Posting ini mengenai analisis kritikal mengenai paradox Orang Pahang hatinya keras, Sungguh keras senang ditipu.
Menariknya bila ramai komen dari seluruh pelusuk negeri Pahang memberi pendapat masing-masing. Bukan tujuan posting ini mencari pendapat yang right or wrong tapi bertujuan untuk share semua pandangan.
Mula-mula WZWH cerita background dulu, kemudian siar komen-komen tersebut. Mana-mana intelektual Pahang atau luar Pahang mahu contribute sumbangan idea pun boleh menambah lagi variety sudut pandangan.
Paradoxnya begini...
Sungai Pahang Airnya Deras,
Sungguh Deras Libang Libu,
Orang Pahang Hatinya Keras,
Sungguh Keras Senang Ditipu.
Pantun yang dipopularkan oleh Pak Talib Ariffin dari Kg Belengu ini memang kena dengan tepat menceritakan Orang Pahang, iaitu mereka yang mendiami kedua tebing Sungai itu dari Lipis ke Pekan. Orang Pahang Bentong, Raub dan Kuantan mungkin sukar untuk dimasukkan karektor mereka di dalam kategori ini.
Episod demi episod sejak zaman Tok Bahaman dan rakan-rakannya menentang Penjajah Inggeris, roh pantun ini terkena kepada Orang Pahang, iaitu rangkap ketiga dan keempat pada pantun itu.
Memang Orang Pahang hatinya keras, walaupun keras sikap ikhlas Orang Pahang amat terserlah, kerasnya hati Orang Pahang itu dan sikap ikhlasnya bolehlah dilambangkan kepada warna Bendera Pahang itu sendiri.
Orang Pahang boleh menerima sesiapa sahaja ke Negeri itu. Yang paling ramai berhijrah ke Negeri Pahang adalah Orang Kelantan. Dimana-mana di Negeri ini ada Orang Kelantan, mereka berniaga di pasar-pasar, di pekan-pekan sahari, bahkan mereka memonopoli perniagaan ikan di pasar-pasar dan pekan-pekan sahari.
Disana sini wujud perkampongan Orang Kelantan, pure Kelantan, tidak bergaul dengan Orang Pahang. Di Temerloh sahaja terdapat Kg Paya Jauh, Kg Paya Keladan, Kg Bukit Tingkat (Kampong YB Ismail Sabri, seorang anak Kelantan yang berjaya di dalam UMNO), di Jerantut ada puluhan kampong Orang Kelantan, begitu juga terdapat kampong Orang Kelantan di Lipis dan Bera.
Generasi pertama Orang Kelantan ini tetap mengekalkan loghat Kelantan bila berinteraksi sesama mereka dan dengan orang diluar komuniti mereka; tetapi anak-anak dan cucu-cucu mereka hanya berinteraksi dalam loghat Kelantan apabila mereka berinteraksi sesama mereka, tetapi mereka menggunakan loghat Pahang apabila berinteraksi dengan komuniti luar. Masyarakat Kelantan di Pahang masih lagi unik iaitu mereka masih hidup secara kelompok mereka, jarang-jarang anak-anak mereka itu berkahwin dengan komuniti luar.
Orang Kelantan di Pahang bolehlah dikategorikan sebagai orang yang sangat berjaya jika dibandingkan dengan Melayu Pahang. Mereka itu rajin berusaha, dan ramai yang menjadi ushawan, dan mereka mampu membuka tanah-tanah baru walaupun pada peringkat awalnya mereka tidak mendapat sebarang geran tanah. Oleh kerana ramai kumpulan ini aktif didalam UMNO, maka melalui UMNO mereka berjaya mendapatkan geran tanah untuk perkampongan baru yang mereka buka.
Melayu Kelantan di Pahang bolehlah diletakkan didalam kategori yang sama dengan Melayu Kampar (mereka yang datang dari Daerah Pekan Baru dan Bangkinang di Sumatera). Melayu Kampar juga adalah ahli-ahli perniagaan dan banyak kedai-kedai di Bandar Jerantut dan Temerloh yang dimiliki oleh Orang Melayu adalah dimiliki oleh orang-orang Kampar.
