Friday, October 31, 2014

Mesyuarat Pertama AJK Penyelaras Masjid Baru Ulu Cheka



















DS Najib telah meluluskan peruntukan masjid baru Kg Ulu Cheka Jerantut sila klik sini. Oleh itu satu jawatankuasa penyelaras telah dibentuk bagi mempercepatkan pembinaan masjid baru ini yang melibatkan ADUN Tahan, ADUN Damak, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Penghulu, qariah masjid dan orang kampung.

ADUN Tahan mahu masjid baru Kg Ulu Cheka yang bajetnya RM3 juta menjadi model kepada semua masjid-masjid baru yang akan dibina di seluruh kampung-kampung Pahang mengikut keperluan semasa- mini kompleks masjid.

ADUN Tahan mahu orang kampung memberi feedback bagaimana bentuk masjid yang mereka mahu sesuai dengan tapak dan lokasi masjid baru dan keperluan penduduk. Rekabentuk ini akan dibuat oleh JKR negeri.




















Mesyuarat menetapkan:


  • Mesyuarat kali kedua yang melibatkan seseluruhan jabatan-jabatan kerajaan akan dibuat sebulan dari sekarang.
  • 5 bulan ditetapkan rekabentuk dan pelan siap dihantar ke JKR Negeri.
  • Pembinaan dijalankan dalam setahun setengah. Dijangka  dekat pertengahan 2016 masjid baru Kg Ulu Cheka boleh diguna oleh qariah masjid baru Kg Ulu Cheka.





















Beberapa masjid baru lagi akan dibina di seluruh Jerantut atas usaha gigih ADUN Tahan. WZWH akan memberi perkembangan selanjutnya.

3 comments:

Anonymous said...

Mukim Budu ( Lipis ), Mukim Ulu Dong ( Raub)dan Mukim Ulu Cheka ( Jerantut ) sebenarnya adalah berasal dari satu keluarga sahaja..hingga kini pun penduduk2 di ketiga2 Mukim ini masih mempunyai tali persaudaraan yg erat hasil dari perkahwinan sesama keluarga yg diamalkan oleh kebanyakan rakyat disana satu ketika dahulu..malah pemuka Ulu Cheka Pawang Nong dan pengikut2nya berasal dari Tanjung Besar, Penjom dan Gua Bama sebelum berhijrah ke sana untuk membuka kampung baru pada sekitar 1926.

Anonymous said...

Penduduk di Mukim Budu ( Lipis ), Mukim Ulu Dong ( Raub)dan Mukim Ulu Cheka ( Jerantut ) sebenarnya adalah berasal dari satu keluarga sahaja..bahasa orang Pahang ( Puok Kome Belaka )..hingga kini pun penduduk2 di ketiga2 Mukim ini masih mempunyai tali persaudaraan yg erat hasil dari perkahwinan sesama keluarga yg diamalkan oleh kebanyakan rakyat disana satu ketika dahulu..malah pemuka Ulu Cheka Pawang Nong dan pengikut2nya berasal dari Tanjung Besar, Penjom dan Gua Bama sebelum berhijrah ke sana untuk membuka kampung baru pada sekitar 1926.

Ketiga2 Mukim ini sebelum penjajahan adalah di bawah kekuasaan Orang Kaya Lipis Wan Muhammad berdasarkan sungai2 dan alur2 di ketiga2 Mukim ini spt Sungai Dong dan Sungai Budu serta2 anak2nya mengalir ke Sungai Lipis manakala Sungai Cheka mengalir ke Sungai Jelai.

Walaubagaimana atas dasar ingin memecahkan pengaruh Orang Kaya Lipis Wan Muhammad dan mahu menguasai lambakan emas di Hulu Sungai Lipis berikutan peristiwa pembunuhan Orang Kaya Lipis Wan Muhammad oleh konco2 British, ketiga2 Mukim ini dipecah ke dalam pentadbiran daerah ( disticts ) yang berlainan.

British juga mahu melemahakan Kg. Budu sebagai tapak pemberontakan tentera Mat Kilau dan orang2 kampung yg menyokong. Dalam serangan British ke kampung ini lebih 200 orang tentera upahan Sikh termasuk pegawai2 tentera British terbunuh sebelum seluruh Kampung Budu di bakar hangus ( dasar bumi hangus ) oleh tentera2 British atas dasar membalas dendam kematian ramai tentera mereka.

Bukit Raya yang menjadi sempadan ketiga2 Mukim dan tempat pahlawan Mat Kilau bertapa masih menjadi tempat yang penting di hati penduduk ketiga2 mukim dan kebanyakan penduduk Lipis, Raub dan Jerantut yg mempunyai tali persaudaraan dgn mereka.

Unknown said...

r7s85y1h82 b4n89y9c34 h8u85y1h25 d5f33b0g11 z9f28l7j59 v5f08c1g91

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024