Wednesday, October 22, 2014

ADUN Tahan Entourage Lawatan Kerja Ulu Tembeling Final Part Kg Bantal/Kg Gusai



Pemimpin yang berjiwa besar yang berani melakukan perubahan luarbiasa yang mencabar konvensional demi pembangunan pedalaman luar bandar. Tidak ada halangan-halangan yang boleh menyekat selagi ada naluri dan keinginan political will dan will power untuk mengubah kehidupan nasib bangsa.

Ini adalah lawatan kerja akhir ke Ulu Tembeling di Kg Bantal / Kg Gusai menghimpunkan dua kampung. Untuk pergi ke Kg Gusai perlu mudik Sg Sepia. 

Perjumpaan dekat jetty Kg Bantal di tepi Sg Tembeling. Kg Bantal adalah kampung pentadbiran Ulu Tembeling.





















Kg Bantal Ulu Tembeling.




















Pandangan hilir Sg Tembeling di Kg Bantal.




















Pandangan mudik Sg Tembeling di Kg Bantal.




















ADUN Tahan berucap di hadapan penduduk Kg Bantal dan Kg Gusai.

Beliau telah berusaha sedaya upaya membina infrastruktur pembangunan Ulu Tembeling. Ini kawasan pedalaman terakhir Semenanjung Malaysia yang masih lagi tertinggal.

Buat jalan.

Buat rumah.

Cipta pekerjaan.

Buat ladang.

Bina kemudahan dan fasiliti

Itu semua untuk sosio ekonomi orang Ulu Tembeling.

WZWH telah menulis segala projek-projek pembangunan dalam banyak posting WZWH berkenaan di Ulu Tembeling. Projek yang telah buat...sedang buat...akan buat...dalam bajet.

Semuanya sudah dilontarkan...diluahkan...

Implementasikan saja semua projek-projek itu oleh agensi-agensi dan kontraktor yang berkaitan.

Curahkan segala peruntukan.

Bina apa-apa saja yang kekurangan.

Cipta projek-projek yang memberi value added

Yang memangkin banyak lagi infrastruktur.

Baru ekonomi boleh berkembang.

Baru tanah-tanah Ulu Tembeling bernilai tinggi dan diguna sepenuhnya.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 RM120 juta.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 RM280 juta.

Peruntukan tambahan lagi 3 jambatan dan jalan menghubung Kg Bantal-Kg Gusai-Kg Mat Daling.

Projek Jalan Ulu Tembeling - Terengganu RM500 juta mengembang sosio ekonomi.

Ladang-ladang 50,000 ekar milik Yayasan Pahang, Felcra dan Agensi Kerajaan serta GLC.

Projek Agropolitan Kg Bantal bernilai RM169 juta adalah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Pahang dan dibantu oleh Felcra Berhad.

Menerusi projek itu, 639 unit rumah 3-bilik dan 2-bilik air. Rumah dibina bagi menampung keperluan penduduk generasi kedua yang masih tinggal di rumah ibu bapa. Dengan adanya rumah ini kelak mampu dijadikan rumah mampu milik penduduk setempat yang tidak mahu meninggalkan kampung halaman masing-masing.

Turut tidak ketinggalan, kawasan tanah lapang yang belum dibangunkan, iaitu membabitkan keluasan sebesar 420 hektar sudah dikesan bagi dinaik taraf untuk projek penanaman getah yang sekali gus akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekeliling menerusi projek Agropolitan.

Pada masa sama, 1,000 hektar tanah juga akan dibangunkan bagi projek Ladang Rakyat yang memanfaatkan sekurang-kurangnya 700 penduduk di kawasan sekeliling.

Ini tidak termasuk ladang getah 10,000 ekar yang diusahakan oleh Felcra Berhad secara berfasa dan ladang getah 16,000 ekar Yayasan Pahang juga diusaha secara berfasa.

Aktiviti perladangan oleh GLC ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Ditambah pula saham Ladang Rakyat, saham Felcra, dan saham Yayasan Pahang (30% daripada keuntungan akan dipulangkan kembali kepada penduduk Ulu Tembeling) maka ini semua memberi keselesaan kepada penduduk Ulu Tembeling.

Apa lagi ADUN Tahan mahu sumbang?




















ADUN Tahan yang versatile...boleh berada di London...boleh berada di Jakarta...boleh berada di Seoul...boleh berada di Tokyo...boleh berada di New York...boleh berada di Kg Bantal Ulu Tembeling.




















Penghulu Zarizal yang baru bertugas di Mukim Ulu Tembeling diberi penghormatan memberi bantuan kewangan kepada penduduk Kg Bantal dan Kg Gusai.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...