Orang Kampar juga mengekalkan bahasa mereka sendiri dan perkahwinan dikalangan mereka juga perkahwinan didalam komuniti itu, jarang-jarang berkahwin dengan orang lain, dan mereka sanggup mencari orang Kampar baik dari Selangor atau pun Perak untuk dijadikan menantu.
Kategori Orang Melayu Pahang adalah Orang Bugis yang mendiami di kedua tebing Sungai Pahang dari Pekan hingga ke Kuala Lipis. Kumpulan ini mudah "satisfied" dan kalaulah benar ada pepatah orang Melayu mengatakan bahawa rezeki secupak takkan dapat segantang. Maka kalau nak diceritakan tentang Orang Pahang, maka kita sebenarnya membicarakan mengenai Orang Melayu Bugis. Barang diingat bahawa ramai pemimpin-pemimpin UMNO Pahang adalah keturunan Bugis seperti Tun Haji Abdul Razak Hussain, Dato Hamzah Abu Samah, Tan Sri Yahya Mohd Seh, DS Najib dll. Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pahang; begitu juga disebelah Pembangkang, juga terdiri daripada anak-anak Bugis.
Orang Melayu Bugis adalah keturunan pahlawan. Mereka suka berpolitik. Mereka kurang melibatkan diri dengan perniagaan. Mereka tinggal di kampong-kampong dan merupakan golongan yang paling konservatif di Pahang, dan mereka inilah menjadi pendokong UMNO yang paling kuat.
Itulah nak ceritakan perihal Orang Pahang, iaitu "the main bulk" adalah anak-anak Bugis, yang sesungguhnya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Sulawesi (lebih tepat Sulawesi Selatan), mereka tidak tahu berbahasa Bugis dan tidak mengamalkan adat istiadat orang-orang Bugis.
Ikhlasnya anak-anak Bugis ini boleh menerima sesiapa sahaja datang ke Negeri Pahang waima untuk menjadi pemimpin-pemimpin mereka, menjadi wakil-wakil rakyat. "Aku tak kisah" sebenarnya menceritakan sikap anak-anak Bugis ini. Sikap ini boleh digambarkan kepada warna Bendera Pahang iaitu 50% dari warna Bendera Pahang itu adalah putih.
Ada satu lagi kategori orang Pahang dari keturunan keluarga Bendahara Pahang yang telah mendiami di Pahang sejak abad ke 17. Ini jalur yang memerintah negeri Pahang sampai sekarang. Keluarga Bendahara Pahang ini secara tradisinya tinggal di Pekan, Chenor dan Lembah Tembeling.
Mereka ini kebiasaanya tidak berpolitik dan tidak melibatkan diri dalam perniagaan. Mereka suka kerja sendiri. Tapi jangan dibiar politik Pahang ini huru hara kerana mereka akan muncul mempertahankan Pahang ini kerana mereka adalah kubu terakhir Pahang dengan struktur jalinan politik tradisional 1:4:8:16 ke seluruh pelusuk akar umbi rakyat Pahang.
Tetapi jangan sakiti hati mereka, bila mereka melenting, tidak ada kompromi, sekali menjadi musuh tetap musuh, sukar didamaikan. Itulah warna Hitam pada Bendera Pahang.
(Diadaptasi dari blog The Spirit of Lubok Kawah).
Komentar analisis kritikal:
tulisan anda ada kebenarannya,tapi terlalu banyak bohong.orang bugis sedikit sahaja dipersisiran sungai pahang.orang bugis ke pahang adalah pengikut tun habib abd majid yang meminta mereka mengikut puteranya memerintah pahang.mereka gila kuasa sehingga berlaku pemberontakan minangkabu pagar ruyong dan diikuti pemberontakan rawa. wzwh perlu semak sejarah lama,jangan pakai tulis saja ,jangan sampai orang gila kata wzwh gila atau pungkar ok
cuba wzwh lihat dan teliti ,siapa yang melawan orang putih selepas mat salleh masuk pahang
bahaman =nama sebenarnya abd rahman bin teku noh pagar ruyung minangkabau
tok gajah = nama sebenar rasu bin abd rahman rawa
mat kilau bin rasu rawa'' tolong cerita dengan jelas kapada umum siapa pahlawan bugis menentang orang putih ketika itu
orang bugis masa itu banyak di pekan mengipas raja berebut menjadi orang besar'.
kalau hendak angkat pm pun jangan sampai membuat cerita karut atau gila.
tk
Terima kasih Anon 11:51 memberi input pengaruh orang Minangkabau dan orang Rawa. Memang orang Bugis Pahang berpengaruh sebenarnya...pandangan Anon itu pendapat peribadi Anon.
