Tuesday, October 7, 2014

Kumpulan Penentang Projek Sturgeon Kuala Tahan Sudah Terdesak!




Kumpulan penentang projek sturgeon Kuala Tahan sudah terdesak.

Felda sudah sedia dengan dana permulaan RM150 juta.

MB Pahang hanya menunggu laporan DEIA yang sedang dalam proses disediakan oleh consultant dilantik oleh Felda sejak 15 September 2014.

Consultant dikehendaki dalam masa 6 bulan kena siapkan laporan. Dalam masa 4 bulan laporan lengkap boleh dihasilkan consultant.

Kontraktor Korea boleh  menyiapkan Caviar Park dalam masa 4 bulan.

PM dijangka melancarkan Projek Sturgeon Kuala Tahan pada tahun depan.

Kumpulan penentang projek sturgeon Kuala Tahan yang disokong dari segi moral dan politik oleh ahli parlimen Jerantut sudah terdesak.

Dalam mesyuarat MMK EXCO Pahang, MB Pahang telah berjumpa dengan kumpulan membantah dulu di Kuantan. 

Kumpulan penentang ini berjumpa dan meminta simpati MB Pahang.

MB Pahang hanya akan membuat keputusan bila laporan DEIA sudah lengkap.

Kumpulan penentang projek sturgeon Kuala Tahan sudah terdesak dengan tindakan mereka sehingga mereka menjemput ahli parlimen yang konon-kononnya dapat menyekat projek itu dari dilaksanakan.

Walaupun mereka sudah pun mendengar penjelasan MB Pahang masa perjumpaan dulu.


Ahli parlimen Jerantut yang juga menentang projek sturgeon Kuala Tahan suka menggunakan media massa arus perdana, surat khabar dan TV untuk menghebah ke seluruh negara.

Ahli parlimen Jerantut yang juga Ketua Bahagian UMNO Jerantut sepatutnya menterjemah, translate , menyokong kerana ini projek Felda, kerana ini projek kerajaan bagi mencari sumber ekonomi baru untuk kebaikan orang kampung.

Malangnya ahli parlimen Jerantut lebih suka publisiti dari mencari penyelesaian.

Ahli parlimen Jerantut boleh mereda atau memujuk kumpulan penentang projek sturgeon yang mana majoriti adalah anak-anak buahnya.

Ahli parlimen Jerantut boleh menerangkan kebaikan projek ikan sturgeon Kuala Tahan kepada kumpulan penentang.

Ahli parlimen Jerantut sepatutnya mengunakan platformnya secara senyap-senyap untuk berjumpa dengan Pengurusan Felda, Kementerian dan berjumpa sendiri dengan PM meminta tunjuk ajar apa kebaikan projek ini kepada parlimen Jerantut.

Malangnya ahli parlimen Jerantut tidak berkeyakinan tinggi untuk meminta tunjuk ajar dan nasihat dari Pengurusan Felda, Kementerian dan PM.

Ahli parlimen Jerantut lebih suka bertindak seperti gaya ahli parlimen Pakatan Rakyat seperti Fauziah di parlimen Kuantan menentang Projek Lynas.

Ahli parlimen Jerantut perlu juga menunggu keputusan MB Pahang setelah laporan DEIA diperinci.

Ahli parlimen Jerantut tidak perlu bising-bising menjemput wartawan, media massa arus perdana, TV kerana diakhir penggal, PM boleh menilai KPI prestasi ahli parlimen Jerantut!

Inilah yang dikatakan ahli parlimen yang tidak memjiwai perjuangan UMNO yang sebenar. Batal projek ini susahlah tidak berjumpa kemajuan untuk Kuala Tahan.

Hilang 3000 peluang pekerjaan, infrastruktur dan fasilitas  yang mampu memberikan kemudahan bagi anak-anak muda dimasa hadapan.

Kesian orang-orang kampung yang baru hendak merasa nikmat kenaikan hartanah di Kuala Tahan. Baru mahu kecapi kemudahan dan kesenangan hidup baru digagalkan oleh seorang ahli parlimen BN!

Tugas pemimpin menyediakan kemudahan terbaik untuk rakyat. Ini sudah jadi lain dari dasar.

Demi rakyat bukan membantah kebaikan kepada rakyat.

ADUN Tahan sangat sedih bila usaha kerajaan dan Felda mahu naiktarafkan rakyat ditentang oleh kumpulan penentang projek sturgeon Kuala Tahan yang tidak mahu lihat kejayaan kepada rakyat yang mereka itu juga rakyat.

Peluang ekonomi untuk anak muda dikawasan berdekatan terbuka luas dari segenap sudut.

Peluang ekonomi IKS bagi orang kampung menghasilkan makanan ikan sturgeon.

Nilai hartanah di kawasan Kuala Tahan meningkat dengan mendadak jika pembangunan yang dirancang menjadi kenyataan hingga dinilai mengikut kaki persegi.

ADUN Tahan telah berusaha keras mengubah dan cuba membawa lambang kejayaan orang Melayu iaitu Felda bagi kita membantu penduduk dan masyarakat Kuala Tahan.

