Sunday, October 23, 2011

Orang Pahang Hatinya Keras, Sungguh Keras Senang Ditipu....


Sungai Pahang Airnya Deras,
Sungguh Deras Libang Libu, 
Orang Pahang Hatinya Keras, 
Sungguh Keras Senang Ditipu.

Pantun yang dipopularkan oleh Pak Talib Ariffin dari Kg Belengu ini memang kena dengan tepat menceritakan Orang Pahang, iaitu mereka yang mendiami kedua tebing Sungai itu dari Lipis ke Pekan. Orang Pahang Bentong, Raub dan Kuantan mungkin sukar untuk dimasukkan karektor mereka didalam kategori ini.

Episod demi episod sejak zaman Tok Bahaman dan rakan-rakannya menentang Penjajah Inggeris, roh pantun ini terkena kepada Orang Pahang, iaitu rangkap ketiga dan keempat pada pantun itu.

Memang Orang Pahang hatinya keras, walaupun keras sikap ikhlas Orang Pahang amat terserlah, kerasnya hati Orang Pahang itu dan sikap ikhlasnya bolehlah dilambangkan kepada warna Bendera Pahang itu sendiri.

Orang Pahang boleh menerima sesiapa sahaja ke Negeri itu. Yang paling ramai berhijrah ke Negeri Pahang adalah Orang Kelantan. Dimana-mana di Negeri ini ada Orang Kelantan, mereka berniaga di pasar-pasar, di pekan-pekan sahari, bahkan mereka memonopoli perniagaan ikan di pasar-pasar dan pekan-pekan sahari.

Disana sini wujud perkampongan Orang Kelantan, pure Kelantan, tidak bergaul dengan Orang Pahang. Di Temerloh sahaja terdapat Kg Paya Jauh, Kg Paya Keladan, Kg Bukit Tingkat (Kampong YB Ismail Sabri, seorang anak Kelantan yang berjaya didalam UMNO), di Jerantut ada puluhan kampong Orang Kelantan, begitu juga terdapat kampong Orang Kelantan di Lipis dan Bera.

Generasi pertama Orang Kelantan ini tetap mengekalkan loghat Kelantan bila berinteraksi sesama mereka dan dengan orang diluar komuniti mereka; tetapi anak-anak dan cucu-cucu mereka hanya berinteraksi dalam loghat Kelantan apabila mereka berinteraksi sesama mereka, tetapi mereka menggunakan loghat Pahang apabila berinteraksi dengan komuniti luar. Masyarakat Kelantan di Pahang masih lagi unik iaitu mereka masih hidup secara kelompok mereka, jarang-jarang anak-anak mereka itu berkahwin dengan komuniti luar.

Orang Kelantan di Pahang bolehlah dikategorikan sebagai orang yang sangat berjaya jika dibandingkan dengan Melayu Pahang. Mereka itu rajin berusaha, dan ramai yang menjadi ushawan, dan mereka mampu membuka tanah-tanah baru walaupun pada peringkat awalnya mereka tidak mendapat sebarang geran tanah. Oleh kerana ramai kumpulan ini aktif didalam UMNO, maka melalui UMNO mereka berjaya mendapatkan geran tanah untuk perkampongan baru yang mereka buka.

Melayu Kelantan di Pahang bolehlah diletakkan didalam kategori yang sama dengan Melayu Kampar (mereka yang datang dari Daerah Pekan Baru dan Bangkinang di Sumatera). Melayu Kampar juga adalah ahli-ahli perniagaan dan banyak kedai-kedai di Bandar Jerantut dan Temerloh yang dimiliki oleh Orang Melayu adalah dimiliki oleh orang-orang Kampar.

Orang Kampar juga mengekalkan bahasa mereka sendiri dan perkahwinan dikalangan mereka juga perkahwinan didalam komuniti itu, jarang-jarang berkahwin dengan orang lain, dan mereka sanggup mencari orang Kampar baik dari Selangor atau pun Perak untuk dijadikan menantu.

