yang guana lagi hooi...???

Tuesday, June 17, 2014

WZWH Percaya Dan Yakin Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 Kg Pagi - Kg Bantal Seberang Siap Sebelum PRU 14



WZWH di Simpang Kg Pagi, Ulu Tembeling, Jerantut.

WZWH percaya dan yakin Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang sejauh 32km akan siap 3 tahun dari sekarang 3hb Jun 2014 sebelum PRU 14 yang dijangka sebelum 2018.

Kos projek ini adalah RM277 juta seperti yang diluluskan oleh KKLW.

WZWH faham penduduk Kg Mat Daling pasti kecewa kerana kalau mengikut kelulusan asal projek jalan ini dibuat dari Kg Pagi hingga Kg Mat Daling sejauh 52km.

WZWH berharap orang Kg Mat Daling bersabar. Kita perlu berterimakasih kepada kerajaan dibawah pimpinan DS Najib yang sanggup keluarkan peruntukan walaupun tidak penuh tetapi cukup bermakna bagi penduduk Ulu Tembeling.

WZWH akan perjuangkan baki 20km projek jalan dari Kg Bantal Seberang ke Kg Mat Daling. Kita berharap PM akan beri juga kelulusan final itu yang dipanggil Fasa 3 sebelum PRU 14 @ 2018 insyallah.



Simpang ke Kg Pagi, kalau terus jalan ke atas ialah jalan ke Kg Kuala Sat sehingga ke Kg Bantal Seberang yang boleh dilalui sekarang oleh kenderaan 4WD sahaja.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 lebih mudah untuk dibina tidaklah sesusah dan serumit Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1. Kerana menggunakan allignment jalan balak lama yang sedia ada pada awal jalan dan tidak ada banyak bukit tinggi dan pokok hutan yang menghalang.

Tentu penduduk Ulu Tembeling yang tinggal di luar ingin bertanya kepada WZWH bagaimana progress report Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi sejauh 22km kos projek RM121 juta.


Projek Jalan Ulu Tembeling dari Kg Tuit ke Kg Pagi hanya tinggal 4km untuk ditarkan sepenuhnya menuju ke Kg Pagi.

Dateline projek ini ialah pada 31 Oktober 2014 satu tarikh yang telah KKLW beri final say. By hook by crook projek ini mesti disiapkan mengikut date line.


Hanya kerja-kerja earthworks menambun tanah untuk buat embankment sama level dengan jambatan yang sudah siap di Bukit 7 minit. Ada 4 bulan setengah untuk menyiap kerja tersebut.

WZWH telah bertanya kepada Pengurus Projek berkenaan kerja-kerja tersebut dan jawapanya positif dan optimis.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 bakal siap pada 31 Oktober 2014.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 sudah mula bulan Jun 2014 dan dijangka siap 3 tahun lagi sebelum PRU 14.

WZWH mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, Kepada DS Najib PM yang sangat perihatin kepada keperluan asas penduduk luar bandar, kepada DSD Adnan Yaakob MB Pahang yang banyak membantu dan memberi sokongan.

Juga tidak lupa jasa baik Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan yang berani dan tekun tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa dalam merealisasikan mimpi 50 tahun menjadi realiti.

Walau dikata , dikutuk , dikecam oleh baik musuh politik, kawan politik, dan penduduk Ulu Tembeling melibatkan saudaramara....Dato' Wan Amizan tetap sabar, tabah, cekal hati, berjiwa besar menghadapi karenah dan gelagat pengundi, tetap ADUN Tahan boleh senyum.

Itulah kehebatan great leader yang ingin merubah masa depan masyarakatnya kepada yang lebih baik bagi kepentingan generasi mendatang.

Merci...merci...merci...Dato', viva DUN Tahan.

Konsert Gusttavo Lima Live Sao Paulo, Brazil

Monday, June 16, 2014

Wan Amizan Menghadiri Persidangan Taman Tema Antarabangsa Di Paris



Bonjour, Merci (madame/monsieur), l n'y a pas de quoi, Voici...Viva Dun Tahan...


Dato' Wan Amizan ADUN Tahan begitu obses dangan Projek Safari Park Tembeling Tengah. Berikutan dengan sokongan dan galakan dari PM, beliau sangat menghargai dan ingin menjayakan projek tersebut merupakan salah satu komponen Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Sultan Ahmad Shah di Kuala Tahan.

Berikutan dengan itu sejak dari 7-21 Jun beliau berada selama 2 minggu di Eropah bermula dari London-Paris-Brussel-Rome.