Op Anaz said...
Tapi koi dengor zaman dulu2..ada satu kaum di namakan Melayu Pahang...Ini kategori mana? Orang asli atau macam ne? Sebab aokme kena tahu, zaman dulu2, kalau ikut sejaroh, Tanah Melayu ni sebelum di panggil Tanah Melayu, orang di nusantara memanggilnya sebagai Pahang/ phang...
Anonymous said...
Orang Kelantan lah yang banyak memajukan ekonomi Pahang.. kalau mengharapkan orang Pahang jati rasanya dah lama dah tak kelihatan orang melayu jadi peniaga.
Anonymous said...
Wehh deme..memang ler Cik Wan yang kat tembeling tu keturunan raja pekan..tapi kalo Cik Wan kat Lepeh tu dari keturunan Raja Bukit Betong...dan juga Puak-puak Raja Perba Jelai (anak beranak Tok Raja dan Orang kaya Haji).....jadi tak sama..deme tu ade kena mengena dengan Aceh dan orang melayu pahang lama..Aok kate orang Bugis..Acu dema baca sejarah...Perang Bugis kat Bentong..antara Orang Pahang dengan Bugis..Tak payoh nak membobok ler..
Lagi satu, warna Hitam tu warna bendera orang-orang Ulu Pahang (Kerajaan Maharaja Perba Jelai)...dan Raja Perba Jelai ni antara 4 orang besar Pahang..tu ler pasal kalo Tuanku ke Lepeh..dia cuma titah "Teman" bukan Beta..ade deme perasan kenapa??
Anonymous said...
Cube aokme pikir..ngape Pahang banyok Loghat? Tak macam negeri2 lain? Macam Lorat Kelantan, Terengganu, Kedah,..Lorat diorang semua sama cuma pekat atau tidok jek..kalo Pahang, lain btoi..Beloh2 Hulu Tembeling ngan Temerloh cakak lain, orang Temerloh ngan orang Lipis cakak lain..Sebenornya negeri Pahang ni adaq sesuatu keistimewaan yang mana x dapat di kaji kerana sikap orang Pahang te sendiri...Buat tok cakne jek..Ce nengok orang Kelantan, bersatu..kalau orang Pahang? Tikam sesame sendiri..pikir le....Orang Kelantan kalau x kenal pon leh tolong sesama sendiri, kalau orang Pahang adik abang blom tentu tolong...ye dok?
Anonymous said...
Btoi ngat...koi rase orang Pahang ni x bersatu..sebab te dari dulu penuh perang dari dulu..Tengok skang pon sama..macam2 pertubuhan anok Pahang..Contohnya PINTAS..Tapi ada anok jati Pahang sendiri pertikaikan Pintas..Kenapa? Padahal PINTAS ditubuhkan x kira parti politik..yang penting anok Pahang..Keknye, macam ne leh ande orang yang jati Pahang pertikaikan persatuan2 ni..Bezakan dengan orang Kelantan..Persatuan kuat sebab bersatu..sebab tu diorang kat mana2 pon bleh hidup..sebab diorang bantu membantu..kalau perangai diorang mcam orang Pahang, x kemana juge org Kelantan ni...
Op Anaz said...
Ye btoi...Orang Pahang ni Long Ranger...Xde geng...tapi mana2 leh jadi tokoh...Banyok dah orang Pahang jadi Tokoh..
Salam Anon 10.09,
WZWH minta maaf bebanyak terlupa sungguh keluarga Puak Wan Orang Kaya Maharaja Perba Jelai di Lipis terutama Bukit Betong. Ini keluarga lama Pahang memerintah Ulu Pahang sejak zaman Sultan Pahang dari keturunan Melaka lagi sejak abad ke 16 lagi. Nanti WZWH tebus dengan menulis satu posting khas buat keluarga Orang Kaya Maharaja Perba Jelai.
the spirit of paya koran said...
anon 11.51,
tulisan wzwh di adaptasi dari blog the spirit of lubuk kawah.jadi spirit of lubuk kawah ni nak angkat PM ke?biar betul,spirit of lubuk kawah ni orang kuat keadilan pahang.anon ni keliru kot.
spirit of lipis said...
wan lepis tu ada kena mengena dengan aceh,jadi ada kena mengena juga dengan kesultanan pasai.wajarlah baka pemerintah memerintah ulu pahang.
jadi bugis memerintah di pekan,wan tembeling memerintah lembah tembeling,wan aceh memerintah lepis.
huh!cantik sungguh susunannya.