Kategori Orang Melayu Pahang adalah Orang Bugis yang mendiami di kedua tebing Sungai Pahang dari Pekan hingga ke Kuala Lipis. Kumpulan ini mudah "satisfied" dan kalaulah benar ada pepatah orang Melayu mengatakan bahawa rezeki secupak takkan dapat segantang. Maka kalau nak diceritakan tentang Orang Pahang, maka kita sebenarnya membicarakan mengenai Orang Melayu Bugis. Barang diingat bahawa ramai pemimpin-pemimpin UMNO Pahang adalah keturunan Bugis seperti Tun Haji Abdul Razak Hussain, Dato Hamzah Abu Samah, Tan Sri Yahya Mohd Seh, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pahang; begitu juga disebelah Pembangkang, juga terdiri daripada anak-anak Bugis.

Orang Melayu Bugis adalah keturunan pahlawan. Mereka suka berpolitik. Mereka kurang melibatkan diri dengan perniagaan. Mereka tinggal di kampong-kampong dan merupakan golongan yang paling konserbatif di Pahang, dan mereka inilah menjadi pendokong UMNO yang paling kuat.

Itulah nak ceritakan perihal Orang Pahang, iaitu "the main bulk" adalah anak-anak Bugis, yang sesungguhnya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Sulawesi (lebih tepat Sulawesi Selatan), mereka tidak tahu berbahasa Bugis dan tidak mengamalkan adat istiadat orang-orang Bugis.

Ikhlasnya anak-anak Bugis ini boleh menerima sesiapa sahaja datang ke Negeri Pahang waima untuk menjadi pemimpin-pemimpin mereka, menjadi wakil-wakil rakyat. "Aku tak kisah" sebenarnya menceritakan sikap anak-anak Bugis ini. Sikap ini boleh digambarkan kepada warna Bendera Pahang iaitu 50% dari warna Bendera Pahang itu adalah putih.

Ada satu lagi kategori orang Pahang dari keturunan keluarga Bendahara Pahang yang telah mendiami di Pahang sejak abad ke 17. Ini jalur yang memerintah negeri Pahang sampai sekarang. Keluarga Bendahara Pahang ini secara tradisinya tinggal di Pekan, Chenor dan Lembah Tembeling.

Mereka ini kebiasaanya tidak berpolitik dan tidak melibatkan diri dalam perniagaan. Mereka suka kerja sendiri. Tapi jangan dibiar politik Pahang ini huru hara kerana mereka akan muncul mempertahankan Pahang ini kerana mereka adalah kubu terakhir Pahang dengan struktur jalinan politik tradisional 1:4:8:16 ke seluruh pelusuk akar umbi rakyat Pahang.

Tetapi jangan sakiti hati mereka, bila mereka melenting, tidak ada kompromi, sekali menjadi musuh tetap musuh, sukar didamaikan. Itulah warna Hitam pada Bendera Pahang.
(Diadaptasi dari blog The Spirit of Lubok Kawah)

49 comments:

Anonymous said...

tulisan anda ada kebenarannya,tapi relalu bayak bohong.orang bugis sedikit sahaja dipersiran sugai pahang.orang bugis kepahang adalah penikut tun habib abd majid yang meminta mereka mengikut puteranya memertah pahang.mereka gila kuasa sehinga berlaku berlaku pemberutakan minangkabu pagarruyong dan diikuti pemberutkan rawa. wazh prlu semak sejarah lama,jangan paki tulis saja ,jangan sampai orang gila kata wzwh gila atau pugkar ok

cuba wzwh lihat dan teliti ,siapa yang melawan orang putih selepas matsalleh masukpahang

bahaman =nama sebenarnya abdraham bin teku noh pagarruyung minangkabau
tok gajah = nama sebenar rasu bin abdrahman rawa
mat kilau bin rasu rawa'' tolong certa dengan jelas kapada umum siapa pahlawan bugis menentang orang putih ketika itu

orang bugis masa itu banyak dipekan mengipas raja berebut menjadi orang besar'.
kalau hendak angka pm pun jangan sampai membuat cerita karut atau gila.

tk

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Terima kasih Anon 11:51 memberi input pengaruh orang Minangkabau dan orang Rawa. Memang orang Bugis Pahang berpengaruh sebenarnya...pandangan Anon itu pendapat peribadi Anon.

Op Anaz said...

Tapi koi dengor zaman dulu2..ada satu kaum di namakan Melayu Pahang...Ini kategori mana? Orang asli atau macam ne? Sebab aokme kena tahu, zaman dulu3, kalau ikut sejaroh, Tanah Melayu ni sebelum di panggil Tanah Melayu, orang di nusantara memanggilnay sebagai Pahang/ phang...

