Di daerah Samalanga, Acheh terdapat makam Tun Sri Lanang, seorang Bendahara Johor yang amat terkenal kerana menulis buku "Sulalatus Salatin", juga dikenali sebagai "Sejarah Melayu".
Beliau adalah Bendahara Johor awal abad ke 17 tetapi ditawan lalu dibawa ke Aceh bersama sejumlah bangsawan juga kerabat diraja malah Sultan Johor sendiri oleh Sultan Iskandar Muda yang memerintah Acheh 1607-1636.
Tun Sri Lanang kemudian diangkat untuk menjadi Uleebalang (Raja) yang memerintah daerah (dahulu negeri) Samalanga lalu dipanggil Ampon Sheikh Samalanga.
Ia adalah jawatan turun-temurun yang diwarisi keturunan beliau di sini lalu makam mereka turut terdapat berdekatan makam Tun Sri Lanang.
Seorang cucu perempuan Tun Sri Lanang pula berkahwin dengan Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus dari Acheh. Cucu Sayyid ini menjadi Bendahara Johor bernama Tun Habib Abdul Majid yang mana anak cucu Bendahara ini kemudian menjadi Sultan-sultan Terengganu, Johor dan Pahang serta Selangor hingga kini.
Y.M. Sayyid Zainal-Abidin al-Idrus, sometime Temenggong Paduka Tuan of Muar, son of a Sayyid from the Al-Idrus clan*, from Kampong Pasir, Aceh, who originated from the Hadramaut in South Arabia. m. To’ Mengkadu, daughter of Y.M. Sri Paduka Tun Jenal bin Tun Mamat Sri Lanang, Dato’ Bendahara Paduka Raja, of the Bendahara family of Aceh. He had issue, a son:
- 1) Y.M. Sri Paduka Tun Muhammad ‘Ali [Mat Ali] bin Temenggong Paduka Tuan Sayyid Zain al-’Abidin al-Idrus, Dato’ Bendahara Paduka Maharaja, formerly Dato’ Maharaja Sri’ di-Raja. m. a daughter of Makmun, Orang Kaya Darma, of Muar. He had issue, three sons and a daughter:
a) Y.M. Sri Paduka Tun Muhammad bin Tun Mat ‘Ali, Dato’ Bendahara Sri Maharaja 1673-1677. He d. a fugitive in Trengganu, 1688. His son include i) Y.M. Sri Paduka Tun ‘Abdu’l Jamil bin Tun Muhammad, Dato’ Laksamana Paduka Raja.
b) Y.M. Tun Sayyid Ja’afar bin Tun Mat ‘Ali, Dato’ Pasir’ di-Raja, of Muar from 1699. He d. at Segamat, Johore, 1707.
c) Y.M. Sri Paduka Tun Pikrama Tun Habib ‘Abdu’l Majid bin Tun Mat ‘Ali, Dato’ Bendahara SriMaharaja (cre. 1677). Regent of Johor 1688-1697. m. Y.M. Tun Rambiah, daughter of the Chief Minister of Aceh. He d. at Padang Saujana, Johor, 27th July 1697 (bur. there at Makam Bendahara)
a) Puteri Bakal binti Maharaja Sri ‘di-Raja Mat ‘Ali mother of H.H. Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II ibni al-Marhum Sultan Ibrahim Shah, Sultan of Johor and Pahang (k. at Kota Tinggi, 3rd September 1699), son of H.H. Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah, Sultan of Johor and Pahang.
Tun Sri Lanang menulis Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu 400 tahun dulu bukanlah omongan kosong. Buku ini masih kekal relevan kepada survival politik Melayu dan negara bangsa.
Walau Profesor Sejarah ada yang mengecilkan hasil kerja Tun Sri Lanang namun WZWH berpendapat kita yang tahu dan mewarisi budaya Tun Sri Lanang perlu mengatakan ini hasil kerja pakar yang profesional dalam bidang politik yang kita boleh banggakan.
Seorang Bendahara yang amat terkenal, iaitu Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad anak kepada Tun Ahmad juga dikenali sebagai Tun Sri Lanang, lahir pada tahun 1565 Masihi di Seluyut, Johor. Beliau menjadi Bendahara kepada dua orang sultan bagi Kerajaan Johor Lama, iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570-1597) dan Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615M).
Sebelum peristiwa Acheh menyerang Johor dalam Perang Batu Sawar pada tahun 1613 Masihi, Tun Sri Lanang telah dititahkan oleh Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin untuk menyusun kitab Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu pada 13 Mei 1612 Masihi. Tun Sri Lanang ialah seorang genius Melayu dan berbakat besar menghasilkan sebuah karya agung sehebat menulis Sulalatus Salatin.
Pada ketika 500 tahun dulu 1511 Melaka jatuh ke tangan Portugis dan disambung oleh Belanda pada 1641 dan diserang oleh Acheh apa harapan Malay Kingdom-Johor mahu membangkitkan kembali semangat juang dan motivasi hidup rakyatnya?
Ketika berlakunya Perang Batu Sawar pada tahun 1613, Tun Seri Lanang dibawa ke Acheh sebagai tawanan bersama-sama Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Johor-Riau, adinda Sultan, Raja Abdullah (Sultan Abdullah Maayah Shah) dan kerabat diraja Johor serta 23,000 orang rakyat Johor.
Jawatan Bendahara Johor disambung oleh waris keturunannya. Keturunan Tun Sri Lanang yang terkemuka ialah Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Raja Temenggung Muar dan Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil.
