Sejak 2000 tahun dulu sehingga Kesultanan Melaka, Pahang dibawah Empayar Sriwijaya, Majapahit dan Siam. Sudah tentu pemerintah purba ini oleh anutan agama Hindu-Buddha memakai gelaran Raja atau Maharaja dengan title Sanskrit.
Tidak seperti negeri Perak atau Johor, Pahang ini sudah ada Kesultanan dari Dinasti Melaka ketika Melaka masih di era kegemilangan Empayar Melaka lagi. Posting ini menceritakan the lost tribe of Pahang Royale dari Dinasti Melaka yang pupus sehingga tidak ada keturunan sejak tahun 1615.
Menurut riwayat tua, pemerintahan negeri ini dijalankan dengan cara pemerintahan beraja. Keturunan raja-raja Melaka adalah yang paling lama berkuasa di Pahang iaitu selama lebih 200 tahun bermula daripada Sultan Muhammad Shah (1469-1475) hingga kepada Sultan Mahmud Shah yang termasyur di dalam sejarah “Al Marhum Mangkat Dijulang” pada tahun 1699.
Sebagaimana yang terkandung dalam sejarah Pahang iaitu dalam tahun 1454, Mansur Syah, putera kepada Sultan Muzaffar Melaka telah menghantar satu pasukan perang diketuai oleh Bendahara Paduka Raja melanggar Pahang.
Tun Seri Lanang menceritakan dalam Sejarah Melayu bahawa, "......adapun dahulukala negeri Pahang itu negeri besar, takluk ke Benua Siam, Maharaja Dewa Sura, nama rajanya, keluarga juga pada Raja Siam yang bergelar Paduka Bubunya".
Maharaja Dewa Sura, pemerintah Siam di Pura (Pekan) melarikan diri ke Ulu Pahang. Ia ditawan oleh Seri Bija Diraja di sebuah jeram yang dikenali sekarang dengan nama Jeram Koi, Ulu Tembeling.
“Maka datang sekarang ini jeram itu dinamai orang Jeram Kwai. Maka segala orang Melaka pun datang, maka Maharaja Dewa Sura pun tiada sempat lari berperahu. Maka oleh Seri Bija Diraja disuruh orang naik mengepung Maharaja Dewa Sura itu. Maka Maharaja Dewa Sura pun ditangkap orang, dibawa kepada Seri Bija Diraja.
(Shellabear (ed),1977: hal 74-75)
Maharaja Dewa Sura dan Puterinya Wanang Seri dibawa ke Melaka. Puteri Wanang Seri di Islamkan dan diberi nama Puteri Lela Wangsa yang kemudiannya dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Mereka mendapat dua orang putera, Raja Ahmad dan Raja Muhammad.
Pada suatu hari, sedang beberapa orang pemuda bermain sepak raga, Raja Muhammad yang berumur lebih kurang 15 tahun sedang menunggang kuda dikawasan berhampiran. Bola sepak raga yang disepak Tun Besar, anak kepada Bendahara, telah jatuh ke atas dastar Raja Muhammad. Tanpa usul periksa, Raja Muahammad terus menghunus kerisnya, lalu membunuh Tun Besar.
Sultan Mansur Syah amat murka di atas apa yang telah dilakukan oleh putera baginda. Atas sebab itu, baginda telah menghantar Raja Muhammad sebagai Raja di Pahang. Raja Muhammad ditabal sebagai Sultan Muhammad lebih kurang dalam tahun 1470 dan mangkat pada tahun 1475.
Daripada zuriat Sultan Muhammad Shah, negeri Pahang diperintah oleh sultan-sultan keturunan baginda sehinggalah pada masa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur. Sultan Pahang ini dibunuh oleh putera baginda yang tidak dikatakan namanya. Hanya dalam sejarah Portugis disebut putera yang jahat laku.
Sejak kemangkatan Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah, maka putuslah zuriat keturunan Sultan Melaka dan Maharaja Dewa Sura memerintah Pahang.
Putera yang jahat laku itu bernama Paduka Sri Sultan Alauddin Riayat Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah Sultan Pahang yang ke-13 memerintah dari tahun 1614 ke 1615. Dia mengambil takhta selepas membunuh bapanya, Abdul Ghafur Muhiuddin Shah dan abangnya, pewaris Raja Abdullah .
Pada tahun 1615, Aceh di bawah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam menyerang Pahang, memaksa Alauddin Riayat Shah berundur ke kawasan pedalaman. Namun begitu, dia terus menjalankan beberapa kuasa pemerintah dan menghadapi beberapa serangan lanjut oleh Aceh dalam tahun 1617, 1635 dan 1638 serta dari Johor pada tahun 1638.
