Saturday, December 20, 2014

MB Pahang Menerang Peranan Zakat Membantu Ekonomi Dan Sosial Pahang



















DSD Adnan Yaakob MB Pahang menggulung pada sesi akhir Persidangan DUN Pahang.

Zakat adalah perintah dari Allah termaktub dalam Al-Quran bagi membantu ekonomi dan sosial orang Islam.

Zakat bukan sebahagian dari bajet kerana ianya adalah derma orang Islam kepada orang Islam yang miskin dan 8 golongan asnaf.

Pahang seperti negara dan negeri Islam yang lain beruntung kerana selain bajet mengikut ekonomi contemporary ada mendapat faedah dari zakat yang dikutip.

Perlu diingat Kerajaan Negeri Pahang tidak mengutip zakat.

Majlis Ugama Negeri Pahang Dan Adat Resam Melayu (MUIP) dibawah KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan naungan Sultan Pemerintah Negeri Pahang mengutip zakat melalui Pusat Kutipan Zakat (PKZ).

Pihak lain tidak dibenarkan mengutip zakat terutama parti politik contoh PAS selalu mengutip zakat secara illegal.

Secara kasar agihan kutipan zakat di Pahang adalah lebih RM100 juta yang diberi kepada golongan 8 asnaf. Tidak ramai pemimpin dan rakyat tahu agihan ini.

Media kurang highlight agihan kutipan zakat oleh MUIP.

Majoriti kes-kes yang dipaparkan oleh media mengenai orang susah, orang miskin, ibu tunggal dan OKU sebenarnya telah diberi sumbangan agihan kutipan oleh MUIP tetapi tidak dilaporkan cerita sebenar.

Dalam Sidang DUN Pahang semasa sesi penggulungan , MB Pahang ada menyentuh beberapa data mengenai agihan kutipan zakat membantu ekonomi dan sosial Pahang.

8 golongan asnaf layak menerima agihan kutipan zakat ialah:

  • Amil
  • Fakir
  • Miskin
  • Muallaf
  • Ibnu Sabil
  • Gharimin
  • Riqab
  • Fisabilillah


Contoh-contoh maksud 8 golongan asnaf adalah seperti berikut:


























































Sebagai contoh pembaikan masjid dan surau di Daerah Jerantut sahaja pada tahun 2014 sejumlah RM674,295.00 telah diberi agihan kutipan zakat.

Ramai pemimpin tidak sedar peranan zakat membantu ekonomi dan sosial Pahang terutama kepada orang Islam.

MUIP perlu beri taklimat kepada pemimpin terutama pemimpin akar umbi dikampung-kampung dan taman-taman perumahan supaya peka dengan 8 golongan asnaf ini supaya kutipan agihan zakat boleh diberi kepada yang layak.

Media massa perlu highlight agihan kutipan zakat kepada 8 golongan asnaf oleh MUIP.

WZWH percaya dengan agihan kutipan zakat di negeri Pahang sebanyak RM100 juta setahun dan bantuan dari kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Pusat tiada ada lagi orang miskin dan fakir di negeri Pahang Darulmakmur ini.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...