Sunday, December 14, 2014

Sambutan Luarbiasa Rakyat Jerantut Meraikan Bolasepak Pahang

Sudah lama rakyat Jerantut tidak berkumpul ramai-ramai meraikan kejayaan. Kejayaan dari bermacam-macam sumber.

Bolasepak adalah budaya global. Bila team Negeri Pahang berjaya menggondol Piala Malaysia 2014 dan 3 lagi piala maka rakyat Pahang mahu celebrate. Rakyat Jerantut perlukan hero-hero.

Maka pemimpin yang memahami kehendak rakyat mengaturkannya agar rakyat Jerantut merasa bangga.



















Bolasepak menarik golongan muda dari budak kecil hingga remaja dan dewasa. Fokus ialah golongan muda berumur dari 17, 18 hingga 21 ke atas. Give them expectations and fulfill their dreams. Give them hope...

Padang astrotuf FA Jerantut bernilai RM2.5 juta. Mini Stadium baru dan tambahan RM13 juta peruntukan baru yang WZWH fikir boleh mencapai matlamat itu.

WZWH dalam posting ini mahu merakamkan sambutan luarbiasa rakyat Jerantut meraikan wira-wira team bolasepak Pahang menjuarai Piala Malaysia 2014, Piala FA, Piala Sumbangsih dan Piala Fair Play.

Hanya foto-foto yang boleh menceritakan  itu semua...

Ketibaan pemain-pemain Pahang dan Piala-Piala kebanggaan.



















Sambutan luarbiasa rakyat Jerantut dari mula di Masjid Baru Jerantut dan disepanjang jalan ke bandar baru dan bandar lama Jerantut hingga ke padang FA Jerantut.





































Dato' Wan Amizan Wan Razak dan Mohd Zamri Abdul Rahim adalah pemimpin tempatan yang pro aktif menyumbang pembangunan bolasepak Jerantut.






















Kehadiran ribuan rakyat Jerantut meraikan kejayaan bolasepak Pahang.






















Rakyat Jerantut mahukan hero-hero dan pemimpin yang menghimpunkan ramai orang Jerantut.




















Acara menarik perlawanan pertunjukan antara 5 orang pemain Pahang dan 30 kanak-kanak team SAS Muda Jerantut yang pada tahun ini berjaya menjuarai Piala SAS Muda Pahang.




















Team SAS Muda Jerantut berjaya menewaskan Pasukan Pahang 2-1. WZWH percaya 30 kanak-kanak itu akan bercerita kenangan mereka bermain dengan team sang juara Pahang selama bertahun-tahun.




















Jamuan Makan Malam. Ritual Elephant Army Jerantut memulakan persembahan.




















Pemimpin-pemimpin Jerantut dan FA Pahang serta Jerantut dan DO Jerantut.




















Dato' Wan Amizan Wan Razak adalah pemimpin yang mencuri tumpuan di malam itu. Beliau juga mewakili YTM Tengku Muda Pahang Presiden PBNP dan MB Pahang.




















Coach Zainal Abidin Hassan menjadi tumpuan dan idola rakyat Jerantut. Zainal Abidin berharap tahun depan Pahang boleh berupaya menang Piala Malaysia dan memberi saingan dalam kejohanan AFC.




















Dato' Wan Amizan Wan Razak meraikan team wira bolasepak Pahang.




















Pose WZWH dan isteri. WZWH pun turut berbangga dengan 4 Piala yang dijulangi oleh team bolasepak Pahang. Tahniah kepada kepimpinan YTM Tengku Muda Pahang Presiden PBNP dan KDYTM Tengku Mahkota Pahang selaku Presiden FAM.

1 comment:

Anonymous said...

Mana player asal Jerantut? K.Lipis ada..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...