Anonymous said...

Orang Kelantan lah yang banyak memajukan ekonomi Pahang.. kalau mengharapkan orang Pahang jati rasanya dah lama dah tak kelihatan orang melayu jadi peniaga.

Anonymous said...

Wehh deme..memang ler Cik Wan yang kat tembeling tu keturunan raja pekan..tapi kalo Cik Wan kat Lepeh tu dari keturunan Raja Bukit Betong...dan juga Puak-puak Raja Perba Jelai (anak beranak Tok Raja dan Orang kaya Haji).....jadi tak sama..deme tu ade kena mengena dengan Aceh dan orang melayu pahang lama..Aok kate orang Bugis..Acu dema baca sejarah...Perang Bugis kat Bentong..antara Orang Pahang dengan Bugis..Tak payoh nak membobok ler..

Lagi satu, warna Hitam tu warna bendera orang-orang Ulu Pahang (Kerajaan Maharaja Perba Jelai)...dan Raja Perba Jelai ni antara 4 orang besar Pahang..tu ler pasal kalo Tuanku ke Lepeh..dia cuma titah "Teman" bukan Beta..ade deme perasan kenapa??

Anonymous said...

Cube aokme pikir..ngape Pahang banyok Loghat? Tak macam negeri2 lain? Macam Lorat Kelantan, Terengganu, Kedah,..Lorat diorang semua sama cuma pekat atau tidok jek..kalo Pahang, lain btoi..Beloh2 Hulu Tembeling ngan Temerloh cakak lain, orang Temerloh ngan orang Lipis cakak lain..Sebenornya negeri Pahang ni adaq sesuatu keistimewaan yang mana x dapat di kaji kerana sikap orang Pahang te sendiri...Buat tok cakne jek..Ce nengok orang Kelantan, bersatu..kalau orang Pahang? Tikam sesame sendiri..pikir le....Orang Kelantan kalau x kenal pon leh tolong sesama sendiri, kalau orang Pahang adik abang blom tentu tolong...ye dok?

Anonymous said...

Btoi ngat...koi rase orang Pahang ni x bersatu..sebab te dari dulu penuh perang dari dulu..Tengok skang pon sama..macam2 pertubuhan anok Pahang..Contohnya PINTAS..Tapi ada anok jati Pahang sendiri pertikaikan Pintas..Kenapa? Padahal PINTAS ditubuhkan x kira parti politik..yang penting anok Pahang..Keknye, macam ne leh ande orang yang jati Pahang pertikaikan persatuan2 ni..Bezakan dengan orang Kelantan..Persatuan kuat sebab bersatu..sebab tu diorang kat mana2 pon bleh hidup..sebab diorang bantu membantu..kalau perangai diorang mcam orang Pahang, x kemana juge org Kelantan ni...

Op Anaz said...

Ye btoi...Orang Pahang ni Long Ranger...Xde geng...tapi mana2 leh jadi tokoh...Banyok dah orang Pahang jadi Tokoh..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10.09,
WZWH minta maaf bebanyak terlupa sungguh keluarga Puak Wan Orang Kaya Maharaja Perba Jelai di Lipis terutama Bukit Betong. Ini keluarga lama Pahang memerintah Ulu Pahang sejak zaman Sultan Pahang dari keturunan Melaka lagi sejak abad ke 16 lagi. Nanti WZWH tebus dengan menulis satu posting khas buat keluarga Orang Kaya Maharaja Perba Jelai.

the spirit of paya koran said...

anon 11.51,
tulisan wzwh di adaptasi dari blog the spirit of lubuk kawah.jadi spirit of lubuk kawah ni nak angkat PM ke?biar betul,spirit of lubuk kawah ni orang kuat keadilan pahang.anon ni keliru kot.

spirit of lipis said...

wan lepis tu ada kena mengena dengan aceh,jadi ada kena mengena juga dengan kesultanan pasai.wajarlah baka pemerintah memerintah ulu pahang.

jadi bugis memerintah di pekan,wan tembeling memerintah lembah tembeling,wan aceh memerintah lepis.
huh!cantik sungguh susunannya.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon-Anon dan Spirit-Spirit semua,
WZWH ingin menegaskan hanya Tuanku Sultan Pahang Sultan Hj Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Pemerintah tunggal dan mutlak dan jajahannya di Negeri Pahang Darul Makmur ini. Yang lain-lain hamba rakyat dibawah naungannya.