Di Paris, beliau telah menghadiri persidangan pengurusan taman tema antarabangsa. Ini untuk pendedahan bagi beliau ke peringkat global untuk lebih memahami Projek Safari Park.

Di London beliau akan berjumpa dengan pelabur-pelabur. Beliau akan berjumpa dengan Naib Presiden Albania bagi membincangkan kepentingan pelancongan bersama. Selepas ini satu team Safari Park Tembeling Tengah akan dihantar ke South Africa bagi mendalami ilmu mengurus Safari. Ini syor dari PM sendiri.

WZWH tidak nafikan pakar-pakar dan expert binatang flora dan fauna tempatan pun perlu diberi sumbangan kepakaran mereka yang lebih arif lagi.

Safari Park Tembeling Tengah seluas 12,000 ekar akan menjadi Taman Safari Park terbesar dan paling unik dalam dunia bila siap nanti.

Segala attraction dan happening Taman Safari Park akan menjadi lebih ramai pelancong luar negara dan dalam negara melawat Taman Negara nanti.

Masih Mencintainya...

Cinta Dan Sayang...

Saturday, June 14, 2014

Memahami New Royalism : The Constitutionally Limited Monarchy



Bukit Seguntang, Palembang, Sumatera tempat perjanjian magna carta Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba permulaan Raja-Raja Melayu.

Selama beribu tahun Raja-Raja Melayu enjoy Traditional Unlimited Monarchy sejak era Srivijaya, Majapahit, Melaka dan 9 negeri Melayu sebelum Inggeris modify.

Selama beribu tahun itu juga subject orang Melayu menerima itu sebagai budaya hatta kepada Melayu peranakan Arab, Keling dan lain-lain bangsa walau menyoal tapi tetap akur.

Bahasa diplomacy Inggeris cukup indah sedap didengar bahawa negeri-negeri Melayu ini sebenarnya tidak dijajah hanya under protectate dibawah naungan British. Raja-Raja Melayu itu berdaulat.

Tanah Melayu adalah kepunyaan Raja-Raja Melayu.

Oleh kerana British telah meramaikan penduduk Tanah Melayu kerana kepentingan ekonomi dan masalah sosial yang semakin complicated maka British cuba menolak tepi Raja-Raja Melayu melalui Malayan Union 1948.

Cubaan ini digagalkan oleh orang Melayu sendiri melalui UMNO demi kepentingan orang Melayu.

Gerakan fahaman Sosialis dan Komunis yang menyerap dalam banyak parti-parti politik sebelum WW1 menakutkan Raja-Raja Melayu.

Raja-Raja Melayu mendokong UMNO demi kelansungan survival politik dan menjamin kepentingan subject orang Melayu.

Konsep Merdeka masih tidak digemari oleh Raja-Raja Melayu kerana bimbang kedudukan mereka terancam.

Hasil rundingan British bersama Perikatan terutama UMNO membolehkan Tanah Melayu merdeka tanpa penglibatan Raja-Raja Melayu.

Tetapi untuk membolehkan Persekutuan tanah Melayu 1957 memerlukan persetujuan Raja-Raja Melayu kerana merekalah pemilik negeri-negeri Tanah Melayu.

Maka Raja-Raja Melayu memperkenalkan Wasiat Raja-Raja Melayu pada saat-saat terakhir menjelang Merdeka. Raja-Raja Melayu tahu Perlembagaan Tanah Melayu 1957 adalah Constitutional Monarcy.

British tidak menentang Wasiat Raja-Raja Melayu walau ini bukanlah Perlembagaan. Maka mulai pada saat itu (1957) lahirlah New Royalism yang berniat mahu Constitutionally Limited Monarchy diinterpretasi dan dipraktis hingga ke hari ini.

Constitutionally limited monarchy

This term denotes a constitutional state within which a monarchy is allowed or accorded by the constitution certain powers that are beyond the constitution and external to it, that are beyond its reach and reproach, its supervision and control; it is a situation where the constitution itself recognizes explicitly that the ruler’s powers are more than those that the constitution creates, provides and establishes.

British dan UMNO tetap beritahu dunia bahawa Raja-Raja Melayu adalah Constitutional Monarcy-Raja Berpelembagaan.

Kita pun semua diajar disekolah bahawa politik Malaysia mengamalkan Raja Berpelembagaan. Pelajar undang-undang pun belajar dan percaya bahawa politik Malaysia mengamalkan Raja Berpelembagaan.

Begitu juga New Royalism pun boleh menerima itu atas kertas tapi secara praktis tetap dengan kehendak Constitutional Limited Monarchy.

