Wednesday, October 1, 2014

Tinggalan Kota Istana Sri Terentang Pekan




Jika kita baca buku-buku sejarah Pahang atau journal lama yang ditulis oleh orang putih selalu kita jumpa Istana Sri Terentang.

Merupakan istana yang ketiga tertua di Pekan. Dibina pada tahun 1904 dan siap pada tahun 1908.

Kos pembinaan hanya $21,187.

Nama istana diambil berdasarkan keadaan sekitar yang mana pada masa itu kawasan istana ini dikelilingi pokok terentang.

Rekabentuk adalah hasil ilham Tengku Mahmud ibni Sultan Ahmad sendiri.

Tengku Mahmud menjadi Sultan Pahang ke dua (1914-1917).

Selepas itu adik baginda , Sultan Abdullah menjadi Sultan Pahang yang ke tiga (1919-1932).

Ini bererti dua orang sultan telah ditabal di Balairong Sri Istana Sri Terentang.

Telah dirobohkan namun masih ada bekas tinggalannya yang dikelilingi taman yang indah.

Bekas tinggalan dan runtuhan ada di dalam kawasan Istana Abu Bakar Pekan.

Hanya foto-foto ini yang tinggal kenangan...





















































































































































































WZWH bersama YH Dato’ Setia Pahlawan Tengku Dato’ Haji Iskandar Abu Bakar bin Tengku Ali (Pegawai Protokol Istana Abu Bakar, Pekan).

Bonda Tengku Dato' Haji Iskandar ialah almarhumah YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Hajjah Ainol Jamal binti Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah.

Sebagai makluman, YAM Tengku Seri merupakan kekanda sulung dan sebonda dengan KDYMM Sultan Pahang sekarang. Sebagai puteri sulung, YAM amat dikasihi oleh ayahandanya Almarhum Sultan Abu Bakar dan bondanya DYMM Tengku Ampuan Besar Raja Hajjah Fatimah.

Berdasarkan catatan, YAM Tengku Seri pernah bergelar Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu apabila berkahwin dengan Almarhum Paduka Sri Tuanku Sultan Ali Shah ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (memerintah Terengganu pada 26 September 1942 – 5 November 1945). Bondanya Tengku Ali @ Sultan Ali adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang.

1 comment:

Anonymous said...

seronok membaca sejarah lama, beginilah yang harus dilakukan oleh wz.bukan terlanjur dalam politik dan duit.ikut tun suzana yang lebih dihormati.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...