Monday, October 5, 2015

Bagaimana Kerajaan Dan Swasta Mahu Mengatasi 200,000 Graduan Menganggur?




200,000 graduan menggangur tidak ada kerja. Ini bakal pengundi muda untuk menentukan kerajaan apa yang mereka mahu PRU 14 nanti.

Kenapa 200,000 ribu graduan menganggur?

Lebih 200,000 siswazah berijazah institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini masih gagal mendapatkan pekerjaan walaupun telah menamatkan pengajian masing-masing sejak dua tahun lalu.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), berkata, angka tersebut tidak termasuk bilangan siswazah yang bakal menamatkan pengajian tahun ini.

WZWH mahu Kerajaan keluar sendiri berapa statistik graduan menggangur ini sebab WZWH percaya angka yang sebenar mungkin tidak seramai apa yang MEF nyatakan!

Pihak kerajaan dan swasta perlu memainkan peranan dalam memastikan jumlah siswazah menganggur yang semakin membimbangkan itu dapat dikurangkan.

Krisis ini sebenarnya bermula pada 2013 apabila kerajaan mening­katkan umur bersara, jadi pihak swasta tidak dapat mengambil pekerja baharu untuk menggantikan mereka yang sepatutnya bersara.

Pada tahun ini pula, kerajaan telah menghentikan pengambilan pekerja sehingga menutup peluang kira-kira 13,000 hingga 15,000 pekerjaan di sektor awam dan di sektor swasta pula, keupayaan untuk mengambil pekerja agak terkekang kerana ekonomi tidak menentu.

Kebanyakan syarikat sekarang mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana mereka tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan selain turut terpaksa memberhentikan pekerja masing-masing.




Antara punca yang dikenal pasti menyebabkan siswazah berkenaan masih gagal mendapatkan pekerjaan berikutan kelemahan mereka berbahasa Inggeris selain penampilan yang kurang menarik.

Kelompok tersebut juga kebanyakan merupakan siswazah yang berasal dari kawasan pedalaman.

Kebanyakan siswazah terlibat adalah terdiri daripada mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris dan datang dari kampung yang mungkin penampilan mereka itu agak kurang daripada mereka yang datang daripada keluarga dari bandar atau sebagainya.

Perkara ini sebenarnya akan menimbulkan banyak masalah sosial.  Harap kerajaan dapat memberi insentif tertentu kepada majikan agar mereka tidak mengurangkan pekerjanya selain kepada majikan yang sanggup mengambil siswazah menganggur.

Sehingga kini hampir 10,000 pekerja telah diberhentikan di negara ini sejak Januari hingga Julai lalu.

Jumlah itu dilihat akan semakin bertambah berikutan keadaan ekonomi negara yang dijangka tidak banyak berubah sehingga awal tahun hadapan.

Shell sebagai contoh juga telah membuat pengumuman akan memberhentikan kira-kira 1,600 pekerja dalam masa dua tahun akan datang. Begitu juga Hew­lett Packard seramai 30,000 pekerjanya di seluruh dunia.

Kalau majikan tidak mampu mengekalkan perniagaannya, akan lebih banyak pemberhentian pekerja selepas ini. Jadi harap kerajaan segera bertindak menjadi pengantara dengan beberapa dorongan kepada majikan supaya keadaan ini tidak menjadi lebih teruk.

Bagaimana Kerajaan dan swasta mahu mengatasi masalah lebih 200,000 graduan mengganggur ini?

Bagaimana  peranan pembangkang mahu mengatasi masalah  ini? 

Bagaimana peranan Tun Mahathir yang sibuk mahu menjatuhkan DS Najib tidakkah negarawan ini tidak risau nasib 200,000 graduan menganggur ini.

Adakah bila DS Najib letak jawatan, nilai ringgit terus naik, ekonomi berkembang dan semua 200,000 graduan ini boleh dapat kerja?

Kerajaan boleh mengambil langkah melihat apa yang Kerajaan India dan Indonesia buat sebagai contoh.

Kerajaan perlu berkempen mengubah sikap lebih 200,000 graduan menganggur ini melihat bagaimana graduan menganggur di India dan Indonesia buat untuk survive kehidupan.

Di India dan Indonesia, graduan menggangur ini tidak memilih sebarang kerja. Menjadi tukang sapu jalan, jaga, salesman dan salesgirl di supermarket, pemandu teksi, pencuci kereta, pencuci pejabat, buat semua kerja yang tidak sepadan dengan kelulusan dan standar ijazah mereka asalkan tidak salah disisi undang-undang dan halal disisi agama.

Disamping menolong ibubapa dan keluarga di ladang-ladang getah, kelapasawit dsb atau dikedai perniagaan keluarga. Juga bidang-bidang yang boleh menghasilkan pendapatan seperti pelancongan, resort dan spa.

Lebih 200,000 graduan mengganggur sudah tentu tidak bersetuju. Mereka mahu kerja-kerja yang setaraf dan setanding dengan kelulusan mereka dengan gaji yang setimpal dan kompetitif.

Balik-balik isu ekonomi.

Bagaimana kerajaan mahu flood the economy to the country?

Bagaimana mahu kerajaan mahu menarik pelaburan dan dana dari negara-negara yang kaya untuk dibawa masuk melabur di Malaysia dalam bidang-bidang tertentu yang menarik pulangan dan kepentingan jangka panjang bagi pelabur.

Ini yang kerajaan dan PM DS Najib mahu buat.

Tapi kalau ada pihak mahu menggangu, mahu buat onar, mahu mencari kesalahan, tidak mahu mencari penyelesaian, tidak mahu mengurangi beban, mahu menambah lagi kekusutan dan menambah masalah yang tidak perlu menjadi masalah...

Itu yang sebenarnya mahu sabotaj usaha dan gerak kerja kerajaan dan DS Najib mahu membantu dan cuba menyelesaikan kalau tidak pun 100% mengatasi lebih 200,000 graduan menganggur.

1 comment:

zakir said...

Wah, mantap gak saranan saudara ni. Boleh mulakan daripada ahli keluarga saudara yang belum dapat kerja tak? Tun M mengatakan ekonomi akan mulai pulih semula apabila Najib letak jawatan adalah bersandarkan kenyataan yg dibuat oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti yang menyatakan ringgit akan pulih apabila isu 1MDB selesai. Saudara lebih berpengetahuan ke drp Zeti bab2 currency rate ni? Belajar la selok belok forex kalo nak tau apa yg Tun M dan Zeti ckp tu. Bukan ikut buta je PM yang tak transparent pastu bila kantoi soh budak2 suruhan back up dia. Dikatakan RM2.6billion adalah wang derma, nape tak nyatakan sekali pihak penderma yg amat murah hati tu?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024