Wednesday, October 22, 2014

Bila Sakmongkol AK47 Putar Belit Isu Sturgeon Jerantut




Projek sturgeon Kuala Tahan Jerantut kos RM150 juta usahasama Felda dengan I2C Hassed Group of Companies dari Korea Selatan. Projek dijalankan setelah mendapat kelulusan DEIA.

Projek Sturgeon Kuala Tahan bagi pengeluaran caviar telur ikan yang berpotensi menjadi sumber baru ekonomi Felda selain kelapa sawit dan getah untuk generasi baru peneroka dan kg-kg tradisional adalah pet projek PM yang diusahakan oleh Felda dengan I2C Hassed Group of Companies dari Korea Selatan.

PM mahu ekonomi berpendapatan tinggi dengan menjayakan Projek Sturgeon Kuala Tahan dengan unjuran Felda bahawa setiap peserta projek ini boleh beroleh pendapatan RM13,000 sebulan. WZWH berpendapat jika projek ini boleh berjaya mencapai 50% unjuran sasaran pendapatan itu pun sudah cukup baik.

Tapi malangnya Projek Sturgeon Kuala Tahan ilham DS Najib ini telah ditentang hebat oleh kumpulan anti sturgeon yang terdiri dari beberapa kerat penduduk Kuala Tahan disokong oleh Ahli Parlimen Jerantut dengan mengunakan sebuah NGO Alam Sekitar iaitu MNS.

Kemudian kepimpinan PAS dan PKR Pahang mengadakan kempen menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan.

Portal dan media pro DAP The AntDaily turut membantu kempen anti sturgeon.

Yang terbaru Blogger Sakmongkol AK47 @ YB Dato' Mohd Ariff Sabri ahli parlimen Raub dari DAP.

Sakmongkol AK47 memutar belit isu Sturgeon Jerantut dengan posting terbaru sila klik sini.

Sakmongkol AK47 claim moyang dia dari Jerantut. Moyangnya bernama Khatib Amin adik Tok Gajah Imam Perang Rasu (Abdul Salam bin Shahrum) bapa kepada Mat Kilau Pahlawan legenda Pahang dari Pulau Tawar.

WZWH related dengan Teh Mahada adik perempuan kepada Imam Perang Khatib Bahrain dari Tembeling yang berkahwin buat kali ke dua dengan Tok Gajah lalu melahirkan Mat Kilau sila klik sini.

Sakmongkol menulis dalam posting terbaru...

"Kegilaan tambah berleluasa. Tidak salah mencadangkan memilhara ikan sturgeon dalam hutan Jerantut walaupun ianya akan menyebabkan balak RM60-70 juta akan disapu habis. Bagaimana pemegang kuasa dalam negeri saya Pahang boleh menjustifikasikan projek ini yang dari segicommon sense, akan gagal dari mula lagi. Hutan dan bukit akan gondol."

Sakmongkol AK47 telah manipulasi isu sturgeon Jerantut.

Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan sebidang tanah kepada Felda seluas 50 ekar. Tanah ini dipajak selama 66 tahun.

Felda hanya menggunakan 30 ekar sahaja bagi tujuan Projek Sturgeon mahu bina Caviar Park.

Apa yang Felda buat ialah membuat jalan sementara sebagai access road untuk ke tapak projek. Tiada sebatang balak ditebang pun hanya repuh dan belukar dibersihkan.

Projek ini diberhentikan sementara menunggu kelulusan laporan DEIA yang sedang dibuat oleh consultant dilantik oleh Felda.

Berbalik kepada kenyataan Sakmongkol AK47. Kegilaan tambah berleluasa. Apa yang gila. Nak buat projek yang baik untuk orang ramai sudah tentu berlainan dari biasa kerana hasil projek itu.

Balak disapu RM60-70 juta akan disapu habis. Sakmongkol AK47 cuba tanya DFO dan pembalak Pahang adakah nilai pokok kayu balak seluas 30 ekar itu bernilai RM60-70 juta?

Felda dan kontraktor Korea berjanji mahu meminimakan penebangan pokok. Dan bila sudah siap bina Caviar Park nanti, pihak berkenaan akan menanam semula pokok-pokok yang sudah ditebang.

Bagaimana pemegang kuasa dalam negeri saya Pahang boleh menjustifikasikan projek. Kerajaan Pahang telah menjaga hutan Negeri Pahang dengan sehabis baik. Pengurusan hutan Negeri Pahang adalah yang terbaik.

Kerajaan Negeri Pahang sedar kalau semua hutan Negeri Pahang ini habis ditebang semua sungai-sungai di Semenanjung Malaysia akan kekeringan dan sukar mendapat bekalan oksigen bersih.

Projek ini yang dari segi common sense akan gagal dari mula lagi. Bila kerajaan dan Felda mahu buat sesuatu projek sudah tentu mereka telah study dan membuat research yang baik. Sebab itu Felda yang berpengalaman dan global kini diberi tanggungjawab.

Hutan dan bukit akan gondol. Tanah itu hanya seluas 30 ekar bukan tarah semua. Bukan gondol semua hanya dibersihkan tanah untuk buat Caviar Park.