Anon-Anon dan Spirit-Spirit semua,
WZWH ingin menegaskan hanya Tuanku Sultan Pahang Sultan Hj Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Pemerintah tunggal dan mutlak dan jajahannya di Negeri Pahang Darul Makmur ini. Yang lain-lain hamba rakyat dibawah naungannya.
Anonymous said...
tau takut, wzwh ne?
Anonymous said...
Untuk makluman anon semua ,masa perang saudara antara antara Tun Mutahir dengan adiknya Tun Ahmad [WAN AHMAD]orang ulu PAHANG sokong kapada Wan AHMAD.Itupun selepas Wan Embong dibunuh dgen kejanm oleh orang orang Pekan penyukong TUN MUTAHIR.Tok Raja Purba Jelai merajuk hati ,anaknya dibunah dengan sebab fitnah,sedangkan Wan Embong penglima perang utama Tun Mutahir .
Tok Raja Purba Jeli telah bersatu dengan orang Tembeling menyukong Wan Ahmad ,dua tempat sahaja berlaku pertempuran sengit di BUKIT SEGUMPAL dekat Cenor dan Kampong LANGAR dekat Pekan ,semua pertempuran itu dimenangi oleh orang ulu Pahang.
Tun Mutahir dgn pengikutnya terutama orang Bugis berudur ke Johor dan Selangor.Mereka balik semula ke Pahang setelah dapat pengampunan daripada Bendahara Sri Wak Raja Tun Ahnad dan menganugerahkan semula jawatan orang besar yang mereka sandang dahulu .
Kapada anon2 tolong beri maklumat tepat dan betul untuk kebaikan orang Pahang masakini dan akan datang.tk
aku anak pahang jati,
bukan luar mari,
itu sebab aku sangup mati ,
untuk ini negri,
bukan mahu meniaga pekan sari,
jauh sekali meniaga ikan pakai lori,
aku tak ini negri.
ok soli ,sapa makan cili pedas
sendiri, wa apa peduli,jan kacau wa punya
nengeri.
lu tak tahan cau balik lu punya nengeri .
Anonymous said...
Menang kat Chenor tu pun lepas keluarga Hj Hassan dan Tok Tunggal beralih arah nyokong Tun Ahmad...
Anonymous said...
ismail sabri org PAHANG...lahir pn di PAHANG dan mmbesar di PAHANG..
Anonymous said...
pd kast ismail sabri mrupakan slh seorg tokoh pmimpin di pahang..kast respek dia ni..
Anonymous said...
aokme2 jangan bergaduh malu kita sesama orang pahang
Anonymous said...
ce aokme jengoh ke daeroh bentong,ramai keturunan jambi/kerinchi di kampung ketari dan kampung gementi dekat dengan bandor bentong.orang janda baik,kampung lebu,bandar bentong terutama benus loghat deme same.deme gelor diri kon untuk saya terutama di janda baik.loghat orang di pekan karak beze amat dengan orang bandor bentong.kalau loghat di pelangai lagi bezenye.macam loghat orang negeri sembilan.orang pekan karak dan di pelangai ramai keturunan minangkabau tapi loghat beze amat.(pelangai bersempadan negeri sembilan) ramai orang pahang tok tahu.
Anonymous said...
orang karak ramai keturunan minangkabau tapi bukan semua.pembesar berlapan pahang datuk setia indera penggawa hj ishak zaman sultan abdullah keturunan minangkabau.nama lama karak ialah sabai berasal dari perkataan minangkabau iaitu anak pokok durian.kome dan kawan digunakan dalam loghat orang karak.loghat orang karak hampir sama dengan orang lanchang(temerloh) yang bersempadan dengan karak(bentong)
Suria Amani said...
Dua orang Perdana Menteri Malaysia org Pahang..Tun Abd Razak dan anaknya DS Najib...apa lagi yg nak dipertikaikan tentang kekurangan org Pahang...berbanggalah menjadi anak Pahang...
