Wednesday, October 8, 2014

Ahli Parlimen Jerantut Tidak Menjemput Felda Sebenarnya Ke Taklimat Projek Sturgeon Kuala Tahan

Taklimat oleh Ketua Jabatan-Ketua Jabatan anjuran ahli parlimen Jerantut di Kuala Tahan sebenarnya tidak menjemput Felda.

Penganjur tersilap besar bila katanya menjemput FGV. Sebenarnya FGV tidak terlibat dengan Projek Sturgeon Kuala Tahan. 

Dari segi teknikal Felda tidak dijemput. Sepatutnya bila penganjur tersilap perlu telefon Felda. Mudah untuk Felda bersedia. 

Adalah tidak adil untuk mengatakan Felda tidak berani berhadapan dengan masyarakat Kuala Tahan.

Felda dikatakan tidak berani. 

Felda dikatakan pengecut. 

Felda dikatakan tidak bertanggungjawab.

Felda dikatakan tidak menghormati atau menyantuni penduduk Kuala Tahan.

Ini buktinya: Surat jemputan dari ahli parlimen Jerantut yang sebenarnya menjemput FGV tapi tidak menjemput Felda!




Ini Projek Sturgeon Kuala Tahan ialah projek Felda. Bukan FGV. Unit Perundangan FGV sedang menyediakan dokumen untuk menyaman sesiapa yang mengaitkan Projek Sturgeon dengan FGV bila perlu. 

WZWH pun sudah betulkan kesilapan fakta ini dalam posting-posting blog WZWH yang lalu.

Bila Felda tidak dijemput oleh ahli parlimen Jerantut bagaimana Felda mahu membuat penerangan kepada penduduk Kuala Tahan?

Kenapa ahli parlimen Jerantut tidak boleh membezakan Felda dan FGV dalam isu Projek Sturgeon di Kuala Tahan?



Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik Felda, Muhammad Sufi Mahbub . Projek Sturgeon adalah special project khas PM diberi kepada Felda untuk melaksananya.



Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik Felda, Muhammad Sufi Mahbub sedang memberi taklimat kepada 12 orang wakil penduduk Kuala Tahan di Seoul Korea September lalu.

Bagi WZWH isu Projek Sturgeon Kuala Tahan ini mudah.

Kita semua harus bersabar tunggu keputusan laporan DEIA.

Laporan DEIA yang sedang dalam proses disediakan oleh consultant dilantik oleh Felda sejak 15 September 2014.

Consultant dikehendaki dalam masa 6 bulan kena siapkan laporan. Dalam masa 4 bulan laporan lengkap boleh dihasilkan consultant kerana berlebih manpower.

Jika keputusan DEIA positif maka kita terimalah dengan berlapang dada.

Jangan bangkang lagi!

Kontraktor Korea boleh menyiapkan Caviar Park dalam masa 4 bulan.

PM dijangka melancarkan Projek Sturgeon Kuala Tahan pada tahun depan.

Mari kita orang Tembeling beramai-ramai menyokong projek ini yang DS Najib PM ikhlas hati ingin membantu ekonomi orang Tembeling, peneroka Felda dan Jerantut.

Ini baru permulaan....ada banyak lagi projek-projek pembangunan untuk DUN Tahan dan Lembah Tembeling akan WZWH usahakan membantu kerja-kerja ADUN Tahan memakmurkan DUN Tahan.

10 comments:

Anonymous said...

itule dato -,dah pesan byk kali, belajar, belajor dan belajor lagi... sedih tgk2 korang ni...

dulu masa org melalak pasal FGV kata semuamni keja pembangkang je.. kang kata mangkok, marah plak tapi iyelah udah memang mangkok nak buat camne...

BACA :

SEMUA tanah Felda dah kena Lease [sewa] kepada FGV selama 99 tahun, ader paham tak???? baca laporan rasmi corp FGV rasmi - inimsemua terhasil dari pembentukan FGV, ader paham????

korang tak buat homework langsung - tau2 nak menyalak plak.. felda takde ape, FGV tekong, paham.

Anonymous said...

tak perlu nak kecoh-kecoh. Yb bercakap atas kapasiti ahli parlimen yang nak menjaga kawasan jagaan beliau. yang nak jadi marah kenapa. lagipun FELDA tak de keluar apa-apa kenyataan rasmi lagi. pengarah besar besar FELDA pun kemungkinan ada perubahan. jadi status projek pun akan jadi tanda tanya. jadi sabar je wzwh tak perlu nak mengelabah. lambat laun kebenaran akan tersingkap. kata cikgu kan etika dalam hidup kena ada kan jangan bila dah nak jadi ahli politik semua tu hilang.

Anonymous said...

pindah aje ke tempat lain!felda tak rugi pun! orang nak hantar beras tapi dia orang tak nak,lantak dia oranglah! dia orang makan belimbing buluh tiap2 hari!