Pemerintahannya dalam buangan di anggap berakhir secara rasmi selepas pertabalan saudara jauh dari Kesultanan Johor, Raja Bujang menaiki takhta Pahang pada tahun 1615.
Raja Bujang yang memerintah sebagai Abdul Jalil Shah akhirnya digulingkan dalam serangan Aceh pada 1617, tetapi dikembalikan kepada kerajaan Pahang dan juga sebagai Sultan baru Johor berikutan kematian bapa saudaranya, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dalam 1623. Acara ini membawa kepada kesatuan kerajaan Pahang dan Johor, dan penubuhan rasmi Empayar Johor.
Berikut senarai Sultan Pahang Dari Dinasti Melaka:
- 1470-1475: Muhammad Shah
- 1475-1497: Ahmad Shah
- 1497-1512: Abdul Jamil Shah reign jointly with Mansur Shah I
- 1497-1519: Mansur Shah I reign jointly with Abdul Jamil Shah
- 1519-1530: Mahmud Shah
- 1530-1540: Muzaffar Shah
- 1540-1555: Zainal Abidin Shah
- 1555-1560: Mansur Shah II
- 1560-1575: Abdul Jamal Shah
- 1575-1590: Abdul Kadir Alauddin Shah
- 1590-1592: Ahmad Shah II
- 1592-1614: Abdul Ghafur Muhiuddin Shah
- 1614-1615: Alauddin Riayat Shah
Ke mana perginya Kerabat Keluarga Diraja Pahang dari Dinasti Melaka ini setelah Sultan yang terakhir telah kehilangan taktha diserang oleh Acheh pada tahun 1617.
Dalam tempoh peralihan berikutan kematian Sultan Abdul Ghafur Muhuiddin Shah pada tahun 1614 , kerajaan Pahang menjadi kacau-bilau dan ditaklukkan oleh Kesultanan Aceh di bawah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada 1617.
Mantan Sultan Ahmad Shah II dan keluarganya serta 10,000 rakyat Pahang telah diambil sebagai tebusan kepada Aceh , termasuk Raja Mughal @ Raja Hussein kemudiannya dikenali sebagai Sultan Iskandar Thani telah berkahwin dengan anak perempuan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, kemudian Permaisuri Taj ul -Alam dan akhirnya menggantikan beliau sebagai Sultan Aceh ke 13 pada tahun 1636 .
Turut dibawa Puteri Kamaliah @ Putroe Phang yang akhirnya menjadi Permaisuri Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
Sememangnya itulah polisi luar Sultan Iskandar Muda Mahkota suka membawa rakyat negeri-negeri yang diserang balik ke Acheh bagi menguatkan baginda dan diperintah bekerja di ladang-ladang pertanian membekal makanan kepada Banda Aceh dan militari. Kecuali keluarga Diraja yang diberi tempat di Istana Acheh.
W. Linehan, mengatakan "the whole territory of Acheh was almost depopulated by war. The king endeavoured to repeople the country by his conquests. Having ravaged the kingdoms of Johore, Pahang, Kedah, Perak and Deli, he transported the inhabitants from those place to Acheh to the number of twenty-two thousand person". Peristiwa ini terjadi pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636).
Ini menjawab soalan the lost tribe of Pahang Royale Dinasti Melaka yang pupus di Pahang.
Ada juga kemungkinan keturunan Kesultanan Pahang dari Dinasti Melaka ini kesemuanya berada di Acheh. Mungkin juga sebahagian telah kembali ke Pahang dan Johor serta ke Kepulauan Riau.
Yang balik ke Pahang mungkin sudah berubah karektar pembawakan dalam perubahan personaliti baru.
Mungkin juga ramai yang lari ke Hulu Pahang.
Atau pembaca blog WZWH boleh bertanya kepada ahli sejarah negeri Pahang dan Malaysia dimana lost tribe ini?
2 comments:
Orang-orang ini makan wang Kuil dan wang masyarakat, mereka akan menderita selama-lamanya dalam kehidupan ini dan kehidupan yang akan datang tetapi mereka tidak pernah malu kepada Tuhan dan orang lain.
Datuk Yip Kum Fook dan adik iparnya(Simon Low Kok Meng) menghina AGAMA BUDDHA, kami harap orang ramai (penganut) akan boikot segera, kemudian mereka akan berpindah dari kawasan Kepong
From Mr. Pang, taman daya, kepong, kuala lumpur
Post a Comment