Projek-projek jalan dan jambatan.

Masjid rekabentuk pelancongan pertama di Malaysia RM11 juta telah lulus.

RTC (Rural Transformation Centre) RM70 juta telah dipersetujui.

Taman orkid terbesar dunia. MARDI sudah bersetuju menjadi rakan penasihat.

Peminat-peminat orkid  dari seluruh dunia akan dibawa ke Kuala Tahan.

Sektor pelancongan meningkat dengan baik jika fasiliti yang baik disediakan di situ sesuai dengan rancangan Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah yang WZWH bersedia untuk bangunkan di Kuala Tahan.

18 comments:

Anonymous said...

Ajal dan maut tidak kita ketahui bilakah masanya saudara.hentikan la memburukkan sesama kita.takut nanti x sempat memohon maaf kpda yg tidak bersalah.bartaubat la sementara allah masih memberikan nyawa kpda kita.sesungguhnya Allah itu maha pengampun lg penyanyang..

Anonymous said...

takmau suruh nuwar berahim dan geng PR lain taubat jugak ke

Anonymous said...

Pindahkan jela ketempat lain... Jauh drpd kawasan sensitive hutan simpan/taman negara

Anonymous said...

5:33Am.apa pasal sampai ke anuar dan geng PKR plk ni?.ada tulis pasal tu ke?.nk comment guna akal dlu.jgn main hentam x tentu psl.minta maaf ye

Anonymous said...

PR tak pernah sentuh pasai projek ini. janganlah dikaitkan MP Jerantut dgn membangkang hanya untuk membangkang.
Syabas kpd MP Jerantut yg sanggup berjuang utk memelihara alam sekitar dari diterjah oleh "biawak gelojoh" yg niat sebenar mereka telah terhalang.
Namun dgn sokongan drp PM, MB dan DYMM Sultan, kemungkinan besar projek mengarut ini akan diteruskan. Kasihan penduduk Tahan dan sekitarnya. Dan juga rakyat Malaysia yang cintakan kesucian bumi.

sri hartamas

Anonymous said...

Mereka sanggup buat apa shj demi memenuhi poket masing2..sanggup memfitnah demi kepentingan..tunggu la pembalasan ni sana kelak..

Anonymous said...

Jangan fikir sempit ..khazanah negeri phg Dan negara dah to banyak... memusnahkan memang senang ....siapa yg akan senang tuu ..tuan fikirlah betul2 .... SAYA kalau ada kuasa saya tetap akan bantah ....tapi saya hanya mentimun....

Anonymous said...

Nk dpt udara segar dh susah kt KL. Kalo nk segar kena pg ke K.Tahan... ni K.Tahan pon dh nk hancur dek projek sturgeon bodoh ni. Kawasan gebeng tu bnyk lg tanah kosong. Ke Buat jela kt situ. Ke takut mati kena radioaktif LYNAS? Hahahahaha...

Anonymous said...

Isu alam sekitar tak kira parti mana,tak kira agama dan bangsa..kalau alam semulajadi dah musnah nanti,bencana sana sini,siapa yang nk bertanggungjawab?ADUN TAHAN?WZWH?KAMI AKAN PERTAHANKAN SELAGI KAMI MAMPU UNTUK CUCU KAMI DI MASA AKAN DATANG!!!!!..

Anonymous said...

Cuba tengok sungai PAHANG,SUNGAI JELAI,SUNGAI TEMBELING OTW,apa dh jdi?ada tak pihak yang bertangjwb membela nasib sungai tu?duit dh masuk mata terus buat2 buta.!!!!.iklan dlm tv x mudoh,jaga alam sekitar,Tahun Melawat Malaysia..tp sungai berkarat!!!! Hutan gondol!!!!nk bg pelancong tgk semua ni ke?cuba bangunkan sesuatu project tu dengan lestari.

Anonymous said...

Amendalah..

1 - ini bukan projeck adun tapi projek Felda, so takyah nak kepoh adun tahan.

2- macam mane Felda buat keja nie.. kata GLC abis tu main langgar protokol gomen - kartun betul ke kisah ngeri (macam nie ke GLC buat keja) - laporan alam takyah buat sebab tak perlu tapi buat jugak last2? gitu ke, kalau kompeni cap ayam paham jugak le, mane die legal team felda?

3- projek ratus juta, mane die tender2? - ape semua felda buat internal ke? dari tebang pokok kayu balak, buat bagunan sampailah jual product? karut marut

4- mane die proposal, tolong share - asyik2 cite "akan membawa kebaikan itu, ini..." mane die writeup? proposal?

5- kalau camnilah cara keja felda, mmg lingkup - langsung tak profesional, yg lain mcm adun tahan, wzwh skali lagi - ini bukan projek korang...

Anonymous said...