Anonymous said...

tau takut, wzwh ne?

Anonymous said...

Untuk makluman anon semua ,masa perang saudar antara antara Tun Mutahir dengan adiknya Tun Ahmad [WAN AHMAD]orang ulu PAHANG sokong kapada Wan AHMAD.Itupun selepas Wan Embong dibunuh dgen kejanm oleh orang orang Pekan penyukong TUN MUTAHIR.Tok Raja Purba Jelai merajuk hati ,anaknya dibunah dengan sebab fitnah,sedankan Wan Embong penglima perang utama Tun Mutahir .

Tok Raja Purba Jeli telah bersatu dengan orang Tembeling menyukong Wan Ahmad ,dua tempat sahaja berlaku pertempuran sengit di BUKIT SEGUMPAL dekat Cenor dan Kampong LANGAR dekat Pekan ,semua pertempuran itu dimenangi oleh orang ulu Pahang.

Tun Mutahir dgn pengikutnya terutama orang Bugis berudur ke Johor dan Selangor.Mereka balik semula ke Pahang setelah dapat pengampunan daripada Bendahara Sri Wak Raja Tun Ahnad dan menganugerahkan semuala
jawatan orang besar yang mereka
sandang dahulu .

Kapada anon2 tolong beri maklumat tepat dan betul untuk kebaikan orang
Pahang masakini dan akan datang.tk

aku anak pahang jati,
bukan luar mari,
itu sebab aku sangup mati ,
untuk ini negri,
bukan mahu meniaga pekan sari,
jauh sekali meniaga ikan pakai lori,
aku tak ini negri.
ok soli ,sapa makan cili pedas
sendiri, wa apa peduli,jan kacau wa punya
nengeri.
lu tak tahan cau balik lu punya nengeri .

Anonymous said...

Menang kat Chenor tu pun lepas keluarga Hj Hassan dan Tok Tunggal beralih arah nyokong Tun Ahmad...

Anonymous said...

ismail sabri org PAHANG...lahir pn di PAHANG dan mmbesar di PAHANG..

Anonymous said...

pd kast ismail sabri mrupakan slh seorg tokoh pmimpin di pahang..kast respek dia ni..

Anonymous said...

aokme2 jangan bergaduh malu kita sesama orang pahang

Anonymous said...

ce aokme jengoh ke daeroh bentong,ramai keturunan jambi/kerinchi di kampung ketari dan kampung gementi dekat dengan bandor bentong.orang janda baik,kampung lebu,bandar bentong terutama benus loghat deme same.deme gelor diri kon untuk saya terutama di janda baik.loghat orang di pekan karak beze amat dengan orang bandor bentong.kalau loghat di pelangai lagi bezenye.macam loghat orang negeri sembilan.orang pekan karak dan di pelangai ramai keturunan minangkabau tapi loghat beze amat.(pelangai bersempadan negeri sembilan) ramai orang pahang tok tahu.

Anonymous said...

orang karak ramai keturunan minangkabau tapi bukan semua.pembesar berlapan pahang datuk setia indera penggawa hj ishak zaman sultan abdullah keturunan minangkabau.nama lama karak ialah sabai berasal dari perkataan minangkabau iaitu anak pokok durian.kome dan kawan digunakan dalam loghat orang karak.loghat orang karak hampir sama dengan orang lanchang(temerloh) yang bersempadan dengan karak(bentong)

Unknown said...

Dua orang Perdana Menteri Malaysia org Pahang..Tun Abd Razak dan anaknya DS Najib...apa lagi yg nak dipertikaikan tentang kekurangan org Pahang...berbanggalah menjadi anak Pahang...

Suria

Unknown said...

Koi bangga sgt dilahirkan di Pahang..walau koner koi pegi koi tak malu lalu ngaku koi org Pahang...Tun Abd Razak dan Datuk Seri Najib cukup memberi inspirasi bhw org Pahang memiliki ketokohan yg tinggi utk menjadi peneraju cuma bukan sikap org Pahang suka menunjuk-nunjuk...ketnye tengoklah bila sesekali ia tampil....

