Friday, December 26, 2014

Operasi Misi Bantuan Banjir Tembeling Tengah



















Masjid Simpang Tebing Tinggi hanya nampak bumbung dan menara. 




















Rumah hanya nampak bumbung. Jalanraya sudah jadi lebuh sungai menghala ke bandar Jerantut.

Bandar Jerantut terputus hubungan jalanraya kepada semua arah. Dari Temerloh, dari Jengka 25, dari Jengka 8 dan Jalan Benta. Ditambah lagi jalanraya yang dekat dengan bandar Jerantut seperti Simpang Tebing Tinggi dan Temin juga terputus serta berpuluh-puluh jalanraya lain dalam Jerantut turut sama terputus.

Taman-taman perumahan mula dinaiki air sejak pagi tadi. Orang ramai berpusu-pusu membeli barang keperluan. Banyak stesyen minyak kehabisan petrol dan diesel. Sungai dalam bandar Jerantut dan longkang-longkang melimpahkan air.

Jika sebelum ini banjir fokus kepada Ulu Tembeling dan Tembeling Tengah serta Kuala Tembeling, banjir dan limpahan sungai kecil dan longkang-longkang besar telah menghala ke taman-taman perumahan berdekatan bandar Jerantut.

Ditambah dengan tiada bekalan air dan di kebanyakan tempat yang terbabit dengan banjir bekalan elektrik dimatikan menambah derita penghuni bandar Jerantut hingga hotel-hotel pun tiada air. Hanya lori-lori paip membekal air bersih kepada penghuni bandar Jerantut.



















Foto ihsan PR Production. Jalanraya utama yang menghubungkan Jerantut dan Temerloh ditutup kepada semua jenis kenderaan.



Foto ihsan KM. Jalan Benta- Jerantut pun terputus perhubungan.

Hari ini ADUN Tahan menyelia operasi misi bantuan banjir Tembeling Tengah. Di Feri bot-bot bomba dan tentera bertolak menghantar bekalan makanan ke Kg Pasir Durian, Kg Ulu Retang, Kg Chebong, Kg Pasir Sia.

Semalam bantuan makanan telah di hantar ke Kg Jong Berlaboh, Kg Labu dan Kg Merting, Felda Padang Piol dan Felda Sg Retang.

Juga bantuan makanan telah dihantar ke Kuala Tembeling.



















































Ramai pembaca blog WZWH mahu foto dari Kuala Tembeling yang juga terperangkap kerana Jalan Kuala Tembeling-Jerantut dan Kuala Tembeling-Kuala Lipis turut terputus hubungan serta terputus bekalan elektrik dan air.

Foto-foto adalah ihsan dari FU.



Old Town Kuala Tembeling.


Old Town Kuala Tembeling.



Sekolah Rendah Kuala Tembeling.



Orange Building Kuala Tembeling.



New Town Kuala Tembeling.




Labu Sentral sudah surut di Kg Labu. Ini ialah tempat cadangan cable car ke seberang Kg labu menjadi pintu utama ke cadangan projek Safari Park Tembeling Tengah.




Ini bekalan barang makanan untuk penduduk Ulu Tembeling sudah dihantar lebih awal.

1 comment:

Anonymous said...

Orang-orang ini makan wang Kuil dan wang masyarakat, mereka akan menderita selama-lamanya dalam kehidupan ini dan kehidupan yang akan datang tetapi mereka tidak pernah malu kepada Tuhan dan orang lain.

Datuk Yip Kum Fook dan adik iparnya(Simon Low Kok Meng) menghina AGAMA BUDDHA, kami harap orang ramai (penganut) akan boikot segera, kemudian mereka akan berpindah dari kawasan Kepong

From Mr. Pang, taman daya, kepong, kuala lumpur

shared by chong chee meng

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...