Tuesday, December 23, 2014

Tenggelamnya Padang Istana Sri Tembeling Dan Rainforest Resort...



Astaka dan Padang Istana Sri Tembeling di Kg Bantal sudah tenggelam dek air banjir besar yang menyamai bah 1971.

Air sudah dekat dengan Istana Sri Tembeling. Jika Istana Sri Tembeling tenggelam menurut orang-orang tua di Ulu Tembeling...sesuatu yang buruk akan berlaku!

WZWH harap air naik setakat paras sahaja...tidak sampai sampai tenggelam Istana Sri Tembeling.




















Blok C Rainforest Resort di Kuala Tahan sudah tenggelam.




















Dewan Sri Janing Rainforest tenggelam.

Menurut pemilik Rainforest Resort, banjir besar kali ini yang terburuk belum pernah terjadi menimpa hotel resort itu merosakkan blok C, Dewan, dan Sewagae Treatment Plant termasuk perabot.





Air Sg Tembeling sudah menghampiri Restaurant Mutiara Resort.

Manakala beberapa jalan dari Simpang Felda Padang Piol ke Kuala Tahan sudah terputus hubungan. Juga Jalan dari Jerantut-Kuala Tembeling-Mela-Kuala Lipis.

Menurut sumber orang kampung bah kali ini lebih besar dari tahun 1971. Bila air ini melempah ke kuala kita akan saksikan sepanjang Sg Pahang dan seluruh bandar Pekan akan tenggelam!



3 jam lalu...paras air bah pada tahun 1971 di Kuala Tahan.




2 jam lalu telah memecah rekod paras banjir 1971 di Kuala Tahan.


Satu mesyuarat menyelaras bantuan banjir perlu dibuat petang ini dipengerusikan DO dan ADUN Tahan.

Yang penting penghulu-penghulu seluruh daerah Jerantut yang kawasan terbabit dengan banjir diberi kebenaran khas mengambil petrol sebagai bahanapi untuk tujuan pengangkutan menyelamat dan menghantar bantuan banjir dari stesyen minyak yang ditentukan.

Bot-bot khas Bomba pun tidak berani mudik Sg Tembeling sekarang kerana arus laju dan ombak jeram yang besar.

Selewat-lewatnya pagi esok bantuan banjir perlu dihantar.

Helicopter Nuri tentera perlu bersedia.

TNB sedang menimbang mahu memutuskan bekalan elektrik di seluruh Lembah Tembeling bagi langkah keselamatan.

WZWH cuba berlepas dari Banjaran Titiwangsa melalui 4 laluan tetapi terkandas kerana  awan yang sangat tebal rendah menghalang penerbangan.





Tidak dapat WZWH bayangkan chalet-chalet Mutiara Resort Kuala Tahan yang berada di kedudukan tebing yang paling tinggi pun tenggelam dek air bah yang sangat besar.

Sejarah Pahang menunjukkan setiap 50 tahun sekali selalu berlaku banjir besar:

  • 1926
  • 1971
  • 2014

Laporan dari Ulu Jelai dan Ulu Tembeling mengerunkan orang orang Jerantut Hilir . Kg Bantal di Ulu Tembeling banjir besar . Kuala Medang di Ulu Jelai juga banjir besar. Kedua-dua air banjir ini akan turun dan menerjah ke Kuala Jelai dan Kuala Tembeling yang akhirnya membentuk Ulu Pahang . Kedua-dua air bah ini dijangka akan sampai serentak ke Ulu Pahang yang akhirnya akan membentuk gelombang bah besar kepada penduduk di sekitar sungai Pahang bukan sahaja di daerah Jerantut ini malah ke daerah Temerloh, Maran, hingga ke Kuala Pahang Pekan.

WZWH berdoa semoga lebih ramai rakyat Pahang terutama di tebing Sg Tembeling, Sg Jelai dan Sg Pahang hingga ke Kuala Pahang selamat dan minimakan kerosakan harta benda dan ternakan.

Ini lah kuasa Allah AWT...

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...