Anonymous said...

hmm..abih smua asal dr seberang, mane org melayu asli pahangnye?Abih smua asal dr pulau Indonesia..katenye pahang negeri tua tapi org smua keturunan dr luar kecuali org asli.Ntah2 org melayu asli pahang tu memang org asli kot.

Anonymous said...

xde ke pasal sejarah karak???? ada yg kate trdapat rahsia bsar kt karak?? thats why la angker smcm!!

ejai said...

Dengo cerite dari tok ki koy org dekroh temeloh ni asal dr bugis kawin dgn melayu ori pahang..xde pulak dgar sejarah keturunan asli..

Anonymous said...

salam...sejarah bugis di KG Catin Mentakab ad?...boleh cerita sikit :)

Unknown said...

selamat tahun 2015, seronok lak membaca cereta deme, te cerita lagi, pasai sejaraa pahang jelai, ngan kerurunan rawa lak.

Anonymous said...

Cer citer sikit..asal usul Bendahara wan ahmad ni.asal dr mna.

jamaluddin said...

Bukit Segumpal memang terkenal dengan pahlawan-pahlawan spt Tok Parit,...Tok Tunggal dll,selepas itu Panglima Besar Hj Hussin dan anaknya Hj Hassan.Ada satu tempat dekat Kg Awah dinamakan Tg Perang,tempat beradu kekuatan.Mungkin tempatnya sekarang terbina SK Tg Perang

Anonymous said...

Assalam. Arwah ayah sy asal kelola. Abdul hamid bin abdul rahman bin ismail bin bakar bin majid. Ateh pade tu xtau dah. Kot ade yg tau boleh la ngeteh di kuantan. No kah 0139379591 sham. Terima kasih

Anonymous said...

Nape tkdk pasal kuantan?

MSY said...

As sallam. Dalam lipatan sejarah Bukit Segumpal dan Kertau ada sesiapa yg tahu menegenai nama Sinar mata, Puji Sinting, Batin Sibuk, Parit dan Pendekar wanita bernama debar yg berhijrah ke rembau.

Unknown said...

Assalam. Saya cucu saudara tan sri hamzah dato abu samah. Boleh saya tau dari mana dato tau arwah tan sri hamzah berketurunan bugis? Kalau isterinya toh puan zainon memang berdarah bugis tapi setahu saya dato abu samah berasal usul dari brunei. Kalau tak keberatan boleh dato email saya? Terima kasih.
ihtishamuddinhamid@gmail.com

Unknown said...

Koi

Unknown said...

Koi anak jati temerloh pahang..kebanyakan yg koi dengor dari org tua tua banyak menyebut, org pahang daerah temerloh ramai berketurunan bugis dan minang dimana banyak perkahwinan campur org bugis n minang dgn melayu jati pahang..tapi bukan semua..

Unknown said...

Keh anok jati darul makmur. Mak Berserah, ayah Raub. So far, happy jadi org pahang ni

Anonymous said...

Entah la... susah nk tau mana yg betul mana yg salah. Jadi boleh disimpulkan bhw semua penduduk pahang ni pendatang. Takde sape bleh claim sbg Jati Pahang.

Anonymous said...

setuju dengan anon yang kat atas ni. kami pun penduduk asal karak, sabai ni datang dari pagar ruyung. tok kami berempat (tok tanggok, to sindang, tok musuk dan tok mua) datang ke daerah sini dan dibagi nama sabai sempena perempuan bernama sabai di daerah seberang sana. disuruh merantau mencari tanah baru untuk bertapak. kami dari susur galur tok sindang. tok tanggok pergi ke jerantut dan menetap di sana beranak-pinak. salah seorang cucu dia, mat kilau.
so kami pun pendatang :)

Che Wan said...

Engku Panglima besar tu menantu kpd Imam perang hussin bukit segumpal. Maklum

Che Wan said...

Keturunan bugis. Bukan dr keturunan brunei. Maklum

Che Wan said...

Org pahang dr keturunan kelantan

Che Wan said...

Wan embong anak sedara Wan Tanjong Org Kaya Indera Maharaja Perba jelai dibunuh oleh anakanda Tun Mutahir ( Wan Aman @ Tun Abd Rahman). Sengketa disebabkan fitnah.

Che Wan said...

