Thursday, February 4, 2016

Osman Aroff Minta Mukhriz Akur – Beliau Juga Pernah Alami Nasib Serupa Atas Kehendak Mahathir



Nasihat dari Orang Tua Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Dato' Sri Osman Aroff kepada Dato' Sri Mukhriz-supaya akur.

Mukhriz jangan mudah terpedaya dan dibakar oleh nasihat dari pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan kepimpinan DS Najib seperti di bawah:


KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Akhirnya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah selepas melalui badai politik hampir dua minggu yang lalu. Saya amat dukacita dengan peristiwa ini.

Saya yakin rakyat tahu apakah sebab sebenar beliau disingkirkan. Di antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli.

Sebagaimana dijangka, Datuk Seri Mukhriz telah menerima tekanan yang berterusan daripada beberapa pihak yang mahukan supaya beliau berundur walaupun beliau menerima sokongan daripada majoriti rakyat Kedah. Oleh sebab tekanan politik yang luar biasa, maka hari ini beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar. Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa. Bahkan, rakyat Malaysia juga kecewa.

Telah berakhir hari-hari di mana kita percaya bahawa pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat. Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat.

Mereka mungkin lupa bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang mengharapkan sokongan rakyat untuk terus kekal relevan. Jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambilkira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, saya bimbang masa depan UMNO akan terjejas.

Bukan mudah untuk memperolehi semula kepercayaan rakyat apabila mereka terasa dikhianati. Sesungguhnya, dugaan hebat sedang menanti pengganti Menteri Besar Kedah untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO.

Saya yakin Datuk Seri Mukhriz tabah menghadapi dugaan ini. Beliau seorang pemimpin yang berintegriti dan mempunyai karisma. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini satu permulaan kepada perjuangan yang lebih panjang.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
3 Februari 2016


Osman Aroff berkata, beliau pernah mengalaminya apabila Dr Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu mahukannya meletakkan jawatan walaupun dipertahankan oleh 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff yang ‘diundurkan’ daripada jawatannya pada tahun 1996 meminta Datuk Seri Mukhriz Mahathir akur dengan keputusan parti mahu menggantikannya dengan pemimpin lain.

Beliau yang digantikan dengan Tan Sri Sanusi Junid oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad juga minta pihak yang terbabit tidak mengaitkan krisis UMNO Kedah sekarang dengan pihak istana.

Menteri Besar Kedah keenam itu menyarankan semua yang terbabit akur dengan pendirian parti yang sudah membuat keputusan berhubung kedudukan Mukhriz.

Osman berkata, beliau pernah mengalaminya apabila Dr Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu mahukannya meletakkan jawatan walaupun dipertahankan oleh 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

Katanya, ketika itu pihak istana tidak pernah campur tangan dan terus berkecuali sehingga isu selesai dengan pengundurannya atas dasar mengikut arahan ketua.

“Di pihak mana sekali pun, jangan guna nama istana kerana setahu saya istana tidak pernah masuk campur dalam urusan politik seperti ini. Sultan Kedah (Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah) tidak pernah ikut campur hal politik, baginda berkecuali,” katanya.

Beliau juga berkata, Kedah berdepan masalah jika Mukhriz terus kekal Menteri Besar tanpa mendapat sokongan dan dokongan parti.

Justeru, beliau minta Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak segera membuat keputusan bagi menjernihkan kembali keadaan dengan tidak membiarkan kemelut politik negeri berpanjangan.

“Parti di peringkat negeri sudah membuat pendirian hilang kepercayaan kepada pimpinan mereka. Perdana Menteri tidak boleh bertangguh lagi kerana keadaan boleh jadi lebih buruk jika perkara ini dibiarkan berpanjangan. Najib perlu buat keputusan segera.

“Apa yang jelas di sini, jika Menteri Besar kekal tanpa sokongan parti yang mendokongnya, maka pentadbiran negeri Kedah akan berada dalam masalah. Jika bermasalah bagaimana pentadbiran akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Sementara itu, beliau membidas dakwaan kononnya Barisan Nasional (BN) akan kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika Mukhriz disingkirkan kerana berpendapat keputusan PRU berdasarkan gerak kerja parti untuk mendekati rakyat.

“Untuk kata muktamad BN akan kalah pada pilihan raya, …itu tidak adil. Kita tidak boleh kata kemenangan itu disebabkan seseorang semata-mata kerana seluruh jentera buat kerja untuk mendapatkan undi rakyat.

“Apa yang penting dalam apa jua keadaan selepas ini, BN perlu kembali mendekati rakyat dan berusaha memenangi hati rakyat bagi menghadapi pilihan raya,” katanya.