Jawatan Bendahara Johor disambung oleh waris keturunannya. Keturunan Tun Sri Lanang yang terkemuka ialah Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Raja Temenggung Muar dan Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil.
Kedah, Perak, Pahang dan Johor mudah diratah oleh musuh penakluk. Negara hancur porak peranda huru hara ekonomi sosial dan politik. Negara ditawan, rakyat dikerah migrasi, keluarga raja dibawa pulang sebagai hasil peperangan.
Apa yang tinggal harapan untuk rakyat? Rakyat perlukan hero. Rakyat perlukan semangat. Rakyat perlukan pemimpin.
Sulalatus Salatin dalam bahasa Arab ialah "pertuturan segala Raja-Raja" ialah Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu.
650 tahun dulu Gajah Mada, Amangkubhumi (Perdana Menteri) Empayar Majapahit di zaman kegemilangan semasa Raja Hayam Wuruk memerintah telah bersumpah Palapa yang berisi bahwa ia akan menikmati palapa atau rempah-rempah (yang diertikan kenikmatan duniawi) bila telah berhasil menaklukkan Nusantara.
“ | Sira Gajah Mada pepatih amungkubumi tan ayun amukti palapa, sira Gajah Mada: Lamun huwus kalah nusantara ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seram, Tañjungpura, ring Haru, ring Pahang, Dompu, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana ingsun amukti palapa | ” |
bila dialih-bahasakan mempunyai erti :
“ | Beliau, Gajah Mada sebagai patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa, Gajah Mada berkata bahwa bila telah mengalahkan (menguasai) Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa, bila telah mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa | ” |
Gajah Mada memang hampir berhasil menaklukkan Nusantara. Dimulai dengan penaklukan ke daerah Swarnnabhumi (Sumatera) tahun 1339, pulau Bintan, Temasik (sekarang Singapura), Semenanjung Malaya, kemudian pada tahun 1343 menaklukan Bedahulu (di Bali) dan kemudian penaklukan Lombok, dan sejumlah negeri di Kalimantan.
DS Najib pun patut ikut Gajah Mada bersumpah Palapa:
"Sira Najib Tun Razak pepatih amungkubumi tan ayun amukti palapa, sira Najib Tun Razak: Lamun huwus kalah Pakatan Harapan ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Kelantan, ring Pulau Pinang, ring Selangor, ring Wilayah KL, ring DAP, ring PKR, ring PAS, samana ingsun amukti palapa".
Tun Sri Lanang boleh beri inspirasi kepada cucu-cicitnya sedangkan sebagian keturunannya kembali ke Johor dan menjadi bendahara (Perdana Menteri) di sana seperti Tun Abdul Majid yang menjadi Bendahara Johor, Pahang Riau, Lingga (1688- 1697). Keturunan Tun Abdul Majid inilah menjadi zuriat Sultan Trengganu, Pahang, Johor dan Negeri Selangor hingga sekarang ini.
Di Acheh, Tun Seri Lanang dilantik menjadi Penasihat kepada Sultan Kerajaan Islam Aceh Darussalam, iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M) dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675M). Tun Seri Lanang juga diangkat menjadi Uleebalang (Raja) pertama Samalanga; yang terletak di pesisir timur Acheh, pada tahun 1613 – 1659 Masihi dan terus memerintah selama 40 tahun sehingga kematiannya pada tahun 1659 di Lancok Samalanga, Aceh. Di Acheh, Tun Seri Lanang bergelar Orang Kaya Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.
Makamnya masih kekal di daerah Kota Blang, Samalanga bersama-sama rumah pusaka tinggalannya. Ketokohan beliau sebagai wira, pemerintah dan tokoh cendekiawan Nusantara memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan Acheh, menukar Samalanga kepada pusat perkembangan dan pendidikan Islam di kawasan timur Acheh selari dengan perkembangan sastera hingga kini.
Tun Seri Lanang selalu berguru dengan ulama ulama terkenal di Acheh, seperti Nurdin al-Raniri, Tun Acheh, Tun Burhat, Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani. Hubungannya yang rapat dengan Syeikh Nuruddin al-Raniri menarik kedua-duanya bertukar ilmu ajaran Islam yang dikuasai oleh Syeikh Nuruddin, dan bahasa serta sastera Melayu yang dikuasai oleh Tun Seri Lanang.
Keturunan beliau di Acheh yang telah bercampur baur dengan bangsawan Acheh, banyak yang menjadi tokoh terkenal seperti Pocut Meuligo-''Srikandi Acheh'', Ampon Syeikh Teuku Muda Bugis, Uleebalang Samalanga yang berhasil menewaskan Belanda dalam Perang Acheh (1873-1942) pada tahun 1881, Teuku Hamid Azwar, Teuku Daud Shah dan Teuku H Zainal Abidin Bendahara serta banyak lagi.
1 comment:
Orang-orang ini makan wang Kuil dan wang masyarakat, mereka akan menderita selama-lamanya dalam kehidupan ini dan kehidupan yang akan datang tetapi mereka tidak pernah malu kepada Tuhan dan orang lain.
Datuk Yip Kum Fook dan adik iparnya(Simon Low Kok Meng) menghina AGAMA BUDDHA, kami harap orang ramai (penganut) akan boikot segera, kemudian mereka akan berpindah dari kawasan Kepong
From Mr. Pang, taman daya, kepong, kuala lumpur
Post a Comment