Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, December 30, 2014

Ekonomi Pelancongan Kuala Tahan Musnah Akibat Banjir 2014




















Tebing runtuh berdekatan Mutiara Resort Kuala Tahan. Air Sg Tembeling masih lagi pada paras tinggi belum surut sepenuhnya. Baru-baru ini 123 pelancong luar negara terperangkap menyebabkan banyak Pejabat Kedutaan Asing turun ke Jerantut mahu menyelamatkan warganegara mereka.




WZWH mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang supaya tutup sahaja operasi Mutiara Resorts Kuala Tahan kerana tidak selamat kerana tebing sungai runtuh boleh membahayakan keselamatan pelancong terutama dari luar negara selain dari pembuangan bahan kumuh dan sisa ke sungai yang tidak mengikut standard.




Keadaan tebing Kuala Tahan yang air Sg Tembeling belum surut sepenuhnya. Rumah-rumah rakit sebagai restoren tidak perlu lagi di Kuala Tahan selain dari tiada pengunjung juga satu punca pencemaran. 




Hanya tinggal struktur-struktur asas bangunan di tebing Sg Tembeling Kuala Tahan.




Kemusnahan bangunan tinggalan banjir 2014 di Kuala Tahan.




Rumah-rumah dan chalet-chalet yang musnah sepanjang tebing di Kuala Tahan.




Penduduk Kuala Tahan kehilangan rumah sebagai tempat tinggal. Basic economics adalah keutamaan ramai rakyat di Kuala Tahan.

Banjir 2014 lebih besar dari bah 1971 malah hampir setara dengan bah besar 1926 di Lembah Tembeling. Banjir 2014 telah merosakkan banyak infrastruktur seperti jalan-jalan, tanah runtuh, rosak jambatan, selain musnah rumah, harta benda , ternakan dan hasil serta tanah pertanian.

Bagi Kuala Tahan ekonomi utama adalah pelancongan. Sudah tentu ekonomi pelancongan Kuala tahan musnah akibat banjir 2014. Kuala Tahan terjejas teruk akibat banjir ini. Bekalan elektrik dan air terputus.

Untuk kerajaan memulihkan infrastruktur-infrastruktur itu termasuk membaikpulih semua kemudahan fasiliti , rumah-rumah, chalet-chalet, hotel-hotel itu akan mengambil masa yang lama 3/4 bulan mungkin lebih lama.

Ekonomi Pelancongan Kuala Tahan sudah musnah sama sekali.

Pelancong tiada datang.

Bila pelancong tiada datang maka tiada hasil pendapatan buat ekonomi pelancongan.

Tiada pendapatan bagi persatuan guide pelancong yang bangga dengan kemewahan pendapatan selama ini.

Tiada pendapatan bagi guide birds.

Tiada pendapatan bagi pemandu bot pelancong.

Tiada pendapatan bagi pengusaha resort, chalet dan hotel.

Ekonomi pelancongan Kuala Tahan sudah musnah akibat banjir 2014.

Bagaimana mahu mengembalikan ekonomi pelancongan Kuala Tahan?

Selain memohon dan merayu kepada kerajaan supaya membaiki dan memulih infrastruktur-infrastruktur ini cadangan WZWH:


  • Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Pusat beri peluang kepada WZWH untuk membangun semula dan restruktur Kuala Tahan dan kawasan sekitar.
  • Ini WZWH namakan Cadangan Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika sila klik sini.
  • Projek kerajaan yang berimpak tinggi contoh Projek Penternakan Sturgeon RM150 juta oleh FELDA perlulah rakyat Kuala Tahan menyokong 100% bagi memulih ekonomi Kuala Tahan yang sudah musnah sila klik siini.
  • Penempatan-penempatan perumahan, bangunan kedai, sekolah, bangunan bercampur, hospital, bangunan kerajaan disusun semula di Kuala Tahan.


WZWH percaya dan yakin apa yang WZWH cadangkan ini akan membangkitkan kembali ekonomi Kuala Tahan ke  tahap yang lebih tinggi.

Banjir 2014 yang memusnahkan ekonomi pelancongan Kuala Tahan adalah 'blessing in disguise' kerana membolehkan apa yang WZWH cadangkan dapat diimplemen dengan lebih lancar.

Dengarlah cakap WZWH kali ini...

Buat masa ini Operasi menghantar bekalan makanan banjir kepada penduduk Kuala Tahan masih berterusan.




9 comments:

Anonymous said...

Ini projek ko nak rembat balak kat sana...semua org dh tau..

Anonymous said...

ape ko merapu lagi ni? ko ingat pelancong datang kuala tahan nak buat ape? nak tgk alam semulajadi, paham tak? tapi ko cadang baut bandaraya ape kebenda? ko nak buat infra ikut standard mane? standard biase tak mesra alam... tak ke bangang namanya? udah nak buat ternak ikan yg bukan habitat sini dah tentu kena sediakan kemudahan2 yg bukan mesra alam... punah le, ade paham tak?
pahang dah gadaikan hutan, tebang balak dgn tarah bukit.. pahang dah ubah kontour muka bumi, saliran sungai ntah kemane kena pada masa laut pasang tinggi, ambik... banjir lain macamle.. bukannya tak banjir seblm ni kan? tiap2 tahun kan....
ko tak caya? ko tgk historical google map, satellite view... ko tgk kawasan hijau jadi oren... boleh tak? paham tak?
pahang habiskan utan die... ape yg tinggal? lynas? ikan strugeon yg tak buat laporan kesan alam sekitar?.. amendalah...

Anonymous said...

hahhahah serah kpd ko projek, alamatnya penuh le poket ko, penduduk makan pasir, ko nak hapuskan restoran rumah rakit, mmg dasar keparat la ko ni, ko nak mutiara tutup lepas tu ko nak takeover uat baru gtu, semua org dah tau maluan jenis apa ko nie

Anonymous said...

teruskan bermimpi wzwh....

Anonymous said...

Terima kasih kepada YAB (☆¿~~) WZWH... memberi pandangan yg sangat BERNAS dan sebahagiannya mungkin tersangat tak waras. Yg bernas :
BAHAWA WZWH TELAH MENGAKUI BAHAWA PELANCONGAN MEMBERIKAN PENDAPATAN YG SANGAT BAIK KEPADA SEMUA MASYARAKAT SPT YG DISENARAI PANJANGKAN OLEH YAB....

YG PUIII NYA.... SEPERTI TEMBERANG TUAN SEBELUM2 INI...

YG TAK DISEBUT... Kesan banjir akibat pembalakan...perlombongan...pensturgeonan...dan sbb pembohongan yg melampaui batas.

Anonymous said...

Dah ko rase bandar hutan hujan lipur mende ape ntah engko tu x tenggelam ke kalo banjir besar dtg lg...akai ada pikir pkai kepale lutut...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH the seventh son will bring back the Tembeling Valley to its height back to glory!

Anonymous said...

The seventh son??? CHOIII

Anonymous said...

Hahahahahhaahaha