Wednesday, December 31, 2014

Air Lebih Bernilai Dari Emas, Besi, Balak Dan Bauksit Di Jerantut



Foto ihsan FB Warta Jerantut. Orang Jerantut sudah mula mandi guna air bukit.




Malah usaha itu dimanfaatkan bersama sehingga penduduk yang tinggal di bandar kira-kira 20km turut ‘menumpang” mengambil air untuk kegunaan serta mandi secara percuma dan turut ehsan penduduk tempatan memasang pemidang plastik bertujuan untuk mandi sesuai untuk kaum wanita .




Foto ihsan Utusan. Penduduk di daerah Jerantut ini terputus bekalan air 10 hari lalu berikutan kotak suis di tujuh loji di sini ditenggelami banjir.

Akibatnya penduduk bandar Jerantut dan kawasan sekitar dan beberapa kampung terputus bekalan air. Ini menganggu bisnes restoren dan hotel. Selain bekalan air mineral semakin berkurangan di bandar Jerantut yang mempunyai 267 taman perumahan.

Ramai penduduk Jerantut tidak mandi macam biasa. Bila tiada air tandas-tandas kotor dan berbau. Ketidakselesaan ini menganggu mental orang Jerantut. Walau PAIP menyediakan lori-lori membekal air bersih dan bercatu.

Ramai orang Jerantut pergi mencari air semulajadi di air bukit, air terjun dan lata serta sungai-sungai kecil untuk mandi manda dan bekalan air bagi restoren.

Air lebih bernilai di Jerantut. Air lebih bernilai dari emas, besi, balak dan bauksit di Jerantut.

Kita lihat keluhan dari FB orang Jerantut yang identitinya dirahsiakan:

Air Paip tak de lama dah.... Air Tangki dah mula kering.... Air Sungai dah surut.... Air Kolah tinggal seinci.... Air Hujan yg ditadah dah mula sikit.... Air Minuman dah mula nk abis.... Air Mineral sikit dah di kedai.... Air Sungai tak berapa berani nk guna.... 

Esok tahun baru 2015. Air bah belum surut sepenuhnya. Mungkin lagi seminggu surut. Menunggu 7 loji air Jerantut berfungsi dalam 3/4 minggu merupakan satu penderitaan bagi orang Jerantut.

Akan datang ahli politik, pemimpin dan Ahli Majlis Daerah Jerantut perlu memikirkan apa lagi cadangan alternatif bagi mengatasi masalah ini pada masa depan.

Bagaimana mahu mengurangkan dan mengatasi terputusnya bekalan air bersih di Jerantut pada musim banjir.

Orang Jerantut perlu bersabar...

Untuk berlaku adil perkara air perlu dirujuk kepada badan yang profesional di Pahang iaitu PAIP. Melalui status terakhir FB PAIP mengenai bekalan air di Jerantut:



GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL
PAIP Berhad Daerah Jerantut
Tarikh : 30.12.2014
Kawasan Gangguan : Bandar Baru Jerantut, Taman Inderapura, sekitar Jalan Temerloh, Kg. Paya Sok, Kg. Gong Halt, Taman Intan, Taman Berlian, Taman Pine, Taman Seroja, Taman Muhibbah, Sg. Jan, Taman Alamanda, sekitar Jalan Jerantut Feri, sekitar Jalan Benta, sekitar Jalan Kuala Tembeling & taman-taman/kampung-kampung sekitar bandar yang berhampiran.
Punca Gangguan : Loji Air Batu Embun henti operasi disebabkan paras air sungai tinggi & bekalan elektrik di muka sauk terpaksa diputuskan.
Jumlah Akaun : 14,817
Status : Dalam tindakan pemantauan berterusan paras air sungai oleh operator loji.


Mengikut kenyataan PAIP Jerantut pula tujuh loji berke­naan ditutup buat sementara waktu sejak Selasa lalu membabitkan Loji Air Kampung Batu Embun Fasa 3 dan 4, Seberang Tembeling, Kuala Tahan, Kota Gelanggi, Jengka Lapan dan Padang Piol.

Operasi loji berkenaan ditutup bagi mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada panel kotak suis di loji terlibat. Orang ramai perlu bersabar dan dinasihati jangan membazirkan air simpanan dan loji berkenaan akan beroperasi semula apabila banjir surut.

Sebagai alternatif mengatasi kesulitan ini, PAIP telah menggu­nakan lima lori tangki untuk memunggah air dari Loji Air Batu Balai bagi peng­agihan simpanan 20 tangki statik yang ditempatkan berdekatan pusat pemindahan banjir, taman perumahan dan hadapan loji air Batu Embun.

PAIP akan membantu pengguna di bandar ini dan kawasan sekitarnya dengan menghantar bekalan air bersih dan menyediakan tangki statik di lokasi tertentu. Penduduk boleh mendapatkan bekalan air di loji yang terdekat iaitu di Batu Embun mulai pukul 8 pagi hingga tengah malam.

Bekalan air di jangka pulih apabila air Sungai Pahang surut dan penyelenggaraan akan mengambil masa selama 10 jam untuk sampai ke kawasan kediaman dan premis.

PAIP mendapatkan khidmat lori tangki tambahan dari Majlis Daerah Jerantut dan PAIP cawangan Raub untuk meringankan kesulitan orang ramai jika keadaan banjir berterusan.




Semasa lawatan YAB DS Mohd Najib ke Jerantut pada 28 Disember 2014 ke Loji Air Batu Embun telah meluluskan peruntukan untuk 2 pam dan peralatan loji air bagi menyelesaikan terputus bekalan air bersih.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024