Dato' Sri Mohamed Nazri Aziz.


Dato' Sri Nazri Aziz menempelak bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Sri Mukhriz Mahathir yang mendakwa beliau mendapat mandat dan sokongan rakyat terbanyak.

Nazri berkata Mukhriz tidak menjadi Menteri Besar secara individu sebagaimana Barack Obama bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat.

“Saya nak tanya dia, sejak bila dia bertanding atas nama peribadi. Sistem di sini bukan sistem macam Amerika, Barack Obama bertanding atas nama sendiri. Mana ada kajian tunjuk dia ada sokongan rakyat atas diri sendiri.

“Janganlah perasan sangat,” kata Nazri kepada Mukhriz.

Mukhriz pagi semalam meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas tidak mendapat sokongan majoriti dalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

Nazri, yang juga Menteri Pelancongan turut mengutuk sindiran sinis Mukhriz kepada penggantinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah agar “tidak tidur semasa upacara angkat sumpah MB” esok.

“Saya fikir ia berniat jahat, peribadi, kelas rendah dan kebudak-budakan.

“Dia (Mukhriz) memang patut kena buang, tak mencapai tahap yang dikehendaki,” katanya.

Nazri turut menyatakan UMNO tiada masalah dengan janji Mukhriz bahawa beliau akan terus bersuara terhadap parti Melayu itu walaupun tiada lagi jawatan.

“Masa dia (Mukhriz) pegang jawatan Menteri Besar kita bagi bersuara, tak terjejas pun. Masa dia pegang jawatan pun dia komen macam-macam kita tak terkesan, apalah lagi bila dia tak pegang apa apa,” kata beliau.

7 comments:

Anonymous said...

LAnun kalau bagi nasihat lagu tu lahhhh....

Anonymous said...

HIDUP DATO SERI NAZRI AZIZ. MEMANG TEPAT KENYATAAN MU ITU...

Nash said...

Apakah benar jawatan politik di Malaysia mesti diwarisi oleh kaum keluarga? Kalau PKR saya percaya memang parti Kroni dengn DAP. UMNO bukan parti keluarga.

Anonymous said...

Kenapa Osman Aroff di perlakukan sebegitu oleh Tun M walaupun mendapat sokongan dari 22 ADUN? Tetapi Mukhris tidak dapat sokongan tetapi buat ucapan pulak di staduium..kata nak p tengok bola tetapi hentak pemimpin parti. Ingat dah macam Anwar,,, kumpul orang buat ucapan..taktik lapok laaa...tak nak buat demonstrasi kah?..Kita lawan tetap lawan..Siapakah dalam bab ini lebih ZALIM? Adakah Najib yang menggantikan MB yang tidak mendapat sokongan penuh dari Adun atau pun Tun M yang menggantikan Osman Arof walaupun mendapat sokongan penuh dari Adun? SIAPAKAH YANG SEBENARNYA ZALIM? Lu fikirla sendiri...Ramai lagi kepimpinan melayau yang hebat ada lagi..so NOTHING is too special dari Mukhris.

Anonymous said...

Mukhriz sucks!! Please stay in KL.... Kedah tak perlukan anak mamak yahudi yang gila kuasa!

Anonymous said...

hahaha.. macam ni lah baru pemimpin yg ada telur ckp direct je syabas nazri walaupun aku tak brapa suka kat hang.. zahid pun tak brani ckp mcm ni.. haha.. patut ko ckp je sapa mukhriz nak dakwa dia dpt mandat rakyat.. geli hati aku lawan ketua pemuda dan naib presiden pun kalah ada hati nak mengaku dpt mandat.. kalau ko bukan anak madey maybe ko hanya tebar roti canai je.. baru setahun jagung dah jd MB.. huhuhu go to papa..

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato WZWH. Cukup lah bercerita fasal politik Kedah tu. Muhkriz pun dah letak jawatan. Lepas ni boleh lah Ahmad Bashah buktikan sejauh mana hebatnya dia bersilat dalam politik utk pertahankan Kedah dalam PRU akan dtg. Lepas ni dah tak boleh salahkan Muhkriz lg dah. Dia bukan ada sokongan pun ye tak? Kalau Ahmad Bashah yg disokong penuh Ketua Bahagian dan wakil rakyat UMNO gagal majukan dan pertahankan Kedah, malu la Najib. Apa kata Dato WZWH bercerita pulak tentang bantahan penduduk Kg Baru di Jerantut terhadap projek pembalakan tu? Dah dua kali keluar TV3 nampaknya. Siapakah yg bakal dapat untung di sebalik projek ni? Apa kesan pada politik Jerantut?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024