Isu bila parlimen bubar dan PRU 13 menjadi polemik kepada pembangkang. Pembangkang kata DS Najib coward, penakut, tidak bersedia dan berani.
Pembangkang tidak sabar...Anwar Ibrahim lagi tidak sabar mahu jadi PM...
3.4 juta ahli UMNO pecah dua. Ada yang mahu PRU 13 cepat berlansung kerana sebahagian dari 190 Bahagian UMNO telah bersedia 2 setengah tahun dulu.
Ada yang mahu lambat kerana kerja last minit baru mencari momentum 3 bulan lepas.
Pada 8 Mac 2013 maka genaplah umur kerajaan BN selama 5 tahun. Mandat yang perolehi pada PRU 12 adalah mandat Tun Abdullah Badawi.
DS Najib hanya mengantikan Tun Abdullah sebagai PM bererti DS Najib belum mendapat mandat rakyat yang sebenar.
Dalam masa 3 tahun banyak juga usaha DS Najib menguatkan UMNO dan BN. Antaranya:
- Kad Pelaporan BN yang baik
- GTP
- ETP
- Pertumbuhan ekonomi yang mampan 6.5%
- Program Janji Ditepati
Kenapa DS Najib melambatkan tarikh pembubaran parlimen? Ada orang kata DS Najib terpengaruh dengan strategi Fabian yang dipopularkan oleh seorang jeneral Rom yang bernama Quintus Fabius Maximus untuk mengalahkan jeneral Hannibal dari Carthage pada 217 BC.
Strategi Fabian melemah dan meletihkan musuh dalam jangka masa yang lama. Jeneral George Washington juga guna strategi Fabian semasa perang Revolusi Amerika mengalahkan British setelah kalah teruk pada 1776 dan 1777.
Walau UMNO dan BN belum lagi kalah teruk hingga menjadi pembangkang namun bila Pakatan Rakyat boleh menafikan dua pertiga parlimen PRU 12 dan persepsi berlakunya rakyat mahu menolak BN 3 tahun yang lepas TIDAK SALAH untuk DS Najib guna strategi Fabian.
WZWH dapat merasakan usaha-usaha DS Najib sudah menampakkan hasil. Sedikit demi sedikit pelbagai jenis kelompok masyarakat sudah mula yakin kepada kepimpinan DS Najib.
Oleh kerana DS Najib tahu kerajaan BN tidak menguasai beberapa negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah maka DS Najib perlu biarkan negeri-negeri pembangkang ini terbubar secara automatik.
Senang untuk DS Najib membubarkan parlimen supaya semua parlimen dan semua Dewan Undangan Negeri boleh mengadakan PRU serentak.
Walau MB dan Ketua Menteri negeri-negeri itu berkuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri namun kuasa untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan PRU dibawah bidang kuasa SPR dalam masa 60 hari.
Bagi negeri di bawah pemerintahan BN seperti Johor dewan akan terbubar secara automatik pada 21 Mac manakala negeri lain seperi Negeri Sembilan 26 Mac, Pahang 7 April, Perak 24 April, Melaka 26 April , Perlis 28 april , Sabah 29 April dan Terengganu pada 5 Mei 2013.
Manakala negeri yang di bawah pakatan pembangkang Selangor pada 22 April , Kelantan pada 28 April , Pulai Pinang dan Kedah pada 2 Mei 2013.
Maka, jika Parlimen bubar pada 2 Mei dan Pulau Pinang serta Kedah bubar secara automatik pada 2 Mei, kemungkinan SPR akan memanggil mesyuarat PRU pada 6 Mei manakala penamaan calon pada 11 Mei.
Diberikan tempoh 14 hari untuk berkempen, bermakna PRU 13 akan diadakan pada 25 Mei 2013. Itulah tarikh yang paling sesuai.
Kesinambungan pemerintahan BN perlu diteruskan dengan menekankan aspek penambahbaikan calon dan lebih bertumpu membantu rakyat serta mengembalikan keyakinan rakyat.
Oleh yang demikian DS Najib perlu menzahirkan pemilihan calon yang boleh menang dan direstui para pengundi bagi menjamin kemenangan besar BN.
Pemilihan calon yang boleh menang atau winnable candidate sudah muktamad?
Pemilihan calon dan kesiap siaga jentera BN menjadi aspek penting dan apa-apa tarikh pembubaran parlimen tidak akan menjadi halangan untuk kemenangan majoriti dua pertiga parlimen.
10 comments:
pusing kiri pusing kanan ludah kiri ludah kanan bn juga org undi
klw pihak 1 lagi dpt meyakinkan rakyat yg mereka lebih baik,ada pmimpin yg hebat(bukan hebat kerana salahlaku moral yg serba boleh),tidak haprak maka rakyat ada alternatif untuk memilih selain BN,tp yg ada?HANCUR!
macam konfiden menang lebih 2/3 kerusi parlimen undi cina dah tak dapek,duit dah banyk tabur.Nak PRU13 lg banyk tabur duit.Program plat im4u 2 utk apa.utk PRU13 ker.program makin ntah apa2
Very clever of DS Najib to employ these delaying tactics. It's his prerogative as the ruling party leader to do it.
Biar si sodomy king frust. Let him lose steam. Lagi lambat, lagi banyak kesalahan dia tunjukkan. Hahaha.
Lambat ke cepat, BN tetap pilihan rakyat. What alternative do they have?
In the US and other western nations, tainted characters like Anu-War will not thrive.They will be alienated once his scandal is exposed, no matter how small.
Ini kita dengan scandal jijik Nu-Warpun masih nak angkat dia sebagai PM.
Gunalah apa tektik apa sekali pun. Rakyat sudah letih menunggu. Sudah bertahun bagi hints placing the rakyat on ransom. If Najib win, never mind status remains, FLOM remains. If Najib lose, Bamboo River Resort awaits.
Lagi lambat lagi bagus cerah BN boleh dapat 2/3 dengan mudah.Lagi pun PR belum puas perintah negeri lagi.Bagi peluanglah kat depa.Rakyat pun dah bengang dengan PR kerana cakap tak serupa bikin.Susahlah dengan PR ni.Lagi pun banyak ketua ketua pembangkang lebih cenderong duduk di Bamboo River Tak percaya tanya Tian Chua dan Anu-war.
Wan Zamzuri Wan Hasenan
PM MELAYSIA KE 7
Teori 'RAHMAN' dah lengkap...PM UMNO yg bermula drp Tengku Abd Rahman (R) dan akan berakhir dgn Najib (N). Sekarang timbul pula teori RAHIM yg mana PM yg mewakili PR. 'R' mungkin Ku Li (yg menyertai PR selepas PR menang dlm PRU13). Kemudian diikuti oleh Anwar 'A'. Selepas itu mungkin juga Husam(H)... Izzah 'I' (PM wanita pertama) dan akhirnya Muhammad 'M'(bekas artivis pelajar).
Maaf, melalui terori ini..nama Wan tak timbul langsung walaupun saya ramalkan beliau akan menyertai PR selepas PRU13 ini..
teori RAHIM???
kalo betul, R tu adalah untuk Rosmah
Cakap la penakut. Byk auta keling.
Post a Comment