The ‘new royalism’ is not new, and not clearly contradicted by the Malaysian Constitution. The former Lord President of the Federal Court, Raja Azlan Shah (later Sultan Azlan Shah) once said that it is “a mistake to think that the role of a King, like that of a President, is confined to what is laid down by the Constitution. His role far exceeds those constitutional provisions.”

Pandangan politik peribadi WZWH pula lebih prefer Absolute Monarchy memandangkan politik Malaysia yang tidak menentu citarasa dan kehendak pengundi yang lebih berdasarkan ras dan kaum.

Friday, June 13, 2014

Setiausaha-Setiausaha Parlimen Kenapa Dicoldstoragekan?




















Paling tidak ahli parlimen Jerantut boleh dilantik menjawat jawatan Setiausaha Parlimen yang mempunyai segala kuasa Menteri dan Timbalan Menteri.

Malaysia telah memiliki enam Perdana Menteri sejak merdeka 1957. Perlembagaan yang dipakai ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang ditukar nama kepada Perlembagaan Malaysia 1963.

Malaysia ada barisan Jemaah Menteri yang parlimen terdiri dari Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 

Rakyat lebih tahu ahli parlimen ada 222 ahli Dewan Rakyat tetapi kurang tahu ahli Dewan Negara yang selalu dipanggil senator, Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Setiausaha-Setiausaha Politik.

Hanya di zaman DS Najib menjadi PM Malaysia ke 6 nama jawatan Setiausaha-Setiausaha Parlimen tidak kedengaran yang boleh dilantik oleh PM dari kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perlembagaan Malaysia memperuntukan jawatan Setiausaha-Setiausaha Parlimen ini tetapi apa rasional DS Najib tidak mahu melantik tidaklah WZWH ketahui.

Mari kita lihat peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia...


Setiausaha-Setiausaha Parlimen

43B. (1) Perdana Menteri boleh melantik Setiausaha-Setiausaha

Parlimen daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;

tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar,

seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh

dilantik tetapi tidak1ah boleh memegang jawatan selepas

permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan jika dia

ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

55Undang-Undang Malaysia

(2) Setiausaha-Setiausaha Parlimen hendaklah membantu

Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri pada

menunaikan tugas dan fungsi mereka, dan bagi maksud

sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa Menteri dan Timbalan

Menteri.

(3) Seseorang Setiausaha Parlimen boleh pada bila-bila masa

meletakkan jawatannya, dan pelantikannya sebagai yang

demikian boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh Perdana

Menteri.

(4) Sebelum seseorang Setiausaha Parlimen menjalankan

fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani

di hadapan Perdana Menteri sumpah simpan rahsia yang dinyatakan

dalam Jadual Keenam.

(5) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat

peruntukan bagi saraan Setiausaha-Setiausaha Parlimen.

Wednesday, June 11, 2014

Sebenarnya Sultan Johor Meluaskan Negeri...Perdana Menteri-Perdana Menteri Melepaskan Wilayah...UMNO Perlu Muhasabah!!!

Isu rang undang-undang Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor (LPHJ) menimbulkan polemik. Orang luar Johor lebih banyak bercakap dari orang Johor sendiri.

Ramailah Rockstar-Rockstar yang bercakap...

Biar WZWH explain dengan lebih mudah.

Inggeris menggunakan tipu helah licik, paksaan dan kekerasan untuk mendapatkan Singapura dari Sultan dan Temenggong.

Tiada Sultan Melayu yang mahu menyerahkan negeri dan wilayahnya kepada orang asing. Begitulah terlepasnya Pulau Pinang dari Sultan Kedah.

Sejak Singapura terlepas....Temenggong yang menjadi Maharaja dan akhirnya Sultan Johor belajar dari sejarah sejak 1824.

Tidak mengapa kerana Pahang dikurnia kepada Bendahara.

Dari Kg Gelam Teluk Belanga, Sultan Johor meluaskan negeri hingga Muar, Kesang dan sebahagian selatan Pahang kerana bijaksana Sultan Johor hingga menjadi negeri Johor hari ini.




Bila WZWH berfikir...

Sultan Johor  (Temenggong) boleh setelah keluar dari Singapura meluaskan jajahan takluk Johor boleh dapat Muar dan Kesang serta sebahagian Selatan Pahang itu bukti betapa seriousnya Sultan Johor menjaga kedaulatan negeri.