AKU ANAK FELDA!!!..AKU BANGKANG PROJECT NI!!!!...DARI LABUR SAMPAI RM150 JUTA TU BAIK BANTU ANAK2 PENEROKA YANG SEKARANG MEMOHON RUMAH UNTUK GENERASI KE 2.PROJEK INI BELUM TENTU BERJAYA..SO DUIT HANGUS MACAM TUJE?

Anonymous said...

Pegilah ANON oCTOBER 8. 1.27 am. bILA MP awok menuduh orang lain tak sembahyang tak berdosa. Jalanlah sonsang. Gila ke?Penyokong awok sembahyang. Penyokong Timbalan tak sembahyang.Gila insing ke?

Anonymous said...

yang sebenarnya jangan lakukan apa2 pun di kawasan kuala tahan, sepatutnya pokok sebatang pun tak boleh tebang, langsung jangan buat pembangunan di kawasan itu dan sekitarnya, jangan buat jeti pun nanti tebing akan runtuh, jangan buat jalan pun nanti berbau minyak tar rosak udara, jangan buat resort pun atau bangunan batu nanti merosakkan mata memandang tak datang pelancung nanti, sepatutnya kuala tahan ne di biarkan macam dahulu kala jer, baru betul, kekal alam semula jadi juga kekal orang orang sana nak duduk dalam hutan, kesian mereka kerana di berikan pembangunan, kerajaan pun satu tak memikirkan masaalah rakyat dan anak jati kuala tahan yang mementing kan alam sekitar terjaga.
,

Anonymous said...

RAKYAT MALAYSIA KENA FAHAM KONSEP ECO-PERLANCONGAN..BUKAN TAK BOLEH BANGUNKAN SESUATU PROJEK.TAPI BIAR LA SECARA LESTARI...JANGAN MAIN SODOK JE.KALAU ORANG LUAR MASUK RUMAH KITA TAK BAGI SALAM,PAKAI KASUT DLM RUMAH,BUANG SAMPAH!!!! AGAKNYA2 APA RASA?????

Usin Gampang said...

kuala tahan hanya mampu bertahan beberapa tahun aje lagi!pembangunan pesat dan pembinaan jalan raya akan mengurangkan kehadiran manusia ke kuala tahan!

nak tengok anak babi pun dah susah sekarang kat kuala tahan!apa lagi nak tengok binatang lain!

di tempat lain berhampiran kuaaa tahan akan di bangunkan dengan pelbagai projek!

orang dah tak heran dah dengan kuala tahan.dah tak ada istimewanya!generasi muda dah tak minat dengan lora dan fauna.mereka lebih suka ke taman tema,taman air,dan pusat rekreasi!!!

alam mengalami kecelaruan cuaca yang menyebabkan kepupusan haiwan.

sekarang orang kuala tahan bolehlah bersikap sombong,bila dah tiba masanya nanti orang kuala tahan akan hidup susah!orang kuala tahan boleh hidup dengan alam sekitar aje!

orang kuala tahan tak perlu pembangunan di tempat mereka!

selepas ini tak perlulah adn tahan beria-ia sangat nak jaga kuala tahan!

tempat lain lebih memerlukan pembangunan dan tahu berterima kasih atas usaha orag lain.

pindah aje projek sturgeon ke tempat lain.felda tak rugi pun.kerajaan sarawak amat berminat!

kerajaan perlu menutup resort dan chalet di kuala tahan kerana mencemarkan alam sekitar!air kumbahan nya mencemarkan sungai tembeling!

ikan dah hampir pupus kerana sungai tercemar!taman negara tak perlukan kehadiran manusia kerana manusia suka mencemarkan alam sekitar!biarkan haiwan sahaja tinggal di situ sbb memang itu habitat mereka.manusia tidak sesuai tinggal di situ.hanya mengganggu hidupan liar!nama pun taman negara,khusus untuk flora dan fauna!

sepatutnya penempatan manusia mestilah pada jarak 30 km dari taman negara.taman negara kat kuala tahan aje yang penempatan manusia begitu hampir dengannya yang menyebabkan gangguan kepada flora dan fauna.sbb tu hewan semaki kurang kerana gangguan manusia dan hewan lari ke hutan lain.

di negara luar di larang penempatan di buat berhampiran taman negara mereka,kerana ini mengganggu hidupan liar di situ!

pindah kan penduduk kuala tahan ke tempat lain.jangan menyibuk di situ.mengganggu hidupan liar! itu pun kalau mereka manusia!

tak tahulah kalau mereka menganggap diri mereka tu sama aje dengan hewan.

usin cadoi said...

biar duduk dengan haiwan tp jangan jd haiwan berhati binatang mcm usin gampang.usin gampang sama dgn dompok tak pass spm tu yg bahlol nak mampus.kalau tak faham tanya la cikgu lan bukan tanya murid bodoh tak pass spm.

Anonymous said...


usin cadoi said...

biar duduk dengan haiwan tp jangan jd haiwan berhati binatang mcm usin gampang.usin gampang sama dgn dompok tak pass spm tu yg bahlol nak mampus.kalau tak faham tanya la cikgu lan bukan tanya murid bodoh tak pass spm. aku setuju 1000%

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...