Thursday, December 25, 2014

MB Pahang mengetuai Operasi Misi Bantuan Banjir Ulu Tembeling

Ulu Tembeling dalam keadaan darurat. Banjir besar mengakibatkan penduduk terputus bekalan makanan, air, api dan perhubungan. Melarikan diri ke bukit-bukit tinggi pada siang hari dan bermalam dalam kegelapan.

Satu musibah bencana alam yang menyukarkan kehidupan mereka. Bah 2014 yang lebih besar dari bah 1971 dan setara dengan bah 1926. Istana Sri Tembeling dan masjid Kg Bantal tenggelam.

Penduduk Ulu Tembeling sudah putus harap. Kepada siapa mereka mahu mengadu dan berharap. Bantuan tidak sampai kerana keadaan sungai yang laju arus dan bergelora ombak jeram-jeram membadai. Awan-awan menghalang penerbangan helikopter.

Hari ini operasi misi bantuan banjir Ulu Tembeling di ketuai oleh DSD Adnan Yaakob MB Pahang sendiri turut mengiringi Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan menaiki helikopter tentera terbang destinasi menuju beberapa kampung di Ulu Tembeling membawa bantuan makanan.
























DSD Adnan Yaakob bersedia berlepas dengan helikopter tentera ke Ulu Tembeling dalam operasi misi bantuan banjir. Penduduk Ulu Tembeling yang hidup dalam darurat sekarang mahu berjumpa pemimpin mereka.




Dato' Wan Amizan ADUN Tahan memberi arahan kepada tentera sambil diperhatikan oleh MB Pahang. Kelihatan muka ADUN Tahan yang distress dan sugul atas musibah bencana banjir besar yang menimpa rakyat di bawah DUN Tahan terutama penduduk di Lembah Tembeling yang sangat terjejas teruk termasuk di sebelah hilir DUN Tahan.

















Sebelum itu beberapa helikopter kecil berlegar-legar di padang hoki Jerantut mendarat dan berlepas dalam operasi misi bantuan termasuk menyelamatkan 120 pelancong asing yang terkandas di Kuala Tahan dibawa terbang ke Jerantut. Sebelum itu beberapa hari lepas wakil lebih 10 Kedutaan Asing telah berkampung di Jerantut bimbang keselamatan warga masing-masing.
















Sebahagian dari 120 pelancong warga asing yang berjaya diselamatkan dari terperangkap bencana banjir di Kuala Tahan.


Penduduk Ulu Tembeling yang seramai 2500 orang penduduk termasuk orang Asli sedang menunggu bantuan banjir yang dinanti dari pemimpin.
















Ini saja bentuk pengangkutan menggunakan helikopter yang boleh sampai destinasi ke beberapa kampung pedalaman di Ulu Tembeling. WZWH menyusul kemudian dengan laporan di Ulu Tembeling nanti.
















Kekuatan Operasi menyelamat menggunakan 5 helikopter:

  • TUDM 2 buah heli
  • Bomba 1 buah heli
  • APMM 1 buah heli
  • Helistar 1 buah heli
















MB Pahang, ADUN Tahan, KPN Pahang, dan DO Jerantut dalam helikopter tentera.

















Tembeling Tengah dikelilingi oleh air bah di merata tempat.



















Ulu Tembeling sudah menjadi laut.

















Bantuan bekalan makanan diberikan kepada penduduk Ulu Tembeling.



No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...