Suria
Suria Amani said...
Koi bangga sgt dilahirkan di Pahang..walau koner koi pegi koi tak malu lalu ngaku koi org Pahang...Tun Abd Razak dan Datuk Seri Najib cukup memberi inspirasi bhw org Pahang memiliki ketokohan yg tinggi utk menjadi peneraju cuma bukan sikap org Pahang suka menunjuk-nunjuk...ketnye tengoklah bila sesekali ia tampil....
Anonymous said...
hmm..abih smua asal dr seberang, mane org melayu asli pahangnye?Abih smua asal dr pulau Indonesia..katenye pahang negeri tua tapi org smua keturunan dr luar kecuali org asli.Ntah2 org melayu asli pahang tu memang org asli kot.
Anonymous said...
xde ke pasal sejarah karak???? ada yg kate trdapat rahsia bsar kt karak?? thats why la angker smcm!!
ejai said...
Dengo cerite dari tok ki koy org dekroh temeloh ni asal dr bugis kawin dgn melayu ori pahang..xde pulak dgar sejarah keturunan asli..
Anonymous said...
salam...sejarah bugis di KG Catin Mentakab ad?...boleh cerita sikit :)
Azmi Alis said...
selamat tahun 2015, seronok lak membaca cereta deme, te cerita lagi, pasai sejarah pahang jelai, ngan kerurunan rawa lak.
Anonymous said...
Cer citer sikit..asal usul Bendahara wan ahmad ni.asal dr mna.
jamaluddin said...
Bukit Segumpal memang terkenal dengan pahlawan-pahlawan spt Tok Parit,...Tok Tunggal dll,selepas itu Panglima Besar Hj Hussin dan anaknya Hj Hassan.Ada satu tempat dekat Kg Awah dinamakan Tg Perang,tempat beradu kekuatan.Mungkin tempatnya sekarang terbina SK Tg Perang
Anonymous said...
Assalam. Arwah ayah sy asal kelola. Abdul hamid bin abdul rahman bin ismail bin bakar bin majid. Ateh pade tu xtau dah. Kot ade yg tau boleh la ngeteh di kuantan. No kah 0139379591 sham. Terima kasih
Anonymous said...
Nape tkdk pasal kuantan?
Mohd Sidek Yaacob said...
As salam. Dalam lipatan sejarah Bukit Segumpal dan Kertau ada sesiapa yg tahu mengenai nama Sinar mata, Puji Sinting, Batin Sibuk, Parit dan Pendekar wanita bernama debar yg berhijrah ke rembau.
ihtishamuddin abdul hamid said...
Assalam. Saya cucu saudara tan sri hamzah dato abu samah. Boleh saya tau dari mana dato tau arwah tan sri hamzah berketurunan bugis? Kalau isterinya toh puan zainon memang berdarah bugis tapi setahu saya dato abu samah berasal usul dari brunei. Kalau tak keberatan boleh dato email saya? Terima kasih.
ihtishamuddinhamid@gmail.com
adam ismail said...
Koi anak jati temerloh pahang..kebanyakan yg koi dengor dari org tua tua banyak menyebut, org pahang daerah temerloh ramai berketurunan bugis dan minang dimana banyak perkahwinan campur org bugis n minang dgn melayu jati pahang..tapi bukan semua..
Seri Layang said...
Keh anok jati darul makmur. Mak Berserah, ayah Raub. So far, happy jadi org pahang ni
3 comments:
Orang Pahang Hatinya Keras, Sungguh Keras Senang Ditipu....bukan orang Pahang jer....semua orang Melayu mcm tu.
Semua yg baca ni pun kena tipu dgn.wxwh... huahahaha...
Orang-orang ini makan wang Kuil dan wang masyarakat, mereka akan menderita selama-lamanya dalam kehidupan ini dan kehidupan yang akan datang tetapi mereka tidak pernah malu kepada Tuhan dan orang lain.
Datuk Yip Kum Fook dan adik iparnya(Simon Low Kok Meng) menghina AGAMA BUDDHA, kami harap orang ramai (penganut) akan boikot segera, kemudian mereka akan berpindah dari kawasan Kepong
From Mr. Pang, taman daya, kepong, kuala lumpur
shared by chong chee meng
Post a Comment