Bab sebahagian Selatan Pahang terlepas ke Johor ini WZWH tidak puas hati sebab itu keputusan Bendahara Wan Mutahir. WZWH menyokong Bendahara Wan Ahmad yang menentang keras keputusan Bendahara Wan Mutahir tapi apa boleh buat Inggeris campurtangan walau Bendahara Wan Ahmad menang perang saudara Pahang pada 1863.

Akhirnya Daripada Utara Sg. Sedeli, hingga ke Selatan Sg. Endau diserah kepada Johor pada 1868.

Sebenarnya Sultan Johor meluaskan negeri.

UMNO perlu muhasabah kenapa Perdana Menteri-Perdana Menteri melepaskan wilayah?

Kenapa Tunku Abdul Rahman melepaskan Singapura keluar dari Malaysia pada 1965?

Kenapa Tun Abdullah Bedawi melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada 2008?

UMNO perlu muhasabah.

Sebagai seorang Sultan yang berpandangan jauh, Sultan Ibrahim sering meluahkan rasa kecewa kerana tidak banyak perumahan mampu milik untuk rakyat khususnya, orang Melayu dibina dengan cepat bagi mengimbangi kepesatan perumahan mewah di kawasan Iskandar Malaysia khususnya.

Dalam keghairahan kita mengkritik pembabitan Sultan Johor dalam campur tangan pentadbiran kerajaan negeri, jangan sesekali lupa projek Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Sultan Iskandar tidak akan dapat disiapkan mengikut jadual sekiranya, penduduk di flat Bukit Cagar dan Lumba Kuda tidak dipindahkan.

Bagi menyelesaikan masalah berkenaan, keluarga diraja Johor mengurniakan tanah di Pasir Pelangi bersebelahan dengan Istana Pasir Pelangi, tempat bersemayam Sultan Ibrahim untuk pembinaan Rumah Mampu Milik bagi menempatkan penduduk flat Bukit Cagar dan Lumba Kuda.

Penempatan semula penduduk flat berkenaan dalam kawasan Parlimen Johor Baru itu juga sebenarnya, adalah untuk mengekalkan kuasa politik UMNO memandangkan penduduk di flat berkenaan majoritinya adalah penyokong tegar UMNO.

Malah, UMNO Johor juga kini, tidak boleh berbangga dengan rekod sebagai kubu kuat UMNO dan ia dapat dilihat dalam keputusan PRU13 lalu, apabila pembangkang mula merintis jalan masuk ke Johor dan BN Johor hanya mendapat kerusi DUN yang 'cukup makan' bagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua per tiga.

Sudah pasti, apa yang berlaku di Perak mungkin berlaku di Johor memandangkan komposisi Perak dan Johor tidak jauh berbeza dan tiada kawasan Parlimen atau DUN yang benar-benar selamat di Johor selain di Parlimen Kota Tinggi dan Pengerang.

Disebabkan itu juga, pembangkang awal-awal lagi sudah menyatakan hasrat untuk menawan Johor pada PRU14, dan jika BN Johor hanya menang tipis untuk membentuk kerajaan, tidak syak lagi Sultan Johor akan menjadi penentu terhadap survival UMNO di negeri itu, sekiranya krisis Perak pada 2009 berulang.

Sila klik article dibawah untuk lebih memahami isu:


Tuesday, June 10, 2014

Pokok'e Joget...Pokok'e Joget...Pokok'e Joget...



Pokok'e Joget

Dengar suara gendang 
Pasukan joget siap untuk bergoyang
Dengar suara seruling, terdengar merdu berbunyi
Pasukan joget siap untuk bernyanyi

Ada yang geleng kepala, ada yang cuma tertawa
Yang penting kita semua bergembira
Di sini semua teman, tidak ada jagoan
Yang tawuran tuh berarti kampungan

Nggak tahu lagunya, nggak tahu syairnya
Yang penting kita joget saja
Karena enak musiknya dan asyik iramanya
Yok kita goyang sama-sama

Pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget
Pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget
Pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget
Pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget

Dengar suara gendang
Pasukan joget siap untuk bergoyang
Dengar suara seruling, terdengar merdu berbunyi
Pasukan joget siap untuk bernyanyi

Ada yang geleng kepala, ada yang cuma tertawa
Yang penting kita semua bergembira
Di sini semua teman, tidak ada jagoan
Yang tawuran tuh berarti kampungan

Nggak tahu lagunya, nggak tahu syairnya
Yang penting kita joget saja (nana nana)
Karena enak musiknya dan asyik iramanya
Yok kita goyang sama-sama

Pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget
Pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget
Pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget
Pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget, pokoke joget