Engku Panglima BesarWan ismail / Tun Buang memberi kesepakatan bersama imam perang di B. Segumpal dan Chenor. utk memihak kpd Wan ahmad.

Unknown said...

Koi org temerloh..koi tanye aki koi mmg rate2 org pahang ni ade darah melayu bugis+melayu pahang terutama yg tinggal di pesisir sungai dari temerloh bawok ke pekan..melayu bugis ni x same dengan org bugis yg banyok jadi pati kat sabah tu..melayu bugis ni adalah org2 melayu dari semenanjung dan sumatera yg belayor ke bugis pada tahun 1400..diorang ni nikoh dgn org bugis dan jadilah melayu bugis..melayu bugis mengamalkan cara adat org melayu campur adat bugis..tapi org bugis hanya mengamalkan adat bugis saje..melayu bugis ni masuk ke dlm politik masyarakat bugis dan memegang jawatan tertinggi..bila berlaku perebutan kuasa, melayu bugos ni meninggalkan pulau sulawesi dan kembali ke tanoh melayu semenanjung dn sumatera..mereka ni menikoh lah dgn melayu di semenanjung..tapi kat pahang mereka x pakai dh name bugis mcm kat selangor dgn johor..mereke lebih memilih utk menggunakan nama melayu pahang saje tetapi tetap memberi tahu anok cucu yg mereka ni ade daroh bugis..sbb tu org x nampok sangat yg org pahang ni berdaroh bugis....melalui pertanyaan koi dgn org tua2 dkt sekitor temerloh dan bera majoriti mereka ni kate mereka berdarah bugis..yg kedua banyok berketurunan minang dan yg lain2 keturunan kampar yg dtg ke pahang agak baru lagi berbanding bugis dan minang..sejaroh perang rawe pun koi pernoh dngor dari org tua2 yg mane org rawa kloh dan banyok mati kene racun zaman perang ter..

Unknown said...

Sape yg kate semua penduduk pahang tu pendatang awk salah..mereka tetap melayu jati pahang cuma ade daroh campuran dari melayu luar..

Unknown said...

Assalamualaikum ...koi orang Kg.Dalam Mukim Bukit Segumpal Chenor dari keturunan Tok Tunggal pahlawan Bukit Segumpal asal usul dari Pagar Ruyong tanah minang kabau ...koi adalah generasi ke 14 penghijrahan orang orang minang suku biduanda ke Pahang ...ini diceritakan oleh wek atau tok kawan yang dikenali sebagai Embong Esah binti Mat Akhir meninggal tahun 1991 usia 91 tahun sebab i.c catat lahir tahun 1900 sedangkan waktu itu arwah telah besar anak dara belasan tahun ...jadinya beliau meninggal dunia sebenarnya umurnya dah lebih 100 tahun seorang penglipurlara kalau pernah baca buka Raja Donan beliau lah yang meriwayatkannya dan dirakamkan oleh Ustaz Hashim ....
Sebenarnya banyak kisah kisah dahulu kala tentang sejarah Negeri Pahang dan masyarakat jati Pahang Darul Makmur yang hendak saya kongsikan bersama ...In Shaa Allah di lain kesempatan akan saya ceritakan ...

M'Bond said...

Tepi sungai utaman di Pahang dari Kuala Lipis ke Termerloh majoriti orang keturunan minang ganti diri saya "kas" Kuala Lipis-Jerantut dan "koi" Termerloh ada makna tersirat kod rasia elak dari orang bugis yg berkuasa dipajang ketika itu. Kas maksudnya kami anak seketurunan, jawinya kaf alif sin, koi pula bermaksud kami orang sedarah, jawinya kaf wou ya alif, tidak sin dal utk mudah sebut dan orang lain tak faham. Cth ayat soal "Siapa tu?". Si A jawab "Kas". Si B jawab "Koi". Si C jawab "Aku, saya, kami"
Maka Si C akan dielak, ditangkap atau dibunuh jika merbahaya. Bagitulah adanya jika tidak mengalah tapi bukan kalah tetapi buatx2 kalah.

Anonymous said...

saya pahang jati,moyang asal jerantut belah mak, maran belah ayah, hehe

terokai seni said...

aku anak pahang tapi tak jati sebab mak ayah orang luar, tapi aku bangga bawa nama pahang k mana sahaja berbanding orang pahang malu-malu alah bercakap loghat phg di luo.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024