Anonymous said...

Lagi baik kalau pindah!!!!!!!...itu bukan nak hantar beras.tapi hantar pasir!!!!!!..org yg x tau konsep eko-perlancongan ni mmg mrh x tentu pasal..

Anonymous said...

Aku tak bantah projek kecik mcm ni. aku sokong penuh,
yg aku bantah projek ladang plantation. Tak kiralah syarikat mana. Bepuluh ribu hektar hutan digondol. Faedah kpd orang pahang hampir kosong. Lebih 90 peratus peluang kerja di monopoli pendatang. Mana ada negara dlm dunia ni sediakan bejuta pekerjaan untuk pekerja asing selain malaysia. Kerajaan gagal.

Anonymous said...

Akan jadi sama dengan project ikan sturgeon ni.dah tentu bangla dan indon akan di ambil bekerja.aku tetap bantah!!!!!..TOLONG JANGAN BAZIRKAN DUIT FELDA DENGAN PROJEK2 BERGINI.LEBIH BAIK BANTU GENERASI KE 2..DAH SAH2 ANAK FELDA.

Anonymous said...

MAKAN PASIR KEPALA BAPOK AWOK!KALAU DAH BODOH TU SESUAI SANGAT DUDUK KAT HULU BERKAWAN DENGAN SAKAI!

BODOH DAN GILA MACAM MP AWAK TU!

Usin Gampang said...

kuala tahan hanya mampu bertahan beberapa tahun aje lagi!pembangunan pesat dan pembinaan jalan raya akan mengurangkan kehadiran manusia ke kuala tahan!

nak tengok anak babi pun dah susah sekarang kat kuala tahan!apa lagi nak tengok binatang lain!

di tempat lain berhampiran kuaaa tahan akan di bangunkan dengan pelbagai projek!

orang dah tak heran dah dengan kuala tahan.dah tak ada istimewanya!generasi muda dah tak minat dengan lora dan fauna.mereka lebih suka ke taman tema,taman air,dan pusat rekreasi!!!

alam mengalami kecelaruan cuaca yang menyebabkan kepupusan haiwan.

sekarang orang kuala tahan bolehlah bersikap sombong,bila dah tiba masanya nanti orang kuala tahan akan hidup susah!orang kuala tahan boleh hidup dengan alam sekitar aje!

orang kuala tahan tak perlu pembangunan di tempat mereka!

selepas ini tak perlulah adn tahan beria-ia sangat nak jaga kuala tahan!

tempat lain lebih memerlukan pembangunan dan tahu berterima kasih atas usaha orag lain.

pindah aje projek sturgeon ke tempat lain.felda tak rugi pun.kerajaan sarawak amat berminat!

kerajaan perlu menutup resort dan chalet di kuala tahan kerana mencemarkan alam sekitar!air kumbahan nya mencemarkan sungai tembeling!

ikan dah hampir pupus kerana sungai tercemar!taman negara tak perlukan kehadiran manusia kerana manusia suka mencemarkan alam sekitar!biarkan haiwan sahaja tinggal di situ sbb memang itu habitat mereka.manusia tidak sesuai tinggal di situ.hanya mengganggu hidupan liar!nama pun taman negara,khusus untuk flora dan fauna!

sepatutnya penempatan manusia mestilah pada jarak 30 km dari taman negara.taman negara kat kuala tahan aje yang penempatan manusia begitu hampir dengannya yang menyebabkan gangguan kepada flora dan fauna.sbb tu hewan semaki kurang kerana gangguan manusia dan hewan lari ke hutan lain.

di negara luar di larang penempatan di buat berhampiran taman negara mereka,kerana ini mengganggu hidupan liar di situ!

pindah kan penduduk kuala tahan ke tempat lain.jangan menyibuk di situ.mengganggu hidupan liar! itu pun kalau mereka manusia!

tak tahulah kalau mereka menganggap diri mereka tu sama aje dengan hewan.

awang cadoi said...

Usin gampang pencium bontot dompok. dah bahlol jgn la tunjuk awak tu bahlol.flora dan fauna yg rosak disebabkan org mcm awak dan dompok.balak ditebang sesuka hati dan byk projek bahlol spt labu sentral yg dah jd projek gajah putih.tak perlu nak menghalau org kuala tahan kerana tempat tumpahnya darahku.yg merosakkan keadaan sejak kehadiran dompok di adun kuala tahan.pemimpin tahap sampah spm pon tak pass..

Anonymous said...

3:38pm..jaga bahasa awk.ini kah perangai pengampu anak buah dompok???..bahasa budaya kita.jangan sampai nak main kepala bapak orang.nanti orang main kepala bapak awk pulak..peaceeeee

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...