Friday, October 10, 2014

Belasungkawa Ketua Cawangan UMNO Kg Padang Kuala Tahan



















Foto Arwah En. Aziz bin Awang Teh ketika lawatan Delegasi Kuala Tahan ke Korea melawat sturgeon farm bulan September lalu.

Belasungkawa buat Arwah En. Aziz bin Awang Teh, 53 tahun, Ketua UMNO cawangan Kg Padang Kuala Tahan.

Beliau meninggal dunia di Hospital Temerloh pada jam 3.40 pagi akibat sakit jantung.

Beliau merupakan seorang kakitangan Perhilitan Taman Negara.

Seorang pemimpin UMNO yang aktif dengan hal masyarakat dan kebudayaan Kuala Tahan.

Beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.

WZWH merasakan pemergian Aindoh Aziz bin Awang Teh ini satu kehilangan besar kepada masyarakat Kuala Tahan dan UMNO DUN Tahan.

Beliau merupakan seorang Ketua Cawangan UMNO yang menyokong kuat Projek Sturgeon Kuala Tahan demi masa depan generasi baru Kuala Tahan.

WZWH kali terakhir bersama Arwah ketika lawatan kerja 3 hari Delegasi Kuala Tahan ke Korea.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Padang petang ini selepas solat Jumaat.

Buat Aindoh Aziz bin Awang Teh, semoga roh arwah ditempatkan di maqam yang mulia. Al-Fatihah.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024