Ternyata Sakmongkol AK47 terpengaruh dengan dakyah kumpulan anti sturgeon yang kini terdiri dari parti-parti Pakatan Rakyat.

Isu sturgeon diperbesar-besarkan. Isu alam sekitar dijadikan alasan tanpa asas yang kukuh. Isu kempen anti sturgeon telah diputar belit menjadi isu politik.

13 comments:

Anonymous said...

Caviar tu nak buat apa dato?

Anonymous said...

Dah kata dahhh...grup deme ni hanya pandai cakap dan bangkang jer...nak tanya dulu
1. Dulu kata jika dpt perentah selangor nak tutup kilang carlsberg sebelum ayam berkokok.. dah tutup ke...
2. Nak buat lebuhraya rakyat kat kelantan....dah buat ke..kan ke,duit dah dikutip dari manusia2 yg bangang mcm yg suka kenentang projek stargeon kat k.tahan tu....
3. Keretapi laju kota bharu kolompo pun dah buat ke...habuk pjn tarak...
So...jgn dok kacau projek ni...sbb ni bukan projek angan2 dan pegi kutip duit org2 kat k.tahan tu... walaupun yg melaksanakannya nanti felda dan syarikat korea tu...org k.tahan akan mendapat rahmatnya...terutama pertambahan kedatangan pelancung ke projek itu contohnya... klu hotel penuh, boleh usahakan homestay....
Cuba tanya mp raub tu apa yg dia dah bangunkan kawasan raub tu....
Mp jerantut yg sokong projek tu dibatalkan mungkinsebab dia tak dpt lubang nak tambah duit gamoknyer....sebab felda yg uruskan...jangan jadi bodo lerrr....

Unknown said...

Salam Dato Wan Z,

Minta email address, kas nak email ke aok beberapa perkara.

Nizam

Anonymous said...

Say no to sturgeon,say yes to kelah,stop this project

Anonymous said...

betulah kata dato sak..

sebab ikut kata dato wzwh, jap,dah lulus kejap tgh tunggu kelulusan tapi camne pun jalan sementara dah buat,,kihkihkiki... ini kata2 dato wzwh.. hahaha sape putar belit ni.. hahaa

pastu pahang bagi lease 60ekar tapi nak pakai 30 ekar jea... lagi hahahaha... buat lawak lagi... mane plan die? kalau dah ade plan dan dah propose katalah mmg nak 30 ekar, awat pahang bagi 60 ekar.. tak ke begap namanya?... ke takde plan pun, main bagi jea, belakang kire...? mane satu dato... skali lagi betol kata dato sak... mmg gondol dah... macamlah felda takde tanah sgt... tanah2 yg mane pokok sawit dah lebih 20thn dan takde duit nak tanam semula tak boleh jadi tapak ke?....

Anonymous said...

Dah terlewat sakmongkol ak47.. Hutan dah gondol. Balak 60 juta dah disampu habis (ikut taksiran awok).. Jadinya nak cakap apa lagi.

Lebih baik awok berdoa agar projekni sturgeon ni berjaya mencapai matlamat. Salam.

Anonymous said...

Wsalam anon 10:02

apsal plak terlambat... belum approve lagi dei, laporan tak siap lagi- belom stat lagi kihkihkih...

Anonymous said...

Jadik x datok mnengok bolo di kolumpo final nih nnt..berehat sebentar legakan tekanan kerja..

Anonymous said...

Tahniah kepada rombonbgan dari k tahan ke korea tempoh hari. nampaknya mereka yang bertandang kesitu enjoy semasa sampai, malang bia balik ke k tahan nampak "moyok" macam ayam "buruk jubor". Dalam Al Quran Allah SWT menyatakan jangan makan benda2 haram, kotor, najis. Tapi puak demeh ni ingkar perintah Allah. Nape dok gi minum air najis kat korea. baik gon minum air keroh sg Tembeling hasil pembalakan rakus tu lagi baik. Kas tengok puak2 gon hok gi situ baru ni fikirannya bercelaru belaka. Nak sebuat Alif ba taa pun tak berapa nak jadi. Sapa yang bertanggungjuawab nanti8 jawablah dipadang mahsar kelak. Salam maal hijrah.

Anonymous said...

yg penting pahang nak tambah satu lagi pusat judi.tak cukup ke pusat judi genting.

Anonymous said...

Salam
Najispn tak tau...cakap pasal agama mengalahkan ustaz....kalau tau mengenai ugama kenapa puak puak menentang projek sturgeon ini selalu membuat maksiat

ustaz roslankama said...

anon 11.07am tu sah pengamal khurafat yang membelakangkan takdir allah!penentang sturgeon tu yang rata-rata jelas kaki arak tu tak balun benda haram,ibu segala maksiat! anon ni pun baru lepas togok arak terus beri komen! kuala tahan darul arak!

Anonymous said...

lehla, ten%, free 15juta. masyuuuuk pukit bahagilah sama2 rata duit yang tak pernah diaudit tu. haram ke derk ke koi tak tau. napok macang sungguh2 jer nak buat prujit najis tu.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...